Friday, January 11, 2013

Sakit la lagi..

Salam Jumaat korang!

Sebelum mulakan cerita, nak mintak maaf yek minggu nih blog aku ala2 pening skit, macam tuannya. huhu. Aku tengah nak meng-edit template & layout blog nih..tapi jadi lambat sebab internet kat opis nih banyakkan yang related dengan media telah di block oleh department IT. So agak susah nak nak memperbaharui blog ini sekarang. InsyaAllah, next week aku try yek. Lagipun dah lama tak tukar template blog, kena buka balik tutorial, lagi pulak blogspot pun dah update version dorang nih, aku tak jumpa2 part2 nak coding..huhuhu..tetiba buta IT pulak. jenuh nak kena baca instruction. Tu la gatal tangan sangat nak tukar template. kekeke..yang template lama dah hilang..huhu..

ok berbalik pada tajuk entry.

Semalam aku half day EL. Lokman EL pagi, aku EL petang. Gilir-gilir jaga anak-anak. Malam Rabu tetiba si Tia & Aariz demam. naik sampai 38.4 c (Tia). Bagi ubat kebah laa sekejap, then abis aje 6 jam naik balik demam nya. Nasib la takder edisi muntah2 susu. Dorang pun tak meragam. Tidur aje la, susu minum macam biasa. Aku tuam aje la badan2 dorang setiap masa. Yang lawaknya, pukul 3 pagi si Aariz leh bangun mintak nak main handphone aku..aku pasangkan surah Yasin, haa kemain suka dia..kekeke..setiap 6 jam memang kena bagi dorang ubat.

Malam tadi Tia demam balik. Aariz dah ok. Then si Hafiy pulak diserang gatal2 lagi. Naik bintik2 merah kat kaki & badan dia. Meragam tak selesa nak tidur. Aku lap2 dengan air, still tak ok. Aku sapu camomile, rasa lega sikit. Then aku bagi ubat makan untuk gatal2 & alergik. Baru dia dapat tidur. Hari tuh aku bawak Hafiy pergi klinik lepas 2 hari dia still gatal-gatal. Doctor cakap tak boleh nak tau punca apa. Boleh jadi pada pemakanan & persekitaran. Ada benda yang dia alah. Siang tadi dia ada makan keropok udang, air jus pink guava, susu, air ribena, mee & nasi goreng. Aku dok rasa dia alergik keropok udang..huhu..tapi takkan dah siang makan, malam baru kena serang gatal2? hishhh..tak paham aku. Cadar katil setiap seminggu aku tukar, or kekadang tuh selang 2-3 hari aku dah tukar. sebab ada je susu tumpah or budak2 nih kencing bocor. huhu.
Weekend ni aku dah membersihkan rumah. Mungkin carpet rumah yang jenis bulu2 tuh tak vacuum selalu..sarung sofa pun dah bertahun2 tak basuh..kekekek..langsir pun dah setahun tak bertukar. kekeke..operasi pembersihan akan dibuat tengah malam nih, lepas budak2 dah tidur. InsyaAllah..

Pemakanan dorang pun aku dah kena start monitor. Since dorang nih ada alergik pada sesuatu, so kena arr perhatikan jugak setiap benda yang nak bagi kat dorang.

Pagi nih demam Tia dah kebah. Aariz & Hafiy pun ok. Harap2 tak demam dah. Risau dah nih tetiap minggu dia demam. Bijik yang kat punggung dia tuh dah makin mengecik. Tapi dia cakap masih sakit. Asal nak cebok aje dia merenggek2. Still tak bagi aku usik. Minggu depan check up dengan doctor kat hospital. Harap2 la ok.



2 idea?!:

Hajar Hashim said...

kalau anak2 sakit ni... memang hati kita tak tenang kan..? harap anak2 awak cepat sihat yer..

lokmanfirajunior said...

Hi Hajar,
memang Hajar..hati jadi gundah gelana, nak pergi kerja pun serba salah. Thanks dear..doakan utk anak2 kite yek supaya sihat & ceria :)
keep in touch ya! :D

 
Blog Template by Delicious Design Studio