Friday, October 19, 2012

Tragedi Oktober...

No..no..no..
ini bukan pasal lagu Awie ek..aku cedok tajuk aje...content dia lain..huhu..
Kisah terjadi selasa lepas, Lokman call aku pukul 3.30 petang, suruh aku call M*PJ zon tunda, kot-kot keta dia kena tunda sebab dia dah dua tiga kali ulang alik tempat dia parking keta dia pagi tadi, bayang keta tak nampak. Aku terus buka website cari no tepon Penguatkuasa, then org Penguatkuasa bagi no tepon suruh aku call bahagian zon tunda. Dail la lagi no lain pulak. Aku tanyer ada ke buat operasi tunda kereta kat area LRT KJ? Dia cakap takde.
So sah la kereta Lokman dicuri!!
Time tuh pulak hujan lebat turun. Aku tak bawak payung pulak. Lokman cakap nih nak g buat report. Tapi tak suruh aku amik dia lagi. So aku pun sambung buat keje. Fikiran masih blur2 tak tau nak buat apa..hehe..
Pukul 4.15 petang, Lokman call lagi, suruh aku ambil dia kat kedai mamak. Teman dia g buat report.
Aku pun minta time off, terus fetch dia then dia ajak aku pusing lagi area parking tuh..kotak parking dia dah ada keta lain yang park. huhu...
Kiteorang terus pergi balai polis Dataran Prima. Balai polis kosong, senang buat report terus. Lepas tuh pegawai tuh suruh pergi lak Balai Polis Sg Way, jumpa dengan Sarjan Sofian. Sampai sana Sarjan tu nak copy geran kereta dengan insurance kereta. Benda tuh semua kat opis dia. Sarjan tuh dah bising2. sebab rupanya pegawai kat Dataran Prima salah tulis tarikh hilang. Dia buat kata kereta hilang pada hari Isnin. Benggongggg..dah tak pasal2 Lokman lak kena marah. Aku heran betul dengan pegawai polis yang kerek tak tentu pasal nih, bukan nyer kiteorang nih penjenayah nak cakap sombong2 macam tuh. Takder budi bahasa ek ko Sarjan? pastuh Sarjan minta buat copy IC dan lesen kereta. Lokman minta aje pegawai polis kat kaunter depan tuh tolong photostate, takder keje la nak kuar balai balik cari kedai.
Dah settle, Sarjan tu mintak Lokman faks kan geran & insurance esok pagi. Sarjan tuh cakap dia akan inform dia akan masukkan report ke dalam system dorang, then akan inform polis trafik and inform pada polis2 yang buat road block.
Setakat itu aje la dorang boleh buat pun..
Kiteorang pun takder letak harapan tinggi nak jumpa balik kereta itu dalam keadaan yang sempurna...
Cuma berharap kereta tuh tetap dapat jumpa untuk proceed claim insurance.
Dah la nak tunggu dapat claim tuh makan masa. Minimum pun 6 bulan ek..
Nasib baik la aku ada kereta sendiri. So buat masa sekarang kiteorang bergerak bersama2 la. Nasib baik la jugak opis Lokman dan rumah kiteorang dekat dengan LRT. So start semalam kiteorang keluar seawal 7 pagi, hantar budak2 kat umah kakak aku, then terus hantar Lokman ke LRT. Aku sempat lagi balik rumah balik, siap2 ke opis pulak.
Plan nak beli kereta baru masih dalam perancangan...selagi takder berita pasal kereta yang hilang tuh, selagi tuh rasa macam tergantung..huhu..

Aku pulak sekarang serabut sebab si Aariz demam. Dah 2 malam aku tak lena tidur. Dia jenis cranky bila demam..merengek2 aje..aduhaiiii...

Ya Allah ya Tuhanku, sungguh berat rasa dugaan Mu kali ini. Aku mohon agar Kau berikan aku kekuatan dalam menghadapi dugaan Mu ini...dan Kau berikan kesihatan yang baik2 ke atas anak-anak ku..Aminnn..
gambar semalam : lepas ambil budak2 kat babysitter, terus pegi tesco..
Rabu petang: Even kereta hilang, anak2 bukan paham pun
Dorang nak main kat playground, layan kan aje laaa..
Aariz dah demam masa nih..takder mood nak main
Dalam kenangan la ko kereta yerrr..merajuk ko ek sampai hilang terus!
(plan dulu nak beli keta lain, tu yg merajuk kot..huhu)
Ni pegawai kat Dataran Prima..
Yang ini ok even dia salah tulis tarikh kan..but ok la tak menyombong macam Sarjan Sg Way..
tak sampai setgh jam settle buat report dengan dia.

0 idea?!:

 
Blog Template by Delicious Design Studio