Raya Haji pada esok hari. Dan aku masih lagi bekerja. Macam biasa. tak ambil cuti pun sebab cuti tinggal sehari..kekeke..cuti2 aku selama 19 hari dah digunakan yang 80% semua sebab anak-anak. Iye, aku ada 3 anak kecik yang memerlukan Umminyer ketika sakit. :) Balance 20% aku apply bila aku memerlukan rehat tanpa gangguan.
Eh topik aku kali nih pasal Raya Haji.
Haaa, hari ni ramai opismates aku termasuk ambil half day. Semangat dorang nak balik kampung untuk beraya.
Aku?
Tahun ini abah aku dah cakap siang2, korban dia buat tahun nih tak buat kat Malaysia. Abah bagi duit korban untuk rakyat Cambodia. Tahun nih ramai orang berkorban di sana, even semalam kat opis aku ada panggil penceramah Ustaz Halim Din, dia pun akan ke Cambodia untuk melakukan ibadah korban di sana. Siap terima lagi staff2 sini if nak membuat korban di sana, just bagi RM230- RM250 untuk 1 bahagian daging lembu. Kat Malaysia harga daging korban 1 bahagian RM450. Jauh kan beza harga? Plus rakyat miskin dekat Kemboja lagi tinggi berbanding kat sini. Purata pendapatan seharian mereka di sana dalam RM5-RM10 sehari. Kalau sebulan berapa la sangat. Dan harga sekilo daging dekat sana mencecah RM30. Dorang cuma mampu makan daging lembu bila datangnya Hari Raya Haji.
So bila aku baca fakta2 nih semua baru aku paham kenapa orang2 kita ramai membuat ibadah korban di sana.
Abah aku sendiri pun kata, setiap tahun bila buat ibadah korban di kawasan rumah kiteorang di Kelana Jaya dan Kota Kemuning, bila masa nak bahagikan daging korban kepada orang miskin nih amat payah nak cari. Sampai kena hantar ke tempat lain la sebab nak betul2 bagi kepada yang memerlukan. MasyaAllah..ini menunjukkan bahawa orang2 kita hidup dalam kategori yang sempurna dan murah rezeki. Alhamdulillah...
Tu yang tahun nih abah aku bagi portion untuk orang2 Islam Kemboja. Jadinya dia cakap tahun nih tak beraya la sangat kat sini..huhu..tak dapat la nak bawak anak2 aku pergi Masjid tengok lembu2 kena sembelih, macam dulu aku penah bawak Tia tengok ibadah korban dijalankan. hehe..sadisss..sob sob..tak merasa suasana Raya Haji la pulak tahun nih..
tu sebenarnya aku nak bagitau...hahaha..
Nasib la belah famili Lokman ada buat makan2 la jugak sempena Raya Haji nih. Semua berkumpul kat rumah adik ipar esok hari. Aku dengan anak2 pergi lambat sikit sebab Lokman jadi volunteer dalam PGA Tour Golf kat The Mines. Excited nak tengok Tiger Wood main..huhuhu parah laki aku tuh..bapak aku pun sama..siap deal nak berjumpa Lokman kat sana. huhu. Harini pulak aku masuk opis seawal pukul 8 pagi sebab Lokman kena hantar aku dan terus gerak pergi The Mines Club Golf berkhidmat untuk Malaysia.haha. Iyela, dah sekarang bergerak dengan 1 kereta kan..kenala aku redhaaaa...
Weekend pulak famili aku plan nak ke Gambang Resort/ Theme Park. Eksaited..hehe..Nanti aku cite ek..first time ni nak bawak anak2 nih pergi theme park. :)
Ok korang, Selamat Hari Raya Haji!!
Semoga dipermudahkan segala urusan kita yer sempena cuti 3 hari nih.. aminnn...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 idea?!:
Post a Comment