Monday, October 8, 2012

Tia's Day - Starship Galatica @ One Utama

Dah lama Ummi mengidam nak bawak Tia pergi main kat Indoor Playground..Tia sekarang suka sesangat main kat playground..every day dia akan jenguk kat tingkap dan tengok playground kondo sebelah..then setiap kali tu la jugak dia akan panggil aku dan cakap nak pergi playground. Hari-hari yerrrrr...sampai aku dah tak larat nak taici (mengelak)..haha. Aku selalu cakap kat dia tunggu Ummi cuti la baru leh bawak Tia. hurmmm, budak umur 2 tahun paham nyer kejap aje, pastuh tanya lagi dan lagi..haih!
Sekali sakala memang akan bawak dia main playground bawah kondo nih..Dia suka main gelongsor.
Aku susah nak bawak dia main bawah hari2 sebab ada kembar. Si kembar takleh berjalan lagi..if nak bawak tiga2 kena ada orang escort. Lokman lah kena ikut skali..haha..or salah sorang kena stay jaga kembar kat rumah, then bawak Tia turun..tu yang kiteorang tak berapa rajin nak membawa budak2 nih turun main..huhu..
Then, bila pergi shopping mall yang ada indoor playground nih memang teringin sangat bawak Tia main dalam tu. Tapi asyik menangguh aje sebab memang takder masa.
Last week, kawan baik aku tetiba ajak join dia. Dia plan nak bawak anak2 dia ke OU, Starship Galatica. Aku terus rasa excited nak bawak Tia. Tanya-tanya Lokman dia ada plan main golf ke atau ke mana2..since Lokman free, aku mintak tolong dia jaga kembar and aku bawak Tia g main sana. Atau bawak aje kembar sekali, since kembar dah pandai gak main2 benda2 alah tuh. Lokman pilih untuk stay rumah dengan kembar..hehehe...
Sabtu lepas pukul 11 pagi aku dengan Tia dah pacak kat sana. Orang pertama ek register..haha..excited tak excited la kiteorang nih. Sehari sebelum pergi tuh Tia berulang2 cakap nak g playground since aku dah janji nak bawak dia. haiyoooo...janji ditepati! haha
Bateri ipon aku kong since malam tadi. Charge tertinggal kat opis. Nak beli baru, paling murah dalam OU tuh RM39..huhuhu..takdo la aku nak beli. Tapi rasa ralat pulak if tak dapat amik gambar Tia kat sana. Terus cuba nasib tanyer brother kaunter register tuh. If dia ada charger iphone..hihi..nasib baik la brother tuh baik, dia tolong chargekan..charge dalam setgh jam then okla..sakan aku amik gambar Tia..
Kawan aku sampai kemudian...baru la tak sangap ada kawan berborak. Ada parents just register anak pastuh tunggu kat cafe bawah aje or pegi menyopping. aku dengan anem bawak anak kecik, jadinya kena la join dorang main skali.
And aku rasa macam aku lak kanak2..excited kutip2 bola, pastu berlari dengan Tia, lompat2..kekeke..mengah jugak laaa..

Pendapat aku untuk tempat nih:

Bayaran masuk utk weekend RM20. Anak je bayar. Parents tak payah, tapi wajib semua ada stokin. Makan minuman luar xleh bawak masuk. Even beg susu anak pun dorang suruh tinggalkan kat bawah. Tapi ada je aku tengok parents bawak naik atas. huhu. Bila Tia haus kiteorang kena turun bawah.
Tempat nih actually sesuai untuk budak umur 4 tahun ke atas. Sebab its more to adventurous..main tembak2 bola paling menarik la..since Tia tak reti & takut, so takder la dia main benda tuh. Dia cuma kutip2 bola pastu letak2 dalam lubang2..tak banyak sangat aktiviti leh buat pun..slides pun tinggi..Tia try 2 kali aje pastu dah takmo. Sebab slides tuh dari tingkat 2 ke tingkat 1. So bila aku teman dia ke atas, aku kena turun tangga untuk amik dia yang dah mengelongsor ke bawah. Sampai bawah dia cuak arr tgk aku takder..hehe..tu yang terus dia takmo main benda tuh..aku pulak sengan arr nak main slides tuh..hahaha. padahal aku sedikit cuak, dah lama tak main kot..haha..
Overall, ok-ok la tempat dia, Mungkin bagi budak2 best arr even tak banyak aktiviti. Seronok kot tengok bola banyak2 then dorang boeh berlari sini sana..Memula aje Tia takut, lama2 tuh dia pandai main sendiri. Aku dok lepak borak2 je dengan kawan aku.
Dekat 2 jam lebih gak la kat sana. Tu pun jenuh pujuk Tia keluar..sebab dah lapar. Bawak dia makan tutti frutti kat sebelah tempat tuh, then terus lunch kat Pizza Hut. Penat main, sampai banyak dia makan spageti. hehe..
Lepas dah makan, boleh pulak dia cakap nak main bola lagi..adehhhhh..sampai nangis nak masuk balik tempat tuh..
aiyakkk, harus cabut balik sebelum dia bising..dalam kereta terus tido..sampai rumah ulang2 dia dok cakap nak main bola...huhu..kiranya dia enjoy arrr main harinih..berbaloi arr jugak bawak dia ke sana. :)
aku promise next month kena bawak dia lagi. Tapi mungkin bukan kat OU, nak pegi kat IPC lak. yang sesuai dengan umur dia...InsyaAllah..
Nawra xmo main, dia layan Upin ipin..si Tia pun join sekaki sebab dah penat..hehe
tangga dia curam..
aktiviti mengutip bola banyak2!
Tia & Awal..tak geng betul dorang nih..haha
dalam area galatica..penuh dengan bola2
dalam kereta, otw balik rumah. kepenatan ko!
last pic..suka la bila srh posing..happy betul dia..
Ummi & Tia day :)
layan ice creamm...
area nih main lompat2..
kids with their spageti...habis makan!
Tia tengok abang tu masuk kan bola dalam lubang, then dia tolong sekali..hehe
tempat yang paling dia suka masukkan bola. Bila bola masuk akan kuar bunyi lembu dan kambing..haha
dah lama2 baru pandai guna bakul kutip bola..good girl!

0 idea?!:

 
Blog Template by Delicious Design Studio