Rasa lama betul tak update blog. Ada masa aku rajin hehari aku menhapdate blog nih, ada masa aku tengah serabut memang tak sentuh langsung blog. Cite progress anak2 pun banyak tergendala.
Bulan nih si kembar aku genap setahun 2 bulan.
Ringkasan progress dorang:
+ Dua2 dah ada 6 batang gigi. 4 bijik kat atas, 2 bijik kat bawah. tak der tanda2 lagi gigi lain nak tumbuh. pastu pesen gigi2 dorang tuh sama aje..kot nyer pun kembar, sampai gigi pun nak tumbuh sama jugak ek?ihihi..
+Dorang tak suka aku gosok gigi dorang. Susah sangat nak guna berus gigi, aku guna tuala kecik aje..hahaha..senang aku nak sental gigi dorang, main tenyeh2 aje..haha..takleh nak mengelat sangat bila aku dah pegang muka dorang.
+ Hafiy makin mengembang, tapi Aariz tetap sama. Keding aje. Cuma selera makan Aariz ada la perubahan sikit. Harap2 dia mengembang gak macam Hafiy. So takder la Hafiy asyik nak buli dia aje..huhu.
+ Hafiy manja dengan Lokman. Aariz sangat la manja dengan aku. Sampai setiap masa nak mengempeng aje. Selalunyer berebut dengan Tia nak mengempeng dengan aku. Sampai dalam kereta pun si Tia duduk atas peha kiri aku, si Aariz duduk atas peha kanan. Haaa, elokkk..penyek lagi la mak korang nih :P
+ Dua2 tak boleh berjalan lagi. Si Hafiy dah boleh berdiri sendiri kekadang dan boleh melangkah satu dua, then jatuh. Dia rajin nak try berdiri & berjalan. Si Aariz langsung laaaa takmauuuu..Nak kena paksa baru nak. Itupun separuh jalan. Nampak gayanya macam Hafiy aje jalan dulu. Tapi kalau bab memanjat, si Aariz tetap champion! tak paham pulak aku dorang nih..
+ Berat badan, tinggi dorang semua aku tak tau. tak menyempat lagi nak bawak g klinik kesihatan utk cucuk setahun. teruk kan aku? huhuhu..next month aku cuba..cuti aku tinggal sehari aje lagi, memang khas utk bawak dorang g cucuk..hehe..konfem kena marah dengan nurse kerajaan nanti..haha..
+ Hafiy suka menari & menyanyi. Aku dan Lokman suka tengok muka dia bila tengah nyanyi. Sangat kelakar! Aariz budak seriyes..dia tak layan sgt lagu2 nih, kecuali time mood tengah ok. Nampak la jugak dia goyang2 bila tengok Hafiy & Tia joget2. Perangai dorang sangat lain! :)
+ Kiteorang dah tukar susu dorang ke Dutch Lady. Tia pun sama. Tiga2 dah minum susu yang sama. So senang dah. tak pening2 dah bahagi2 duit beli susu dorang dan nak bancuh susu untuk dorang. Aku selalu buat tiga botol terus. Minum serentak la tiga2, tak gaduh berebut2 dah. hehe..
+ ok, itu aje setakat ini. terima kasih :)
Tuesday, October 23, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 idea?!:
Ala comelnye kembar awak... tak smua orang boleh ada baby kembar tau..bertuah awak...hai, salam kenal dari saya
Hi Nisa,
Terima Kasihhhhh :)
Salam kenal jugakk..nanti keep in touch ya! :) take care...
Post a Comment