Wednesday, December 19, 2012

Semakin baik...

Alhamdulillah, kesihatan askar-askar kecik aku dah semakin baik. Dah tak demam, tapi Tia masih ada batuk2 tahap merunsingkan jugak. Batuk yang susah nak tidur malam jugak la...dan bila tengah2 malam buta tetiba dia merengek-rengek macam tak selesa. Hidung tersumbat dengan selsema. Aduhaiiii ..kesian aku menengok dia, apa la daya aku nak menolong. Setakat bagi ubat, sapu vick kat dada, hidung dan belakang badan dia aje. Adakala terdetik gak hati doa pada Allah semoga sembuhkan sakit anak-anak aku dengan segera atau berikan aje sakit-sakit dorang nih kat aku..huhu..Kesian dorang menanggung sakit macam tuh. Nak cakap tak reti, menangis aje la..hukhuk..Semoga dorang kuat!
Dua hari nih Tia dah mula aktif bercakap balik. Ada je benda dia nak bagitau...tak pun mintak macam-macam. sampai aku lak yang rimas...haha, masa budak tuh sakit dok rindu keletah budak tuh sokmo, dah aktif semula aku lak yang tak larat nak layan. hekhek..apapun aku bersyukur she's getting better.
Si Hafiy pulak dah kebah demam nya, tapi masih lagi cranky. Ada masa ok, aktif main dengan adik beradik lain, takpun satu rumah la dia pusing2 jalan. Budak baru dapat kaki, haaa, memang keje berjalan aje la..so cute bila tengok dia berjalan, sekarang dah makin laju..confident level dah tahap average :) well done my boy! Tapi ada masa tetiba dia cenggeng2 nak berkepit. Aku perasan budak2 nih kalau lepas sakit aje mesti tiba-tiba manja terlebih. Nak perhatian aje memanjang. Mungkin masa dorang sakit kita layan macam putera puteri Raja, pastu lepas dah sihat nak jugak la layanan yang sama..haha, memang tak dapat arrr anak-anak oiii! tak berjalan laa keje Ummi nanti melayan kerenah korang nih. Masa dorang sakit jek aku kasik layanan double istimewa..dah sihat nih aku tak manjakan anak-anak sangat. Aku nih Ummi yang garang..kekeke..

 
Aariz pulak tetap ceria. Gigi geraham dia baru tumbuh 2 bijik. patut la last 2 weeks tuh cranky jugak, dan demam 2 hari. rupa-rupanya sekali 2 bijik gigi tumbuh. Sekarang dia makin melasak. Dalam proses nak berjalan. Semalam rajin la dia berjalan 5-7 langkah. Harap2 sampai hujung bulan ni dia nak berjalan terus. Dah tak kuasa aku nak sental seluar dorang nih. Tang lutut aje hitam legam..hehe, tu tandanya rumah aku kotor ke ek? hahaha...
tak la kotor sangat cuma si kembar nih segala ceruk dia masuk. Sampai bawah katil pun dorang masuk nak amik toys. Baju seluar baru beli kat Pureen tuh aku simpan dulu sampai dorang leh jalan 100%, sayang nak bagi pakai sebab dorang asyik nak mengelap lantai dengan lutut aje.huhu. Tu yang sekarang dah kena bagi latihan intensif kat Aariz. Target until end of month aje. InsyaAllah..

 
Aku harap lepas nih dorang sentiasa sihat. Tahun 2013 dah nak masuk. Tahun depan Tia dah 3 tahun, kembar dah 2 tahun..InsyaAllah. Moga dorang membesar dengan sihat & ceria.

 
Aku terpikir nak bagi dorang supplement arr..selain Scott Emulsion, apa lagi supplement yang baik ek utk anak kecik? If aku kasik Appeton ok tak? macam nak bagi Tia & Aariz gemuk sikit arr..halus sangat la dorang nih..tu yg asyik sakit aje, eh? huhu..
 
 
 
 
Dalam proses recovering
Baru nak start makan sikit2..
tapi yang nak dimakannya adalah keropok..
huhuhu..
 
 
gambar hari Isnin lepas
Tia still demam skit, takmo pandang bila aku nak ambil gambar
Si kembar aje yang sporting. hehe

0 idea?!:

 
Blog Template by Delicious Design Studio