Wednesday, February 6, 2013

Un-control-able twins

Hi blogger!

Mood nak memblog agak merundum skit lately. Aku masih jiwa kacau nak tukar department. Aku dah slow talk dengan my lady bos. Dia dengan sikap terbuka membenarkan aku transfer, cuba dia suruh aku betul2 pilih department yang bersesuaian. Aku kekadang ada rasa teragak2 dengan pilihan aku. Takut aku salah pilih..harap2 pilihan aku tak salah. Hari ni aku akan hantar internal memo ke HR. Semoga segalanya berjalan lancar. Ameenn..

Cerita pasal kembar pulak hari ini.

Aariz & Hafiy dah makin melasak, sejak2 dah lancar berjalan nih agak susah nak control dorang. Lagi2 bila kiteorang outing. Dorang nak berjalan sendiri. Takmau duduk kat stroller lama-lama. Actually, tak kisah lagi dorang nak berjalan sendiri tapi yang jadi kisahnya bila dorang nih jalan ikut suka kaki. menonong aje tak peduli mana mak bapak dorang pergi. haha..tengok2 dah ke arah lain. Ntah apa-apa..
Jenuh aku nak kena perhati dan tunggu dorang jalan terkedek2 tanpa peduli orang yang tengah lalu lalang. Sampai selalunya menganggu laluan orang gak arr..nasib baik comel jek, orang tak marah..sengih2 aje tengok dua budak tenit nih berjalan usha orang.
Lagi buat hilang kesabaran bila kiteorang pergi beli barang dapur. Sekejap aje nak duduk dalam trolley, pastu mulala buat perangai. Nak keluar then nak mencapai benda2 kat rak. Aku nih sibuk nak pilih2 barang sambil pikir2 barang apa yang dah habis kat rumah tuh, tapi jadi takleh nak memikir bila budak2 nih buat perangai. Tak layan nanti dorang akan menangis siap protes duduk kat lantai. Nasib baik takder aksi guling2. huhu..dorang akan menangis2 serentak sampai sebatu leh dengar suara dorang. Malu nokkk!!
Selalunya nak bagi dorang duduk lama dalam trolley adalah dengan pancing dorang dengan makanan ringan & air vitagen/nutrigen. Tapi sekejap je pun, dah bosan makan minum dorang tetap nak keluar. Aduhaii..serabut kepala makkk! Ada satu part nih, si Hafiy jalan menonong dalam Tesco sampai terlanggar bucu rak. Terus berdarah bibir dia..melalak2 la apa lagi. Gabra aku dibuatnya. Tu pasal kiteorang tak bagi dorang keluar jalan..agak bahaya. takut dorang capai2 barang sampai jatuh atas dorang ke..ishhh..

Bila semua dah buat perangai, terus mood nak membeli ke laut, sampai lupa terus nak beli apa. Cepat2 pergi kaunter dan terus balik. Balik rumah sebelum Ummi korang nih naik sawan ultraman..huhu..lagi parah!
Sampai rumah baru arrr teringat balik barang yang diambil. aiseyyy..

Si kembar ni suka tengok si kakak dorang..si kakak la jadi role model dorang..apa kakak makan dorang nak jugak. Kakak nak berjalan dorang pun nak jalan sama. Si kakak suka mintak macam2..tu yg adik2 nak mengikut. Sudahnya si kakak aku marah dulu. huhu..

Lepas nih kena cari time lain beli barang dapur. Takleh rasanya nak bawak dorang ni...huru hara jadinya..Tapi bila tak bawak dorang keluar rasa kesian terperap kat rumah aje. huhu..dilema seorang Ummi...

 

haaa ni dia 2 budak macho berjalan..
konfiden kan? hehe


ini gambar semalam..pergi beli barang dapur lagi lepas ambil dorang kat rumah babysitter
si hafiy siap angkat kaki nak keluar sesangat
si aariz melalak lalala..
air nutrigen beli sampai habis 1 pek..
pun melalak jugak..parah!


drama drama...


ni kat speedmart. sibuk tiga2 nak keluar ikut abah nya
sudahnya abah ambik trolley & airkrim bagi duduk diam2..hahah


di paradigm mall..


orang dah kat depan, dorang terhegeh2 lagi kat belakang
aku dah kena berjalan cara berundur, sebab nak tengok dorang..haha










4 idea?!:

nurulizzahz said...

hahaha.. xtau nk kesian ke ape.. tp comel la diorg ni k.fira.. geram ha tgk jalan comel je..

Cikgu Norazimah said...

comeinyer budak2 ni..geram !!

Liz said...

nasib comel kan? org pun tak kisah kalau diorang terkedek-kedek.

FiraHamzah said...

izzah: gelak awak yek dengan perangai dorang nih..huhu..kekdg memng geram, kekdg rasa comel2 jek..bersabar aje la kite nih..

cikguNorazimah: TQ cikgu..hehe :) salam kenal yek..

Liz: haah, nasib la kiut sbb dorang nih twin..jalan pun berkepit aje..tu yg org suka nengok ;p

 
Blog Template by Delicious Design Studio