Sudahnyer, kawan aku Erin & Sheikh datang la rumah. sekali nak jenguk Tia. Lepak dari pukul 6.30 petang sampai 10 malam. Balik keje aku tak sempat mandi, dengan baju keje aku pakai layan tetamu..hahaa :P
Aku nak masak untuk dinner, tapi tak tau nak masak ape. Si Erin tengok ada ikan siakap, dia cadang buat Ikan 3 Rasa. aduhhh, mane la aku reti. Dia cakap nak ajar aku..hehehe, dah alang2 ada orang nak ajar masak2 nih, aku ok aje la. aku sediakan la bahan2.
Bahan2 untuk sos Ikan Siakap 3 Rasa:
cili boh/cili kering 3 sudu besar
sos cili 3 suda besar
sos tomato 3-4 sudu besar (ikut selera korang)
sos tiram 2 sudu besar
cili padi (dihiris kecik2)
kacang buncis/kacang panjang (dihiris kecik2)
nenas (if takder pun takpe, aku takde lerr, dah last minute menu)
garam, gula & ajinomoto (sesedap rasa)
bawang merah 1 biji besar & 3 ulas bawang putih (aku blend kasar)
paling penting IKAN SIAKAP laaaaa.. :) (goreng sampai garing, xnyah lumur dgn serbuk kunyit yer)
CARA-CARA
1. tumis bawang
2. dah wangi, masuk kan terus cili boh, sos cili, sos tomato & sos tiram
3. kacaukan sampai la cili masak btul, tambah la air skit
4. dah masak baru la letak garam, gula & aji
5. adjust ikut sesedap rasa anda, dah ok last masukkan la cili padi, kacang buncis & nenas
6. dah ok, tutup api then tuang la sos atas ikan goreng siakap ituuu.
7. sila makan dengan Bismillah.... :)
senang kan?? main campak2 aje bahan2 tuh..aku dok la pikir susah btul buat menu nih...dah ada org tunjukkan baru la rasa senang. InsyaAllah, lepas nih leh buat sendiri plak..
Para Isteri memasak, para bapak jaga anak sambil bergossip! :P
Ini la dia tetamu aku. Arissa tumpang bouncer Tia utk minum susu
Master chef aku :)
TADAAAAA!!Special Ikan Siakap 3 Rasa oleh para Isteri
nota kaki: sorry gambar tak berapa clear. Maklumla dah malam, umah aku lampu malap2 aje..jimat lektrikk...hehe
apepun, sronok jugak dapat main masak2 dengan kawan di rumah sendiri di hari kerja :D
0 idea?!:
Post a Comment