Aku g bawak dorang cucuk masa umur dorang dah sebulan lebih. Lagi seminggu nak masuk dua bulan tu..haha..kali nih nak bawak anak g klinik kena berteman. Dah takleh gagah macam masa Tia dulu, aku leh gagah aje g sorang bawak Tia. Tapi not this time..kembarrrrr oii. Tak cukup tangannn..so lokman memang kena teman sentiasa. Bila dah berteman nih, kenala tunggu si abah dorang nih free. Itu pasal sudah delay tarikh injection day dorang nih. takperla, as long dapat cucuk pun ok..
Masa g timbang tuh, amat terperanjat sebab kembar dah cecah 4kg sorang. wahhhh, amat bagus peningkatan dorang. haaaa, korang mesti dah agak aku bagi susu tepung kan?? hahaha..ya betullll!! :P since dorang lahir lagi dah kasik susu tepung. Dari dalam hospital sampai la sekarang nih..aku tak berkemampuan untuk fully breastfeed. Alasan, susu badan memang tak cukup untuk dorang berdua plus aku seriyesss tak kuat semangat dan tak kuat fizikal untuk nak breastfeeding dorang sepanjang masa. Aku penah buat 2 hari berturut2 fully breasfeed dorang nih, lepas 2 hari..pinggang aku cramp..sakit yang teramat2 sangat..macam lepas bersalin tuh, pastu mengalami nipple crack dan tak cukup tido..setiap sejam bergilir2 susukan sorang..haaaaaa..cmnooo tu?? sudahnyer..aku surrenderrr..huhu..
Yang penting anak aku sihat & cukup makan. Semoga Allah mengampunkan aku sebab tak dapat nak breastfeed dorang sampai 6 bulan..huhuhu..Hanya DIA yang maha Mengetahui segalanyaaa..
Berbalik cite dorang nih, semalam Lokman (dibantu oleh aku) telah mencukur rambut mereka. hehe..memula nak upah orang/bawak g kedai ane kasik cukur, tapi tetiba confident level lokman tinggi pulak nak cukur sendiri..haaa, aku pun confidentkan aje...pukul 12 tghari start cukur kepala si Hafiy dulu, pukul 3ptg baru habis cukur rambut Aariz. 3 jam tuuu..sekarang si kembar sudahhh botakk. Lain macam pulak tengokk..hehe..genap umur dorang 2 bulan dorang dah selamat dibotakkan licinkan.
Alhamdulillah...
cuma sekarang si kembar ada selsema. Berjangkit dari Tia la nih..Si kakak asyik nak cium2 adik2 dia, tak pasal2 dorang dapat selsema. Kesian, bila tngah malam aje tak selesa..rasa tersekat2 aje hingus tuh. Aku cuma dpt sapu vicks aje laa..pastu pakai penyedut hingus tuh haaa, dah tak tau nak buat ape dah. Kawan aku suggest g kedai sensei, mintak serbuk mutiara, kasik dorang minum. Dia kasik kat anak dia yang sebaya kembar tuh, lepas bbrapa hari dah ok..aku ni tak menyempat lagi nk g kedai cina tuh..huhu..kena la jugak ikhtiar benda lain kan..sebab sekarang pun cuaca tak menentu..kejap hujan lebat, kejap panas terikk. Si Tia dah start batuk pulak. Risau pulak aku berjangkit dekat kembar....next week if selsema dorang tak baik gak aku nak bawak g Paed KJMC. last week bawak Tia pergi amik injection for setahun, aku bagitau pasal kesihatan kembar, doc srh bawak g jumpa dia. Dia kata ubat mkn takleh bagi la, tapi hidung tu boleh cuci pakai ubat titik khas utk infant. So harini aku masuk aje keje, aku terus update nama anak2 kat system HR. Register nama anak2, so leh mintak GL. Try dapatkan next week..
ok la, nnti aku cite pasal anak2 takde peghujung pulak. Biar cite by entry..so takder la lost aje kan..hehhe..merapu meraban aje nanti. Pening korang nak baca..hahah..
Nah ni gambar twins yang terbaru..
gambar sebelum di botakkan
tido pun nak sama aje..
Hafiy dah botak, lawak btul tgk muka dia bile botak..haha
Aariz layan tido lagi, tunggu giliran lama sangat..
3 idea?!:
:)
aku dah ada blog weh..
caner nak wat blog cantik mcm ko??
salam. singgah baca blog di sini. comel betul anak2. gmbr si kembar bertindih tu mmg cute abis! tahniah atas kelahiran, and slmt kembali bekerja :)
fazrul: haaaa, terbaikkk!! mari membloggg..nanti aku sekolahkan ko pasal blog nih, tapi aku nih idak lerrr expert..setakat copy paste sana sini, haaa, jadilaa blog cmni haaa..meh meh gossip pasal jadi mak pak cemerlang..hihi :P
oyis: hi, salam perkenalan :) thanks babe.. u take care. ur daughter pun so luvly lah! :D
from: fira hamzah (i cant used my own account to put these comments..haiyaaaa..kena adjust balik kot setting comment nih..sorry guys!)
Post a Comment