Showing posts with label Potty. Show all posts
Showing posts with label Potty. Show all posts

Tuesday, January 29, 2013

Potty Train budak umur 2 tahun 10 bulan #part 1

Cuti 3 hari aku plan nak ajar dia untuk potty - free diaper.
Hari sabtu tak dapat nak buat, sebab tengahari ada kenduri. Tangguh.
Hari Ahad lepas mandi pagi aku still pakaikan dia pampers. Rasa malas pulak nak ajar dia..heheh. Pastu tengah syok2 dia main dengan kembar, tiba2 dia cakap sakit "bijik". sakit lama dia tuh la. Walaupun benda tuh dah mengecil, tapi dia ada jugak cakap sakit kat tempat tuh. Aku tak tau la dia nih bercakap benar or saja tarik perhatian. Apa pun aku still kena ambil serius kalau dia betul2 sakit. Ye la, budak nih tak reti nak describe kan sakit macam mane. Lepas aje dia cakap sakit, terus aku suruh dia pergi toilet. Aku nak basuh. Tengok2 pampers dia dah berat dengan kencing, tapi belum lagi buang air besar (yak). Terus aku ada mood nak train dia. Lepas basuh, aku tak pakaikan dia pampers. Aku suruh dia duduk kat bekas potty dia dan paksa dia yak.
Tunggu punyer tunggu, takder hasil.

Terkebil2 minah kecik nih kat situ. yak takmo keluar. haha..

Ada pulak tuh peneman setia aka bodyguards dia. haha..sape lagi kalau bukan si kembar.
Sibuk mengekor. Setia berdiri depan toilet tengok si kakak kena paksa yak. haha..aku bagi aje la dorang tengok, dengan harapan nanti turn dorang untuk potty, dorang dah tau nak buat camne..kekeke..belajar dari kakak dorang. Senang dah kerja aku nanti. Yang sorang nih pun aku rasa separuh nyawa nak ajar, inikan nanti si kembar. hukhuk..

Lepas 15 minit still takder tanda2 nak yak, aku suruh la dia keluar toilet. Tak bagi dah pakai pampers. Pakaikan panties aje. Berkali-kali aku ulang suruh dia inform if nak yak or kencing. Siap ajar dialog lagi camne nak bagitau aku if nak membuang then pintu toilet aku buka seluas2 nya. kekeke.

Resultnya dari pukul 10 pagi sampai 1 petang, berjaya kencing di toilet dengan sendirinya sebanyak 2 kali dan kencing di celah sofa sebanyak 2 kali jugak. Lepas kencing baru dia bagitau aku. haiyaaa..pandai pulak tuh cari port nak kencing. Celah2 sofa, so that si kembar tak kacau.haha.
Baru 3 jam, aku dah rasa penat. Seriyess rasa surrender.haha. Tu belum yak lagi tuh. Minum susu coklat dah 2 botol, susu madu 2 botol, air ribena ntah berapa botol ntah. Tia memang kuat minum air. selalunya lepas aje minum susu dia akan terus yak. Agaknya sebab aku suruh yak dalam bekas terus terbantut yak nak keluar.kekeke. bertuah punyer budak!

Last2 aku letih aku terus pakaikan dia pampers. haha.mak yg give up. Masa tuh pun time dorang nap. Kesian jugak kat dia sebab kena alert setiap kali aku send reminder. Tak dapat nak me-lena. Lepas aje pakai pampers terus yak. ciss..

Setakat itu aje la training kiteorang.
Esoknya aku nak train lagi tapi abah nya ajak breakfast kat luar, terus beli barang dapur kat tesco until lunch time. Balik dah penat. Budak2 tidur sampai petang. Takdo la nak train bagai. Full pampers lagi la gamaknya.

Ok la untuk permulaan. At least dia dah boleh berlari ke toilet sendiri untuk kencing.
Nanti cuti Chinese New Year aku sambung lagi potty train dia. hekhek..harap2 by umur dia 3 tahun bulan Mac nanti dah boleh buang sepenuhnya dia toilet. Malam time nak tidur aje kot pakaikan pampers. hehe.

Caiyok Tia Zahraa! Semoga tahun ini awak berjaya free dari diaper yek. Save duit poket Ummi jugak..hehehehehe..

sempat lagi buat peace..
gaya di paksa yak..haha


peneman setia Tia
Aariz buat peace..
tak pakai baju sebab baru lepas makan..kekeke..

Monday, March 26, 2012

Potty training & Tia

Tia dah 2 tahun, nak kata paham bahasa takla selalu. Ada je benda kite cakap dia blurr aje. Kalau dah macamtu sah sahla bahasa dia pun aku tak paham sangat. Aku pun blurrr jugerrr..
Kalau dah Ummi dia pun kurang paham, abah dia lagi la parahhh! Haha..siap abah dia yang cakap pelat ikut Tia..isk isk isk
Ada kawan aku dah ajar anak dia potty train seawal usia 2 tahun. Aku still rasa x confident nak ajar si kecik ni berak sendiri. Mau bersepah...sangat high risk oo..mau aku sawan lagi teruk bila tengok najis dia terabur satu rumah, dgn nak handle kembar yang makin byk ragam. Si hafiy 2 hari ni sampai melecet bhgn punggung dia kes asyik berak aje..semalam menangis2 asal di cebukk. Kesian dia. Orang tua cakap berak2 sebab nak pandai sesuatu, hopefully merangkak arr. Dah bontot ko tu berat sangat, tu yg najis kena kuar hafiyy oii..hahaha..pepandai jela Ummi ko ni :p
Ok, so aku tunggu sampai Tia paham bahasa 70% dulu baru aku akan ajar dia potty. Harap2 masa umur dia 3 tahun dah ok. Sekarang ni dia dalam stage membebel & mengajuk orang bercakap. Hari2 aku kena bercakap banyak2 dgn dia, nak bagi dia familiar dgn words satu2.
Buat sementara ni gigihla aku belikan dia diapers tetiap bulan. Kiteorg dah upgrade size petpet dia ke L. Lagi senang besar so tahan lama skit. Budak ni kencing banyak. Aiyooo!
Nanti bila dah boleh potty aku buat entry khas ek. Sekarang ni dia cuma akan bagitau yg dia "yak" = berak lepas dah yak. Nak suruh cuci. Sebab dah geli la tu.
Buat masa sekarang aku nak ajar dia buka seluar sendiri. Ada masa boleh buat sendiri ada masa dia xboleh. Hurmmmm, tapi ajar slow2..insha'Allah berkat kesabaran pasti ada hasil, kan?
All the best to me & to mommies like me..hehe
Bekas potty nih awal2 abah dia dah belo, kekonon nak ajar Tia awal2..tapi takder maknanyerr..
kang aku jugak yang susah..so hold la dulu.
Ni gambar last weekend, dia suruh Tia yak dalam nih.
Budak tuh eksyen je lebih, tapi takleh gak yak..
sudahnyer yak dalam diaper gak..huhu
My time is not coming yet la Ummiii....
 
Blog Template by Delicious Design Studio