Showing posts with label baby jatuh. Show all posts
Showing posts with label baby jatuh. Show all posts

Thursday, March 8, 2012

Sempit lah!

Pukul 4 pagi aku terbangun lagi. terdengar suara si kakak Tia menangis. Aku tengok kat sebelah aku dia takder..berpandu pada bunyi suara tengok2 si Tia dah ada kat atas lantai..sambil memeluk bantal dan menangis!! hahahahaha..
Nak tergelak gak time tuh, tapi dalam masa yang sama kesian okkk. Dah lama si halus nih tak jatuh katil, tak pasal2 malam tadi jatuh pulak. kesnyer dia tidur kat hujung skali. Aku dah dpt agak masa nk tidor, si budak nih mesti jatuh katil kalau tidur tepi, dah la tido lasak..haaa, amik ko..betul2 ko jatuh katil Tia oiii! Sorry la yerrr..
Malam tadi aku nak tidur kan si kembar. Si tia sibuk nak main games kat ifon aku. so aku bagi la dia baring kat hujung. so that aku baring kat tengah2 nak tidurkan hafiy. Aku geram si kembar lately nih susah btul nak tidur. Asyik nak main aje walaupun dah penat. Pastu bila tak dapat tidur asyik nak merengek. Kesabaran aku memang teruji laa sejak dorang nih masuk umur 6 bulan. Lagi2 dua2 dah pandai meniarap & mencapai. huhu..
Pastu sekarang nih lima-lima (aku, lokman, tia & kembar) nak tidur atas katil yang sama! Nasib king size. tapi stilllllll...sempit gilerr! yang jadi mangsa..sapa lagi kalau bukan aku. grrrrrrr...
Aariz dah taknak tido dalam baby cot dia. Sebab dalam tu panas agaknyer. Malam tadi aku masuk kan dia dalam baby cot sebab dah beberapa hari aku kesempitan bila lima2 atas katil. Sudahnyer pukul 3 pagi dia menangis2 tak selesa. Bila Lokman angkat bawak tidur atas katil baru dia senyap & lena. Mengada sungguh! Si hafiy pun taknak jugak tidur dalam cot. Sanggup tidur atas katil kena himpit2 dgn kakak Tia pastu kena tendang2 dgn tia..aisehhh..
Bila dah lima2 menyempit atas katil, dorang berempat tidur menegak..aku tetiba melintang ek, kat bawah kaki anak2, hujung2 pulak tu..kalau aku jatuh katil tetiba, memang tak terkejut la kan?..huhu..apala nasibbbbbbb..
Disebabkan itu aku jadi stress sebab tidur tak lena dan tak selesa. dah la setiap 2 jam aku kena bangun bagi budak2 nih susu. Tambah pulak kena tidur melengkuk aje..wuarrrgggghhhh!! tak aciiii..
Tak sabar betul nak beli katil budak2 nih..nak deco bilik dorang tuh. aku tak kira, nak kena asingkan budak2 nih jugak. Haaa, korang tido la bilik lain! Kesian kat Ummi tau! Dan kesian jugak kat dorang cos risiko berhimpit & jatuh katil. huhuh...it's time to change our nite life. Orang putih awal2 dah ajar anak2 dorang tidur asing kan? nape kite takleh ek?

ok takper..langkah pertama aku..beli katil dulu. then tengok camne..

Tunggu bonus keluar dalam beberapa minggu lagi, then aim pertama aku nak beli katil. Sekarang pulak IKEA tengah buat sales..haaa, harus la aku cuci mata ke sana. Insha' Allah..moga2 bonus tahun ini banyakk walaupun KPI aku rendah tahun lepas..kuikuikui..

I wannnnntt my sleeping beauty back! heeee~ (sleeping beauty la sgt.. :P )

3 budak nakal :)

Tuesday, December 20, 2011

Benjol Ultraman

Dah la dahi anak aku sememangnyer jendul..ni bertambah pulak dengan benjolan ultraman dia..hahaha..nak tergelak gak aku tengok, tapi pada masa yang sama risau pun ada..
Semalam la makcik kecik nih mengada terlebih, aku nak pakaikan dia diaper, pastu bantai dia tak nak..dok main acah2 dengan aku atas sofa. Aku dah kata jangan main camtuh, nanti jatuh..haaaa, baru beberapa saat aku cakap dia dah terjun dulu..huhu
Gaya terjunan dah main perenang nak terjun dari papan tu kan? haaa, apa lagi, dahi la cecah lantai dulu..menjerit terus budak kecik tuh..aku pun terus la angkat dia..adehhhh..tengok2, dahi dia dah naik benjol..huhuh
Aku sapu gamat, then MIL suruh tuam dengan air suam..bagi kurangkan benjol dia tuh..memula tu naik tinggi fak, aku urut2 skit, haaa kempis la skit.
Kejap aje dia melalak..aku pujuk2, terus diam..bagi susu suruh tidur, tapi terus segar balik..gurau2 dengan dia terus ok. tapi benjolan tetap di situ..

Tu la akibat budak yang lasak. Abah dia cakap dah macam ikan flowerhon (btul ke aku eja?) hahah..memacam gelaran dah mak pak ko kasik Tiaa....
Harap2 la takder effect yang teruk. Aku nak aje bawak dia g klinik, tapi tengok dia dah cergas balik, hopefully semua ok la..
Malam tadi, dia dah tido aku sapu vicks lak..dengan harapan benjol hilang la esok nyerr..

Pagi nih dah kurang skit benjol dia..


nampak tak benjol dia tuh?? hihi , btul2 kat tengah dahi
muka monyok sebab aku sakat dia pagi tadi, otw nak g keje



Tuesday, October 19, 2010

Perkara biasa atau jarang berlaku? ..bila anak jatuh katil

Perkara yang paling menakutkan para ibu bapa adalah apabila anak mereka JATUH. tak kisah la jatuh tanggan ke, jatuh ketika berlari ker atau jatuh katil...huhuhu..sure la mak pak akan rasa bersalah sesangat sebab kecuaian sendiri tak jaga anak2 tuh betul2. Anak kecil bergantung pada kita 100 peratus keselamatannya..jadi kalau diaorang cedera, salah siapa??? Ummi & Abah nyaaa jugakkkk!!

Semalam Tia ditidurkan oleh Abah dia..awal, pukul 8.30 malam dah masuk dalam bilik, sebab Tia macam meragam..kalau duduk dengan aku dia bantai main lagi, memanjang kepala katil ,bantal, badan aku, sampai berjam2 baru nak lena, jadinya abah la dia la kena tidurkan, dengan Lokman dia senang nak tidur (sebab abah dia akan paksa dia tidur bagai nak rakkk!). tak kasik chance langsung Tia nak main..hehe..

Lepas dia dah lena, aku dok la main FB bagai. Lokman tengok tv. Tetiba aku dengar si kecik melalak..aku masuk bilik tengok dia takder atas katil. aahhhhhh sudahhhh!, dengar suara kat bawah katilll, tengok2 dia dalam posisi meniarap, melalak bagai nak rakk..

aduhhhh, jatuh katil jugakkk ko nyerrr..lasak sangat tidur!! Lokman dah letak dia kat tengah2 katil dah, tapi tak pulak dia letak bantal keliling..huhuhu, budak kecik nih tidur dasyaatttt! bergolek2, sedar-sedar dah bawah katilll..haiyooo, benjol dahi jendul ko tuh Tiaaa..

Aku punyer la risau, sampai aku sapu air zam-zam serata kepala dia, then memacam surah aku baca..berdoa kat Allah swt supaya tak jadi ape2 yang teruk lepas nih. Aku terus teringat kes budak kecik yang meninggal dunia minggu lepas kes pendarahan dalam akibat jatuh di nursery dia. huhuhuhuhu...mintak di jauhkan laaaa semua ini..aminnn..

Lepas 15 minit, Tia tidur semula (aku & lokman silih berganti dukung dia)..aku sapu minyak kat benjol Tia tuh, dah nampak kesan lebam skit..uhuhu, aku urut2 kepala dia..terus takder mood nak layan FB dah, amik novel baca sebelah dia...huhuhu..

Pagi nih kul 7 pagi dia dah celik mata..terus dengan aktiviti memanjat sambil membebel dia...Alhamdulillah, dia kembali ceria..dah lupa la tuh dia terjatuh katil semalam..tengok benjol dia dah kurang, tapi still ada lebam. InsyaAllah, harap2 tiada kesan sampingan.

Lepas nih kena letak double pillow keliling katil. Atau tekad la kot nak tidurkan dalam crib dia..try arr malam nih.

Dear Tia,
Sorry sayang sebab Ummi & Abah tak jaga tia baik2 semalam..lepas nih kitaorang akan jaga Tia sebaik mungkin yerrr..Tia pun jangan la tidur lasak2 sangat, guling sikit2 dah la, yang bantai tidur 360 darjah tu watper??mimpi nyanyi lagu hindustan sambil guling2 ke tetiap malam??? haihhhhh...

nota kaki: Abah Tia pun dah dijangkiti selsema & batuk dari Ummi & Tia..hehehe..cian abah..sudahnya share la ubat2 Ummi tu nyerrr.. :D Semoga cepat sembuh yerrr Abah Tia! :)

 
Blog Template by Delicious Design Studio