Showing posts with label Jalan-Jalan Cari Makan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-Jalan Cari Makan. Show all posts

Tuesday, July 16, 2013

Iftar Pertama @ Serai Restaurant, Paradigm Mall

Seminggu sebelum start bulan Ramadhan kawan aku dah arrange iftar bersama2..dia kata baik arrange awal bulan, sebab nanti bila dah pertengahan dan hujung bulan Ramadhan masing2 dah sibuk dengan iftar bersama family la, opismates la, kawan2 lain laa..so dia dah booking date kiteorang awal2. Semua pun since takder plan apa2 setuju aje lorr. Dah macam tradisi kiteorang berbuka puasa bersama-sama setiap tahun. Mereka ni kawan-kawan aku masa sekolah menengah, ada dua orang tuh kawan dari sekolah rendah lagi..such a very good good frens..Alhamdulillah... ;)

This year pilih yang dekat rumah masing2. Dah dua tahun berturut2 berbuka di Hotel Le Meridien KL, so this year tukar selera. Kiteorang pilih Restoran Serai kat Paradigm Mall sahaja...kekeke..rumah masing2 berjiran aje dgn mall nih..cuma sorang tuh jauh la skit.

Ok menu kat Serai, dorang ada set untuk berbuka bagi yang datang berkumpulan. Makanan berlauk. Ada set 1 - set 4. Korang leh refer kat website dia..hehe..if aku nak tulis satu2, mau terliur pulak karang. Kiteorang datang ber-7..so amik dua set. Satu set untuk 2-4 pax. Since kiteorang paling lewat meng-order, so orang lain dah makan separuh pinggan, kiteorang baru dapat makanan kiteorang. hehe..tapi nasib baik pihak restoran sediakan kurma & hidangkan air dahulu. Restoran memang full house, so ada je order yang tertinggal yang kiteorang kena panggil waiter dia untuk hantar. hehe..small matter, nasib pekerja dorang ramai. Ooo, set2 nih semua tak termasuk air. Nak order air kena tambah duit..

Overall memang kenyang yang amat! Puas hati la gak dengan lauk2 nya..banyak sangat lauk sampai terpaksa bungkus bawak balik.

Aku tak bawak family..hehe, Lokman bawak anak-anak pergi rumah adik dia berbuka dengan family dia. Pada masa yang sama family belah aku pun berbuka bersama2 dekat Kemuning..huhu..aku je spoiler itu malam..kekeke..takper, next week aku pulak ke sana. Dengan family senang skit nak berjumpa, tapi dengan kawan2 nih memang susah. Kiteorang tak berjumpa since bulan 2 tahun ni..heheeh..iyerla, masing2 dah kawen dengan anak pinak..susah skit nak arrange perjumpaan..tu yg bila ada aje arranger, terus aje setuju.

only 7 of us..lagi 2 org tak dpt nak join
ikan siakap masak 3 rasa kot...sedappp

Kerabu mangga yang ranggup!

tom yam campur..ok, tak berapa pekat..

kari kepala ikan. pekat sangat karinya..
makan tak abis..
ada lagi butter prawn & prawn masak apa ntah..
sekali ada 2 ikan besar & 2 jenis masakan udang..
kenyang makan seafood ajoo
Ayam roasted & ayam goreng pun ado..tapi aku tak snap gambar lak..
hehe..

Air kiteorang mintak satu jag, sebab tengok meja belakang satu family besar order jug air
padahal dalam menu takder..aku tak tau harga berapa..

budak comel! Cha-cha yang sgt cheeky..
maknya pun  pregnant sama dgn aku, due date pun dekat2..hehehe..

Wednesday, June 19, 2013

Naik LRT ke KLCC

Dua hari lepas aku dapat cuti sakit (MC) sebab jangkitan mata. Tetiba mata keluar taik mata & sedikit bengkak. terus doc bagi aku mc 2 hari..wahhhh, syiokkk betul. dah la jumaat lepas aku AL sebab jaga budak2..kakak aku kena pegi kenduri kawen kat Ipoh. pastu terus sambung cuti sampai Selasa. Akhirnya dapat gak aku rest lama setelah sebulan bekerja tanpa cuti. Agak stress & penat jugak lately, gara2 anak2 pun sakit. Now dorang dah sihat, cuma batuk2 still ada sekali sekala. Petua terbaik adalah dengan bagi dorang makan madu & supplement vitamin C setiap hari. Batuk cepat baik, compare dengan dulu makan masa sebulan lebih baru sembuh. Aku nak amalkan la madu untuk dorang. Aku masukkan dalam air ribena dorang. Alhamdulillah..

Back to tajuk entry...

Sebabkan semalam aku mc lagi, mata pun dah tak sakit..jadinya aku bercadang nak bawak Tia naik train. Si kembar aku hantar ke rumah kakak macam biasa. Takdoo nya aku nak bawak dorang sekali...Tia aje aku leh handle sorang2 bila outing sendirian. Nanti si kembar dah besar skit baru la leh bawak dorang naik trian pulak. Tia banyak kali request nak naik train, setiap kali hantar Lokman ke LRT arr pepagi..excited dia bila tengok LRT lalu. Aku pulak dah janji nak bawak dia naik train. Dulu penah la bawak dia naik, masa tuh aku tengah mengandungkan kembar..mungkin dia dah tak ingat.

Semalam kebetulan Lokman ada meeting kat Hotel Maya, so kira jumpa dia terus arr nanti kat KLCC. AKu dah lama sesangat tak turun KLCC. Seriyesss..LRT pun dah lama tak naik. Agak2 macam jakun gak la dua beranak ni turun bandar..hahahah..ambik2 gambar dari tunggu train sampaila lepak kat taman KLCC tuh..rerasa feeling pelancong lak..hahahah..agak poyo di situ..orang Arab pun tak galak bergambar macam aku & Tia...hehehe..

Sesampai KLCC, terus lunch. Si kakak request "mee" spageti. Main tunjuk aje gambar spageti mana dia nak. Melayankan aje anak dara tu. Lepas makan sempat masuk kedai Harrods. Teruja tengok sales..syokkknyaaaa!! tapi idak lerrr nak shopping bagai..tujuan nak berjalan aje. Then terus bawak dia lepak taman. Ingatkan air pancut tu buka.tapi takdo..tenung aje la air kolam tuh dengan taman dikelilingi bangunan..fefeeling pelancong la jugak. kekeke..tunggu Lokman sampai. Pastu before orang2 opis keluar, kiteorang dah balik ke KJ balik.

Jadila perjalanan 2 jam setengah bawak Tia ke KLCC dengan naik train..tu pun dia dah happy..hari dia bersama Ummi & Abah sahaja tanpa si kembar. Dapat la perhatian lebih selama aku MC..dia xmo g rumah kakak..nak duduk dengan aku aje.



Abah dia letakkan atas situ terus takut..kekeke..tu yg nak berdukung pulak tu..

gaya gedik lagi kan? heheh..muka excited naik train

lepas kenyang makan mee, lepak depan taman sambil bergambar gedik dua beranak

anak arab nak cuba berkawan dengan Tia..hehe..tu yg aku cakap orang Arab tak gedik nak bergambar
kiteorang aje yang over..hahah

nampak abah dia dari jauh, terus berlari...

anak manja abah dia la tuuu... :)
dapat paw gula tongkat seketul..huhuhu

Makan atas daun pisang ;)

Minggu lepas aku tertekan channel pasal food. tak ingat channel yang mana...tertiba terstop sebab nampak mizz nina host nyer..dia tengah layan makan atas daun pisang..pergghhhh, bukan main layan lagi..apa lagi, mak buyung tersentap la tekaknyaaa...tetiba aku pun teringin sama nak makan atas daun pisang..kuikiukui..

Terus aku bagitau Lokman. Ajak dia cari restoran India yang makan atas daun pisang. heheehhe..tekak mak buyung wajib dilaksanakan, kalau tak asyik dok sebut aje laaa..hehee..Si Mizz Nina ni dok rekemen restoran Raju kat area PJ, tapi aku tak sure pulak kat mana..malas nak cari kat internet...Lokman cakap kat restoran india yang pernah kiteorang breakfast sebelum pergi ke hospital untuk melahirkan Tia dulu ada, tapi aku macam tak sure lak restoran tuh sedap ker idak..

Actually aku tak la giler makanan india..restoran mamak pun tengok tempat. Rerasa bersih & menepati citarasa je aku leh telan. Tapi bila dah betul2 teringin memang la kena gak cari. Lokman suggest kat Bangsar, dia dengan opismates dia ada gak sekali dua makan kat situ..memang sentiasa penuh dengan orang katanya tak kira berbagai bangsa.

Apalagi...ahad malam aku ajak dia pergi. Angkut semua askar-askar sekali..harap2 dorang behave kat restoran so that aku leh makan dengan aman..

Terletak berdepan dengan Bangsar Village Shopping Mall. Namanya Nirvana Maju Restoran. Masa kiteorang sampai memang penuh, nasib mak buyung sangat baik, ada table yang kosong. Duduk2 aje terus order & terus dapat makanannya. Lokman order ayam goreng as lauk extra. yang lain nasi+sayur timun+sayur peria goreng& peria basah (aku tak tau masak apa, sedap gak arr)+ keropok+kuah boleh pilih; nak dal, kari ikan or kari ayam. Aku suka kari ikan. gaul2 semua atas daun pisang memang terbaikk!hahaha. Anak2 aku makan 3-4 suap pastu dah tak mau. Dorang syok tengok orang2 aje..nasib baik behave la jugak.

Total bil RM37 untuk dua set nasi & 3 gelas air (nescafe o ais, carrot susu & laici). Ok la sekali sekala...nasib baik tak cecah RM50..huhuhu..Nak pulak hari ahad tuh ialah Father's Day..so kira dinner untuk Lokman arr..hihihi..dah memang feveret dia makan makanan india..kekeke..mak buyung dua senduk nasik, dia sampai 3 senduk nasi..macam dia lak yang kempunan..huhu..

Happy Father's Day Abah Lokman! :)

p/s: if korang teringin nak makan nasi atas daun pisang gak, aku pun rekemen restoran nih ;D


3 beradik excited nak keluar rumah

si kakak lagi la mengedikkkss.. g kedai makan india pakai baju cheongsam..kekeke..1Malaysia lorrr...

gedik kan?

suruh bergambar Tia & Hafiy main tutup muka lak..si hafiy mengikut aje perangai si Tia.
Aariz macam biasa akan duduk atas pangku aku. xmau langsung duduk atas kerusi.huhu

hafiy tak sabar2 nak makan..

my nasi atas daun pisang..hehehe..tapi tak habis pun..lauk je habis ;p

budak bulat nak makan..hehehe

ni la restoran nya..tapi pic x clear..huhu, sorry...

anak abah.makan nak bersuap aje
sila abaikan muka lokman..hahahahahahaha
jadi bahan aku upload dlm FB..bapak yang kelaparan anak dapat makan dulu.
kekeke..bapak mithali la kononnya tu...
;D

jemput2...

Monday, January 7, 2013

Makan atas meja di New York New York Deli Restaurant, OU

Aku dengan Lokman suka try restoran baru. Rerasa takder perasaan was-was pasal halal haram, kiteorang ok aje nak try makanan/restoran baru. InsyaAllah... :)  
Kali nih kiteorang try pulak restoran New York New York Deli. Tak tercapai lagi hajat nak pergi New York, makan aje la kat restoran makanan dorang..kekeke.
Konsep restoran sangat la menarik. ala2 santai gitu. Disebabkan kiteorang bawak stroller kembar yang gabak dengan stroller single, so kiteorang perlukan space yang agak luas, so dorang bagi kiteorang yang meja panjang. stok 6 orang leh duduk..hehe, sangat2 memahami staff2 situ. So leh parking stroller2 tanpa mengganggu laluan orang lain.
Aku order spageti carbonara with roasted chicken. RM25.90. Kira makanan untuk aku dan anak-anak. Anak2 aku kan suka spageti, so leh makan share2. Portion pun banyak. Siap bagi extra plate kecik2 untuk budak2. Cuma kalau ada plate plastik ke lagi sesuai, takla aku takut2 if anak2 aku terjatuhkan plate2 tuh. Sangat sedap makanan aku. Lokman yang tak berapa into spageti pun kata sedap. Anak2 aku pun makan dengan bersungguh2. Cuma aku gak tak dapat makan dengan tenang sebab dok control si kembar. korang tengak gambar2 kat bawah yek, then korang tau camne riuhnye dorang. Orang kiri kanan tengok kiteorang sambil sengih2. Nasib laaa..
Lokman order Burger besar. Aku tak tau namanya apa. Rasa gak la segigit. Lembut dagingnya. Licin bapaknya makan sorang2. Harga pun tak sure. Dalam belas2 ringgit aje Lokman cakap.
Pencuci mulut, pisang goreng dengan beberapa buah strawberry, vanila ice-cream & chocolate. Seriyesss layannnn..Tia memang feveret strawberry..tang tu aje la dia mintak. Pisang dia kecik2 comel aje.
3 jenis makanan, with 2 glasses soft drinks, total dalam RM70++. Kira harga berpatutan la kata Lokman. :P
Sekali sekala makan tempat macam nih..hehe..if selalu memang bengkok arr..tak minum susu anak2 aku, ada yang bagi sirap aje karang, pastu pakai napkin kain..ekekeke. Harga RM70 leh beli 2 pek pet pet. kan?? hehe
tapi takperla, sekali sekala nak reward perut. Asyik kena ikat aje tetiap bulan. haha :))
Enjoy the foods. Alhamdulillah..rezeki dari Allah swt.

lepas makan si kembar terus tidur me-lena. Sebelum tuh Hafiy meragam. Menjerit2 nak suruh dukung. Setiap kali dia mengantuk tapi takmau tidur dia akan melalak camtuh. Orang lalu lalang pandang aje..huhu. Dah penat melalak baru la tidur. Tia elok duduk kat stroller. sekali sekala aje baru turun berjalan. Dah syok layan duduk atas stroller, selama nih kiteorang jarang bawak stroller dia. Setiap kali keluar dia dipaksa berjalan aje. hehe

First time setelah beberapa bulan kiteorang keluar ke mall dari pukul 1 petang sampai la sebelum maghrib. Perggghhh, sampai lenguh2 la kaki. Jalan2 takder tujuan :P



Si Aariz melalak kena paksa duduk dalam high chair.
Sekejap aje behave, nengok si Hafiy manjat meja, dia pun join skali.

Layan betul si kembar makan atas meja
Si Tia aje behave..kekeke
dah la kiteorang duduk kat tengah2 restoran..orang dok nengok aje la
Staff2 restoran nasib ok, nasib tak kena halau..hahaha


pisang goreng mini dengan ais krim & strawberry


Spaghetti with cream sauce & quater roasted chicken
super yummy!!


Juicy big burger & fries






with my mr hafiy


ini la gaya nak keluar sekarang
nasib aku dah berani bawak stroller turun naik escalator.
Itupun sebelum turun escalator pesan kat Tia suruh pegang kuat2..haha
cuak babe!


Minum petang pulak kat oldtown white coffee before balik
Tia sibuk nak menconteng kertas

Monday, August 13, 2012

Iftar & frens @ Le Meridien Hotel

Dalam serabut2 aku dalam bulan puasa nih, sempat la join berbuka with my ex skol mates. kawan2 since sekolah menengah, yang sorang nih berkawan dari sekolah rendah lagi..kekeke..kawan2 terbaik yang aku ada di dunia :)
So..this year aku rasa macam nak join walaupun ada anak2 kecik..dah lama sgt tak lepak dengan kawan-kawan. sekali sekala nak gak bertukar2 cerita dengan dorang kan..
Kiteorang ada kawan keje sebagai Chef kat Le Meridien nih..so ada la harga diskaun. Kalau nak bayar harga full tuh memang tak la kot aku nak join..baik aku shopping dengan harga RM118 seorang..tu harga tak masuk tax lagi..huhuhu..Since ada diskaun, aku join lerr..hehe..
Makanan not bad..segala seafood, sushi, dim sum, makanan india, makanan melayu, makana cina, deserts..semua aku sapu..kekeke..
aku suka makan benda yang jarang aku makan..dan bila makan buffet macam nih, confirm aku akan makan semua benda..enjoy the foods!!
Paling best seafoods la, aku makan oyster mentah dengan perahan limau & thousand island. Tuna & Salmon mentah pun aku telan..kikiki pastu kepala bengong kejap..., makanan melayu tuh even dorang cakap juri Masterchef, Chef Zubir yang masak, tapi kawan aku cakap kebanyakkan nyer pekerja2 dia la yang masak pun..so takder la sesedap mana..kekeke..sebab dah biasa makan masakan Melayu kan..bagi kite biasa aje la. tapi ada gak 2 jenis lauk yang aku tak penah makan.. :P
Parking free plus bawak budak bawah 2 tahun free. tapi aku tak kuasa nak bawak Tia..kang dia nak berkepit aje dengan aku sampai aku takleh nak enjoy foods. Sorry dear, this time Ummi takleh bawak awak yerr. hehe..
Overall, yang penting seronok dapat jumpa kawan-kawan dan berbuka puasa sesama..next year boleh repeat. InshaAllah..

our Chef fren :) Chef Amir in d houseee
Chef Zubir..promosi baik punyerr!
good foods!
4 of us
Yang sorang tuh tgh sarat pregnant, lepas 3 hari makan sesama, dia pun selamat bersalin baby girl..Alhamdulillah..hehe..
Raya nanti nak g visit dia & baby lak.
Yang pakai baju hitam tuh la kawan sekolah rendah
:)
Cik Siti Murni, still single..hehe..

Wednesday, August 1, 2012

Yummy @ Petite Millie

Apa ke benda nyer Petite Millie nih? Namapun unik tu pasal orang takut nak makan kat situ. Maksudnyer "Little Millesime", Agak akula, sebab pukul 6.30 petang semua restoran berhampiran dah penuh orang stand by nak berbuka kan, siap reserved lagi, tapi bila tengok restoran nih, kosong aje. Adala 4-5 tables orang. hehe..Kiteorang pun kalau tak sebab Pizza Hut tu penuh, idak ler kiteorang masuk restoran ala2 European nih haaa..

Restoran ni berkonsepkan french di Old-wing One Utama. Floor bawah sekali.
Makanan semua jenis western. Yang pasti bila nak order tu kena mintak pendapat waiter kat sana apa ada dalam makanan tu semua, cos nama makanan yer pelik2 u..hahaha, sama ada aku yang buta bahasa France atau memang aku tak penah makan makanan dorang nih..kekeke..rasanyer macam dua2 aje. Tapi takper, pekerja2 kat sana semua ramah2 dan very helpful.
Hasil recommendation dari waiter tu, kiteorang pilih pasta & pizza. Plus sempena Ramadhan nih, ada set sekali dengan air & dessert. Complimentary buah kurma dengan buah tembikai & honeydew. terbaik kan?
Biasa kalau pasta, aku selalu makan yang carbonara, bolognese or jenis yang kering tuh. So bila tengok kat restoran nih ada beberapa jenis pasta yang aku tak penah try, aku & lokman nak jugak cuba. Hasilnyer memang terbaik! seriyesss layan..sampai Tia & Aariz pun makan non-stop. asyik mintak tambah aje si Tia, macam dia lak yang puasa.
Satu lagi pizza. Lokman pilih ayam. Even size dia kecik tapi memang terbaik. Habis licin semuanyer..kekeke..
Walaupun aku dalam keadaan basah lencun dek Hafiy muntah, tapi makanan sedap punyer pasal, aku telan jugak.si Hafiy tidur dalam dakapan aku sambil aku makan. Poor little baby. Nasib baik tak meragam..dia paham kot Umminyer nak berbuka puasa..
Lepas nih aku rasa leh repeat makan kat sini. Nak try menu lain pulak. Seriyess if korang teringin makan makanan barat/italian, sangat recommend makan kat sini..selain Italiannies.

Aku adala snap gambar skit2, sambil dukung anak sambil tu menyempat lagi amik gambar kan..kekeke..habit yang aku takleh tinggal..hehe..

Pencuci mulut - Brulee (termasuk set Ramadhan :) )
Menu dia..sekali harga. nampak tak? hehe
budak sakit, mengempeng aje la..cian dia..
Spegeti ada daging, mushroom 2 jenis..boleh makan sampai 3 org (RM32.90)
Aariz pun makan jugak, siap marah abah dia suapkan lambat..huhu
Dari depan restoran
Pizza yang terbaikkk!!
budak kecik makan banyak. Bagusnyer diaorg bagi mangkuk & sudu garfu plastik utk kids. Tapi anak aku suka pakai tangan..kekek..

Wednesday, January 11, 2012

Pakai Merah, Dapat 1 set Kenny Rogers Roaster FREE!


Lunch time tadi satu department aku pegi Subang Parade..gara-gara nak makan Kenny Rogers. Hari ini ada promosi terbaik. Pakai aja apa2 berwarna merah hati, beli 1 set qtr meal, then leh dapat 1 set quarter chicken dengan PERCUMA! kira buy 1 free 1..dengan syarat..side dishes takleh pilih2..takder la dapat macaroni cheese ke, pasta ke, garlic potato ke..hanya dapat mash potato, coselaw & baked bean. hehe..cumaboleh pilih nak gravy lada hitam or original dgn muffin coklat or vanila. haaa itu saje :P

Ini bos aku la punyer cadangan. Tahun baru makan2 bersama staff. tapi bayar sendiri2..hhahaha, jgn harap dia nak belanja. kehkehkeh

Sesampai sana memang dah penuh, tapi cuma kena beratur tunggu seat dalam 15 minit kot. Nama pun lunch time, ramai la orang. Then, sebabkan ramai orang, pukul 2 ptg baru kiteorang dpt makan. kena tunggu dlm 20 minit lagi, kes tunggu ayam abis bergolek. Pukul 2.45 pm baru masuk opis. Dah kuar satu department, kira 45 minit lewat tuh halal la ek? haha..sronok btul aku leh masuk opis lambat2 nih.

Kiteorang pegi 7 orang, tapi byr cuma utk 4 pinggan plus air. Total semua RM121.20. Dibahagi 7 orang, sorang cuma byr RM17.30. Okla kan? tapi....mahal btul lunch aku hari ni..selalu tak lebih RM5..huhu..esok lusa punyer belanja kena jimat pulak..sebab dah lari bajet..hahahahaha..

aku tak dpt snap gambar2 kt KRR, kes bos duduk depan aku. sogannn den nak mengeletis snap2 piccas nih..hahah..
sape yg teringin makan KRR, boleh lagi pegi malam nih, lepas keje pun boleh..sehari aje promo nih haaa..



Monday, December 19, 2011

Luncheon at Serai Restaurant, Empire

First time aku makan kat sini. Dulu asal pegi Empire aje, tengok restoran nih sentiasa full house. Siap ada orang beratur lagi nak makan..tu yg macam teruja nak try makan kat sana gak. Sedap sangat ker?

Lokman order makanan dari appertizer sampai la ke dessert. hahaah, dah alang2 dapat tempat duduk kan..belasah aje la semua..nak pulak lapar sgt dua2..pukul 4 ptg baru nak lunch ko..semangat sangat kemas rumah dari pagi..huhu..

Our Starter: Satay Serai (Rm16 for half dozen)
Satay ayam & daging.
Komen: sangat layaannn! besar2 daging nye plus sedap berempah. Kuah kacang dia pun aku sukaaa.seriyesss antara sate yang layan selain sate kajang..hehehe..

Main Menu
Mine: Serai Platter (RM25) - steamed rice with sotong madu, acar, oxtail asam pedas, ayam rempah. haaa cukup ko lauk nyer. Seriyess tak terhabis..tapi bagi aku ok-ok aje la tang oxtail asam pedas tuh. Sotong & ayam ok. Kenyang belasah sate, itu pasal tak abis makan nasi nyer..hehe

Lokman: Spicy Thai Rice (RM15)
Sedapppp! aku cedok skit..

Air Lokman amik Serai Ice Tea (RM10.50)
Lokman cakap sedap..aku g tambah air mineral, terus jadi tawar..hahaha..sengal! aku minum mineral aje..sebab aku tengok harga minuman nyer mahal2 belakaaa..hihi, poyo jek..

Tia
Makanan kanak2 ..fish & chip. tak sure brape harga..
Makannya skit, sibuk nak makan makanan aku...aku jugak la yang belasah dia punyer..rasanya macam fish & chip kat mana2 restoran aje. sama.




Dessert
Sandwich Rasberry (RM14)

komen: superb! actually nak sangat try pavlova. Aku takpenah lagi ek makan benda alah tuh..orang dok komen kata sedap2..nak gak la try. bila dah jumpa sold out la pulakk..huhuh..saje la tuh suruh repeat makan kat sana..haha..

Tapi anak owner tuh yang rekemen sandwich rasberry nih. dia kata ala2 pavlova gak. So okla, try aje la. Lokman makan memang tak ingat dunia, tak padan dengan gigi sakit..tinggalkan untuk aku suku aje..huhu, nasib baik aku dah terlampau kenyang..merasa la jugakk.

Overall, sangat ok la makan situ. kira berbaloi la bila tengok bil cecah RM100++..huhuhu..sekali sekala..

si budak kecik tak sabar nak makan..panas aku cakap..dia tiup2 la konon tuh..

stroller kedabak kembar tak bawak.
So alternatif yang ada, sorang dalam carrier..jadi bapak kangaru la abah ko Hafiy..hhehe
sampai leh terlentuk tidur si hafiy

Sorang lagi bawak pakai stroller Tia..hehe..bergilir2 la, sape tidur letak dalam stroller
naik keta Kelisa aku je, tapi seriyess muat..
macam sardin dalam tin la jugak..hihi

si kakak tak sabar2 nak makan..mengada aje kan?



 
Blog Template by Delicious Design Studio