Wednesday, June 19, 2013

Naik LRT ke KLCC

Dua hari lepas aku dapat cuti sakit (MC) sebab jangkitan mata. Tetiba mata keluar taik mata & sedikit bengkak. terus doc bagi aku mc 2 hari..wahhhh, syiokkk betul. dah la jumaat lepas aku AL sebab jaga budak2..kakak aku kena pegi kenduri kawen kat Ipoh. pastu terus sambung cuti sampai Selasa. Akhirnya dapat gak aku rest lama setelah sebulan bekerja tanpa cuti. Agak stress & penat jugak lately, gara2 anak2 pun sakit. Now dorang dah sihat, cuma batuk2 still ada sekali sekala. Petua terbaik adalah dengan bagi dorang makan madu & supplement vitamin C setiap hari. Batuk cepat baik, compare dengan dulu makan masa sebulan lebih baru sembuh. Aku nak amalkan la madu untuk dorang. Aku masukkan dalam air ribena dorang. Alhamdulillah..

Back to tajuk entry...

Sebabkan semalam aku mc lagi, mata pun dah tak sakit..jadinya aku bercadang nak bawak Tia naik train. Si kembar aku hantar ke rumah kakak macam biasa. Takdoo nya aku nak bawak dorang sekali...Tia aje aku leh handle sorang2 bila outing sendirian. Nanti si kembar dah besar skit baru la leh bawak dorang naik trian pulak. Tia banyak kali request nak naik train, setiap kali hantar Lokman ke LRT arr pepagi..excited dia bila tengok LRT lalu. Aku pulak dah janji nak bawak dia naik train. Dulu penah la bawak dia naik, masa tuh aku tengah mengandungkan kembar..mungkin dia dah tak ingat.

Semalam kebetulan Lokman ada meeting kat Hotel Maya, so kira jumpa dia terus arr nanti kat KLCC. AKu dah lama sesangat tak turun KLCC. Seriyesss..LRT pun dah lama tak naik. Agak2 macam jakun gak la dua beranak ni turun bandar..hahahah..ambik2 gambar dari tunggu train sampaila lepak kat taman KLCC tuh..rerasa feeling pelancong lak..hahahah..agak poyo di situ..orang Arab pun tak galak bergambar macam aku & Tia...hehehe..

Sesampai KLCC, terus lunch. Si kakak request "mee" spageti. Main tunjuk aje gambar spageti mana dia nak. Melayankan aje anak dara tu. Lepas makan sempat masuk kedai Harrods. Teruja tengok sales..syokkknyaaaa!! tapi idak lerrr nak shopping bagai..tujuan nak berjalan aje. Then terus bawak dia lepak taman. Ingatkan air pancut tu buka.tapi takdo..tenung aje la air kolam tuh dengan taman dikelilingi bangunan..fefeeling pelancong la jugak. kekeke..tunggu Lokman sampai. Pastu before orang2 opis keluar, kiteorang dah balik ke KJ balik.

Jadila perjalanan 2 jam setengah bawak Tia ke KLCC dengan naik train..tu pun dia dah happy..hari dia bersama Ummi & Abah sahaja tanpa si kembar. Dapat la perhatian lebih selama aku MC..dia xmo g rumah kakak..nak duduk dengan aku aje.



Abah dia letakkan atas situ terus takut..kekeke..tu yg nak berdukung pulak tu..

gaya gedik lagi kan? heheh..muka excited naik train

lepas kenyang makan mee, lepak depan taman sambil bergambar gedik dua beranak

anak arab nak cuba berkawan dengan Tia..hehe..tu yg aku cakap orang Arab tak gedik nak bergambar
kiteorang aje yang over..hahah

nampak abah dia dari jauh, terus berlari...

anak manja abah dia la tuuu... :)
dapat paw gula tongkat seketul..huhuhu

0 idea?!:

 
Blog Template by Delicious Design Studio