Wednesday, August 25, 2010

Ustazzz, saya nak bayar Fidyah.. :D

Tadi aku g bayar fidyah…zakat aku, lokman dah bayarkan, tapi fidyah kena la bayar sendiri kan? Total aku kena bayar sebanyak RM78 tunaiiiii..



Banyakkk kann??hehe, banyak sebab aku tak sempat meng’qadha’ kan puasa aku tahun 2009 & 2008. Tahun nih aku sempat ganti 5 hari jerr..huhu. teruk jugak la..tapi atas alasan kesihatan tak menentu, pulak tu sepanjang mengandung tak dapat puasa ganti, then bersalin - dalam pantang, sambung breastfeed sampai Tia 3 bulan, then biler aku dah leh puasa, memacam sakit plak datang (ulcer la, demam la, period la, tu belum masuk terlupa & malas, haihhhh)..parah parahh!



Pengiraan dia mcm nih, memula kasik tau Ustaz tu brape hari kite tak dapat ganti, let see macam aku 25 hari (2009), 1 hari untuk secupak beras (secupak = RM1.75), tapi Ustaz kata genapkan RM2, senang nak kira & kira lebihan tu jadi sedekah amal la. Okeyy, jadinya 25 x RM2 = RM50. Pastu aku bagitau Ustaz aku tak sempat ganti puasa plak untuk tahun 2008. Tunggakkan 7 hari, sebab period la kan. Disebabkan dah makan 2 tahun, so jadi berganda la fidyah nyerr..7 hari x 2 = 14 hari x RM2 , total RM28. Grand Total RM50 + RM28 = RM78.



Hurmmm, baru la aku tau camne pengiraan bagi secupak beras itu (selama ni dok blurr aje orang ckp secupak secupak nih)..lepas bayar ada la lafaz nyer, ikut aje cakap Ustaz tu, then doa..Rasa cuak gak sebab first time aku bayar fidyahh dan lega dapat settlekan hutang WAJIB nih. Alhamdulillah.. Sebelum nih tak penah tinggal ganti puasa..hehe..tahun lepas & tahun nih jer terbabas skit.

So next year harus la ganti puasa semua sekali; 25 hari plus 7 hari plus tahun nih 6 hari (minggu lepas dah off puasa..hehe). Total 38 hari!!! Makkk aihhh, jenuh tetiap bulan aku kena puasa nih..InsyaAllah..InsyaAllah..Fira boleh!
Lepas nih kena start ganti puasa seawal mungkin..kena plan bebaik and catit dalam organizer..nanti tak la terbabas lagii..heeee..

Nota kaki: bukan boleh tinggal puasa sesaje, WAJIB di ganti segala puasa yang tinggal dan dibayar fidyahh..baru berkat hidup..InsyaAllah..InsyaAllah..
 
Pesanan Ustaz: Hutang puasa tidak berganda, tapi hutang fidyah akan berganda setiap tahun selagi tidak digantikan puasa itu.

Monday, August 23, 2010

Checklist Raya..

Tup tap tup tap, raya tinggal 17 hari jer lagi..
aku nih bukan la excited nak g beraya, just tahun nih excited nak beraya di kampung dan beraya dengan si kecil Tia..kebanyakkan nak buat preaparation untuk Tia la..
kena gak tu buat checklist..senang nak prepare ape2 yang patut..

  • Baju kurung   - Abah dah beli warna kuning plain..aku nampak cam besar aje, so misi sekarang kasik Tia gemuk skit..hehe, so sumbat susu berbotol2!haha *kejam*

  • Baju jalan      - Dah beli 2 pasang.. 1 pasang beli masa Jumble Sale Merdeka Charity, my opis buat last 2 week, ramai staff2 jual baju2 baby, macam orang jual online tuh -mostly China Made la kan? takpe , janji cantek & kain bagussss dan murah!hehe.. 1 pasang lagi, beli online, direct pos kat opis lagi, save minyak keta. Lagi satu pasang , Mak Long Tia nak sponsor..yesss, jimat duit Ummi.

  • Prewalker shoe - aku dah order online, hehe, esok lusa sampai la..hope Tia leh pakai masa raya, aku beli yg 12cm (up 6 months), sebab yang 11cm dah sold out. yang ini mcm besar cos aku ukur kaki Tia baru 10cm...hurmm, camno nak kasik tapak kaki dia panjang dengan cepat (dlm masa 17 hari)??haha, sape ada tips?? *gilooo*

  • Hair band      - Aunty Tia (Biha) nak sponsor..kepala Tia kecik aje, hope muat la yekk

  • Baju tido/jejalan malam - belum lagi jumpa yang sesuai..nanti aku google lagi, kot2 jumpa yg menarikss.

  • Stokin          - pun blum ada..last borong kat Pureen Warehouse, tapi semua dah pakai..so kena beli yg khas untuk Raya & sesuai dgn baju baru..hehe *over*
cukup kot..budak kecik takleh banyak2, pakai sekejap aje..hehe

oh lupa..purse kecik! haha, nak letak duit raya Tia nanti..beli wristlet Coach..bleh???hahaha..sure dapat duit raya lebih skettt...dah purse mahal gituuu!!


okeehhh, aku OVER..

memang tak la kan, dari bagi si kecik pakai, baik la aku yang pakai..hihi..

tapi..bagus gak ada purse untuk Tia, leh aku asingkan duit Raya dia nanti, kang masuk handbag aku..selamat aku guna,..kasik kat anak orang lain plak kang..huhu..cian Tia..akan dicari dalam laci2 Ummi purse/uncang kecik, banyak orang kasik souvenir lepas melancong kan..guna yg itu ajela..tak payah Coach pelbagai..banyakk cantekk?!haha..

Jadinyer, dalam minggu nih akan di completekan barangan Raya Tia..termasuk aku punyer sekali..aim Jubah kat SACC Mall tuh, hope ada lagi size aku..esok mau shoppinggggg...lalalala~~
yeayyyy, Ummi shopping untuk Tiaaa..I liiikeeee!!

update (25/8): tak jadi g SACC Mall semalam, sebab takder orang jaga Tia plak..& ada masalah teknikal jugak..huhuhu :( wat a bad day..

Thursday, August 19, 2010

9 rahsia tidur si manja

Aku buka website Pa&Ma, pastu copy paste la amalan tido nih, bukan untuk anak2 kite pun, tapi elok untul amalan kite jugak..ada beberapa amalan yang aku dah praktikkan kat Tia, ada yang belum..macam ajar Tia baca doa tido..memang takla budak kecik nih dah pandai baca kan..hehe..aku aku la tukang bacakan doa untuk dia..

nak tau tips2 lain, link kat SINI 
(bagi aku yang baru jadi mak nih, memang ketinggalan la kot, sure dah ramai orang tau pasal website nih, lagi2 yang tetiap bulan beli majalah pa&ma nih kan..heheh..aku pun tetiap bulan beli majalah nih, tapi idak ler hafal semua benda dalam tuh, layan website pun best!)

so inila amalan yang patut kite lakukan pada anak2 kite semasa/selepas dia tidurrr..

Sebelum anak anda melabuhkan tubuh di atas katil di malam hari, dia seharusnya diajar tentang beberapa panduan atau adab penting sebelum melelapkan mata.

Tidur yang sempurna bukan sahaja dapat menyegarkan tubuh ketika bangun tidur keesokan harinya, malah turut membantu dia menjadi seorang yang berakhlak mulia. Berikut adalah antara adab tidur yang perlu diamalkan bagi membantu anak kecil anda memperoleh keberkatan hidup sepanjang hayatnya.

1. Wudhu
Rutin biasa yang biasa diajar oleh kebanyakan ibu bapa sebelum membenarkan anak masuk tidur ialah membersihkan diri dengan menggosok gigi dan membasuh kaki. Namun, ada baiknya jika anak anda turut dididik sejak kecil untuk mengambil wudhu sebelum tidur. Apabila anggota tubuh bersih, insya-ALLAH tidurnya lebih lena tanpa sebarang gangguan.
(aku la kena berwudhuk, Tia mane reti lagi, tapi nanti umur 5 tahun aku ajar dia ek :) )
2. Berdoa
Ibu bapa perlu mengajar anak membaca surah-surah lazim seperti yang dilakukan oleh Rasulullah sebelum baginda tidur. Antara surah-surahnya ialah Al-Fatihah, al-Ikhlas, an-Naas, Al-Falaq dan lain-lain. Selain itu ajar dia membaca doa sebelum tidur. Tujuan utama amalan penting sebegini ialah untuk menjauhi dia daripada gangguan syaitan sewaktu tidur.
(yang ini aku baca tetiap malam masa nak tido kan dia, surah al-fatihah, kursi, 3 Qul, then tiup kat ubun2 dia..baru la dia tido lenaaa)
3. Baca buku
Mengikut ramai pakar motivasi, masa tidur adalah waktu yang paling untuk ibu bapa mendekati anak. Ini dapat dilakukan dengan membacakan buku-buku cerita teladan. Daripada situ, gunakan kreativiti tersendiri untuk menonjolkan mesej-mesej baik daripada cerita berkenaan agar ia dapat dijadikan tonggak hidup si kecil.
(blum beli lagi cloth book, tapi aku baca majalah Pa&Ma la depan dia, or baca buku ape2 ajela, dia terkebil2 tengok aku..tapi tahan 15 min aje kot..hehe)

4. Bisikkan doa
Ibu bapa digalakkan untuk berdoa ketika anak hampir melelapkan mata. Amalan ini penting kerana dipercayai ketika ini sebagai antara waktu-waktu doa mudah dimakbulkan. Sambil berdoa, usap ubun di kepala anak anda dan ramas lembut jari-jarinya.
(okeyyy, ini kekadang aku amalkan, abah aku pun ada pesan macam nih..so aku doakan supaya dia jadi anak yg solehah & baik akhlaknyer, sifat2nyer dan dengar kata Ummi & Abah dia, InsyaAllah..)
5. Ungkapkan sayang
Ketika anak dalam keadaan ?tidur-tidur ayam?, dengan sepenuh hati katakan anda sayang kepada si manja. Selain itu, luahkan apa sahaja pujian-pujian agar dia tahu anda sentiasa menyayangi dirinya. Ketika manusia dalam keadaan ?tidur-tidur ayam? otak kanan masih bekerja. Jadi, apa sahaja yang anda perkatakan, ia akan melekat di minda si cilik.
(ini pun sekali sekala aje aku buat, hurmm.. lepas nih kena buat la tetiap malam :) Ummi loves Tiaaaa..)
6. Posisi
Posisi tidur yang baik seperti saranan Rasulullah adalah tidur di sisi sebelah kanan (rusuk kanan sebagai tumpuan). Sementara itu, posisi yang paling perlu dihindari ialah tidur dalam keadaan meniarap.
(haiyooo, sekarang Tia tgh galak nak meniarap, sampai tido pun nak meniarap..maybe dia kecik lagi so exceptional kot..hehe, ni untuk abah Tia,cos dia selalu tido meniarapp..hehe..so Yang, sila tukar cara tido you tu.. :p )

7. Mohon maaf
Jika sebelum si kecil tidur, anda tanpa sengaja memarahinya, ambil peluang sebelum dia melelapkan mata untuk meminta maaf. Jadikan amalkan untuk kedua-dua pihak saling memohon maaf antara satu sama lain. Tidur tanpa meminta maaf dan memaafkan akan menyebabkan dendam itu tersimpan di otak kiri dan dikhuatiri ia boleh menjejaskan peribadi anak anda di kemudian hari.
(lately nih aku selalu marah Tia, sebab dia makin manja & mengada..lepas nih Ummi mintak ampun kat awak yer, time awak tido nanti..hehe, sila jgn dendam dengan Ummi tau, Ummi kan sayang Tiaa..muah muah* )
8. Ciuman
Janganlah membiarkan anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam. Biasakan dia untuk bersalam dan mencium anda sebelum lena. Cara sebegini bukan sahaja dapat dijadikan simbol anda sayangkannya malah turut membantu di tidur dengan nyenyak kerana dia tahu anda sentiasa berada di sisinya.
(setiap masa aku cium dia, sampai ada kesan ciuman kat muka dia..hehe..kiss kiss, chup chupp)

9. Doa
Sesudah bangun tidur, si anak hendaklah diasuh untuk sentiasa membaca doa. Amalan ini dapat menyucikan hati daripada sifat-sifat yang negatif. Malah, dengan cara sedemikian, ia dapat membersihkan hati kesayangan anda itu daripada perasaan yang tidak baik.
(yang ni aku pun selalu terlupa nak doa biler bangun tido..sampai dah terlupa doa tu..adehhh, lepas nih kena la cari blk doa bangun tido)
Ummi, saya nak tidooo, meh lerrr baca doaa..

nota kaki: semua nih ajaran & sunah Rasullah s.a.w ..ada keberkatan kalau diamalkan, InsyaAllah..

Majlis Berbuka Puasa & Meraikan Anak2 Yatim Baitul Kasih

Minggu depan (25 Ogos) opis aku ada majlis berbuka & meraikan anak-anak yatim Baitul Kasih, Bukit Rahman Putra, Rawang. Majlis nih buat kat opis aku aje, ada hall khas untuk segala maklis makan2 dll. Setiap tahun ada aje umah anak yatim dijemput..selama aku 2 tahun kat sini tak penah lagi join, sebab ada jer seisi berbuka puasa di luar.

So tahun ini bos kasik arahan "compulsory" untuk semua staff department aku. Jawabnyer kenala aku pegi. Program dari 6ptg sampai 9.30mlm..Yang bestnya ada solat terawih berjemaah..ada gak peluang aku nak solat terawih berjemaah tahun ini, jadila walau sekali pun..mintak tolong adik ipar buat overtime la jaga Tia..hehe.

Ape yang aku nak cite kat sini pasal Baitul Kasih ni, ada kakak opis telah fwd kan satu email kat semua staff, pasal sumbangan ikhlas untuk mereka..

"Serba sedikit mengenai Rumah anak-anak Yatim ‘Baitul Kasih’, saya pernah menyertai kumpulan anak-anak yatim ini melawat Zoo Negara anjuran sebuah syarikat, beberapa bulan yang lalu.

Dari pandangan saya, anak-anak itu seperti anak-anak dari rumah anak-anak yatim yang pernah kita raikan di CGC tetapi yang menyedihkan saya adalah diantara mereka ada yang cacat anggota badan, berkerusi roda kerana mempunyai kaki ‘cripple’ dan kanak-kanak yang cacat penglihatannya sejak kecil serta tidak pernah merasai kasih sayang & belaian dari kedua ibubapanya.

Bayangkan bagaimana penjaga ‘Baitul Kasih’ ini mengelola anak-anak ini? Saya pernah sms penjaga ‘Baitul Kasih’ ini dan bertanyakan tentang barang-barang keperluan untuk anak-anak ini. Selain dari sumbangan kewangan, rumah ini juga mengharapkan sumbangan seperti dibawah :

1. Pampers bayi (saiz M& L) & orang dewasa (untuk remaja OKU)
2. Minyak angin seperti minyak Yuyi & minyak telon utk bayi/kanak-kanak
3. Susu bayi (Dutch Lady 1-2-3)
4. Barangan peribadi i.e. ubat gigi/syampu/sabun/berus gigi
5. Bahan pencuci lantai, Dettol etc.
6. Milo
7. Beras / gula / tepung gandum - barangan dapur
8. Pakaian2 terpakai (yang masih elok & sesuai untuk kanak2 berusia dari 1-17 tahun)
9. Alat2 mainan
10. Buku cerita kanak2 / buku teks / buku2 agama

Sumbangan ikhlas dan kedatangan anda kemajlis berbuka nanti amatlah diharapkan, marilah sama-sama kita raikan mereka. Jika ada sebarang sumbangan seperti diatas boleh diserahkan kepada saya (pusat pengumpulan). Contoh : Jika pada bulan ini, anda tambahkan 1 tiub ubat gigi yang berharga hanya RM5.90 dalam shopping list anda maka, kita beroleh sumbangan lebih kurang sebanyak 37 tiub ubat gigi dari Corporate Planning Division! "

Sedih plak biler aku baca email kakak nih..Balik nanti aku nak selongkar umah aku, mane2 yang elok dan tak digunakan lagi, aku nak kasik la mereka2 ini..pastu carik kotak kosong (kertas potoste) yang tak guna kat opis nih utk letak barang2 tu..hehe..(misi terbaru)

kepada sesiapa yang berdekatan dengan Baitul Kasih nih atau sesiapa aje yang ingin salurkan sumbangan untuk Baitul Kasih ini boleh la berbuat demikian dan hantar terus ke sana..terima kasih!!

Nota kaki: bersyukur atas segala kurniaan-Nya..


Wednesday, August 18, 2010

Apply Cuti Raya..

Hari ni kat opis bos/HR dah sibuk suruh staff arrange cuti raya...so aku pun plan arr untuk cuti raya kali nih aku amik 4 hari..2 hari before raya (cos MIL & SIL nak balik kampung awal, cos nak kemas2 umah pelbagai, takder orang nak jaga Tia)..diaorang plan nak angkut Tia balik kampung sekali if aku & Lokman still keje 1 week before raya..hah?? ..wuarrrhhhhh, mane leh aku tido tanpa Tia..huhu, sure rindu gaban punyerrrr..takmo takmo..jadinyerr, aku pun apply la 2 hari sebelum raya (MIL nak balik kampung hari Rabu)..sambil2 tu leh gak kemas2 umah before balik Kampung kan..then cuti hari Isnin, last sekali hari Jumaat lepas cuti Umum 16 Sept tu..

Wokehh, semoga di approve oleh Management..baki cuti tahunan tinggal 9 hari. Leh lagi plan cuti untuk bulan Oct, Nov & December :P Nak carry forward untuk cuti tahun depan pun leh gakk tuu..hehe..

Tahun ini first time beraya di Kampung Linggi..selama 27 tahun aku beraya kat Kampung Pandan & Cheras aje..tahun nih kelainan sungguh..pulak tuh, first time beraya dengan ANAK.. :) ...macam mane serabut aku pagi raya nanti..hihi..dengan nak siapkan anak, siapkan bapak anak, siapkan aku..hurmm, we will see...

Semoga Lebaran kali nih lebih bermakna & diberkati Allah swt..InsyaAllah..

nota kaki: kuih raya dah tempah sampai 7 balang..mampussss nak bayar dapat gaji nanti..adehhh!lepas raya gerenti puasa lagi nih..berbuka pulak makan kuih raya aje la gamaknyerr...sebab dah sengkek!!huhu..


"Shelamat Hari Raya shemuaaaaa...saya mau raya kat kampung Abah tahun ini..hurmmmm..agak2 dapat tak banyak duit raya.." hehehe..
 
Blog Template by Delicious Design Studio