Monday, October 24, 2011

Jalan-Jalan bersama si kembar

Sabtu lepas aku ajak lokman kuar jejalan, sangap ok duduk rumah aje..cukup2 la dalam pantang aku dok memerap kat umah..nak la jugak kuar amik angin air con shopping complex..haha..
Rasa confident nih nak bawak kembar berjalan. lagi pulak si Tia takder, ikut MIL pegi umah adik ipar. So rasa senang la nak kuar without kakaknyerr.sebab sebelum nih kiteorang kuar berlima, yang penat melayan adalah si kakak.
Bila nak bawak kembar nih harus la pegi tempat yang tak ramai orang. Lagipun Lokman nak beli barang dapur skit. Yang paling dekat dan tak ramai orang adalah Tropicana Mall, kat situ pun ada Carefour. Tapi aku rasa tak best kat tropicana nih sebab takde outlets yang jual barang2 budak. Ingatkan dapatla beli baju selai dua untuk Aariz & Hafiy. huhu. Nak pegi Empire Subang, dah tutup buat sementara pulak, kes meletup dua minggu sudah. haiiiyaaa..
Selama 4 jam kat sana, sgt la ok. Kembar tak meragam langsung..ada la skit2 Hafiy tuh nangis2 kes nak susu. So berhenti la kejap susukan dia. Time lain dorang tido aje. Sejuk kot..kiteorang bungkus dorang nih, haaa syiokk la tido dalam stroller..dapat la kiteorang makan dengan aman & beli brg dapur dengan senang. Yang tak senang nyer kena bawak stroller bagakkk tuh masuk tempat2 kecik..then bila orang asyik bertanya aje pasal kembar. Suka btul dorang tgk kembar nih..jenuh kena interview..hahaha, perasan macam artis pulakkk..hahahaha.. *poyo*

kembar duduk kat belakang. keta terus jadi "sardin" :p
haaa, dalam keta pun bantai dorang tido..

dari awal datang sampai la balik budak duaorg nih tidur aje

duduk kat tepi, kasik Hafiy susu.
tak best btul tropicana nih, takder baby room..huhu

sorang menyusu, sorang layan mamai tidoo..haha

* twins dah  2 bulan 5 hari


Edisi Pantang Koboi

Salaam semua..

Hari ini dah hari selama, dah 5 hari aku masuk keje. So far byk keje aku kena handle bila masuk balik opis. Biasala, keje tertunggakk..hehe..

Aku nk cite pasal kisah aku berpantang selama 44 hari selepas melahirkan kembar..

Hari 1 ke 10
Aku berpantang di rumah kakak aku. Dari hospital terus la ke rumah dia. Kakak2 aku la yang tlg aku sepjg 10 hari tuh, tolong masak, tlg jemurkan si kembar sebab ada kuning, tolong basuh baju2 aku & anak2, kemas bilik dll. Senang cite, memang btul2 pantang la..cuma tang jaga kembar tuh mostly aku la yang handle..sebab kakak aku kan babysitter, ada la anak2 orang dia kena jaga. so ok la, kembar pun keje tido aje pun..tak susah..sempat la aku nak pump susu, buat stok biler dua2 serentak nak susu kan. Masa 10 hari nih memang aku rajin pump, susu pulak melimpah ruah..tp cair2 aje..aku still bagi even dorang tak puaskan, sejam sekali nak susu lagi. tu yang tangkap pinggang tuh. Seriuss sakit2 badan sampai aku tak dapat lena tido.
Selama 10 hari tuh jugakla, Lokman & Tia berkampung sekali kat umah kakak aku. Aku suruh gak lokman teman, sebab takut bila malam2 aku tak dapat handle kembar sorang2 dengan Tia skali. hehe..Lokman akan datang lepas berbuka puasa.
Mengurut pulak, aku start mengurut lepas 5 hari rasanya. Makcik urut tu keta pulak rosak, so abg ipar aku yang tolong amik hantar makcik nih selama 2 hari. Cos lokman dah start keje. Nasib baik abg ipar working time dia flexibel..Lepas tu makcik tu datang balik naik teksi aje. Segan dah kot kiteorang dok hantar dia..hehe. oh, aku amik pakej 5 kali mengurut, sebabkan aku beranakkan 2 orang, so rahim lambat sikit mengecut, dengan sakit pinggang yg melampau kan..kena la extra. Dulu aku amik 3 hari jek. Kali nih aku mengurut dengan makcik lain pulak. Panggil dia Mak Yam, duduk kat Tmn dato Harun, PJ. Makcik nih murah skit..tapi dia mengurut tak lama. tak sampai sejam kot..rasa macam tak puas. Tungku pulak aku kena sediakan sendiri. Nasib baik kakak aku ada batu sungai khas utk tungku, dan nasib baik jugak belakang rumah ada pokok mengkudu. Makcik mengurut nih datang berlenggang. heran gak aku..dia ckp batu2 tungku dia orang sewa. aikk, leh pulak macam tuh..pastu takder pulak dia bagi daun buat mandian ker, manjakani ker. makcik urut zaman Tia dulu lagi best, tapi aku malas pulak nak amik makcik tu balik sebab dia dok jauh, kena pulak mengambil menghantar..leceh laa..
haaa, sape nak no tepon tukang urut sila roger aku ek :p  bleh la rekomen.

ok tu cite berpantang cara yang betul selama 10 hari.

elok2 lepas tuh Hari Raya pulak datang...haaaa, start la aku berpantang koboi..hihihi

Hari ke 11 - 25
Bila aje aku balik rumah sendiri, aku dah kena buat keje2 rumah. Semua benda la buat sendiri. Dari basuh baju, angkat baju, sidai kain, lipat kain, kemas rumah, basuh pinggan etc kecuali memasakkk. Itupun dah cukup letih. Bab makan, awal2 dulu memula lokman rajin la masak lauk pantang aku. lelama...order kedai aje laaaa..hihihi.
Masa minggu nih, adalah minggu Raya. Pantang pertama yang aku langgar adalah keluar rumah. Hari Raya pertama tuh kiteorang tido umah abah aku. Siap Hari Raya pertama tu g umah nenek kat Kg Pandan then rumah makcik kat Balakong. Haaa, pantang dah dilangar..siap kuar jejalan tu..hehe. Then seminggu lepas tuh balik kampung Lokman pulak kat Linggi, N9. Memula aku xmo ikut, sebab rasa leceh nak balik kg bawak kembar, tapi sebabkan Lokman cakap orang2 sana nak tgk kembar plus adik dia bertunang, aku ikut aje laaa. Tido sana 2 malam. Plan asal tido semlm aje, tapi majlis berlanjut sampai ke lewat petang, tak sedap pulak balik macam tuh aje. Lagipun tak elok bawak baby kuar malam2 kan. Nasib baik aku bawak barang2 semua extra2.

Hari ke 26 ke 44 40
Aku dah buat keje2 harian. Cuma tak keluar rumah dah sesuka ati..Hari ke 40 aje aku dah kuar g shopping. :P  Kira aku rasa aku pantang setakat 40 hari aje. hehehe..

Apa yang Pantang Koboi?
 + Makan makanan yang bukan 100% untuk orang berpantang. Aku ada makan nasi goreng, KFC, cokelat, kuih raya, kopok2. Selagi aku rasa benda tuh bukan makanan sejuk & bukan yang memberi effect kepada kembar, then aku ok aje. Iyela sebab aku still breastfeeding dorang kan. So Alhamdulillah, kembar ok..sepanjang dalam pantang tak penah lagi ada kes kembung2 perut sampai menangis melalak.
+ Aku buat keje2 rumah. Orang2 tua kite cakap dalam pantang takleh buat keje berat2 kan, tapi aku terpaksa la jugak buat. Tapi takde la sampai aku angkat benda2 berat, even bakul baju pun aku minta tlg lokman yang angkat. If dia takder, aku tolak aje la slow2..hehe. tapi awal2 tu aku jaga la jugak, lama2 tuh aku rasa dah kuat aku buat je semua. hehe, tapi ada jugak aku rasa sakit2 kat bhgn rahim nih. takut gak kalau jatuh balik peranakkan aku nih. So bila malam aje, aku tungku sendiri pakai tungku moden tu then lumur badan dengan minyak panas. Rasa la lega skit badan2 nih.
+ Aku tak pakai param, pilis, bengkung tu semua..bengkung aku pakai sepanjang 10 hari, tapi dah lepas mengurut, perut dah mengecut skit, bengkung yang ada pun dah tak effective nak pakai sebab bengkung tuh besar atau perut aku yang kecik..hehehe * perasan* tapi betul babe, aku xselesa nak pakai bengkung tuh sebab rasa longgar. Dah bertemu tali bengkung tuh haaa. Aku malas nak alter kasik kecik bengkung tuh. Sudahnyer aku pakai girdle aje la..heheh. tu mmg btul koboi style..hahaha..tang perut tuh kekadang aku sapu kapur+limau, kekadang aku pakai yang serbuk susut dalam set bersalin Orang Kampung. Ikut mana aku sempat la, tapi most of the time mmg tak sempat laahh..si kembar asyik nak menyusu aje. Camnooo??

Walaupun  aku cakap pantang koboi, ada gak benda aku follow..takut gak bentan beb. huhu

+ stokin memang aku pakai memanjang. Unless aku rasa panas.
+ aku tak minum air berais langsung. tapi masa dah nak penghujung pantang tuh ada gak la aku minum air dari peti ais. macam air soya, milo :P
+ makanan sejuk aku tak makan jugak.
+ ubat jamu aku makan selepas 3 minggu. aku tak makan awal2 sebab takut kembar kembung. Kes cari pasal la kalu kembar kembung serentak. Aku gak yg stress nanti.
+ Tapi benda yang aku suka buat masa pantang adalah lulur. Bila si kembar dah tido aje, cepat2 aku g melulurkan diri. Serbuk lulur pun ada dalam set bersalin siap. Lepas lulur akan rasa badan berangin aje..segar badan!
+ tungku - sebelum tido aku akan bertungku guna tungku moden. Kurang rasa sakit perut bila dah bertungku tu.

apapun, lepas nih aku kena jaga badan nih jugak, nak kena cari supplement yang elok utk di amalkan..nak jugak makan jamu2 kampung ke..utk dalaman nih haa. 

sekian. terima kasih :)

ni masa berpantang kat umah kakak. Si tia asyik nak kiss adik-adik dia jek

haaa ni la set bersalin aku beli kat Mydin Subang..keh keh keh

si kembar yang halus mulusss

kakak aku menjemur si Hafiy

Tia teman adik dia berjemur..ahhaha

haaa tgh si kakak tu..sgt nakal!! nak kaco si kembar.
haha

sorang nangis nak susu, sorang lagi diam

ni dah kira penghujung pantang

Thursday, October 20, 2011

e-voucher lagi!! ~Groupon.my~

[40% Off] Hartz Chicken Buffet + Free Flow of Drinks at Sunway Pyramid for RM18 instead of RM30. Halal

haaaa, aku dah giler voucher minggu nih..hehehe..

kali nih kat Groupon pulak. Voucher makan kat chicken hartz. Murah aku rasa, makan buffet untuk RM18 aje sorang..normal price RM30. Dah naik harga dah restoran nih..dulu2 murah la jugak, berbelas2 ringgit tak silap aku sorang..iyela, harga ayam dah naik kan, so naik la jgk harga restorannya..itu standardddd!!

So aku berminat nak makan sini sebab dah lama tak pegi. Voucher nih valid until jan 2012. Kebetulan birthday abah aku pada bulan Disember nanti. Pakat dengan adik beradik nak celebrate besday abah kat sini rasanya, dorang semua ok aje, jadinya terus la beli tadi. Beli hari nih, bulan 12 baru leh makan..hahaha..haru btullll..murah punyer pasal, hentam aje la.

Jadi korang, sila la beli jugak, leh blanje ahli keluarga skali..bukan senang dapat harga macam nih..ye ker??/ haha..

nota kaki: hari nih kat mydeal ada voucher Hard Rock Hotel Penang 3D2N. Rm305 per pax. macam menarikk..tapi dah sengkek!! haha.. sape nak g bercuti2 thn depan ke, leh arr g hard Rock nih, ramai cakap best.. :D

Wednesday, October 19, 2011

si Ummi...

haaaa, tajuk entry best tak?? :P

semalam buat entry pasal si kembar & si kakak Tia, harini buat entry pasal aku pulak. syok sendiri. keh keh keh..

Ramai orang tanyer aku susah tak jaga kembar??
Jawapan aku; eerrrkkkk, tak tau la nak cakap macam mane..jaga kembar tak susah, tapi jaga kakak kembarr yg susahh..huhu. seriyesss!! aku naik sawan biler si Tia yang buat perangai. ye la, tengah peringkat umur macam dia kan..dah ada perangai mengada/mengediks/cerewet/curiousity/demand etc..byk lagi lah! mana la aku tak sawan. bila satu masa aku kena jaga 3 orang terus, haaa confirm aku akan stress! jadi tarzan dah aku nih..haha..nasib baik Alhamdulillah syukur aku tak kena meroyan masa dalam pantang dulu.haha..
mana taknye, time aku nak susukan kembar, time tu la dia nak ajak g dapur la, nak teman tgk tv la, nak makan la..tak menang tangan aku dah. bila aku ckp elok2 suruh tunggu jap, mula la dia meraung pulakk, sampai bingit. huishhh menguji kesabaran btul!
Melayan si kembar tak susah, ye la time skrg keje dorang tuh tido aje la. merengek bila nak susu & diapers basah kan..tu je. tapi bile dorang nangis serentak aku jadi stress skit. hehe..dah tak tau nak handle yang mana satu. tu pasal puting tu membantu dalam kes mcm nih..menangis berjemaah..lagi2 bila tengah2 malam, tengah syok2 tido kan..huiiiiii..memang sawan jugak la aku..

Camne leh kurus cepat nih??
haaa, for your info berat badan aku dah turun ke 44.5kg. last timbang masa bawak kembar g cucuk kat KK (last week). Nurse nak check aku skali. tak pasal2 kena buat urine test, dan blood test skali dgn timbang la. Last berat aku masa bbrpa jam sebelum bersalin adalah 56.5kg tak silap. lepas aje balik dari hospital jadi 48kg. Then lepas aje berpantang terus jadi 44. haaaaa..camne tu?? bukan diett ok..nih sebab stress kot. pastu aku kan pantang sendiri..makan memang tak punctual..lagi satu tido tak cukup. drastik gak turun nih, sampai aku naik risau la. Sekarang nih aku makan byk2..hehe..at least nak naikkan 2 kilo ker..idak lerr kurus sgt. Tapi rasa best biler semua seluar baju aku masih muat..tak gaduh nak beli baru..hehe..

Dua soklan ni la yang orang asyik tanyer baru2 nih..

benda lain aku nak cite..

Aku masih lagi mengalami sakit2 pinggang/sakit belakang nih haaa. Aku ingat nk mengurut lagi, aku tak jadi mengurut masa last day berpantang..asyik bertangguh aje..terus rasa malas. tapi sebabkan sakit-sakit badan nih tak hilang2 so aku kena gk mengurut. huhu..akan di usahakan dalam masa terdekat nih, InsyaAllah. * btw ada gak tgk kat e-voucher spa2 yang ada pakej murah2 tuh, tapi sebabkan takder geng nak pegi, tak berani la aku nk beli. plus takut tak worth it..huhu, tapi teringin..cmne tuuuu?? hehe..

Life style aku sekarang totally dah berubah. Dah tak boleh nak kuar sama2 dgn Lokman & Tia. Salah sorang dari kiteorang (aku/lokman) kena stay umah jaga kembar. Actually last week penah la bawak kembar keluar g OU (tu nnti aku buat entry lain ek). Lepas dari tuh, terus macam..tak boleh kot bawak dorang nih kuar lagi, buat masa skrg. hehe. Jadinya, aku dan Lokman buat sistem gilir2. Kalau aku nak kuar dgn kakak/kawan aku sekejap dia stay, then bila dia nk g main golf ke, jumpa kawan ke, aku pulak kena stay rumah jaga kembar. Syarat takleh lama2..kurang dari 5 jam. Kalau kiteorang kuar sama2 bawak Tia, kembar dijaga oleh kakak or MIL aku. tu pun takleh lama2, kurang dari 3 jam..hihii..so semua benda kena cepat. takde dah nak lepak2 berjam2 kat luar. Nak beli barang pun, kena direct g beli barang yang kite nak, takleh nak mengulat tengok benda2 lain..huhu. expresss rakyat sungguh!

Takpela, bersusah2 dahulu..nanti bebudak nih dah besar..senang dah la. InsyaAllah..demi anak2...kehidupan bersosial tu terpaksa dikurangkan..hehe :P
Masa dalam pantang, kawan2 baik datang rumah melawat kembar :)

bestfren kawen. Pergi dengan tia aje, abah kena jaga kembar

Outing ke Summit, semata2 nak g warehouse toyrus :p
kembar dijaga oleh kakak ku..hehe
pst psstt..masa di dalam pantang lagi..hari ke 40..hehehe..

Bawak kembar kuar g dinner with my family
stroller lagi bagakk dari tuan..camnoo tuh?? :p

me with 3 kids! huiiyoooo!!
tetiba anak aku dah ramaiiiiii!!

Misi 2011 Tia Zahraa: Wean off Pacifier Part 2

Dulu aku penah tulis entry pasal misi aku nak stopkan habit Tia isap puting kan. Ini entry wean-off.

Bila tengok balik entry tuh, dah lama rupanya aku berhajat nak berhentikan dia isap puting..bulan satu tuuu..hahaa..Sekarang dah bulan sepuluh. haha. tapi takpelaaaa..Alhamdulillah mision aku berjaya!!yeayyyy!!

Tia dah berhenti hisap puting masa umur dia setahun 5 bulan. Masa aku dalam pantang hari tuh. Asalnya puting dia dah koyak skit, kes terlebih gigit..haha, so since dah terkoyak aku selalu cakap kat dia,
 "nih puting dah koyak nih, lepas nih berhenti yerr..Ummi dah taknak beli Tia puting baru tau!" +hari2 dok cakap gitu dgn dia+

dia pandang la muka aku buat2 tak paham..still mintak gak "ting" dia bila rasa ketagih datang. tapi dia tau kot yg puting dia dah rosak, dia macam dah tak selesa nak hisap, kejap2 dia keluarkan dari mulut dia..dia belek2 puting tuh..hihi..

sampaila masa aku dalam pantang (hari ke 15), dah kite dok umah mengadap dia aje kan, ada la aku tak kasik dia isap puting tuh seharian..bila nak tido aje aku kasik kejap. pastu dia macam lupa pulak dgn itu benda. Then one day, ntah mane la aku letak puting dia, terus tak jumpa..meraung2 gak la dia tak dapat nak isap time nak tido. mengamuk2 tak tentu pasal. Aku & Lokman buat hati kering aje..ada gak la pujuk2 dia. Terus la tido tanpa puting..kesiann..
Adala aku rasa dalam minggu tu dia moody aje..terasa ada yang missing kot..hehe..aku tak sebut pun pasal puting depan dia. Then terus la dia pun lupa....yeayyy!!

Alhamdulillah..sampai sekarang dah ok, cuma sekarang nih giliran adik2 dia pulak hisap puting. Ada masa2 dia amik gak puting adik dia, try masuk dalam mulut..terus aku marah dia..cepat2 dia tarik keluarr..hahahaha..memang lawak tgk muka dia terkulat2 tu..saje nak lepas gian la tuh kot..haha...memang tak la aku kasik kan..
Yang si kembar nih memula plan memang tak nak kasik hisap puting, tapi asyik nak minum susu aje..tak sanggup dah la..terpaksa gak kasik..hopefully tak lama la dorang nyot nyot puting tuh..

Apapun aku lega Tia dah berhenti terus. Mission asal nak stop masa umur dia setahun. Tapi terlajak pulak ke setahun lebih..heheh..takper laaa..janji mission completed! yeahhh!

nota kaki: so korang yang nak anak stop isap puting, tips terbaik koyakkan puting tuh then cakap kat dorang puting dah rosak, then jgn beli lagi dah. hehe..
nasib baik lerr aku tak nyah letak bawang ke, halia ke, serbuk kopi ke kat puting dia..hehe

Tapi...
Kesan dari itu, kakak aku cakap, lepas dia tak hisap puting, dia dah kuat minum susu. kejap2 nak susu..mungkin sebab nak nyoy nyot kot..bagus la tuh dia kuat minum susu. kasik gemuk skit badan tuh. Dan sebabkan itu jugak, abis la puting botol susu dia pulak koyak. lepas abis susu, dia suka hisap puting tu..adehhhhh..tapi tak lama la. buat lepas gian jekk.
Ahad lepas aku baru tukar puting botol susu dia yang baru..huhuhu..

gambar kenangan: tia dengan puting nyerrr..keh keh keh

awal2 dapat adik, masih lagi dgn putingnya.
tu tgh kaco adik dia la tuh

see gigi dia yang jarang..haha..
budak comot!

gaya terbaik minum susu





 
Blog Template by Delicious Design Studio