Monday, August 13, 2012

Iftar & frens @ Le Meridien Hotel

Dalam serabut2 aku dalam bulan puasa nih, sempat la join berbuka with my ex skol mates. kawan2 since sekolah menengah, yang sorang nih berkawan dari sekolah rendah lagi..kekeke..kawan2 terbaik yang aku ada di dunia :)
So..this year aku rasa macam nak join walaupun ada anak2 kecik..dah lama sgt tak lepak dengan kawan-kawan. sekali sekala nak gak bertukar2 cerita dengan dorang kan..
Kiteorang ada kawan keje sebagai Chef kat Le Meridien nih..so ada la harga diskaun. Kalau nak bayar harga full tuh memang tak la kot aku nak join..baik aku shopping dengan harga RM118 seorang..tu harga tak masuk tax lagi..huhuhu..Since ada diskaun, aku join lerr..hehe..
Makanan not bad..segala seafood, sushi, dim sum, makanan india, makanan melayu, makana cina, deserts..semua aku sapu..kekeke..
aku suka makan benda yang jarang aku makan..dan bila makan buffet macam nih, confirm aku akan makan semua benda..enjoy the foods!!
Paling best seafoods la, aku makan oyster mentah dengan perahan limau & thousand island. Tuna & Salmon mentah pun aku telan..kikiki pastu kepala bengong kejap..., makanan melayu tuh even dorang cakap juri Masterchef, Chef Zubir yang masak, tapi kawan aku cakap kebanyakkan nyer pekerja2 dia la yang masak pun..so takder la sesedap mana..kekeke..sebab dah biasa makan masakan Melayu kan..bagi kite biasa aje la. tapi ada gak 2 jenis lauk yang aku tak penah makan.. :P
Parking free plus bawak budak bawah 2 tahun free. tapi aku tak kuasa nak bawak Tia..kang dia nak berkepit aje dengan aku sampai aku takleh nak enjoy foods. Sorry dear, this time Ummi takleh bawak awak yerr. hehe..
Overall, yang penting seronok dapat jumpa kawan-kawan dan berbuka puasa sesama..next year boleh repeat. InshaAllah..

our Chef fren :) Chef Amir in d houseee
Chef Zubir..promosi baik punyerr!
good foods!
4 of us
Yang sorang tuh tgh sarat pregnant, lepas 3 hari makan sesama, dia pun selamat bersalin baby girl..Alhamdulillah..hehe..
Raya nanti nak g visit dia & baby lak.
Yang pakai baju hitam tuh la kawan sekolah rendah
:)
Cik Siti Murni, still single..hehe..

Dua kali botak

Sabtu lepas Lokman nak nipiskan rambut Hafiy yang dah start mengembang. Nampak rambut je membesar, badan tetap halus..kekeke. So nak kasik balance harusla kena trim rambut dia.
Masa nak mesin rambut budak tu bantai dia melalak teruk. Xleh dok diam. Mak mertua pulak g pakai gunting nak kasik nipis so that senang nk mesin, tapi sebabkn budak ni x duduk diam habis tobek2 dah..hahaha..solution terbaik kasik botak licin..balance habisss!!!
Tak pasal2 jadila Hafiy aka Ipin. Si botak licin :p
Bila dah botak ni tgk encem pulak..hihi..
Emo rambut dia dah xde, bantai dia tidur lepas tu..kesian si kecik..
Ber imej barula Raya nanti. Always my handsome little boy :D luv him..

Wednesday, August 8, 2012

Abah @ DSH

Assalam semua..
Dah lama tak buka blog nih, bertambah pulak follower..thanks to all, Salam kenal yer..nanti ada masa aku blogwalking blog2 korang..sekarang sangat2 takder masa..
Semalam aku EL, my abah masuk wad. Dah seminggu actually, ingatkan gastrik tapi rupanya2 ada sakit lain..dan semalam dia kena operate. Hempedu dia kena buang sebab dah rosak bernanah and doc jumpa batu2 kecik sekitar perut dia. ada 5 ketul batu2 kecik kena sedut keluar. hhuhuhu..kesian abah aku. So since minggu lepas aku ulang alik hospital melawat abah. Nasib baik la hospital tu kira dekat dengan rumah. Gagah la nak jenguk even malam2 pun. Adik beradik aku yang lain siap berpiknik berbuka puasa di hospital lagi..hehe, teman bapak makan..abah aku for sure la tak boleh puasa dah. Aku tak dapat nak join la sebab ada askar2 kecik nih. Cuma datang lepas berbuka aje.
Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Operation selama 3jam setengah berjaya. Abah aku kena stay hospital lagi 5 hari sebab nak monitor darah dia. Darah putih dia banyak dari darah merah. Risau gak tuh..mungkin sebab pemakanan abah aku tak menentu plus dia byk amik ubat2 diabetes dan darah tinggi. Tak tau pun apa jadi macamtuh sebenarnyar..mungkin sebab hempedu dia dah lama rosak..huhu..
Apapun, semoga abah aku cepat sembuh dan kembali aktif bermain golf :P

nota kaki: teknologi canggih zaman sekarang sgt membantu kiteorang adik beradik. Dengan hanya whatsapps seluruh adik beradik aku dapat berita semasa pasal operation abah. Even bila ada yang tak dapat pergi hospital, kiteorang still dapat tau setiap perkembangan abah. Tak la risau aje memanjang. dalam masa yang sama, ikatan kemesraan terjalin rapat..hehehe..ayat skema lak aku nih..
tapi betul, whatsapps nih sangat berfaedah sebenarnyer :) kan? hehe
lepas operation semalam, tengah mamai. send photo bapak kat adik beradik
my little sister kat Matrik Perlis informed dia dpt sms from abah.
Budak tu dah la tengah exam..susah hati dia..
so ada whatsapp inform la condition bapak supaya dia tak risau
baru kuar bilik bedah
bertapa dekat 2 minggu kat sini
ni la batu2 dalam perut abah
kecik2 aje tapi sakit dia memang tak terkata..huhu
aku & kakak kesangapan menunggu 3 jam lebih
dah takder keje main amik2 gambar...hehe
first day masuk hospital sampai mengigil2 dia.
abis selubung..huhu

Thursday, August 2, 2012

Rashes or Demam Campak?

Pagi semalam Lokman perasan ada bintik2 merah penuh kat badan Hafiy. Masa tuh aku dah siap2 nak pergi keje dah. Bila dia cakap macam tuh terus terpikir chicken pox..adehhh, terus aku ngelabah!
Tapi biler tengok bintik2 tuh takder pun jenis timbul2..ok, buat cool aje dulu..yang pasti pagi tuh Hafiy agak cranky. Aku terpaksa gak g keje. Since hari Isnin aku dah EL sebab Hafiy demam lagi malam tuh. Bila hari selasa aku datang keje, isi cuti aku, boss siap call aku warning yang cuti tahunan aku tinggal 6 hari je lagi. Dia suruh aku pepandai arrange cuti in future..if need more cuti kena ambil unpaid leave. Aku agak emo bila bos aku cakap macam tuh..dah la increment aku ko naikkan seciput, pastuh boleh ek suruh aku unpaid leave bagai..gaji ko besar takpelaa jugakk!! aku malas nak bising2 dengan dia. lantak ko la bossss..yang penting anak2 aku, aku yang jaga..bukan kau!
So bila bos dah bunyik2 macamtu aku pun takla ambil cuti sesuka hati dah..hehe, insaf la jugak kan..so mintak Lokman la stay jaga Hafiy, bagi aku masuk opis dulu. Nanti pukul 11 pagi aku minta time-off la bawak dia g klinik. Nasib la masa minta time off lady-bos aku tuh bagi jugak even buat muka sacastik dia..haha..ada aku kisah? ;p
Jumpa doktor, doc cakap cuma rashes. Before g klinik tuh ada gak aku google around pasal demam campak pada bayi nih. simptom2 tu ada; demam panas sampai 39 C 3 hari, sakit mata, telinga pun sakit, kurang selera makan, selsema, batuk..semua Hafiy ada..huhu..tapi satu je, kat bintik2 tuh takder mata yang berair. ok fine...
then aku baca, rashes pun boleh terjadi selepas anak demam panas. Rashes tuh keluar satu badan..gatal2 tu aku pun xsure, tapi lama2 rashes akan surut sendiri.

Doctor kasik lotion calomine, ubat air untuk gatal2 dan ubat batuk, since Hafiy ada lagi batuk2 dia. Balik klinik aku terus sapu lotion tuh, tapi aku tak mau la bagi dia ubat gatal2 tuh..banyak sangat dah ubat dia telan lately nih..huhu..
Alhamdulillah cuma rashes aje, bukan demam campak..if demam campak confirm abis terus cuti aku!hahaha..jawapnyer 4 bulan aku keje macam orang giler..stresssss ko!!!
Jadinyer aku takla minta cuti..MIL boleh tlg jaga dia..

For info untuk korang, aku copy paste dari website lain:
Nama rashes ini adalah Roseola.
Roseola – this is one of the most common causes of fever and rash in infants and young children. It starts out with three days of moderate to high fevers, with no other symptoms. Just when you start to get worried, the fever breaks on day four and your infant develops the rash yet acts almost entirely well. The rash consists of red spots and bumps starting on the upper back and neck, spreading down the trunk and into the extremities. It sometimes has a lacy appearance. If this sounds like what your child has, then click on it for more info.

or link sini

Harap2 Hafiy sihat cepat dan harap2 Aariz & Tia tak sakit..huhuhu..Semoga Allah lindungi anak-anak aku dari sebarang penyakit yang bahaya..aminnn...

Wednesday, August 1, 2012

Yummy @ Petite Millie

Apa ke benda nyer Petite Millie nih? Namapun unik tu pasal orang takut nak makan kat situ. Maksudnyer "Little Millesime", Agak akula, sebab pukul 6.30 petang semua restoran berhampiran dah penuh orang stand by nak berbuka kan, siap reserved lagi, tapi bila tengok restoran nih, kosong aje. Adala 4-5 tables orang. hehe..Kiteorang pun kalau tak sebab Pizza Hut tu penuh, idak ler kiteorang masuk restoran ala2 European nih haaa..

Restoran ni berkonsepkan french di Old-wing One Utama. Floor bawah sekali.
Makanan semua jenis western. Yang pasti bila nak order tu kena mintak pendapat waiter kat sana apa ada dalam makanan tu semua, cos nama makanan yer pelik2 u..hahaha, sama ada aku yang buta bahasa France atau memang aku tak penah makan makanan dorang nih..kekeke..rasanyer macam dua2 aje. Tapi takper, pekerja2 kat sana semua ramah2 dan very helpful.
Hasil recommendation dari waiter tu, kiteorang pilih pasta & pizza. Plus sempena Ramadhan nih, ada set sekali dengan air & dessert. Complimentary buah kurma dengan buah tembikai & honeydew. terbaik kan?
Biasa kalau pasta, aku selalu makan yang carbonara, bolognese or jenis yang kering tuh. So bila tengok kat restoran nih ada beberapa jenis pasta yang aku tak penah try, aku & lokman nak jugak cuba. Hasilnyer memang terbaik! seriyesss layan..sampai Tia & Aariz pun makan non-stop. asyik mintak tambah aje si Tia, macam dia lak yang puasa.
Satu lagi pizza. Lokman pilih ayam. Even size dia kecik tapi memang terbaik. Habis licin semuanyer..kekeke..
Walaupun aku dalam keadaan basah lencun dek Hafiy muntah, tapi makanan sedap punyer pasal, aku telan jugak.si Hafiy tidur dalam dakapan aku sambil aku makan. Poor little baby. Nasib baik tak meragam..dia paham kot Umminyer nak berbuka puasa..
Lepas nih aku rasa leh repeat makan kat sini. Nak try menu lain pulak. Seriyess if korang teringin makan makanan barat/italian, sangat recommend makan kat sini..selain Italiannies.

Aku adala snap gambar skit2, sambil dukung anak sambil tu menyempat lagi amik gambar kan..kekeke..habit yang aku takleh tinggal..hehe..

Pencuci mulut - Brulee (termasuk set Ramadhan :) )
Menu dia..sekali harga. nampak tak? hehe
budak sakit, mengempeng aje la..cian dia..
Spegeti ada daging, mushroom 2 jenis..boleh makan sampai 3 org (RM32.90)
Aariz pun makan jugak, siap marah abah dia suapkan lambat..huhu
Dari depan restoran
Pizza yang terbaikkk!!
budak kecik makan banyak. Bagusnyer diaorg bagi mangkuk & sudu garfu plastik utk kids. Tapi anak aku suka pakai tangan..kekek..
 
Blog Template by Delicious Design Studio