Monday, December 17, 2012

Bila anak-anakku sakit

Bulan december ni Tia masuk umur 2 tahun 9 bulan pada 16hb lps.ngam2 pulak petang tu dia kena demam. Sepanjang mlm aku tidur x lena dok tuam2 badan dia.
Jumaat pagi pulak aku perasan si Hafiy pulak yang demam. Kembar masuk umur setahun 4 bulan.
Aiseyyyy..pakat 2 beradik ni sakit pulak. Alhamdulillah Aariz ok.
Jumaat tu terus aku apply EL, perabih kan baki sehari cuti aku yg konon nak khaskan untuk bawak si kembar ke klinik kesihatan untuk suntikan setahun mereka. Nampak gayanya terpaksa la hold sampai bulan depan. Cuti tahunan utk tahun 2013. Adehh! Kesian anak2 aku..
Jumaat pagi tu aku x sanggup lak nak hantar dorang ke kakak aku. Sebab hafiy dah start cranky. Kang tak terlayan kakak aku jaga dorang ni. Lagipun baby maira, anak buah aku pun tengah demam jugak. Huhu.
Dari jumaat sampai la sekarang (ahad mlm) dorang still demam. Aku dgn lokman repeat g klinik lain pulak. Doc bg antibiotik dgn ubat tahan muntah. Sebab dorang akan muntah bila setiap kali minum susu dan makan. Sampai si Tia agak fobia nak makan..huhuhu, risau aku dgn dia. Jenuh aku paksa dia mkn minum, itupun lalu 2-3 suap aje, air pun suku aje dia minum.. dah xnampak isi dah, nampak tulang2 timbul..huhu. Kesian Tia..Hafiy ok lagi, dia lawan jgk sakit dia sebab dia nak join Aariz main.
Selain jaga budak2 sakit, keje aku membasuh cadar, comforter dengan napkin aje. Tak kering2 lagi dek hujan setiap hari.
Sangat menduga kesabaran betul kali ni aku jaga dorang. Tipu la kalau aku ckp x stress. Masuk hari ke3 mmg aku stress sangat2, sebab demam dorang on off..rasa mcm hopeless tetiba. Memacam benda negatif aku pikir..huhu. Nauzubillah.
First time aku masukkan ubat demam kat bontot dorang. Doc bg 4 bijik jek. 2 mlm berturut2 aku jolok ubat tu. Nasib dorang x meragam..tak penah2 dorang guna ubat bontot tu, kali ni aku terpaksa guna sebab dua2 demam serentak, cecah 39.4 c. Mau tak cuak!! Menangis gak aku tau..fikiran celaru..
Masa aku taip blog ni, demam dorang dh surut skit lps aku bg ubat demam dgn antibiotik. Skali dgn ubat tahan muntah & batuk selsema. Terus dorang tido melena. Aku keep monitor dorang. Esok aku dpt "mc" advance dari doc. Nasib doc memahami bila aku mintak mc sbb cuti ku dah habis. Eehhhh mc bukan tipu tau, aku pun sakit jugak..sakit dalaman! Hekhek..sakit stress & jiwa kacau sbb anak2 sakit. Xnyah ambik ubat2, mc dah cukup..huhu
Ok korang, gud nite. Minta tolong doakan anak2 ku sihat & ceria kembali yek. Aku rindu dgn keletah dorang dikala sihat..huhu..










Thursday, December 13, 2012

Penyimpanan Sel Stem Tali Pusat Bayi - Apa kebaikannya?

Tengahari tadi aku organized talk program untuk staff opis. Aku invite wakil dari StemLife Berhad. Yang bagi talk tu COO Stemlife sendiri, Encik Zahrein Redza, datang dengan Sales Team & Assistant dia. Setiap orang dapat goodie bag, dalam beg tuh ada brochure set & pen. Very useful info inside there..aku tak dapat dengar sangat talk tadi, cos busy urusan packed lunch participants..so dengar la sipi2.

Aku nak share dengan korang pasal kebaikan penyimpanan sel stem tali pusat anak. Meh baca k!
Aku sangat teruja nak tahu pasal penyimpanan stem sel tali pusat anak nih. Sebab nya banyak benefits kite boleh dapat dengan menyimpan tali pusat anak kita. Sebab utama adalah untuk kesihatan. Dengan adanya penyimpanan tali pusat anak tu nanti, in future ada kemalangan ke, penyakit berbahaya seperti Cancer darah/leukemia, heart problem for baby or siblings, Talasemia dan bermacam jenis penyakit kronik, stem sel yang kita simpan tuh boleh diguna untuk mengantikan stem sel yang dah rosak. Let see macam leukemia, pesakit kena buat kimoterapi kan? Bila buat kimo, banyak stem cel akan damage/hilang. Imunisasi badan jadi lemah. Sel darah merah pun akan hilang. Ini yang menyebabkan pesakit tak bertahan lama. Jadinya, adanya stem sel yang baru dari tali pusat tu la akan mengantikan semula segala stem sel yang rosak. Sebanyak hampir 80 jenis penyakit boleh dirawati dengan adanya stem cell nih.
Let say kite simpan tali pusat anak kita, in case adik beradik dia yang lain (atau anak2 kite yang lain) atau diri kita sendiri jatuh sakit ke, kite boleh guna stem cell tali pusat yang kita simpan tuh utk cure dia/kita. At any time.

Macammana dorang ambil tali pusat baby ini?
Orang stemlife akan join skali masa korang nak bersalin dalam LR. Kita kena inform pihak hospital yang kita nak simpan tali pusat anak nih. Then lepas aje baby keluar, masa doktor nak potong tali pusat tuh, org stemlife akan get ready. Dorang immediately kena simpan tali pusat nih dalam storage box and bawak terus ke makmal dorang. Within less than 10 minutes aje tali pusat tuh tahan kat luar.
* so rasa2 aku nak buat penyimpanan nih kena g hospital swasta, sebab hospital gomen tak bagi orang lain masuk. Kawan aku la cakap..tu aku tak pasti. Tak sempat nak tanyer speaker tadi..huhu..nanti aku akan email kat org stemlife arr tanyer lagi detail..hehe..

Kenapa guna tali pusat baby?
Sebab tali pusat bayi paling fresh, darah dan sel-sel dalam tali pusat sangat berkualiti tinggi. Menggunakan stem sel tali pusat lagi senang nak matchkan dengan darah adik beradik/famili.

Berapa lama boleh simpan stem sel tali pusat di StemLife?
Selama 21 tahun. Sampai umur anak tuh dah besar, dan bila tali pusat tuh dah jadi hak milik dia sepenuhnya, dia kena decide nak buat apa dengan stem cel dia tuh. Nak musnahkan atau donate untuk research atau kepada yang memerlukan.

In case semasa penyimpanan berlaku kerosakan pada tali pusat tersebut, pihak Stemlife akan membayar ganti rugi.

Berapa kos penyimpanan?
Semasa pendaftaran cuma perlu bayar RM2500. Boleh dibuat secara ansuran selama setahun.
Bayaran selanjutnya - setahun RM250 pada setiap ulang tahun harijadi baby.
Jumlah keseluruhan hanya RM7,500 selama 21 tahun penyimpanan.
Berbaloi tak? :)

Aku nih bukan la nak jadi promoter stemlife..hehe, cuma aku rasa teruja sebab teknologi nih sangat bagus utk family kita.
Rasa ralat la jugak tak buat masa mengandungkan kembar. Ada dua tali pusat tu..huhuh..masa tuh xde pengetahuan langsung pasal stem cel nih. Ada kawan aku sempat la dia buat untuk anak kedua dia.
Dah ada 1 tiket security kat situ bila dia dah ada penyimpanan stem sel anak dia.

Bagi orang Islam, fatwa agama Islam negara dah meluluskan penggunaan tali pusat stem sel nih. Tapi bagi tujuan kesihatan sahaja. Bukan untuk tujuan lain. Macam orang bukan Islam ada yg gunakan untuk kecantikkan dan lain2 lagi.

Sekarang nih Researchers masih lagi buat memacam kajian on cord blood stem cells. Terkini dorang jumpa stem cell nih pun leh cure masalah rambut gugur. hehe.. Kira if kita still simpan until 21 tahun, mungkin lagi banyak kegunaan stem sel ini akan dijumpai. InsyaAllah..

InsyaAllah, ada rezeki anak lagi untuk aku, akan ku invest utk penyimpanan tali pusat nih. Yerla, family aku nih ada memacam history penyakit. Bukan la aku minta untuk sakit, tapi untuk langkah berjaga2. Kita tak tau ujian Allah akan datang bila2 masa..Mintak dijauhkan la yer..dan kita pun kena buat preparation awal, untuk berikhtiar dan bertawakal.

If korang berminat, korang google aje mengenai cord blood stem cell nih..banyak info korang leh dapat..banyak negara dah yang menggunakan teknologi ini.

Sekian, info dari saya. If ada kekurangan ke aku minta maaf yek.



Encik Zahrein :)




haaaa, gambar gelap..sebab tetiba tengah talk berlaku electric off. blackout pulak satu bangunan..huhuhu..
malu den! so nasib baik la encik zahrein nih ok, dia proceed aje talk without slides presentation. huhuhuhu..nasib baik profesional..dah biasa buat talk, so kira tak bergantung dengan slides presentation semata..dalam panas2 takde air con pun participants still stay sampai habis talk sejam..hehehe..










nice talk. if korang nak invite dorang bagi talk kat opis2 korang pun boleh, just call/ email them. Respon sangat bagus. 
Thanks so much Stemlife Berhad! :)

Wednesday, December 12, 2012

Wordless Wednesday - Tia & the Twins

Tarikh harini sangat cantek. So nak masukkan gambar anak2..heh, ada kena mengena ke? haha..
tak kisah!
aku snap gambar2 nih masa lepak2 kat rumah..keletah anak2 tak reti duduk diam.



Tia yang chomellll!! :P


nyanyi lagu titanic kottt...siap muncung2 bagai
mamat depan tuh back up singer..kekek


port dorang main sesama..ntah apa ntah suka dok lepak kat situ.
si aariz yang ketua dia
hafiy dengan 'peace' baru dia..kekeke


hafiy dengan gaya peace lagi
haha, macam Tia kecik2 dulu..


seisi membaca untuk Tia
si kembar macam biasa akan mengacau Tia


Tia layan kan aje adik2 dia mengacau
paling kuat pun dia akan menjerit.."ishhh jangan kacau laaa, sibuk aje!!"
tapi adik2 dia buat muka tak paham dan still gak kacau Tia..hahaha


ini semalam. lepak rumah sahaja
Jenuh paksa Aariz tido. Ni gaya selepas mata dah tak tahan nak buka, baru la tidur..
tidur dengan bergaya katanyaa..hekehk


Tia kusyuk membaca.
hasil buku kat BBW haritu.. :)
good girl!

Monday, December 10, 2012

Kembar kedua dah berjalan!

Anak ketam no tiga aku dah berjalan..hehe..
Seronokkk giler tengok dia dah confident berjalan ke sana ke mari. Dalam rumah tuh tak henti2 dia berjalan..jatuh bangun jatuh bangun..tak putus asa langsung! Eksaited kot dapat kaki jejak lantai..heheehe..
Sekarang dah tak risau bila dia berjalan sendiri. Jadinya lepas ini dah boleh lepas dia berjalan kat luar. pastu konfem aku dengan Lokman mengah nak kejar dia..kekeke
Si abang dia?
hurmmmmm..si kembar dia sorang lagi tuh masih bermanja-manja lagi..
Aduhhh makkk, tak leh blahh weyy manja dia..sampai sekarang nih langsung takmo jalan pulak.
Jenuh aku paksa, setapak dua aje pastu jatuh. Bila suruh bangun dia buat muka slumber dia aje..
huihsssshhh naik geram gak arr.
Apa kes pulak si Aariz tuh..makin menjadi2 manja dia. Pantang aku gerak bangun skit, mula la merengek2..membontot aje la aku g mana..sampai naik rimas aku dibuatnya.
Dulu dia la paling cool sekali, tapi sekarang dah jadi lain. Hafiy lak yang mat cool habis. Enjoy diri sendiri bila dapat berjalan laju.
Aariz tengok Hafiy berjalan, tapi muka takder perasaan..dalam hati mesti dia cakap..
"lantak ko la Hafiy nak berjalan..aku takmo jalan, nanti Ummi tak nak dukung aku dah, kekeke"

bertuah punyer budak!

Ahad nih dorang dah masuk 16 bulan dah. Cucuk setahun pun belum..uhuhuhu..bilaaaaa la nak pergi klinik kesihatan nih?? parah betul mak pak korang kembar...sorry yekkk..Ummi promise before month end nih kite pergi yekkk..Ummi perhabiskan cuti yang tinggal sehari tuh khas untuk korang yek..hehehe..

To my dear hafiy, well done my cheeky boy! suka Ummi tengok awak berjalan terkedek2 tu.. :) nanti awak ajar Aariz jalan pulak yerr..korang kan kembar..mesti la kena tolong menolongg..Ummi dah tak larat dah nak layan kerenah kembar awak tuh. plsssss dear, tolong Ummi yekk :) luv u always..


Ni gambar pagi tadi
Si hafiy first time berjalan sendiri dari atas rumah sampai la ke kereta.
Enjoy walking, while Tia & Aariz manja nak berdukung bagai


masa kat Melaka lagi dia cuba berjalan sendiri
Tengok tinggal Aariz aje merangkak
tak padan dengan merangkak dia..laju aje macam bersih lantai tuh..huhu


mat cool dah berjalan dengan gayanya..haha

Saturday, December 8, 2012

Big Bad Wolf Sales @Mines Dec 2012

Tengah hari tadi aku dgn kawan2 jualan buku BBW kat Mines Convention Centre. Tercapai gak hajat nak pergi sana, kiteorang masing2 tinggalkan anak-anak kat rumah dan spend beberapa jam pilih buku2..sambil gosip mak2.dah hampir setahun x jumpa kawan-kawan aku ni.
Hokehhh cite pasal jualan buku yek.
Kang melalut aje..
First time aku pergi sale ni. Aku puas hati sebab parking senang dapat, walaupun jauh skit berjalan tapi kira ok lagi.
Masuk je hall terus rambang mata.makkk aihhh, bermacam2 jenis buku ada!! Semua elok2, baru-baru lagi..tengok harga lagi arr rasa tamak datang. Price serendah rm3. Aku terus aim ke bhgn buku kanak-kanak. Buku bercolor2, hard cover leh dapat rm5, rm6, rm8 & rm10. aku terpaksa pilih yg sesuai untuk Tia & kembar. Ikutkan hati banyak nak beli, tapi bajet x besar. Takut kan dah tengah bulan ada yang aku kena makan buku lak..huhu..
Novel2 inggeris & melayu start dgn harga rm8. Rata2 la harga rm8. Arrrghhhh lagi sakit jiwa!! Buku masakan yang kecik2 rm2 sehingga rm25. Walaupun aku tak terror masak, tapi teringin betul beli buku2 masakan.murah sesangat!!
Semua jenis buku ada..cuma korang kena rajin berjalan dari hujung ke hujung la. Sangat berbaloi!! No wonder la org borong berkotak2. Ada yang sampai bawak beg beroda, beg pakaian beroda tu, x pun trolley pasar..sebab senang nk angkut. Dorang x strict sgt bab nak angkut barang dari luar..so mane yang korang rasa memudahkan korang nak angkut buku2 tu bawak aje.
Sistem pembayaran pun ok. Banyak cashier & staff very frenly. Leh terima credit card jugak, cuma debit kad x boleh. Kawan aku nak byr pakai debit kad x lepas..
Rerasa cash x cukup, leh g shopping mall sebelah withdraw kt ATM kat sana dulu. Hall tu memang bersambung dgn mall. Penat2 shopping buku leh g makan minum kat mall.
Overall, sangat best!! Rasa nk repeat pergi lagi, insyaAllah..org cakap last day siap ada lelong lagi.. ;)





























 
Blog Template by Delicious Design Studio