Friday, January 11, 2013

Sakit la lagi..

Salam Jumaat korang!

Sebelum mulakan cerita, nak mintak maaf yek minggu nih blog aku ala2 pening skit, macam tuannya. huhu. Aku tengah nak meng-edit template & layout blog nih..tapi jadi lambat sebab internet kat opis nih banyakkan yang related dengan media telah di block oleh department IT. So agak susah nak nak memperbaharui blog ini sekarang. InsyaAllah, next week aku try yek. Lagipun dah lama tak tukar template blog, kena buka balik tutorial, lagi pulak blogspot pun dah update version dorang nih, aku tak jumpa2 part2 nak coding..huhuhu..tetiba buta IT pulak. jenuh nak kena baca instruction. Tu la gatal tangan sangat nak tukar template. kekeke..yang template lama dah hilang..huhu..

ok berbalik pada tajuk entry.

Semalam aku half day EL. Lokman EL pagi, aku EL petang. Gilir-gilir jaga anak-anak. Malam Rabu tetiba si Tia & Aariz demam. naik sampai 38.4 c (Tia). Bagi ubat kebah laa sekejap, then abis aje 6 jam naik balik demam nya. Nasib la takder edisi muntah2 susu. Dorang pun tak meragam. Tidur aje la, susu minum macam biasa. Aku tuam aje la badan2 dorang setiap masa. Yang lawaknya, pukul 3 pagi si Aariz leh bangun mintak nak main handphone aku..aku pasangkan surah Yasin, haa kemain suka dia..kekeke..setiap 6 jam memang kena bagi dorang ubat.

Malam tadi Tia demam balik. Aariz dah ok. Then si Hafiy pulak diserang gatal2 lagi. Naik bintik2 merah kat kaki & badan dia. Meragam tak selesa nak tidur. Aku lap2 dengan air, still tak ok. Aku sapu camomile, rasa lega sikit. Then aku bagi ubat makan untuk gatal2 & alergik. Baru dia dapat tidur. Hari tuh aku bawak Hafiy pergi klinik lepas 2 hari dia still gatal-gatal. Doctor cakap tak boleh nak tau punca apa. Boleh jadi pada pemakanan & persekitaran. Ada benda yang dia alah. Siang tadi dia ada makan keropok udang, air jus pink guava, susu, air ribena, mee & nasi goreng. Aku dok rasa dia alergik keropok udang..huhu..tapi takkan dah siang makan, malam baru kena serang gatal2? hishhh..tak paham aku. Cadar katil setiap seminggu aku tukar, or kekadang tuh selang 2-3 hari aku dah tukar. sebab ada je susu tumpah or budak2 nih kencing bocor. huhu.
Weekend ni aku dah membersihkan rumah. Mungkin carpet rumah yang jenis bulu2 tuh tak vacuum selalu..sarung sofa pun dah bertahun2 tak basuh..kekekek..langsir pun dah setahun tak bertukar. kekeke..operasi pembersihan akan dibuat tengah malam nih, lepas budak2 dah tidur. InsyaAllah..

Pemakanan dorang pun aku dah kena start monitor. Since dorang nih ada alergik pada sesuatu, so kena arr perhatikan jugak setiap benda yang nak bagi kat dorang.

Pagi nih demam Tia dah kebah. Aariz & Hafiy pun ok. Harap2 tak demam dah. Risau dah nih tetiap minggu dia demam. Bijik yang kat punggung dia tuh dah makin mengecik. Tapi dia cakap masih sakit. Asal nak cebok aje dia merenggek2. Still tak bagi aku usik. Minggu depan check up dengan doctor kat hospital. Harap2 la ok.



Wednesday, January 9, 2013

Aiskrim dan Kembar

Pasal ais krim pun nak cite ker?

hahahah..

Aku nak cite jugak. Sebab first time si Aariz & Hafiy dapat makan ais krim dorang sendiri. Selama setahun 4 bulan aku dengan Lokman tak pernah belikan kembar makanan untuk sorang satu. Selalu aje kena kongsi dengan Tia. hahaha..kiteorang masih tak reti nak beli sesuatu benda tuh 3 buah - Sorang satu.

Sebab bila dah darab 3, dia jadi mahal.

hahahah..kedekut kat situ yerrr..so kiteorang ajar dorang supaya share each other. Selalunya kesian la kat Tia sebab dia kena share dengan adik-adik. Ada masa dia takmo share, dia akan marah2 si kembar sebab ambik barang atau makanan dia. Yerla, sebelum kembar muncul dia la queen of my heart, segala apa dia nak, semuaorang akan bagi. Conquer sorang2 dia. Sekarang no more..kekeke...semua pun kena share. tak bagi kang aku bebel2, atau si kembar menjerit2 balik kat dia dan rampas je kat tangan dia. Aiyooo..dah bergaduh sebabkan satu benda. Lagi mak stressssss!!

Weekend lepas aku dengan lokman bawak dorang main kat playground bawah rumah. Kemudian bawak Tia pergi kedai runcit kat situ, macam biasa abah dia akan belikan dia aiskrim, dan aku punyer pun ada. Si kembar nampak, terus nak. Aku bagi sikit aku punyer dorang takmo, sebab nak pegang sendiri.
Terus aku suruh Lokman belikan kembar sorang satu aiskrim. Bagi dorang pegang sendiri. Feel makan makanan sendirian berhad tanpa perlu share-share.
Okla fine..bapaknya setuju.

Huishhhh...terus feel arr dorang makan aiskrim..reti pulak tuh cmne nak makannya..tak payah ajar. sampai habis licin! terkejut aku nengok. hehe..
So lepas nih sah la kena beli setiap benda 3 bijik. huhu..si kembar dah membesar. Dah tak boleh nak anggap dorang tuh kecik lagi. tahun nih dah nak masuk 2 tahun. banyak benda dah dorang nak buat sendiri tanpa bantuan. Sekarang stage yang dorang kena belajar berdikari dalam sesetengah perkara. Kiteorang sebagai mak bapak dah kena trust dorang untuk buat benda dengan sendiri. haihhh...yess..mungkin aku yang tak confident..terasa yang dorang masih baby. hehe..kena change mind setting dah lepas nih..they are now are toddlers!

Jom layan gambar mereka.....


dah pandai main gelongsor tanpa perlu pegang dah


yang ini ada sedikit gayat..


see muka happy Aariz..tak takut langsung


haaa, si kakak makan airkrim jejauh dengan kembar..takut kena paw!haha



suka suka ini moment.
Aariz nak suap aku..hekhek


see..
layan jek makan sekerem..
behave ajek duduk atas kerusi sampai habis aiskrim nya

dah big boy dah kembar Ummi nih.. :D

Tukar template blog

Hi bloggers!
Aku gatal tangan tukar template blog. Masuk tahun baru, so blog pun bermuka baru. Kali nih malas nak cari template2 yang orang kasik free di website2 dan tiada kesempatan lagi nak upah orang create blog aku..jadinya aku ambik aje apa yang ada dalam blog ni..hehe..
Harap2 korang tak pening baca blog aku sekarang yek.
If rasa tak best ke dengan template yang baru, sila bagitau aku terus. Aku buat lain kalau aku rajin. hehe.. * so far memang tak rajin arr..huhu
Tapi...aku suka pulak dengan design baru nih.. :)



Tuesday, January 8, 2013

Ruam gatal menyerang anak

Semalam petang kakak aku bagitau si Hafiy tergaru-garu aje. Habis kulit jadi merah-merah.
Aku ni macam biasala, dengar aje anak sakit, cuak la jugak. Aku takut Hafiy kena serangan eczema. Jujurnya aku tak tau takat mana level eczema si kembar. Selama nih dorang takder la kena serangan eczema yang teruk. Macam Aariz penah arr naik merah-merah kat muka dia lepas aku bagi 2 suap telur separuh masak. Tapi tak teruk, lepas beberapa jam merah-merah tuh terus hilang. Pastu aku dah takut nak bagi dorang makan telur half boil. Cuma telur dadar tu ada la sikit. hehe. but still ok. Aariz pun ada satu part kat belakang pelipat lutut dia ada eczema. kena hari-hari sapu krim. Kalau tak sapu jadi merah & leh berdarah. Budak kecik nih suka mengaru. Tu pasal luka ezcema dia lambat baik.
Lately nih, aku perasan kat kulit badan dorang dah tak licin. macam kering2, tak tau nak cakap camne, yang mungkin kesan daripada penggunaan sabun biasa. Yang selalu aku borong berbotol2 kat warehouse haritu. Aku tau dorang tak berapa sesuai dengan sabun2 macamtuh. Aku takpenah la jugak belikan sabun yang khas untuk kanak-kanak eczema nih. Mahal okkk! huhu. Bukan tak kesian kat anak, tapi....[ok, xleh bagi alasan tak munasabah..cuma kena admit salah sendiri tak prihatin sakit anak kot..wuarrgghhhhh!! my bad.. :( ] Lepasnih aku promise aku beli la sebotol sabun mandi khas untuk dorang. hehe..

Dua hari nih aku stopkan dorang pakai sabun wangi2. Mandi tak pakai sabun. Takper..budak2 tak busuk if tak bersabun pun. Cuma kena sental kuat2 sikit celah2 bedah..hehe..cuma shampoo still guna. Rambut wajib shampoo setiap kali mandi, peluh kat kepala sangat tak tahan..haha..

Berbalik pada tajuk entry, lepas amik aje budak2 kat babysitter, tengok satu badan Hafiy termasuk muka tangan dah merah2. Dia sangat cranky! Meragam2 sambil mengaru2..aduhhhhhaiiii!

Sampai aje rumah, aku & lokman buka baju kembar, terus mandikan dorang dengan air panas & separuh botol garam. kkekek..dah blank tak tau nak buat apa..cara nih aje yang aku terpikir. Garam leh hilangkan gatal2. Dah masuk kembar siap suruh dorang duduk dalam bath tub dorang tuh. Si Tia tengok syok adik2 dia mandi & main air, dia pun nak join sama. Haaaa...bagi aje laa. Aariz aku bg mandi sekali sebab takut dia pun kena serangan ruam. dah kata kembar..hehe..Lepas setengah jam baru dorang keluar.

Aku terus sapukan Camomile lotion kat Hafiy. Nasib baik ada simpan lagi camomile lotion yang dulu Hafiy dapat sebab HFMD last year. Aku sapu satu badan. Dia berserah aje la. Terus lega sekejap gatal2 dia.

Malam pukul 9 dia menggaru balik. Dia sangat2 mengantuk tapi takleh tidur sebab rasa miang2 badan la tuh. Cranky sesangat. nasib la Tia & Aariz tidur awal. So aku leh layan ragam Hafiy. Aku hilang akal dah nak buat apa. Terdetik gak nak ajak Lokman g klinik. Takut ianya serangan eczema.
Terus aku google internet. Cari solution.

Jumpa web nih

Ada beberapa kategori ruam. Aku cari yang lebih kurang macam Hafiy.
Ada dua jenis. Ruam lampin & ruam gatal (hives). Bukan dalam kategori ruam eczema. Ok fine..

Terus aku ambil gayung, tadah air & letak beberapa ketul ais. Tuam satu badan Hafiy dengan air sejuk. Camomile lotion pun tak lut. Lepas aje aku lap badan dia dengan air sejuk terus dia tidur. Alhamdulillah...
Lena sungguh..aku continue lap2 dengan air biasa. Lena la dia sampai pagi. Nangis sebab nak susu aje.

Alhamdulillah..lega aku. Aku dah jadi fobia bila budak2 nih sakit. Baru lepas baik demam, jangan la sakit lagi dorang nih. Si Tia pun tak baik lagi dengan bijik dia. huhuhuh..

Terima kasih la pada pemberi maklumat dalam web tersebut. Pahala free awak dapat..hehe, InsyaAllah. Sangat membantu. Korang pun bila anak2 sakit, pastu tak tau nak buat apa, otak blank..terus2 la google aje internet cari solutions. Kekadang benda yang pernah kita praktis dulu pun boleh lupa sebab kerisauan & kecuakkan bila anak sakit dan membuatkan kita tidak boleh berpikir dengan waras. kan? :) (aku ler tuu)
Dan salah la cara aku mandikan Hafiy dengan air panas & garam petang tu. hehe..sebab gatal2 dia datang balik.
So lepas nih, if kena lagi serangan ruam, cepat2 mandikan dorang dengan air sejuk yerr bukan air panas :D tapi harap2 jgn la ada lagi yekk sayangg! ;p serabut kepala otak ummi ni bila korang sakit.



Ini gambar malam tadi.
Bebudak nih kacau aku nak solat maghrib
Tengok si Tia sibuk nak solat jugak. Aku takbelikan dia telekung lagi, so sarung aje tudung kat dia
Yang lawak dia tak pakai baju sebab time nih baru lepas mandi ramai2..dia taknak pakai baju
mengada sunggu! haaa, apa pesen pakai tudung nampak pampers? haha


aku suruh buat peace.. :p


tengok si Hafiy..
bukan main suka lepas mandi, tapi bila gatal datang balik mula arr meragam
badan dah kena sapu camomile lotion..
heheh..

Monday, January 7, 2013

Tips & Petua anak diserang demam panas & sawan

Tanda-tanda demam panas


1. Suhu badan 37°C dan ke atas.

2. Badan dan kepala panas, tapi tangan dan kaki sejuk dan pucat. Bibir kebiru-biruan.

3. Badan tak berpeluh. Kaki dan tangan sejuk.. badan panas, kepala panas. (kalau tangan, muka, kaki dah biru tu cepat2 bawa klinik/hospital..)

4. Kalau anak kecil, merengek je... sebab badan tak selesa...


Apa perlu buat kalau anak demam panas?

1. Periksa suhu badannya (kerap kali periksa terutama sebelah malam kerana menurut kata nurse hospital, kalau malam lagi cepat suhu meningkat... kadang-kadang kita tak perasan). Suhu normal dlm 36°C. Tapi kalau kita sukat suhu anak dah sampai 37°C tu cepat2 balut dia dgn kain basah.

2. Kalau anak dah mula demam panas, balut badan anak dengan kain basah. Mandikan dia dengan air sejuk. Mula siramkan kaki dulu kemudian baru badan dan diikuti dengan kepala.

3. Kalau suhu badan anak masih tak turun, segera bawa ke klinik. Kalau ada simpan ubat masuk buntut tu, masukkanlah kat anak. Kalau tak yakin, cepat-cepat bawa ke klinik, biar doktor buatkan...

4. Kalau anak demam panas, sentiasa monitor suhu badannya. Kalau boleh simpan termometer dan ubat masuk buntut tu kat rumah. Itu langkah rawatan asas sebelum bawa anak ke klinik.


Apa nak buat kalau anak dah kena sawan tarik di rumah?

1. Baringkan dia mengiring. Buka pakaian anak.

2. Buka mulut dia. Kalau mulut berbuih, korek mulut dia keluarkan air liur dan buih tu... Jangan biar dia tertelan air liur dia sendiri sebab boleh menyebabkan dia mati lemas/tercekik.

3. Jangan biar anak ketap gigi.. takut terketap lidah dia...

4. Jangan masukkan ubat buntut masa anak tengah kejang, biar dia sedar dulu baru basahkan kaki dia dengan air sejuk. Bila dia dah sedar/menangis.. baru masukkan ubat buntut (kalau ada simpan kat rumah).

5. Kalau takde ubat buntut kat rumah, bila anak dah sedar tu.. cepat-cepat bawa ke klinik. Doktor akan bagi rawatan selanjutnya.


Ingat, waktu anak kejang tu... seluruh badan dia kejang... so jgn goncang-goncang badan dia. Terus baringkan mengiring. Pastu cepat2 sedarkan dia dengan cara mandikan dengan air sejuk. Alirkan air dari kaki dulu dan ke atas... dan bawa ke klinik/ hospital berhampiran. Waktu kejang tu, otak dia berhenti dari menerima oksigen. Sebab tu even kita dah bagi rawatan di rumah, masih kena bawa ke klinik/ hospital utk dapat bantuan oksigen. Otak kalau tak dapat oksigen mencukupi dalam masa singkat boleh menyebabkan kecacatan atau terencat. Sebab tu bahaya sangat2 kalau anak dah kena kejang nih.....

Sawan ni mungkin boleh datang balik bagi anak-anak yg pernah kena masa demam panas. So setiap kali anak demam, sentiasa la monitor suhu dia.



Sumber - By: Fiza Faisal Farisha
http://1001-petua.blogspot.com/

 
Blog Template by Delicious Design Studio