Tuesday, July 23, 2013

TRIVIA #2: Si kembar 2 tahun

Ni entry kedua pasal si kembar aku yang bakal masuk umur 2 tahun.

Semalam cite pasal saat kelahiran dorang..harini aku nak sambung skit lagi...hehehe..lepas dorang dilahirkan straight si Aariz di bawa ke Lokman..masa tuh abah & adik aku pun ada menunggu. Lokman bagi Abah aku tolong azan kan Aariz. Sebab Lokman nak standby nak azankan Hafiy. Tapi Hafiy kena direct bawak ke NICU, Lokman kena azan kan dia melalui inkubator aje..kekeke..satu pengalaman baru untuk Lokman gak tuh..Alhamdulillah..

Si kembar kena gak demam kuning, tapi tak teruk...dalam 2 minggu lebih gak. Nasib baik tak teruk..aku direct breastfeeding dorang setiap sejam..pastu selang gak dgn formula, sebab nak kasik kuning dorang baik cepat..huhu..plus awal2 susu badan tak banyak, dengan kena bergilir2 susu kan dorang setiap sejam, seriyesssssss penatttt!! lenguh segalanya, sakit pinggang, sakit tangan, sakit luka jahitan lagi..memang aku menangis gak la sakit pinggang yang teramat2..rasa macam nak cabut kejap tulang belakang nih..huhuu..mak bidan datang lepas 3 hari, dia urut 3 hari tapi still aku rasa tak puas..dia urut tak ngam..pastu kejap aje..tak sampai 2 jam pun..dah bayar pun idakla mahal mana..nasib baik gak la makcik tu nak datang sebab aku call last minute..huhuhu..kereta dia rosak pun dia sanggup naik teksi datang, cuma balik aje kena orang hantar dia balik. Aku kena bengkak susu gak, nasib tak teruk sampai demam2..

Jaga dorang dalam pantang senang la jugak..penat tang nak menyusu aje..lain masa dorang tido aje..tak banyak ragam. nasib takder sampai kembung ke, cirit birit ke, demam ke..berpantang berjalan lancar. Tali pusat dorang tanggal pun dalam masa seminggu. aku tak ingat bila, ada aku tulis kat entry sebelum nih, masa aku dalam pantang dulu2.

Dah kata pun kembar, muka memang nampak seiras. masa mula2 dulu aku dengan Lokman pun susah nak cam mana Aariz, mana Hafiy. Sampai bila time bagi susu pun aku boleh terconfuse yang mana satu dah susu, yang mana dah settle menyusu..hahahah..sangat lawak, sampai bila orang tanya mana abg/adik aku jadi tensen..hahaha..bila salah jawap sure orang cakap "mak sendiri pun tak boleh cam anak" cisssss....
so kiteorang decide pakaikan si adik tanda kat tangan. Yang utk sport tu, gelang kapas kat pergelangan tangan tu kiteorang sarung kat Hafiy. hahaha..actually nak bezakan dorang senang je, Allah Maha Memahami kan..Dia letakkan tanda lahir kat peha kiri si Aariz. Tapi agak jenuh la jugak asyik nak belek peha budak tuh..dia pun rimas gak asyik nak selak2 seluarnya..haha..cara terbaik pakaikan sumthin kat tangan Hafiy. Then aku dah remind ahli keluarga, yang pakai gelang tuh si Hafiy/Adik. So jangan tanya2 dah..penat aku nak jawap..kkakakaka..

Sampai tahap aku dah boleh cam mana Aariz-Hafiy barula Hafiy tak payah pakai gelang dah. sampai naik kepam gak la gelang tu..haha..siyan Hafiy..

Now, aku dah berjaya kenalpasti dorang dua. Rupanya dorang nih kembar bukan seiras..bagi aku la..haha, org lan tengok kata sama..kekeke..even family sendiri pun ada yang tak cam dorang lain. Soalan mana abang mana adik tuh dah biasa dah aku nak menjawapnya..actually si abang lagi kurus dari si adik. Perangai pun dua2 berbeza yang amat cuma part yang sama dorang suka tengok cite upin ipin..ekekekeke.

ni masa dorang 2 bulan gitu. tengok ada gelang coklat Hafiy pakai..kekeke

jenuh patah pinggang angkut dorang camni bila keluar rumah

tidur pun tak sama time


hahaha..ini la rambut sebenar dorang. curly gitu..tebal lak tuh..bila panjang macam sarang tebuan aje..
hahaha..masa nih pun tengah ketagih puting tiruan ;p

dorang lambat berjalan
setahun 7 bulan rasanya dorang start berjalan

if g tesco ke mesti amik 2 trolley.
tapi sekarang dah takmo duduk dalam trolley, keje nak berdukung lak..
huhuhu

Monday, July 22, 2013

TRIVIA: Si kembar dah nak masuk 2 tahunnnnn...

Lama eh aku tak buat entry khas pasal anak2...banyak la sgt aktivitinya sampai tak dapat nak buat entry utk dorang.
Disebabkan birthday si kembar nak dekat jadinya aku buatla entry dorang yekkk..
Kira trivia si kembar lerrr...

Aariz Zaydan & Hafiy Zafran lahir pada hari Nuzul Quran. Ngam2 pukul 12.++ malam. Oh, itu Hafiy, si Aariz kan lahir awal 12 minit...pukul 11.5++ ..apsal plus plus?? sebab aku actually sebenarnyaaaaa tak hingatttt masa dorang keluarrrr!!! hahaha...mak ko dah short circuit laaaa kembarr..sorry la yekk. takder masa la nak belek surat beranak korang tuh..kira halal la tuh yeh...

Yang pasti memang dorang keluar berbeza tarikh. Sorang 16 Ogos 2011 dan sorang lagi 17 Ogos 2013. dan pada Nuzul Quran. Siap masa nak get ready masuk labor room nurse kat kaunter bagi duit sedekah Jabatan Agama Islam KL sebanyak RM50 sempena Nuzul Quran. ;) belum lahir lagi dorang dah dapat rezeki..Alhamdulillah..murah rezeki sungguh, tu yg sangat mudah lahirkan dorang tu..heheh..Alhamdulillah Alhamdulillah..

Dalam masa 2 jam lebih aku dalam labor room selamat melahirkan dorang secara normal, tanpa bantuan apa2 bius (tak sempat sebenarnya nak amik bius, bukaan terus melompat jadi 8cm..doctor terus taknak bagi bius..huhu). Gunakan kekuatan se-maksimum yang boleh untuk teran sebanyak 8-10 kali kuarkan dorang (nak keluar seorang kena teran dalam 4-5 kali rasanya)..oh, ada gak doc suruh teran sikit lagi sebab nak keluarkan uri..ponekkkk!! tapi penat lelah yang sangat berbaloi..syukur Ya Allah! tapi nak keluar dari labor room ke wad biasa makan masa 4 jam!! sebab alasan hospital takder doktor boleh releasekan aku ke wad biasa sebab doktor2 semua bz. Pukul 4 pagi baru leh keluar. Sangap gak arr duduk dalam labor room sorang2. huhu.

Kena tahan hospital selama 2 hari sebab nak tunggu Hafiy keluar dari Unit Rapi Kanak-Kanak. Hafiy mengalami masalah pernafasan sebaik sahaja dilahirkan. Plus both of them berat badan kurang dari 2.5kg. Dua2 keluar dengan 2.2kg. Tak sangka aku dorang kuar lebih 2 kilo. Seriyesss..ramai cakap perut aku tak besar lagi2 mengandungkan kembar. Ramai tak percaya aku mengandung anak kembar..huhu..ko tak tau betapa beratnya aku kendong dorang dalam rahim nih ke hulur ke hilir selama 37 minggu tau!kekekeke..sampai kaki bengkak dibuatnya. Dengan tak tidur malam sebab dorang asyik bergusti aje dalam perut..sakit pinggang jangan cerita la..sampai nak nangis dibuatnya..tapi tu la..pengalaman berharga yang tak dapat di lupakan..

Jadinya, Khamis nih sudah Nuzul Quran..ikut kalendar Islam birthday si kembar jatuh Khamis nih lerr..ikut kalendar world wide tuh bulan depan..ngeh ngeh..Khamis nih boleh celebrate sesama kiteorang aje, kebetulan Selangor cuti umumkan..so leh ar spend time dengan mereka..bulan depan birthday ikut mykids pulak kite buat plan lain pulak..hehehe. mengada eh?! ;p

Ok, itu baru introduction trivia..hahaha..poyo giler Ummi korang nih!! esok aku sambung yekkk.. trivia sampai hari Khamis ;p

ni gambar aku ambil pagi sebelum bersalin malam tuh.
Ada weekly check up kat PPUM then masa tuh doc dah bgtau ada bukaan 1cm..
dah dapat agak malam mesti aku bersalin punyerr..
besar ke tak perut aku tu??? hehe..

luv both of you soooooo soooo much!!

cara dorang kiss each other..hahah..langgar2 dahi jendul! ;p

Friday, July 19, 2013

Rumah nak berseri dengan Wall MakeOver by Na

AAku duduk rumah jenis kondominium. Dah kata umah kondo nih mestilah tak besar dan tak jugak kecil keluasannya. Kira ngam2 la untuk aku, Lokman dan 3 anak-anak (oh, coming soon sorang lagi putera akan meramaikan keluarga aku bulan 10 nanti, InsyaAllah ;) ) Jadinya, total penghuni rumah ada 5 plus 1(on the wayyyyyy ;p)

Kitaorang duduk kondominium ni sejak kahwin (dah 4 tahun). Masa mula-mula masuk dulu pernah cat sekali, lepas dua tahun aku boring dengan warna yang sama, aku minta Lokman cat warna lain..tapi separuh jalan aje kerjanyaa..sebab suamiku itu tak larat nak cat sendiri..kekeke..jadila colourful rumah itewww..takperla, masih sedap mata memandang (mata kiteorang aje kot..hahaha, mata orang lain sure terbeliak punyer, sebab warna-warni ko!!). Pernah terfikir nak pasang wall paper aje..tapi bajet kena la besar plus aku risau gak anak2 aku kopek nanti. Pernah terjadi anak dara aku pergi kopek wall paper kat rumah adik ipar..aduhaiii, gerun dibuatnyaa..tu yang rasa belum masanya rumah dipasang wall paper. Tapi nak cat balik semula rumah bagi warna harmoni pun takde masa yang sesuai. Kos pun mestila tinggi..huhuhu.

Hari ini aku baru tahu ada getaway by Nadia, pemenang akan mendapat makeover rumah (wall design bernilai RM500!!). Teruja pulak nak join..kot-kot ada rezeki bulan Ramadhan nih kan? takper, kite cuba nasib..esok last daynya, aku mencuba nasib di saat2 akhir ;p


Cara nak join contest ada 4 langkah. Like FBpage Wall MakeOver by Na, Like FBpage NadiaFarahida. Dua2 settle dah aku buat. Lepas tu, pilih satu design yang aku berkenan dalam FB Wall MakeOver by Na, kemudian tulis satu entry sebab2 aku nak rumah di make over oleh Na.

Aku pilih design ini:


"Saya nak www.nadiafarahida.com memilih rumah saya untuk dimakeover oleh Wall makeover by Na dengan design pilihan saya ini kerana ..........................


Kehidupan aku sebagai Ummi pada 3 anak kecil (3 & 2 tahun) memang mencabar. Pulak tu aku ni bekerja office hour selama 9 jam. Balik rumah lewat petang pastu bila malam kena layan anak-anak dan suami. Jadinya, aku perlukan tempat yang selesa & cantik untuk berehat. Bagi aku rumah adalah tempat rehat untuk kiteorang sekeluarga. Bila hujung minggu takder aktiviti luaran kiteorang lebih suka lepak kat rumah. Duduk la mengadap tv di ruang tamu berjam-jam lamanya. Sebab tuh aku perlukan suasana yang tenang, ringkas dan sedap mata memandang di dalam rumah. Bukan aku aje, rasanya suami dan anak2 pun sukakan rumah yang cantik.
 
Aku suka design di atas sebab nampak mendamaikan, tengah stress2 layan perangai anak-anak, pastu tengok aje kat wall yang ada bunga2 terus rasa cool la skit, marah2 tengok dinding berbunga sampai sejuk hati,kekeke..(nak2 pulak wall di design secara percuma, lagi la best kan?!hahaha). Design ni pun boleh menampakkan rumah kondo aku yang tak berapa besar tuh jadi besar dan luas. Wall design mainkan peranan jugak dalam segi keluasan rumah kan? hurmmmm...seronoknyaaa tengok rumah luas! walaupun azalinya tak berapa nak luas..hehe..
 
Lagi satu sebab aku nak rumah di design dengan Wall MakeOver by Na sebab nak hapuskan kesan kreativiti anak2 aku kat dinding2 rumah..wuaaaaa..sekarang nih dinding rumah dah penuh dengan hasil tangan doranggggg!! *______*
Bukan aku tak hargai hasil tangan dorang tapi aku sukakan kecantikkan..heheh..dorang boleh tunjukkan kreativiti dorang atas kertas dan akan ku tampal dekat peti sejuk atau aku akan framekan dan gantung di dinding berbelakangkan design di atas..haaa, takkan lebih menarik tertarik tu? kekekeke..iyer dokk?
 
InsyaAllah..
 
 


Iftar Hari ke-9 : Best Western Premier Dua Sentral, KL

Dua hari berturut-turut buka puasa dekat luar. Semalam dengan opismates Lokman..big bos dia blanje staff2 berbuka puasa...aku & anak2 ni tumpang sekaki aje lerrrr..hehehe. tapi macam spouse nih kena bayar sendiri. staff aje free. anak2 aku bawah 4 tahun of corz la free sokmo..sronottt! Oh per pax RM98++ (dewasa).

Balik opis pukul 5 ptg - ambil anak2 - siap2, pukul 6ptg terus gerak. Nasib jalan ke KL tak berapa sesak..pukul 7 petang dah sampai sana. First time nih aku jejak kaki kat hotel tersebut. Selama nih tak tau pun kewujudan hotel tu..kekeke..nampak sangat aku nih jarang turun KL, kalau ada hal penting aje baru jejak kaki ke bandar KL, if takder apa2 benda jangan harap..lagi2 askar2 kecik dah ramai nih..memang takla aku rajin nak turun KL. Balik2 Paradigm aje la kiteorang pergi..haha..

Ok, cite pasal makan buffet Ramadhan kat sana, bagi aku ok-ok aje la..before pergi tuh, aku siap review pandangan blogger2 yang dah pergi berbuka kat sana. Tengok gambar dorang snap memang terliur habis la..ada kambing golek, sushi, makanan ala Turki, Indian foods, Spageti carbonara la..lengkap la dari Timur ke Barat punyer makanan..mungkin blogger tu pergi masa pre-ramadhan buffet yang dibuat sebelum bulan puasa ritu..biasanya pihak2 hotel akan jemput blogger2 food yang terkenal kan datang makan free then buat review pasal makanan2 dorang as promotion gitewww...so harusla meriah komen2 yang menarik ajeeee..terpengaruhla daku..eksaited mak yong nak makan banyak2 terutama kambing golek & sushi tu kan...

Sekali bila usha makanan2 before berbuka...hurmmmmmm...takla banyak pilihannyaaa...agak kecewa gak la. no sushi at all! spageti carbonara pun takder ko..apa jenis spageti pun takder..ingatkan boleh la bagi anak2 aku makan. yang ada cuma wantan mee yang manis kuahnya & mee kuning (tak sure kuahnya apa)..okla nasib bebudak tuh nak makan gak mee wantan..semangkuk mee tuh share 3 orang. kambing goleknya ada, tapi dah menggeras sebab masak awal sangat..tak rasa juicy kambingnyaaa gitu..huhu..apoooo la ko hotel oiiii!

Aku dengan Lokman tak makan nasi berlauk pun..kiteorang just amik makanan sikit2. aku try satay ayam, roti capati dengan daging kambing kisar..nasib sedap yang ini..pastu salad & ayam with thousand island+olive oil, pencuci mulut. tu aje. macam biasa tak beria nak makan sebab kena control askar2..ada masa dorang behave, ada masa dorang meragam..banyak gak dorang makan..Rasa berbaloi bila anak-anak nak makan..semua benda yang aku ambik aku suap dorang..kekeke..dorang tak suka dorang akan keluarkan balik, if dorang suka dorang mintak disuap lagi..mana la tak jenuh melayan..sampai mulut sendiri tak tersuap..

Pukul 9 mlm kiteorang gerak balik. Otw balik semua anak2 berak..hahahahaha..oh, Aariz dekat hotel pun dah berak dulu..hahaha..itupun nak crite ker dalam blog ka? hahaha..iklannnnn.. ;p
tu menandakan dorang sangat kenyang makan malam tuh..Alhamdulillah.. ;)

Tido malam semua terbongkang..tak bangun langsung untuk susu sampai la sahur 4.30 pagi. ;D

 si kakak nih sibuk lak nak duduk dalam baby chair..

ni kes berebut tempat..huhu

layan salad...amik gambar sendiri2 aje lerrr..kekeke

Lokman & Hafiy

Turkish Ice cream katanyaaa..
sedappp..perisa Tiramisu & Strawberry

Aariz makan aiskrim dalam kon

gambar tak clear..

macam biasa aku tak sempat nak amik gambar setiap makanan..asal aku pegang hp, berebut2 budak2 nih nak main..sampai la bateri kong. Ni pun dapat beberapa kerat pastu half gambar aku guna hp lokman..hehe..
gambar senget la pulakk..
kuih2 tradisional gak pilihan hati Lokman..kekeke

haaa, ni la dia kambing golek..

orang sibuk makan, dia tekun benorrr main game
takper, janji dok diam2, sonang Ummi kamu nak makan..hehe

si kakak makan minum mengalahkan orang puasa aje..haha
byk gak dia mkn mee tu..air bandung segelas
pastu dia dah kenyang dia main2 air2 dalam gelas termasuk air aku..
pastu ambik buah tembikai g potong2 kecik masuk dalam gelas..
aduhaiii, boleh pulak dia main masak2 kat situ..
kesabaran sungguh!

Thursday, July 18, 2013

8 Ramadhan - Iftar di Ofis dengan anak2 yatim

Semalam ada majlis berbuka puasa company aku. Kali ni aku kena join, sebab nak transfer department Admin, so keje2 penyediaan catering & dewan department aku in charge, aku tolong skit aje..hehehe..jadinya, kena la datang majlis nih..last year aku tak pergi sebab kembar kecik lagi. Kali ni aku bawak dorang semua termasuk Lokman.

Majlis start pukul 6 ptg, ada tahlil & nasyid qasidah sebelum berbuka. Si kembar macam biasa buat perangai awal2 tuh. Si hafiy takmo buka kasut masuk hall, pastu si Aariz lak xmo masuk langsung dalam dewan, kenala Lokman dukung dia kejap kat luar. Aku jaga Tia & Hafiy. Nasib baik Tia ok, slumber main baring2 lagi masa org baca yassin. Si Hafiy & Aariz nak duduk memangku aje..haih laaaa..muka aku dok control aje jgn stress layan dorang sebab keliling semua opismates, nak pulak dorang first time jumpa kembar aku tuh..suka la dorang tengok si kembar..

Masa berbuka puasa, suap budak2 dengan bubur lambuk. Pastu si Tia sibuk dok minta nak makan nasi..tak sabar2..aku kasik makan buah2 aje dulu sementara orang lain solat Maghrib berjemaah, nasi kena tunggu semua settle solat, pastu dahulukan anak-anak yatim dulu..kira majlis nih sekali dengan meraikan anak-anak yatim dari PEYAKIN, Klang. seramai 40 orang anak2 yatim yang datang.

Aku kena tunggu Lokman abis makan nasi baru aku leh makan lak. Aku pass Aariz kat dia. Tia & Hafiy makan bersuap sekali dengan aku. Nasib baik la time makan tuh dorang semua behave. Lepas makan seisi beri duit Raya pada anak2 yatim & anak2 staff yang datang. memula kiteorang nak balik aje terus, tak sanggup lagi nak tunggu sampai terawih.tapi kawan2 aku tahan suruh pergi gak amik duit Raya untuk anak-anak. hehehe..So tunggu la kejap, berbaloi la tunggu..budak2 dapat duit Raya RM30 sorang dengan goodies bag - ada kurma, coklat & kismis & tupperware (tupperware tu omaknyaa leh pakai simpan makanan dorang nanti, hehe)..Alhamdulillah..rezeki anak-anak di bulan Ramadhan ;)

Pastu terus balik, Lokman drop aku & anak2 kat kondo, terus dia pergi surau solat Isyak& Terawih. Pukul 10 aku & anak2 dah pengsan..

p/s: gambar majlis tak boleh ambik semalam..kes Tia main hp aku sampai bateri abis..huhu..ada beberapa keping aje, tu pun aku suruh Tia yang tangkapkan.kekeke..terrer la jugak anak dara aku tuh main camera ;p

     budak dua nih mengempeng aje keje..huhu


dorang tengah baca yassin

door gift utk org dewasa..

hahahah..ini gambar lawak gak
kawan aku dok sakat Tia
 
Blog Template by Delicious Design Studio