Monday, March 11, 2013

Trivia Anak: Tia Zahraa 3 tahun!

14 Mac 2013 nanti anak sulung aku genap berusia 3 tahun. Ikut kalendar islam dia lahir pada 28 Rabiulawal 1431 jam 12.05 tengahari. Sempena birthday dia yang ke 3 tahun ini. minggu nih aku nak cerita pasal dia aje.hehehe..dah lama tak update cerita anak2..lagi si Tia. Asyik cite pasal kembar aje. So aku panggil minggu ini entry Trivia Tia. hehe..

1) Masa nak lahirkan Tia nasib baik haritu jatuh hari Ahad, pagi2 dah rasa contraction. terus ajak lokman g hospital..lepas 2 jam setengah selamat lahirkan dia secara normal. Bersalin pukul 12 tengahari, pukul 2 petang waktu melawat penuh dengan family aku & family lokman datang tengok Tia. esoknya terus leh keluar wad. Demam kuning seminggu, Alhamdulillah takder sampai kena tahan wad.
2) Nama Tia abah dia yang bagi. Zahraa tuh aku yang bagi.
3) Dari kecik Tia dijaga oleh family kiteorang. Awal 3 bulan mak mertua tolong jaga. Sanggup kiteorang ulang alik dari KJ ke Seri Kembangan setiap hari demi hantar ambil Tia. Lepas 3 bulan adik perempuan Lokman baru abis belajar tolong jaga pulak. Dia duduk dengan kiteorang. Tia umur 9 bulan rasanya kakak aku pulak tolong jaga sampai la sekarang. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan membesarkan dia. Tia dikelilingi dengan orang-orang yang rapat dan menyayangi dia sepenuhnya.
4) Tia mula merangkak seawal 6 bulan dan mula bertatih masa cecah 11 bulan.
5) Masalah Tia cuma berat badan tak naik2. haih. sampai sekarang berat badan dia tak lebih 10kg.
6) Dari kecik Tia cerewet bab susu. Aku putus susu badan masa umur dia 3 bulan lebih. Sebab dia refused minum susu yang dalam freezer. Semua stok susu kena buang. Dia cerewet gak dengan susu formula. Memacam brand kiteorang tukar. Akhirnya dia memilih susu enfaA+. Bila masuk umur 2 tahun baru la tukar susu lain yang lebih murah sebab Tia dah dapat adik2.
7) Tia mula dapat gelaran kakak Tia bila umur dia cecah setahun 5 bulan. Aku mengandungkan kembar bila Tia berusia 8 bulan. hehe.
8) Tia bahasakan diri dia "yaya".
9) Sekarang nih Tia petah bercakap, walaupun pelat tapi aku still leh paham bahasa dia.
10) Feveret kaler Tia ialah pink. Makanan kegemaran adalah ayam, udang & ikan.
Tia baru beberapa jam dilahirkan

face painting..tak ingat berapa umur nih

celebrate birthday pertama dia kat rumah

dah jadi kakak yang penyayang ;)

masa ini tengah ajar dia minum guna botol. lagi seminggu nak masuk keje balik. aduhaii..
tugas mencabar masa nih..

sarat pregnantkan kembar boleh lagi bawak si Tia g Genting

Tia with her Abah


1 idea?!:

Jujubabes said...

Yaya cerewet minum susu ye, same cam anak aunti .. :) happy birthday dear yaya ..membesar dengan sihat ye, bagi berat badan tu naik, risau mama kan :)

 
Blog Template by Delicious Design Studio