Salam semua...
Hari ni hari ke 33 aku berpantang. Lagi beberapa hari nak merdeka..tapi...rasa macam dah tak pantang sangat jek..hanya sebab aku tak keluar rumah je lagi buat aku rasa aku dalam pantang bersalin..kekeke.
Macam mana aku berpantang kali ni?
For info, ini kali ke 3 aku berpantang.
Berpantang di rumah sendiri, makan minum kebanyakkan suami yang sediakan. Awal2 minggu aritu mil datang tolong2 mana yang boleh. Bila suami pergi kerja aku buat semua sendiri. Percaya tak percaya hari ke 11 aku masak lauk pantang sendiri..terpaksa. no choice. if tak masak tak makan la aku..takkan nak makan biskut & roti je dari pagi sampai ke petang. Alaa, masak seringkas yang boleh. Dalam 15 minit dah settle. Lauk ikan bilis goreng dgn bawang putih, halia & lada hitam. Lauk kegemaran aku masa berpantang. Pastu bendi rebus. Dah settle makan, baru ku tahu tak boleh makan bendi..hukhuk..org cakap sayur menjalar tak elok makan masa pantang. sejuk katanya. ok noted. So ganti dengan sup sawi & bayam masak air.
Tia temankan aku berpantang. Actually dia tak mahu pergi rumah kakak sebab dia tau aku ada kat rumah. Yerla, minah kecik tuh dah pernah tengok aku berpantangkan..asal dapat baby dia tau maknya akan duduk memerap kat rumah, tak pergi keje. So dia ambik peluang arr nak mengendeng dengan aku. Stress gak bila dia ada sama. aku kena handle dia dengan baby. Serabut rasa bila dia sepahkan satu rumah dengan toys, pastu minta macam2..nak tengok tv la, nak makan mee la, nak berak kena cebok la..aku dah la takleh nak mencangkung lagi..dah pakai bengkung & stokin, pergerakkan terbatas..tapi at the same time kena uruskan semua..seriusssss mood berpantang jadi kelaut..elok2 aku nak berpantang secara berdisplin, terus jadi pantang koboi. Nasib si kembar nak pergi rumah kakak. Weekend aje aku 24 jam dengan dorang semua.
Tapi Alhamdulillah..Allah Maha Mengetahui & Maha Mengasihani.
Luka jahitan aku cepat sembuh, tak rasa bengkak macam masa kembar dulu. kekadang aje rasa sakit sebab benang dia lambat tanggal. Bila luka dah sembuh mudahkan aku nak bergerak & buat keje rumah sikit2. Baby pun aku handle sendiri, tanggal aje tali pusat aku dah mampu mandikan dia.
Cuma seminggu pertama aje aku tak sihat. Aku demam mengigil 2 hari. mungkin bentan sebab aku banyak bergerak. Atau mungkin sebab breast aku membengkak. Susu tak dapat nak lancar keluar sebab tersumbat. Lepas panggil mak bidan baru ok. Mak bidan urut breast sampai lancar. Part aku rasa sangat berbaloi panggil mak bidan ni even bayaran agak mahal. Sebelum2 nih mak bidan lain tak pernah urut breast. Plus aku first time bertanggas. Sebelum nih aku takder idea langsung camne bertanggas, mak bidan (kak intan) sediakan pakej..dia mengurut, bertanggas & bertungku plus bg herba mandian utk seminggu. nanti aku cite pasal dia eh, aku bg contact no. dia skali.
Aku demam 2 hari, aku terpaksa makan ubat tahan sakit, PPUM yang bagi sepeket. Lepas makan tu baru ok demam. Paracetamol aku tak makan. Aku ingat if masuk hari ke 3 aku demam gak, aku nak pergi hospital aje. takut ada side effect kat luka jahitan or sebab breast problem. Alhamdulillah..lepas 2 malam aku ok. Lepas mengurut & bertanggas, lagi rasa ok. Pesan mak bidan aku kena berbengkung hari2..sebab dengan berbengkung boleh elak kena bentan. lagi2 aku berpantang sendiri, aku banyak bergerak..memang betul, bila aku berbengkung tak rasa sakit tang rahim/perut. Bidan cakap nak angkat anak2 pun boleh bila berbengkung. tapi part tu idak lerr aku nak angkat si kembar. Angkat baby aku berani..hehe.
Lauk berpantang selain ikan bilis goreng, lokman masak ikan tengiri goreng dengan halia & bawang putih blend & lada hitam. Memang sedap bila makan dengan nasi panas. Mil aku pulak masakkan ikan tengiri berkuah halia & kunyit hidup & lada hitam. sayur bayam masak air. If lokman tak menyempat nak masak, beli aje daging masak lada hitam kat kedai..hehehe..tu namanya pantang koboi! lauk pun bole beli segera..janji takde cili api.
Bagi aku pantang paling penting pada 2-3 minggu pertama. Makan paling kena jaga sebab selain breastfeeding baby, dalaman badan pun kena jaga mostly rahim kite. Yang lain2 tu ikut kehendak masing..ada kawan aku dia suka berparam pilis selama 44 hari pantang. Aku mmg xpernah berparam pilis. Penah try masa lahirkan Tia dulu, tp sehari jek tahan..aku jadi lg pening dengan baunya..huhu.
Ok, xsabar nak keluar rumah!! Semoga aku selamat menahan sabar berpantang sampai 44 hari..hehe. Caiyokk!
0 idea?!:
Post a Comment