Showing posts with label 13 months. Show all posts
Showing posts with label 13 months. Show all posts

Wednesday, May 18, 2011

Face Deco for Kids!

Kakak sulung aku memang rajin melayan anak-anak buah. Dah anak sendiri takder, so dia bantai la melayan anak2 buah seramai 4 orang. Bebudak tuh pun suka dengan dia, kecuali si Tia nih la, masih tak berapa nak mesra dgn Cikja dia. Dia kan takut dengan orang. Tak mesra rakyat punyer budak! haha

Minggu lepas, time aku nak g amik Tia..tengok budak2 tuh tengah main kat luar rumah. Aku tengok muka Tia dah penuh dengan lukisan warna-warni..tergelak aku tengok. sah nih keje kakak sulung aku, sebab dia aje buat keje merepek2 nih. Dia balik aje dari keje terus dia conteng muka anak aku. Then terus lari masuk bilik, takut aku marah. Kurang asam btul! Saje jer nak buli Tia. Kebetulan adik laki aku pun ada kat sana. Dia pun join conteng muka anak aku.

Ini la jadinya...
Cikja & Ayahwan buli Tiaaaa, Ummi!!



Masa aku sampai, dah jadi cmni

Dia buat tak reti aje muka dah kena conteng

Pakai napkin kat kepala, kuat berpeluh!

Ape2 aje la Tia...janji ko bahagia.. :P
haaaa, ini 3 orang anak2 buah aku, malam tu jugak diaorang bantai main conteng2 muka masing2..aku amik dari FB kakak aku..heheh..nakal sungguh! :)

Dia kata pen warna tuh memang khas utk conteng2 kat muka -untuk kanak2/orang dewasa. Senang nak bersihkan. Pulak tuh si Tia senang berpeluh, lukisan tuh terpadam dek peluh dia la..haha. Aku tak tau kakak aku beli kat mane & harga brape. Tak sempat nak menanya dia, sekarang dia outstation. Nanti dah balik, aku tanyer dia. Kot2 la korang nak buat aktiviti dengan anak2 korang ker. hehe..Bagi anak kreatif.. :P

nota kaki: nasib baik Tia takder alergik ape2, so takder la muka dia naik bintik2 ker, takut jugak aku memula..so lepas nih leh lagi main conteng2 yerrr..

Tuesday, May 3, 2011

Pre- Training Menjaga Kembar

Haaaa..si kecik Tia aku pun ada kembar tau!

Dari kecik sampai la sekarang dia memang selalu aje dengan kembar dia nih..hehe. Sampai if kembar dia tido kat rumah aku aje, dia punyer happy..siap nak keluar bilik cecepat bila dengar suara kembar dia..nak main sama2. Diaorang nih tak pernah gaduh, skit2 aje la, tang rebut2 toys, tapi most of the time diaorang nih tag team. If sorang ke dapur nak baut operasi menyelongkar, sorang lagi sure akan turut serta. Siap sorang satu amik kabinet nak beroperasi, supaya susah nenek & mak2 nak kepong..parahhh! Bila sorang dah start makan, sorang lagi akan follow. MIL aku cakap nak macam anak kucing..hehe..seriyessss comellls!
So dari diaorang nih la kekadang aku rasa aku dah prektisss ada anak kembar..siap dah jadi tarzan dah aku nih bila dua2 aku kena tengok2/jaga...tapi memang fun & letih jangan cakap laaa..confirm malam aku tido lenaaa, sebab kepenatan jadi tarzan kooo!

Sesape dah selalu follow blog aku nih dah tau rasanya sape kembar tia nih. Sape lagi kalau bukan cousin dia. Beza 3 minggu aje diaorg nih..Marissa Balqis Omar (lahir bulan 4). Aku panggil dia "baby korea"..sebab muka dia dah macam baby korea dah, sangat2 comel!

ini gambar lama: diaorang baru beberapa bulan di lahirkan.

Ini last week, time Aqish ddk rumah aku kejap. Dua2 nak ikut aku g opis..hehe. Tapi si Tia la over, siap nak nangis2. Sian nenek kena jaga dua2. *Pengsan*

haaaa, ini aku saje nak train diri sendiri handle kembar nanti.
So aku kasik dua2 mandi sama2..

oh sempit la Ummi..Aqish nih besar sangatt! Tia kena duduk atas tub nih haaa.. :P

mehhh Tia gosok2 badan Aqishh yerrr..hehe

diaorg dok main splash2 air, sampai tinggal separuh. Jenuh aku nak kena refill.haha
Seriyess penat layan korang dua nih.
Lepas mandi, si Tia galak nak kuar bilik cecepat, aku pulak nak kuarkan Aqish dari bilik mandi, tetibaa Tia jatuh terlentang (sebab licin)..huhuhu, melalak kejap..adehhhh! sorry sayanggg..
So lepas nih kena beware laa..memang kelam kabut gak aku nak handle diaorg serentak. Camne la nak handle twins boy pulak nanti..

oh sila abaikan toilet aku yang kotor itewwww..hehehe..mak yong takleh nak basuh toilettt, takut jatuhhh! :P

ini pun gambar lama, time diaorang main sama2


Double Belated Birthday Celebration

Friday nite my family celebrate birthday my eldest sista & also for si kecik Tia!

Actually aku ingatj ust for my sista, sebab nnti akan ada birthday party khas utk Tia Zahraa, but since both birthday dekat2 (between March & April) so kira tarammm skali la..hehe.

My sister dah 32 years & Tia setahun lorrr..Celebrate kat KGNS aje. Dekat dengan rumah masing2 plus segala bil masuk akaun bapak!! tu yg kiteorang suka tuh, sebab nanti masing2 order bagai nak rak tanpa tengok harga. Menu pun tak payah nak penat2 baca sebab dah hafal..hehe, since kecik dok melepak aje kat sini, for dinner especially. Lagi satu my dad leh order in advance cos siang tuh diaorang kena attend majlis nikah my anak buah kat Lenggeng. Aku tak pegi, cos alasan keje..hehe..plus malas nak apply cuti sebab cuti tahunan aku tinggal 9 hari jekk lagi..adehhh!!

ok, jgn merepekkk..kasik layan photos aje laaa..

choc cheese cake from Secret Recipe :D i likeeee!

Kakak aku cakap Tia pakai baju macam nak g jogging..haha, dah malam taknyah la comel2 sgt..

cake cutting moment..saje jer aku nak enterpremm gakks

haaaa, ni baru btul..birthday girlss!

oh seronottt si kecik dapat makan kek, siap duduk atas meja lagi

ni adik beradik pompuan aku
paling kiri: my youngest sista, then kakak aka babysitter Tia & eldest sista

dah kenyang, bawak jejalan atas green..kalu boleh satu padang dia nak jalan..aisehhh, mengah aku kejar!

nota kaki: lepas nih satu lagi kek tia akan potong...hehe. terima kasih family saya! oh apsal takder Lokman dlm gmbr, sebab awal2 dia dah cabut, sempat makan then terus g main futsal. parah la abah ko nih Tiaaaa... :P

Tuesday, April 26, 2011

Update: Tia ke Pakar Kanak-kanak

Malam tadi lepas Maghrib pergi la KJMC. Bawak Tia jumpa Dr. Syed, paed dia.
Before masuk bilik doc, ambik berat badan dia..wahhh, dah naik lagi. Berat Tia dah jadi 7.5kg! Dalam masa 3 minggu, last timbang masa jumpa doc hari tuh, berat dia terus bertambah2. patut la aku rasa berat sangat bawak dia, dengan bawak 2 bayi dalam perut nih lagi..huhuhu. If Tia dah cecah 8kg, tobat aku takmo dukung dah..effect sakit kat perutt ooo dan jugak tangan. Lenguh2 segala! Bagi ibu-ibu lain, setakat berat 8kg tuh diaorg steady lagi kot, hehe..tapi bagi aku yang bersaiz kecik dan tengah sarat nih, berkali ganda aku rasa.

Nurse check memang ada demam skit katanyer. Tapi si kecik still aktif main, cuma cenggeng & mengada tu tetap ada. Masuk bilik doc. aku explain la semua. Doc kata mungkin environment cause aje, takder benda lain (hopefully), so dia kasik ubat yg sama macam dulu (fever, flu& cough dan ubat cairkan kahak). If still demam, Khamis pagi dia suruh datang balik, if demam dah kebah dah tak payah dtg. tapi nanti aku nak buat appointment untuk cucuk dia setahun pulak. Doc takmo cucuk lagi. Umur Tia dah 13 bulan dah, tapi still tak dpt inject lagi..huhu~, tapi aku risau gak, if cucuk karang, sure si kecik nih demam balik. aduhhhhaii..

Pagi tadi, pukul 5pg, tetiba dia mengamuk. aku kasik susu dia takmo, letak puting kat mulut dia, dia campak, bila bapak dia pujuk, lagi la dia menjerit lagi kuat! huiii, meguji kesabaran sungguh! nak kata mengigau tak jugak, leh siap duduk menangis2. last2 aku biar aje dia menjerit2 2-3 minit, bila dia penat dia datang la tidur kat dada aku nih haa, nak mintak aku pujuk balik. kesian pun ada, geram pun ada..dah ok tuh, baru la aku kasik susu. tukar diaper dia yang dah lenjun sampai bocor.huhu..nak kata panas sgt badan takder, maybe dia rasa tak selesa kot. Aku sempat kasik ubat before dia tido malam tu. so takder la kena lap2 kepala, sebab tak panas sangat.
Dah 2 malam aku tido tak berapa lena..huhu~
Practice tak tido malam la aku nih, nanti dah bersalin si kembar nih, lagi la tak tido langsung kot..so makk redha aje laaa nakk!~

sementara tunggu giliran, Tia main2 kuda tu dulu

Semoga Tia cepat sembuh & membesar dengan sihat dan ceria!! Ummi sayang Tia walaupun Ummi garang2 tau! hehe :)

Monday, April 25, 2011

Budak kecik demam lagi..

Semalam aku, Lokman & Tia g breakfast kat Pelita, then terus la ke Tesco Damansara, beli barang dapur skit. Dengan tak bawak susu, drypers si kecik, redah aje la..ingatkan sekejap aje..dah drag sampai pukul 2ptg. si kecik dah mengamuk2 mengantuk & lapar susu. huhuhu.  Lepas nih nak g mane2 aje, aku kena make sure bwk jugak bekal susu & diapers dia even nak g Giant depan rumah tuh haaa..leceh biler budak kecik nih mengamuk. Semua benda tak kena.

Petang semalam aku dah rasa badan dia panas2. Adehhh, takkan demam lagi kot??

Tapi sah demam! selsema pun tetiba mengalir la sket2..double adehh!

Aku terus kasik ubat, nasib ada baki skit lagi ubat demam dia hari tuh. Lepas kasik ubat, kebah skit panas dia. Dia aktif main macam biasa. Just kekadang aje datang angin monsun dia, nak berkepit aje dengan aku, aku bangun g toilet pun dah berderai2 air mata.

Malam tadi, aku tak dapat tidur lena. Kejap2 bangun check temperature, pukul 2 pagi, Lokman siap2 buat susu untuk dia, then aku kasik ubat lagi. terus la panas badan tuh kebah skit. Lena la dia tido.  Aku pun lena la skali. Sampai la pukul 7 pagi, dia dah terkebil2 bangun. terus nak main..akibatnyer aku masuk opis lambat 15 minit. huhuhu

Lepas keje nih aku kena bawak Tia g KJMC, kebetulan ada appointment lg dgn Paed dia. Leh arr mintak doktor check Tia btul2, asyik demam aje. If ok, leh arr cucuk utk setahun skali.

nota kaki: aku ada terbaca mane ntah, kalau ibu tengah mengandung, then ada anak kecik  dalam masa yg sama (macam kes aku & tia nih), si anak kecik nih akan sentiasa sakit. Sebab dia nakkan perhatian dari maknya. kira sebenarnye psikologi la nih. ye ker?? huhu~

Puteri kesayangan aku
Makan muffin kat Kenny Rogers :)

Friday, April 15, 2011

13 Months -{Milestones}

Semalam aku sesangat la busy dengan Lunch Talk program kat opis nih haa, kena handle dari zero until ending, termasuk jadi emcee cikai..hahaha..hentam aje la Labu..
Dah bz2 terlupa pulak nak update pasal Tia Zahraa. Dah masuk 13 bulan dah budak kecik comel aku nih. Macam biasa, kena catit perkembangan semasa dia. Buat kenanga, nanti dah bersalin si kembar nih nanti, lagi la aku "short circuit" sebab banyak urat2 terputus! haha..itu kakak saudara aku bagitau la..dia suggest aku makan gingko biloba awal2, untuk menguatkan memori kite. Mane la aku nak cari. tak sempat lagi tanyer details pasal product nih. nanti dah dapat info aku buat entry lain k.

Berbalik pada cite si Tia nih..haaa, dah 13 bulan ni ape kehebatan dia...
  • Dah pandai memilih orang. If ada orang dia tak suka or takder mood nak dekat, cecepat dia toleh kepala dia ke tempat lain, kekadang tuh siap ada bunyi "uh" lagi..punyer la kerek si kecik nih. kalau orang lain rasa nak sepakk aje budak nih..haha. MInggu nih dia tak mau kat nenek dia (MIL), tak tau pasal ape..hehe, kalau nenek dia panggil dia buat bodo aje, if nenek nak dukung cecepat dia tunduk kepala la, pusing badan la..perangai sungguh!If aku hantar dia kat kakak aku pepagi tu pun sama jugak. Melalak2 bila orang amik dia.
  • Dah kuat berjalan. Pantang kasik keluar. Laju aje dia menonong ke depan. Lagi2 sekarang nih dah leh bawak dia g playground. setengah jam spend time untuk dia kat sana. itupun kena dukung bila nak balik, sebab dia akan menangis2 tak nak balik. Paling Tia suka main gelongsor. terkekek2 dia ketawa biler turun tu.
  • Dah paham arahan orang. suruh duduk, makan, baring, masuk lif, buka pintu..semua dia leh buat sendiri. tapi bila suruh mengemas balik toys or ape2 barang yang dia dah selongkar habis, saje je dia buat2 tak paham! cecepat dia pegi tempat lain. bertuah punyer budak..suka benor buat Ummi dia angin..
  • Dalam dua hari nih dia tak mau tido awal. mata tu dok la mengecikk bila jam dah kul 9.30 malam, tapi bila aku angkut masuk bilik, bantai dia sambung main. sampai dia pijak2 rambut aku. semalam kena marah dengan aku sebab dah pukul 11.30pm tak tido2, aku dah mengantuk tahap gaban, dia leh pulak nak gurau2..melalak la kena marah dengan aku...ihihi..aku tak ingat ape jadi, sedar2 pukul 2 pagi, tengok dia merengek2 nak susu..if hari2 dia buat perangai macam nih, mau stress aku tak cukup rehat. 
  • Sekarang dah ada 4 batang gigi yg dah abis tumbuh, ada lagi 4 coming soon, dah tumbuh separuh. cepat btul gigi2 dia nak tumbuh, sampai demam2 dibuatnyer & makan pun nak yg lembut2 aje. kakak aku terpaksa blend balik makanan utk dia. 
  • Sebabkan dah gatal gusi, makin berteman rapat dia dengan puting tiruan. Sampai biler kita nak tarik keluar, cepat2 dia gigit kuat2 puting tuh. tak kasik ambik. If dapat amik, bantai dia buat drama sedih pulak. huhuhu..bila nak wean off pun aku tak tau.. mission nak wean-off kekonon dulu bila dia masuk umur setahun, tapi since aku pregnant nih, dia punyer cenggeng tahap dewa, terpaksa gak sumbat puting kasik dia behave.huhuhu..salah aku jugak kot..wuarghhh!  Mak tak tahan dengar anak melalak sakan..tensen... :(
  • Suka sangat dapat mandi. Duduk dalam bath tup dia tuh, abis dia splash2 airtu sampai tinggal separuh. Sampai abis basah seluar aku, tersengih2 dia dapat buli Ummi dia. tapi sejak tau dia ada lung sensitive, dah takleh dah rendam lama2. Ni pun tak tau biler dia nak g berendam dlm swimming pool. Hari tuh adala sekejap, teman Lokman swimming, kasik dia rendam2 kaki aje..bukan main suka lagi. Ni tunggu la dia dah btul2 sembuh. Hidung masih ada lagi sisa2 tersumbat.
  • Favourite food dia adalah kentang goreng! sekarang beli yang leh goreng kat rumah, sebab tak elok sangat beli kt McD punyer selalu, ada garam byk, if goreng kat rumah takder la bubuh garam. Dia leh makan non-stop. :) western punyer budak..hehe
  • Yang lain, masih sama. Saiz baju 6 mths to 12 mths, diaper M, rambut kemetot aje, kasut size 2, tapi abah dia suka beli yg size 3, leh pakai lama katanya. Sekarang Tia ada 4 pasang kasut.hehe..Aim abah dia nak belikan kasut Adidas pulak, tapi asyik tak jumpa saiz dia aje..hehe, halus benar kaki nye..macam masa aku kecik2 dulu, sampai nangis2 kat kedai kasut sebab tak jumpa saiz kecik..huhu :P
okla, itu aje buat masa sekarang..menjela2 karang boring nak baca. selamat membesar dengan sihat wahai puteri Ummi. Luv u soo much!!!

si kecik geram dengan belon, abis dia nak gigit2

semangat nak naik gelongsor

Tak naik tangga dah, nak guna short cut..hehe

Tak sabar nak turun. Abah la layannn..

Gambar aku snap pagi tadi, nak kejutkan dia g umah kakak.
 
Blog Template by Delicious Design Studio