Showing posts with label 14 months. Show all posts
Showing posts with label 14 months. Show all posts

Thursday, June 9, 2011

Emak memboyott, anak membontotttt..

haaaa, amikk ko tajuk entry aku kali nih.

NI bukan entry tarakk senonoh nyerr, ini cerita pasal Ibu yang tengah sarat dengan anak kecik yang menjadi teman setia si Ummi dia. hehe..

Aku dah terasa sarat sangat nih. Baru aje 26 minggu tapi sarat terasa macam dah 8 bulan.huhu. perut makin hari makin besarr, jalan pun dah tak centre, sana sini sakit. Tido malam pun dah tak lena..adehhhh..kaki dah 3 kali cramp di tengah2 malam. Baru la semalam Lokman tolong urut, itu pun lepas aku buat muka kesian..kurang skit rasa sakit lepas tuh. Pinggang pun lenguh2, tapi MIL tak kasik urut..setakat sapu minyak gamat aje la. Dah mula rasa stress sebab semua benda rasa tak kena. makan, minum, tido, keje opis berlambak2 lagi..tu yang mood nak berblogging pun dah kurang.

Cite pasal si kecik yang 14 bulan nih. Makin hari makin manja. Semua benda yang dia nak kena turuti, kalau tidak dah pandai nangis2 sambil jerit2 dengan kaki dihentak2.. kekadang memang hilang sabar..kalau aku tengah minum, dia nak jugak..siap nak amik cawan tuh pegang sendiri. Pastu nak amik balik dah tak kasik, dah mcm hak milik dia. Dah la Ummi ekauuuu nih kurang air dalam badan, ko amik lagi air minum Umi nih kecikkkk!! Dia minum sampai habis baju basah2. Sehari tuh ntah brape kali tukar baju laaaa.

Itu baru bab minum air, kalau bab mandi lak. Sampai takmo keluar toilet. Meraung2 bila kite tutup shower tuh. Dah la ko punyer paru-paru tuh tak kuat, memanjangnyer selsema batuk. Naik fobia Ummi nak kasik awak mandi lama-lama la. Sekarang nih pun tengah batuk, sampai muntah2 susu. Sebabkan tu, sampai sekarang la aku tak bawak dia g cucuk setahun lagi. Doktor pun reject. huhu. Next week la Umi nak bawak g Paed jugak. kasik cucuk!
Pastu kalau time nak tido ke, kena tengok segala macam video clips, lagi2 kalau video Twinkle2 little star kat BB abah dia. berulang-ulang kena pasang sampai mata tu kuyu..Abah & Ummi dia pun sama kuyu..hahaha. Dalam hp aku takder video twinkle2 tuh, so aku pasang video clips dia sendiri, yang mane aku sempat rakam la, even dia tgh main kat playground pun aku record. haha..dia layannnn jugakk.syok sendiri btul si kecik nih. hurmm, tak kisah la, janji nak tido..
Mane aku & Lokman pegi dia membontot. Sampai aku g toilet pun sanggup dia berdiri depan pintu, tersengih2 macam comey. Abah dia g hisap rokok kat luar rumah pun cepat2 dia follow belakang. Abah dia isap rokok, dia g main kasut2 kat rak tuh. Keje nak menyibukkk aje laa. Kekadang rasa mcm comel, kekadang rasa meluat pulakk! haha..

Iye la Tia, sementara adik2 tak keluar lagi nih leh la ko mengada macam nihkan, ala2 diva gituuu..kiteorang layan kan aje. Nanti adik2 dah keluar, ntah macam mane la pulak pe'el dia nih..aku nak kena ajar dia independent skit. hehe, ajar skit gaya2 jadi kakak. Semua benda pun kena share..takleh kedekut. Mintak tlg kakak aku aka babysitter Tia ajarkan nanti..hehe.

ok till then! bubyee..

ni merengek2 nak mintak dukung..adehh!

haaa, ni lagi dasat..menangis2 depan orang ramai sebab nak main kek besday dia..

tetiba aje nak manja2 dengan Atuk dia

kat Border, The Curve last week..Abis semua buku dia nak capai. Aku la terkedek2 nak mengkutip balik.

Play time..abah dia melayann..

Dimana2 ada benda alah nih, sure bapak dia kasik naik..sorang anak leh layan lagi, nanti dah 3 org, mampu kah??? sekali naik 50 sen or seringgit abah oiii!! budak2 kecik naik 3 round tau abah! :P

ni time tengah takder mood, nak menepek aje pulakk. sakit perut mak yongg nih. Terhimpit adik2 dalam rahim nih Tia oii..




Wednesday, June 1, 2011

Channel Babytv Astro ~ Bagus utk Kanak-Kanak Bawah 3 tahun

Korang penah bagi anak korang tengok rancangan kat Babytv, channel 618 di Astro?

Aku baru perasan channel baru nih dalam 2 minggu lepas. Aku kasik Tia tengok, wahhhhh..layan jugak budak kecik nih. Kusyukk aje dia layan. AKu pun layan la jugak skali, tapi lama2 aku rasa ngantukk...keh keh keh..
dah nama channel babytv kan, so mmg khas untuk para kanak2 laaa. Tapi ape yang aku tengok rancangan dia, memang best gak. Kaler terang2, pastu ada baby songs and of corz la kartun in english kan, secara tak langsung ajar budak2 nih sebutan & belajar bahasa English.

Tapi sekarang nih just previu percuma kat orang ramai sampai September. Lepas tuh kena charge RM5 sebulan kalau nak subscribe. Tak tau la Lokman nak subscribe ke idak. Dia takut kang if Tia dah giler tengok tv nanti ,dia takleh tengok tv pulak. Tau ajela budak kecik, if tak dapat ape dia nak leh nangis2..kite pulak kena beralah. Dah kat rumah tu ada satu aje tv, kang for sure berebutla anak beranak..satu halll pulak. hehe. Aku nih dah penat beralah dah, asyik terlepas aje drama melayu or korea aku..huhu. Since ada anak nih memang kurang layan tv. Aku lagi suka kasik anak tengok tv dari dai menyelongkar satu rumah, atau menepekkk aje dgn kite. Since Tia dah ada channel sendiri nih, lagi senang aku buat keje2 rumah, nak tinggalkan dia sorang2 kat depan hall tuh pun dah ok, tapi tak lama la kan. Kalau mood dia takmo tengok tv pun, menepek gak kat kite. huhu

So korang, sementara masih free nih boleh la kasik anak tengok. If diaorang berminat, leh la subscribe after bulan 9 ek.

si kecik layan babytv sambil makan dan tanpa baju..haha

ni masa ada geng tengok tv, bersama-sama Aqish

haaa, minum susu pun depan tv..minum susu berjemaah :)


Monday, May 30, 2011

1st Party Bash Tia Zahraa!

28 May 2011 (Saturday) was Tia first birthday party. Kiteorang buat kat rumah sendiri aje. Just invite kawan-kawan rapat and family.

Hari Jumaat aku amik EL, sebab macam banyak aje nak kena prepare. Kiteorang pergi Tesco extra utk beli barang2 kering. Hari khamis Lokman dah pegi Pasar Borong beli bahan basah. MIL & adik2 ipar akan jadi chef besar pada hari tuh. Menu utama buat Mee Kari dan roti jala. Makanan sampingan benda2 goreng aje like koktail sosej & karipap. Pastu candy buffet aku buat sendiri & order cake dan cupcakes kat kawan baik aku, Lya. Dapat lolichocs free dengan dia. hehe..tu yg best ada kawan buat bisness bakery nih. Thanks to Lya. Dia takder blog, tapi leh cari liyana harun dalam FB. Harga dia letak amat la murah berbanding orang lain. Aku yakin, sebab aku dah survey2 tempat lain before order.

Pepagi sabtu tuh kiteorang dah bangun siap2kan bahan utk memasak. Lokman pulak g umah abah aku amik meja makan panjang. Dah lama tertangguh nak amik, ni sebabkan party nih baru la rasa nak amik. So dari pagi sampai la pukul 3pm baru la keje semua siap. Seriyess aku dah penat giler dah masa tuh. Nasib baik orang start datang pukul 4.30 ptg. last tetamu balik pukul 11.30 malam okkkkk..kawan2 baik aku (UiTM S.A) yang paling lambat balik, sebab ada yang dari JB lagi, sekali dengan family aku. Birthday girl pun ikut sama main ajee, taknak tido langsung even mata dah sepet2. Dia paling seronok kottt, dapat perhatian ramai. Tu yang mengediks lebih! haha..

oh konsep party konon Minnie Mouse..hehehe :P


Tetamu terawal sampai. Cik Adie & tunang dia. Kawan baik Lokman masa sekolah menengah. Thx Adie!

Main table food. Mee Kari, Roti Jala ,Karipap goreng (home made by MIL),
Sosej rebus, Dadih (SIL), Tembikai, cake

Candy Buffet, deco buat sendiri. hentam aje laaaa..
Ada Jelly stick, cokelats, mini cupcakes in 3-tier plate, loli-chocs, nata d coco jelly, candy
Additional dessert: Dadih & Ais krim Malaysia perisa Milo & Sirap Bandung

Minnie mouse cake & cupcakes. Cepat melt sebab topping dia cream biasa aje, tapi dalam dia choc miost yang lembut..sedapppp..tinggal suku aje tuk aku simpan dlm freeze. :P

My birthday girl! hepi 1yr and 2 mths! Luv u girl!

Birthday song plsssss..Aqish pulak yang excitedd..tia buat muka blurr..haha

si kecik nak potong kek sendiri

haaaa, habisss di tikamnyerr kek dia tu..adehhh!
Separuh dari kawan2 yang datang Thx all!
Kawan2 UitM aku..pukul 11.30mlm baru balikk

Haaa, lya tuh yang sebelah aku (pakai tudung purple tu)

yang ni kawan baik paling lama, since sekolah menengah - form 1
thanks korang! muah muah!! :P

Dah malam, tetamu dah kurang..banner "happy" pun dah tercabut..hahaha

hadiah utk Tia. I likeeeee!!
Terima kasih semua..rezeki Tia lagi kali nih..

Thanks to kawan2 Ummi & Abah yerrr..tahun depan Tia nak lagii..hek hek hek

ni aje la gambar kiteorang bertiga yang sempat di amik.. :D

nota kaki: gambar lain akan di masukkan di lain hari. nak buat collate pictures, tp website piknic tu office dah block pulakkk..tak dpt nak edit pulakk..huhu :P

Fakta Sambutan Harijadi Tia:

  • First time celebrate besday anak, so aku mcm byk cari info dalam internet, rata2 dari bloggers la. Thanks to bloggers yg kasik info in celebrating birthday anak korang. secara tak langsung sgt membantu aku.
  • Paling excited aku nk buat yelah candy buffet, even takdela dpt buat mcm event planner tuh kan, tapi kira ok la..hehe. Kalu aku ada printer kaler, mmg la leh buat banner2, labelling & tag tu semuakan..tapi aku nih bukan budak art,takdo la semua itu. Beli gula2 & coklat kat warehouse ada, kat tesco extra ada..dua tiga bulan aku dah beli skit2. hehe. Nak tanye benda lain mane aku beli, bleh, sila tanyer :P
  • Segala deco semua buat tengahari tu jugak. Meja makan pun pasang terus.
  • MIL & SILs semua dah ke dapur seawal pagi, bergilir2 tolong-menolong, sampai MIL aku lenguh2 la satu badan..hehe. Sayangggg mama! :P Plus kena jaga cucu2 yang nakal2 termasuk la aku kena jaga Tia yang kejap2 nak berdukung la, nak susu la dll.
  • Paling leceh, bila ddk kondo nih, kena ada access card utk masuk ke lif, so nak kena jemput tetamu dari bawah la dan hantar balik pun kena tag utk buka pintu di lobby bawah. Penat turun naik la, jadi mangsa si Lokman.haha. ada gak aku turun amik/hantar kawan2 aku 2-3 kali je. Yang lain ada gak aku mintak tlg kawan aku g sambut.hahaha..
  • Lagi satu umah aku nih kocikkk aje..memang tak cukup space. So orang lelaki kena la bergossip di luar sambil2 tuh leh arr diaorg hisap rokok. Di dalam penuh dgn kawan2 perempuan aje yerrr. Sampai aku tak terlayan dah..sorry la pada kengkawan yang tak sempat nak bergossip lama2 tuh. Mak buyung nih kepenatan bergossip! haha..
  • Tia byk dapat cash dari kawan2, so kat situ gak suruh dia masukkan dalam Tabung Unta dia..hehe. Malam nih aku nak kira2 la, bila free leh g tabung haji, buka akaun utk dia. Dah penuh dah pun tabung tuh. Hasil menabung beberapa bulan.
  • Aku & Lokman semangat nak beli baju Minnie & Mickey MOuse, tapi cari merata tempat tak jumpa2, termasuk g Uptown kat Kota Damansara tuh sampai pukul 1 pg, last minute sgt, so mmg takder la kan, frust jugakkk..finally just pakai baju ikut tema ajela, nasib baik aku ada blouse pink polkadot & lokman pakai shirt hitam aje la. huhu..nasib baik sampat beli baju & skirt utk Tia. Tu yang penting! :)
  • Lastly, sampai sekarang aku masih lagi rasa penat & kaki rasa lenguh2..sampai jalan pun dah tak btul. Aku risau gk keadaan twins nih, sbb kurang aktif dalam perut nih..mungkin aku penat sgt kot. esok nak g check up kt PPUM. Hopefully semuanye ok.
  • Setiap majlis sure ada yg spoil kan, majlis kiteorang nih pulak by malam aje Kari Ayam dah basi..huhu, kes lokman tertutup penutup bekas kari masa masih panas. So bykla lebih roti jala & mee kuning tuh. Aku kasik tapau aku utk family aku without the curry, pepandai diaorg la nak beli kari kat kedai mamak nanti.haha..nasib baik malam tuh tinggal kawan2 dua tiga kerat aje & family, so takla rasa kalut. Just diaorg tak dpt la nak makan for the 2nd round.huhu, balik rumah sure lapar tu. Sorry bebanyak geng!
  • ok semua, thx sebab memeriahkan majlis harijadi Tia thaun ni. Panjang umur kita jumpa lagi tahun depan :P Lokman dah tanyer dah next time nak buat makanan ape pulakk..aikkkk, over pulak mamat nih. haha

Monday, May 23, 2011

First time terjun swimming pool! yeayyyy!!

Pepagi ahad tetiba cousin2 Tia datang rumah. Si kakak isya, adam & balqis datang rumah Tia utntuk swimming kat pool bawah rumah. Before that breakfast roti canai reramai. 

Dah alang2 cousin2 Tia semua nak terjun kolam, aku pun suggest la Lokman bawak Tia skali. Tak penah si kecik nih masuk kolam renang. Masuk "kolam mandi" kecik tuh dah tak larat dah (baby bath tub). Skrg pun aku dah malas nak tadah air setiap kali dia mandi, aku kasik mandi direct guna shower aje. Senang! 
Kiteorang dah beli swims suit utk Tia nih dah lama dah. Dok elok tergantung aje dalam almari dia tuh. Pelampung pun dah siap beli. Sebabkan si kecik asyik selsema & demam, tu yang tertangguh aje niat. Umur dah setahun 2 bulan baru dapat masuk kolam renang..hek hek hek :P
Semalam aku tgk selsema dia dah kering, just bila pagi2 pukul 3am tuh dia ada batuk2 skit. Kena sapu vicks kat dada dia. So boleh kot dia masuk kolam, sekejap pun jadi la. Adik2 ipar aku pun leh tlg jaga dia dalam kolam. Mak buyung nih takkan la nak masuk kolam. takut aku!

Si kecik sangat sangat excited okk masuk kolam. taknak keluar langsung, even dah mengigil kesejukkan! tak padan dgn badan takder lemak, asal bawak kuar aje dia lari2 nak masuk kolam, nak main terjun aje. Berani sungguh. terkejut aku & Lokman tengok dia. Siap leh jalan2 lagi dalam kolam tuh. hehehe.. ok, layan piccas aje laaa..
 
Si kecik yang excited! :P

Aqish kiss Tia..menyempat lagi tuuu

Cousins together2

Mama Ana & Auntie Biha jadi tukang monitor anak2
Aku & Lokman monitor dari luar aje la

Sudah mengigil..tapi nak masuk kolam lagi tu

Happy scenery :)

Tia kena paksa naik, sepanjang dalam lift dia meronta2 & menangis nak mandi lagi..haihhh. Aku terus masukkan dia dlm toilet, mandi air panas. Baru dia ok dapat sambung main air dalam toilet pulakkk..heeeee..ape kess la si kecikk nih :)
Petang tuh bantai dia pengsan selama 3 jam! hahahaha..tau penattt. Lepas nih leh arr bawak dia g swimming tetiap minggu, leh aku rest selama 3 jam..haha

Monday, May 16, 2011

14-month milestones

Princess kecik aku dah setahun 2 bulan yekk.
Berat badan dah bertambah-tambah, dah semua benda masuk mulut dia, berak pun kejap keras (sampai nak menangis dia meneran..haha), kejap cair..huiii, memacam btul! Ada skali tuh dia nak buang air besar, sekali po-po dia tersekat takleh kuar..dia dah menangis2, bapak dia konon nak jadi hero, g la bukak pet pet si kecik (nak tengok2 ape yang patut). Sekali dia gelabah sendiri tengok anak dah lalak2 lagi kuat..haha, panggil aku gak untuk rescue. Si bapak konon nak suruh anak berak kat lubang jamban tuh haaa, ada ke nak suruh budak tu duduk atas toilet bowl..memang la budak tuh takut. lagi la menjerit2 dgn po-po tersekat kat lubang bontot.hahaha. Aku dok kasik semangat la konon, bapak dia pegang sambil dudukkan atas toilet tuh, then aku amik air hos hala kat bontot dia, then tekan2 keliling lubang bontot kasik najis tu keluar. sekali..pluppppp!! haaa hambikkkkk ko, seketul besar keluar!!! hahahahaha, terus si kecikk stop nangis. Lepas cebuk, terus ok. Lawak giler time tu, anak nak berak, mak bapak yang mengelabah terlebih! 

opppsssss, sorryyyy.. ceritaaa benda tak berapa bersih di sini..hehehe..untuk pengalaman bersama. Bersedia la kalau2 anak2 anda jadi kes macam nih.. :P

ok, sambung cite pembesaran si kecik..

--> Dah mempunyai banyak batang gigi. Sampai aku tak tau nak kira cmne..sebab semua tumbuh kecik2 aje, just baru nmpak bayang2. patut la dia asyik demam aje. kalau nak kira sekali dgn baby gigi semua, ada la 11 batang semuanya. Express gak tuh. Tapi yang tak bestnyer, gigi dia tumbuh jarang-jarang..hehe. muka comel, gigi pulak terlebih comel. Hope la akan rapat2 jugak nanti, kalau tak rapat mau kena pakai braces budak kecik nih nanti.hehe. Aku masih lagi takder masa nak bawak dia g dentist.
tetiba demam 2 hari..gigi lain nak tumbuh pulakkk

--> Suka makan buah anggur, kentang goreng, bubur lembik2 masih lagi layan (mungkin sebab gigi tengah proses tumbuh dgn banyaknyer, gusi sakit2, so kakak aku masih lagi blend nasi dia.
Grapes time!! lepas balik keje aje, masa dia makan anggur!

--> kalau dengan aku, dia nak makan sendiri. Aku kasik aje la, sebab nanti dia takkan makan jugak if aku paksa nak suap utk dia. dah pandai makan pakai tangan. kiri kanan semua dia sebat. tak ape la, process of learning. tapi 40% aje berjaya masuk dalam mulut, selebihnya dia main..huhu. so tetiap hari memang ke menyapu & weekend mmg abah dia kena mop lantai.
Tangan kiri boleh, tangan kanan boleh..janji masuk mulut..haihhh!

--> Abah Tia suka melayan anak. Sekarang nih setiap kali keluar Tia dapat naik mainan yang ada muzik tu, alaa, yang mesin mainan yang leh gerak2 dengan muzik tuu..aku tak tau nak namakan ape..hehhe. Sekali main 50 sen, kekadang berabis sampai RM2 la. Bapak mengajar..nanti dah besau budak nih, dia ketagih main benda2 nih, haaa, mintak abah ko duit. Ummi taknak bagi. Membazir! Dia dah tau dah, letak aje atas benda nih, tak masuk duit lagi badan dah digerakkan sendiri..hahaha, budak excited!

Kat carefour Subang

Kat the Curve, RM3 sekali main

--> Tia tak berapa minat sangat tengok TV. Aku rasa la. Sebab bila aku pasang kartun aje, sekejap aje dia tengok, pastu dah memanjat la, ape la..tapi ada satu je cite yang dia leh stay lama. Cite upin ipin. haha. Macam dia tau2 aje maknyerrr tengah pregnant kan twin. dan dia bakal dapat adik kembar. :P aku pun ntah kenapa suka gak tgk cite tu, hehe. kat rumah kakak aku pun, dia dok pasang utk budak2 jagaan dia tengok. Tu yang Tia suka tu. cite lain, mesti ada nyanyi2 & nari2..baru dia layan. parah!

Upin Ipin timee! Tengok sambil baring..ada gayaaa!

--> Benda lain yang dia tau buat, kiss orang (itu pun ikut mood, bila suruh baru buat, ada mood sgt2 baik baru tetiba aje nak kiss kite tanpa disuruh), pandai buat flying kiss (kakak aku ajar), shake hand & kiss tangan (ini pun ikut mood dia).

--> Dah paham arahan orang. If aku suruh minum, dia minum. Suruh keluar lift, cecepat dia keluar (itupun kekadang buat tak paham, sebab nak kite dukung dia). Senang cite, dia dah paham la ape orang cakap.

--> Most of the time, dia panggil aku "mama". Aiyoooo, iye kan ajee..tapi aku masih bahasakan diri Umi la, sebab aku dah biasa dah. Dah sebati dengan diri dah. Tapi dia tau, if aku tanyer mane mama, dia tau tu kakak aku & auntie Lona dia.

--> Masih takut dengan orang. Akan menangis if dia tak nak orang lain. huhu. Bab nih aku memang penat.

--> Suka menjadikan perut buncit aku nih sasaran tendangan dia (masa tukar pet pet dia), or masa nak tido, tetiba aje nak landing atas perut..adehhhh!

ok, byk dah kot..berhenti takat sini dulu..

Happy 14 months to u Tia Zahraa. Loves u dearr..
 
Blog Template by Delicious Design Studio