Showing posts with label HarrazMishariZayyan. Show all posts
Showing posts with label HarrazMishariZayyan. Show all posts

Monday, November 18, 2013

Happy 1-month old!

Semalam genap Harraz umur sebulan. 
Alhamdulillah..
Harraz makin berisi, sampai dah mula rasa lenguh2 tangan dan sakit belakang bila menyusukan dia..hukhukhuk..tapi suka aku tengok dia membesar dgn jayanya. Rasa2 akula byk2 anak la kan, dia yg paling besar saiznyer dalam usia baru sebulan..kekeke. Next week nak pergi bawa ppum utk injection & check up. Tak sabar nak timbang budak bulat nih..hehe
Rutin hariannya masih sama, minumsusu-tidur-minumsusu. Main2 pun kejap aje..bila lama skit bgn dah mengelisah..
Still dalam proses adjust timing tidur dia.ada masa malam2 dia berjaga. Ada masa elok aje tidur, setiap 2 jam bangun menyusu. 
Aku pun still adjust diri sendiri. Takder displin lagi nak pump susu buat stok. Sehari sebotol aje sempat buat. Lain2 masa sibuk aje nak buat2 kerja rumah. Macam orang sihat jek.hukhuk. Tapi start esok kena tanam azam nak buat stok at least 3 botol sehari. So lg sebulan nk masuk kerja dah standby semua susu utk dia..insyaAllah. Kena rajin fira. Caiyokkk!! 
Ok gud nite..

Tuesday, October 29, 2013

Introducing my little junior

Hari ni dah masuk 12 hari. 
Alhamdulillah
Baby sihat. Dapat detect ada jaundice, so hari ke 9 bawak ke klinik kesihatan kj, amik darah kata tumit kaki dia, bacaan kuning tak tinggi kata doktor, tapi suruh datang lg esok harinya. Tapi sebabkan malam tu aku diserang demam menggigil, bentan plus breast bengkak..huhu..minggu kedua berpantang memang penuh dugaan. Nanti aku cerita bab pantang ye. Sekarang nak kenalkan korang anak ke 4 aku..hehe..
Aku dengan lokman sepakat namakan dia.......
Harraz Mishari Zayyan bin Lokman

Harraz bermaksud Yang Amat Warak
Mishari adalah nama ulama terkenal serta tahfiz Al Quran dari Kuwait, Sheikh Misari Rashid. Lokman suka dengar ulama ni mengaji, sedap suaranya. Bapaknya bercita-cita nak jadikan anaknya tahfiz Al quran..InsyaAllah..dapat jadi Imam muda pun dh besar rahmat..doakan yg terbaik untuk anak2 yer..
Zayyan bermaksud Hiasanku

Anak ke 4 ni namanya terpanjang. Dah abahnya nak jugak boh nama Mishari, aku relakan aje la. Dah ayahanda aku pun suruh letak nama anak sempena nama nabi/ulama sipaya katanya menjadi idola dan inspirasi anak tu bila kite letak nama yang elok2 & terbaik maksudnya. Terusla aku setuju..kekeke..memula agak kental gak aku bangkang letak 3 nama..haha..kesian kat anak nanti pergi sekolah kena tulis nama pjg2 kat buku & form/ kertas exam bagai..huhu..tapi takperla..harap2 anak ku paham nanti hajat abahnya..haha

Alhamdulillah dah register petang semalam. Aku panggil dia Harraz. 
Hari ke 7 tali pusat dia tanggal. Hari ke 10 si botakkan oleh abah nyer sendiri. Tak dapat buat hari ke 7 sebab condition aku x sihat dengan nak handle askar2 lain. Tak pernah, janji sunnah Rasullah tu dpt dibuat sedikit demi sedikit. Usaha satu satu mana yang mampu, InsyaAllah.






 
Blog Template by Delicious Design Studio