Tuesday, June 25, 2013

Jerebu & hujung minggu

Jerebu di kawasan rumah aku makin teruk. Petaling Jaya mencatatkan API 200++ - kategori Unhealthy. Dekat Muar dah cecah sampai 746 - darurat terus! MasyaAllah...sangat2 terukkkkk!! semalam jugak PM umumkan beberapa negeri sekolah ditutup. Nape pekerja opis pun tak dapat cuti ek? hukhukhuk..tak pun pengecualian bekerja bagi ibu-ibu mengandung..haha..best gak tuh. Verangan la ko fira... ;p Dah 3 hari bangun pagi sedut udara berbau asap. sesak rasa nafas! Ntah sampai bila la jerebu nih yek...

Apapun harap2 anak-anak aku tak kena sakit yang teruk kesan jerebu ni. Tia & Aariz dah start selsema balik..huhuhu...bekalan madu dah susut, nak kena cari madu lagi..harap-harapla jerebu cepat hilang..dan hujan turun dalam sehari dua nih..panas sesangat sampai aku takleh tido malam beberapa hari nih. Tidur siang pun berpeluh2..kesian kat anak2..dorang tidur siang sekejap aje.bangun2 aje merengek2..rasa tak puas. Kiteorang tak pergi mana2 pun..duduk rumah sampai sangap. Ahad malam baru la decide nak keluar sedut udara shopping mall. kesian kat budak2 bosan duduk rumah setiap hari. Aku ada baca kat mana ntah, budak2 pun akan rasa stress bila asyik kena duduk rumah, so dapat bawak dorang keluar sekejap pun jadila..pergi pun mall depan rumah aje. hehe..

Weekend nih tak tau apa program lagi. Tadi kakak aku inform nak bawak anak2 aku pergi Petrosains hari Khamis nih..Macam best gak if dapat join. Aku tak pernah lagi jejak ke Petrosains tu..hehehe..If jadi pergi aku update yek. InsyaAllah....




Lepak makan aiskrim kat Snowflake...first time try..not bad..tak manis pun..ala2 cendol la
tapi ais dia blen macam ice blended tu..

Si hafiy suka makan..Tia xmo langsung.sibuk nak main aje

Tia & Aariz main kerusi la, main guling2 la...excited betul dapat keluar rumah..sampai nak balik aje meragam..

Singgah kat Popular..si Tia suka belek buku, siap ajak duduk lagi..

Jadinya melepak la kejap kat sini..ok gak, ajar dorang suka pada buku..tapi dalam masa sama
aku takut betul si kembar nih koyakkan buku2..x pasal2 aku kena beli pulak..huhu..

ni aktiviti seharian kat rumah. Tengok kartun sambil makan kopok ikan MIL aku goreng.
heeheh..habis la dua balang kiteorang sental..

View jerebu dari tingkap bilik aku..huhu..pukul 7 pagi.

Yang ini sangat la lawak
Abah aku leh pulak forward kat Whatsapp chat group kiteorang satu family.
owh, abah aku nak pandai berwhatsapp..so lepas nih takder la dia gigih nak send SMS ke
semua anak2 dia..sampai sekarang kiteorang gossip adik beradik, abah ku leh join skali..hahaah

Friday, June 21, 2013

Askar2 training nak dapat adik...

Aku dijangka bersalin pada bulan 10 nanti. InsyaAllah, sempat la nak beraya sakan dulu baru struggle untuk berpantang. Persediaan kali nih dah tak banyak, sebab baby boleh guna barang kakak & abang-abangnya nanti. Cuma nanti beli la jugak beberapa helai baju newborn & bantal kecik. Aku cuma nak beli set berpantang dan set penyusuan. Kali nih tekad nak breastfeed baby selama mungkin dan yang aku mampu. belajar dari pengalaman lepas-lepas, breastfeed budak 3 orang ni sekejap aje..this time set penyusuan kena fokus lebih. Since barang2 lain dah sedia ada, dah tak berapa nak risau.

Tu bagi persediaan aku nak sambut kelahiran ke 4 la. Paling penting mental kena kuat!!hahahaah..bukan senang nak handle baby dengan 3 toddlers.

Bagi Tia, Aariz & Hafiy aku tengok dorang suka dengan baby. Kakak & adik ipar aku ada baby, bila tunjuk kat dorang baby, dorang suka main dengan baby. Lagi2 Aariz, siap cium2 banyak kali dan akan mengadap baby aje sampai kiteorang naik takut sebab bila dia dah geram sangat, dia akan mula cucuk2 mata baby, cucuk mulut..pastu pukul. hahaha..scaryyy!!

Harap2 dorang boleh terima adik dorang nanti. Minggu-minggu lepas adik ipar belikan budak2 nih toys. Si tia dapat la patung baby doll ala2 baby alive. Nak tunggu Umminya beli memang tak dapat arrr...mahal tuh baby alive, pastu memanjang bila keluar iklan kat tv si Tia excited suruh belikan untuk dia. Aku buat janji kosong aje la..huhuhu..tapi ada aku cakap kat dia benda tuh mahal, Ummi tak mampu arr..pastu dia diam aje la..hehe..
Bila dapat aje baby doll dari Acik dia, excited la makcik tu..baby doll set siap ada botol susu, tilam & bantal, baju extra, sikat & tempat potty. Tapinya part tukar2 baju disuruhnya aku yang buatkan. So aku kira baby doll nih untuk dorang pre-training nak jaga baby adik dorang nanti. hehe..

Aku suruh bagi susu, suruh dodoikan baby tidur..hahaha..ikut aje la dorang pun. Yang lawak si Aariz paling sibuk. ntah apa mamat tu suka pulak main dengan doll. aiseyyy..takut lak aku tengok..haha..

tapi takper, sekurang2 nya aku tau dorang suka main dengan baby. Dan tak menunjukkan kelakuan yang kasar pada baby. Dah ada sifat2 abang kakak pada dorang. Cuma Hafiy aje agak kurang..hehe..takper ada masa la nak train dia..InsyaAllah..

tengah kusyuk main toys Acik Muni belikan :) thx Acik!!

tengah nak tidokan baby "Sara"

bekerjasama nak tidokan baby sara..hahaha

kakak Tia tengah ajar Abang Aariz menyusukan baby

Abang Aariz dah ngantukkk tapi nak jugak susukan baby..kekeke
abang baikkkk!! :P

Ini Tia dengan baby Sofea (anak adik ipar)..baring sama2 sambil layan tv

Thursday, June 20, 2013

Harijadi & Makan Malam Family

Harijadi adik beradik yang dekat2 sure akan disambut secara berkumpulan. Takder nya nak buat untuk sorang-sorang. First sebab nak jimat kos, second sebab agak susah nak kumpulkan semua ahli keluarga bersama2 dalam satu masa. Ini pun kena buat perancangan betul2..hari2 dok wassap nak konfemkan tarikh. Finally dapat gak date on last Saturday.

Kali nih birthday Kak Long aka Kakak sulung Lokman, anak kak long yang ke 8 tahun dan adik perempuan Lokman, Shikin. Oh, ini dinner utk bahagian famili Lokman pulak. Kiteorang beli voucher kat Groupon, dinner buffet kat Hotel Istana berharga RM49 setiap sorang. Kanak-kanak bawak 5 tahun adalah free.

Compare dengan Hotel Armada yang kiteorang pergi haritu, aku lebih suka dessert kat H.Istana. Tapi choice of foods lain2 nya, H.Armada lagi best. Dan environment kat Armada lagi privasi & tak bising. Hotel Istana tuh dah jadi macam satu restoran besar doang bukak..sempit giler sebab meja besar2 kiri kanan. Fully occupied sungguh! Plus orang ramai sangat malam tuh, yer la hotel istana nih tengah2 bandar KL kan..ramai foreigners & local yang datang dengan family. Yang tak best, makanan top up lambat sangat, pastu ada yang sekali aje hidang untuk makanan yang agak feveret macam roasted duck, roasted lamb...sape yang cepat dapatla makan..yang lambat tu kem salam aje la, memang dorang tak re-fill dah. Dorang tukar dengan yang lain. Hampeh aje.

Aku tercari2 sushi, tapi nan hadoooo. Kempunan la mak buyung lagi. huhu...Anak-anak aku biasala, bila dah jumpa geng cousin2 memang lupa diri arr..jenuh la memasing2 tolong monitor budak2 nih berlari2. Ada satu family nih siap mintak tukar tempat la sebab komplen kat pengurus restoran yang kiteorang nih bising..hahahaha..padan la muka ko apekk, nak senyap2 sunyi ko gi la makan tempat lain. Kiteorang memang ramai dan takleh nak cakap bisik2..hehehe..

Overall, gerak balik dalam pukul 10 malam. Dah lama tak rasa pusing2 KL waktu malam..agak seronok gak la..hihihi..moh layan gambar2 aje yekkk..

rombongan ke Hotel Istana..hheheh..we are big family! :)

ini la dia geng cousin2..ada lagi 2 tak masuk dalam photo.
mane la orang meja sebelah tak pindah tempat..kekeke

celebrate besday for 3 of them. Happy Birthday ladies!!

Manisan2 yang aku sukaaaa! dapat gak makan brownies.

Ntah mana la abahnya dapatkan papedom panjang giler tu..
hahah..habis Hafiy makan.

Aariz nak makan berpangku aje la nyerrr..

budak2 mengada..aku nak amik gambar pun tak senang..
Hafiy sibuk nak ipon aku nak main game

Wednesday, June 19, 2013

Naik LRT ke KLCC

Dua hari lepas aku dapat cuti sakit (MC) sebab jangkitan mata. Tetiba mata keluar taik mata & sedikit bengkak. terus doc bagi aku mc 2 hari..wahhhh, syiokkk betul. dah la jumaat lepas aku AL sebab jaga budak2..kakak aku kena pegi kenduri kawen kat Ipoh. pastu terus sambung cuti sampai Selasa. Akhirnya dapat gak aku rest lama setelah sebulan bekerja tanpa cuti. Agak stress & penat jugak lately, gara2 anak2 pun sakit. Now dorang dah sihat, cuma batuk2 still ada sekali sekala. Petua terbaik adalah dengan bagi dorang makan madu & supplement vitamin C setiap hari. Batuk cepat baik, compare dengan dulu makan masa sebulan lebih baru sembuh. Aku nak amalkan la madu untuk dorang. Aku masukkan dalam air ribena dorang. Alhamdulillah..

Back to tajuk entry...

Sebabkan semalam aku mc lagi, mata pun dah tak sakit..jadinya aku bercadang nak bawak Tia naik train. Si kembar aku hantar ke rumah kakak macam biasa. Takdoo nya aku nak bawak dorang sekali...Tia aje aku leh handle sorang2 bila outing sendirian. Nanti si kembar dah besar skit baru la leh bawak dorang naik trian pulak. Tia banyak kali request nak naik train, setiap kali hantar Lokman ke LRT arr pepagi..excited dia bila tengok LRT lalu. Aku pulak dah janji nak bawak dia naik train. Dulu penah la bawak dia naik, masa tuh aku tengah mengandungkan kembar..mungkin dia dah tak ingat.

Semalam kebetulan Lokman ada meeting kat Hotel Maya, so kira jumpa dia terus arr nanti kat KLCC. AKu dah lama sesangat tak turun KLCC. Seriyesss..LRT pun dah lama tak naik. Agak2 macam jakun gak la dua beranak ni turun bandar..hahahah..ambik2 gambar dari tunggu train sampaila lepak kat taman KLCC tuh..rerasa feeling pelancong lak..hahahah..agak poyo di situ..orang Arab pun tak galak bergambar macam aku & Tia...hehehe..

Sesampai KLCC, terus lunch. Si kakak request "mee" spageti. Main tunjuk aje gambar spageti mana dia nak. Melayankan aje anak dara tu. Lepas makan sempat masuk kedai Harrods. Teruja tengok sales..syokkknyaaaa!! tapi idak lerrr nak shopping bagai..tujuan nak berjalan aje. Then terus bawak dia lepak taman. Ingatkan air pancut tu buka.tapi takdo..tenung aje la air kolam tuh dengan taman dikelilingi bangunan..fefeeling pelancong la jugak. kekeke..tunggu Lokman sampai. Pastu before orang2 opis keluar, kiteorang dah balik ke KJ balik.

Jadila perjalanan 2 jam setengah bawak Tia ke KLCC dengan naik train..tu pun dia dah happy..hari dia bersama Ummi & Abah sahaja tanpa si kembar. Dapat la perhatian lebih selama aku MC..dia xmo g rumah kakak..nak duduk dengan aku aje.



Abah dia letakkan atas situ terus takut..kekeke..tu yg nak berdukung pulak tu..

gaya gedik lagi kan? heheh..muka excited naik train

lepas kenyang makan mee, lepak depan taman sambil bergambar gedik dua beranak

anak arab nak cuba berkawan dengan Tia..hehe..tu yg aku cakap orang Arab tak gedik nak bergambar
kiteorang aje yang over..hahah

nampak abah dia dari jauh, terus berlari...

anak manja abah dia la tuuu... :)
dapat paw gula tongkat seketul..huhuhu

Makan atas daun pisang ;)

Minggu lepas aku tertekan channel pasal food. tak ingat channel yang mana...tertiba terstop sebab nampak mizz nina host nyer..dia tengah layan makan atas daun pisang..pergghhhh, bukan main layan lagi..apa lagi, mak buyung tersentap la tekaknyaaa...tetiba aku pun teringin sama nak makan atas daun pisang..kuikiukui..

Terus aku bagitau Lokman. Ajak dia cari restoran India yang makan atas daun pisang. heheehhe..tekak mak buyung wajib dilaksanakan, kalau tak asyik dok sebut aje laaa..hehee..Si Mizz Nina ni dok rekemen restoran Raju kat area PJ, tapi aku tak sure pulak kat mana..malas nak cari kat internet...Lokman cakap kat restoran india yang pernah kiteorang breakfast sebelum pergi ke hospital untuk melahirkan Tia dulu ada, tapi aku macam tak sure lak restoran tuh sedap ker idak..

Actually aku tak la giler makanan india..restoran mamak pun tengok tempat. Rerasa bersih & menepati citarasa je aku leh telan. Tapi bila dah betul2 teringin memang la kena gak cari. Lokman suggest kat Bangsar, dia dengan opismates dia ada gak sekali dua makan kat situ..memang sentiasa penuh dengan orang katanya tak kira berbagai bangsa.

Apalagi...ahad malam aku ajak dia pergi. Angkut semua askar-askar sekali..harap2 dorang behave kat restoran so that aku leh makan dengan aman..

Terletak berdepan dengan Bangsar Village Shopping Mall. Namanya Nirvana Maju Restoran. Masa kiteorang sampai memang penuh, nasib mak buyung sangat baik, ada table yang kosong. Duduk2 aje terus order & terus dapat makanannya. Lokman order ayam goreng as lauk extra. yang lain nasi+sayur timun+sayur peria goreng& peria basah (aku tak tau masak apa, sedap gak arr)+ keropok+kuah boleh pilih; nak dal, kari ikan or kari ayam. Aku suka kari ikan. gaul2 semua atas daun pisang memang terbaikk!hahaha. Anak2 aku makan 3-4 suap pastu dah tak mau. Dorang syok tengok orang2 aje..nasib baik behave la jugak.

Total bil RM37 untuk dua set nasi & 3 gelas air (nescafe o ais, carrot susu & laici). Ok la sekali sekala...nasib baik tak cecah RM50..huhuhu..Nak pulak hari ahad tuh ialah Father's Day..so kira dinner untuk Lokman arr..hihihi..dah memang feveret dia makan makanan india..kekeke..mak buyung dua senduk nasik, dia sampai 3 senduk nasi..macam dia lak yang kempunan..huhu..

Happy Father's Day Abah Lokman! :)

p/s: if korang teringin nak makan nasi atas daun pisang gak, aku pun rekemen restoran nih ;D


3 beradik excited nak keluar rumah

si kakak lagi la mengedikkkss.. g kedai makan india pakai baju cheongsam..kekeke..1Malaysia lorrr...

gedik kan?

suruh bergambar Tia & Hafiy main tutup muka lak..si hafiy mengikut aje perangai si Tia.
Aariz macam biasa akan duduk atas pangku aku. xmau langsung duduk atas kerusi.huhu

hafiy tak sabar2 nak makan..

my nasi atas daun pisang..hehehe..tapi tak habis pun..lauk je habis ;p

budak bulat nak makan..hehehe

ni la restoran nya..tapi pic x clear..huhu, sorry...

anak abah.makan nak bersuap aje
sila abaikan muka lokman..hahahahahahaha
jadi bahan aku upload dlm FB..bapak yang kelaparan anak dapat makan dulu.
kekeke..bapak mithali la kononnya tu...
;D

jemput2...
 
Blog Template by Delicious Design Studio