Monday, December 20, 2010

Layan Seafood di Muara, Klang

Balik dari piknik aje, time aku baru nak landing atas katil tetiba dapat message dari kawan aku, Erin. Aku ada buat entry pasal memasak Ikan Siakap 3 rasa hari tuh, dengan makcik nih lah! Dia ajak aku & lokman dinner kat Muara. hurmmm, ikutkan badan yang penat memang tak larat dah, tapi biler memikir best gak layan seafood kat sana, pastu lokman plak buat statement tak penah g sana..so kiteorang setuju aje la. Janji naik kereta diaorang. Lokman dah tak larat nak drive jauh2 lagi.

Lepas Maghrib, terus gerak. Dalam 40 minit gak perjalanan ke sana. Sesampai sana dah ramai orang, penuh orang. Nasib baik ada la table kosong. Overall, makanan sana memang sedap. Erin pilih Sotong Goreng, Udang goreng tepung, Tomyam sotong, Ikan Terubuk Bakar, Sayur Kangkung Ikan Masin, Ketam Sweet Sour, Fresh Orange 1 Jug, 3-4 jenis air panas lepas makan. Total dalam RM280++. Lokman cakap mahal jugak la tempat nih. Maybe sebab compare dengan Umbai, Melaka..jauh berbeza! Pastu sebabkan ramai orang, Ikan Siakap 3 Rasa yang Lokman pesan tak sampai2. Cancel aje la terus. Frust aje..

Full house!

Si kecik takleh dok diam

Nakal! :p

Taukey besaqq..Sheikh

BFF - Erin & Arissa 4 Months

sebahagian dari makanan

Balik rumah double pengsan. Pengsan kekenyangan! Diaorang ajak lepak lagi, tapi kiteorang seriyess tak larat.. Penat g Sg Congkak tak abis lagi..huhu.. Next time ya babe! thanks for inviting us..hehe :) 

Nota kaki : Aku rasa Tia budak paling bertuah diduniaaa..hehe, pagi tengok air sungai, malam tengok air laut..hahahh :) merata2 budak kecik nih ikut mak pak dia..

piknik bersama jimba!

Sabtu aktiviti bersama kawan2. Actually kawan2 baik lokman plan buat piknik di Sg. Congkak. Last lepak dengan diaorang berpiknik di Tasik Perdana masa aku tengah pregnant 8 bulan. Jadinyer piknik kali nih bertukar venue; Sg Congkak, Hulu Langat. 

Perjalanan makan masa sejam setgh kot, bukan sebab jauh sangat ke ape, tapi jalan jammed yg amat. traffic light lama buatkan perjalanan slow. Sampai Tia mengamuk la jugak dok lelama dalam kereta. Aku yang letih dok control dia. Pening kepala~

Kitaorang sampai lambat. Bebudak lain dah siap BBQ, makan & mandi manda (plan gerak pukul 8pagi, tapi kiteorang sampai dalam pukul 11pagi..hehe..aku sesampai aje, terus mengcekik gak, giler lapar sepanjang perjalanan. Aku tak mandi sebab rasa leceh plak nak kena jaga Tia. So just duduk2 borak2 & makan2 la. 

Piknik kat Sg Congkak best jugak. tempat dia bersih & teratur. Ramai giler orang kat sana, maklumla cuti sekolah.. Setiap tempat ada jer family2 & budak2,, tapi jadi tak sesak sebab teratur. Pihak kuasa Sg Congkak dah sediakan tempat2 utk orang yg datang. So duduk well organized la, idak lerr bersepah2. Air sungai pun bersih. Tempat kiteorang pergi nih takla dalam & ada air terjun yg tinggi tu. Just sesuai utk budak2 kecik mandi. Air paras betis aje. Tapi ada je bapak budak yg mandi..hehehe..Recommend la pada family nak bawak anak2 time cuti2 sekolah nih.

Overall sekali sekala buat aktiviti macam nih memang best! tapi penat jangan cakap la, bukan penat sebab mandi sungai, tapi sebab duduk dalam kereta lama2..huhu. Ada jemputan kenduri kawen kawan Lokman gak tengahari tuh, tapi dah tak larat. Balik rumah kiteorang bertiga terbongkang sampai Maghrib..huhuu.

Si kecik takleh dok diam, semua benda nak usik. termasuk amik sandwich dalam bekas, confident aje nak makan..

Daging lembu, kambing, ayam, garlic bread, potatoes, hotdog..semua ada!

Geng wanita - dok lepak makan2 & gossip2

Geng lelaki - mandi di sungai cetek sambil layan anak2, oh, tapi Lokman tak mandi..tak thrill dia cakap.

Celebrate besday Mira sekali, kebetulan jatuh hari yang sama.. Happy Besday Cip!! Organizer bagi piknik jimba ini.. :) terbaikkk!!! :)

Si kecik dah penat, siap leh tidurr 15 minit. Aku angkut bantal bucukk dia skali.

Last photo together2. ramai jugak tak dapat join, ramai g kenduri kawen.

hehe, nak gak amik gambar dgn keta mini kawan lokman. Aku suka giler keta nih, ada duit lebih nak buat la keta "mini" aku cmni..hehe * mode berangan*

Layan si kecikk yang aktif!
Abah kasik Tia merasa air sejuk sungaii..heeeee

Nana siap bawak khemah & kerusi lagi..hehe, excited! :P

Lagi with miniiiiiiiiiii

Thursday, December 16, 2010

Update: Perkara2 yang elok di lakukan pada Hari Asyura 10 Muharram (today)

Berikut adalah antara perkara-perkara sunat yang masih boleh dilakukan lagi pada hari ini jika berkesempatan bagi mengimarahkan hari Asyura (10 Muharram) yang jatuh pada hari ni 16 Disember 2010:
·    Melapangkan masa/belanja anak isteri.
·    Memuliakan fakir miskin. 
·    Menahan marah. 
·    Menyapu/mengusap kepala anak yatim.
·    Bersedekah. 
·    Mandi Sunat, lafaz niat:
 "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
·    Membaca Al Quran
·    Sembahyang sunat empat rakaat. Lafaz niat:
"Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas Al-Fatihah dibaca Surah Al-Ikhlas 11 kali.
·    Menjamu orang berbuka puasa. 

Wabillahittaufiqi Walhidayah Wassalamu'alaikum Wrt. Wbt.

Cara-cara bermain paintball #2

Sambungan cerita paintball last entry hari tu yerr..

okk, kalau korang nak tau permainan paintball nih ada pelbagai. ada yang jenis combat dalam hutan ala2 tentera gitu. ada yang main dalam padang macam yang aku main hari tu. Ada beberapa paintball park yang agak famous kat klang valley nih, seperti rimba harmonis, tanamera, canyon damansara.
kalu macam company event, buat kat Padang Astaka, PJ nih aje la. maybe tempat untuk para beginner main (macam aku)..hehehe..masa kiteorang main tuh ada jugak team dari Standard Chartered staffs. meriah jadinyer tempat tu.

ok berbalik kepada cite paintball..

aku cite bab aku main tu aje la, cara permainan kat tempat lain tu aku tak tau. if ada rezeki aku, aku nak try jugak main kat rimba harmonis. kawan aku cakap sangat best! :)

ok, first permainan adalah speedball. speedball nih kite berlawan dgn pihak lain. dalam satu permainan tuh kena ada 5 org untuk setiap team. so strategi team aku, 4 lelaki & 1 perempuan. memula, setiap pasukan akan diberi topeng muka & senjata (bersama 100 biji peluru). topeng muka ini WAJIB pakai semasa di dalam padang. dilarang sama sekali untuk buka. even kite telah ditembak "mati" oleh pihak lawan, kite tidak boleh buka topeng nih, cos takut ada peluru sesat kena mata..huhuhu..leh buta tau! if ada teammate yg bukak topeng nih automatic disqualified dari game. pihak lawan dapat la menang free. kalau pemain perempuan akan kasik body pad utk cover dada kite..heheheh, asset mahal tuh, so kena jaga (tapi itu optional), tak pakai pun takper..hehee, aku dgn beraninyer tak pakai..rimas! itu pasal tak berani nak lari2..dok diam belakang bunker aje..hahahha :P
ini dia topeng muka & body pad yang wajib pakai
nanti kena peluru sesat. Bahaya koo!

setiap pasukan dibahagikan kepada 2 bhgn. macam bola sepak tu. nak mendapatkan kemenangan, salah sorang dari team kena sentuh palang besi pihak lawan. once berjaya di touch oleh pihak lawan terus game over.kira menang dah la tu. tapi if tak berjaya di sentuh dalam masa 5 minit, permainan di kira seri.
Sorok belakang bunker okk.. :P

setiap ahli yang tinggal (tak mati ditembak) ada point di beri. itu pasal lagi ramai mati ditembak lagi senang la nak menang. hehehe, memang la kan? senang nak lari ke palang lawan if jalan sudah clear.
ini gaya PRO..brother ni memang terrerrr!

oh, dalam padang tu nanti ada referees akan jaga. Setiap ceruk ada referee, if kite kena tembak dia akan jerit and pegi kat kite suruh ke tepi. kena angkat tangan macam surrender tuh utk inform pihak lawan yang kite dah "disingkirkan". Ciri2 kite dah disingkirkan apabila ada kesan warna/tembakkan di baju/topeng/seluar kite (mana2 bahagian badan). Warna pellet kiteorang hari tuh kaler oren. itu pasal company kasik t-shirt kaler hitam, senang nak nampak bekas kaler oren tu..cessss!
ini referee ensemmm, badan semua tegap2. referee yg pro jugakk

ok itu speedball, satu lagi cara adalah shooting target. kebanyakkan team kasik kat orang perempuan aje la main. dok statik kat tempat tu, then shoot kat target merata2 diletakkan di dalam padang tuh. halangan2 ialah bunker2 tu jugak. aim btul dapat la point. di beri masa seminit utk habiskan 10 bijik peluru. Ada 2 cara jugak:-

1st - berdiri statik kat tempat tuh sampai abis 10 peluru
2nd- bergerak ke setiap point2 yang di tanda, selepas berjaya menembak sasaran. ada 5 check point. aku berjaya bergerak sampai 3 check point..hehehe..hebat jugak aku nih!hehehe..dalam masa seminit jugak dengan 10 biji pellet.

ok, itu aje yang aku main hari itu. rasa macam tak puas amat! kalau ada geng & masa, rasa macam nak main lagi. :D InsyaAllah..

anyway korang, paham tak aku explain nih? hahaha, if ala2 pening, sila tanyer (cehh, mcm expert aje aku nih) hehe..aku tak reti pulak nak explain dengan terang2..sorryyyy if tak paham yerrr..saya pun budak baru belajar. if ada salah explain ke inform ek :P kite share experience sama2 :)
Pix together2 after dapat medal & hamper

nota kaki: teringin rasa kena tembak, ada tanda splash oren kat badan. camne yer rasa, sakit kah?? :P

Wednesday, December 15, 2010

Hari Asyura 10 Muharram= 16 Dec 2010

KELEBIHAN BERPUASA HARI ASYURA (10 MUHARRAM)-16 Dec 2010
KELEBIHAN
Baginda bersabda: "Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya". Riwayat Muslim.
Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : " Sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."
Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : " Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W : " Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura !".
BEZAKAN PUASA DENGAN ORANG YAHUDI
Oleh kerana orang Yahudi juga berpuasa pada 10 Muharram maka disunatkan umat Islam berpuasa sejak 9 Muharram lagi bagi membezakan dengan puasa orang Yahudi. Hadith ini dikhabarkan oleh Ibnu Abbas dalam sebuah hadith riwayat Muslim dan Abu Daud.
Atau kalau tidak dapat dikerjakan pada 9 Muharram maka boleh juga digandingkan 10 Muharram dengan 11 Muharram
Justeru, marilah kita merebut peluang pada kesempatan bulan yang mulia ini untuk menambahkan amalan kita dengan berpuasa sunat. Renungilah saranan yang diberikan oleh Rasulullah SAW seperti mana yang diriwayatkan oleh Jundub bin Sufian bahawa;
 Rasulullah SAW bersabda (maksudnya):
"Sesungguhnya solat yang paling utama selepas solat fardhu ialah solat pada waktu tengah malam dan puasa yang paling utama selepas puasa Ramadhan ialah puasa di bulan Allah yang kamu panggilnya Muharram".
(Hadis riwayat Imam al-Nasa’ie dengan sanad yang sahih).
 
Blog Template by Delicious Design Studio