Wednesday, January 1, 2014

Happy New Year!! Hello 2014!

Hi...
Lagi sejam nak masuk 2hb Januari 2014. Gigih ni nak update blog sebab nak ada entry untuk hari pertama tahun 2014.hahaha poyo x? 

Apapun Selamat Tahun Baru!!

Aku dah takde masa nak update blog sebab askar2 kecik aku perlukan perhatian lebih dan aku dah mula kerja dengan job scope yang baru..banyak nak kena belajar..ehhh masih lagi dengqn company lama, cuma sejak aku tukar department pertengahan tahun lepas aku still belajar benda2 baru, on going learning process giteww..so nak update blog kat opis memang dah susah..huhu. Apapun aku try update cerita anak2 bila aku rasa nak catit dalam blog sebagai kenangan sepanjang hajat..seronok bila baca balik cerita2 lama yang pastinya banyak dah aku tak ingat. Lagi2 lepas bersalin kali ke 3..banyak wayar2 dalam dah short circuit..kekeke..

Tahun 2013 banyakkan kenangan manis berlaku..lagi2 dapat sorang lagi hero kecik, akhirnya dapat tukar department yang tetiap tahun aku impikan tapi tak berani nak apply, hehe. Dua benda ni sudah cukup memberi impact yg sangat besar dalam kehidupan seharian aku..Alhamdulillah, syukur atas nikmat dunia yang Allah berikan..

Azam untuk tahun ini...hurmmm...takut nak berazam lebih2, cuma lebih untuk kepuasan diri sendiri..menjadi Ummi yang lebih elok & penyabar, hahaha yerla, asyik meroyan sawan aje dgn askar2 kecik aku..penat jugak weyy!! Kesian kat dorang dapat Ummi macam aku nih..haha. InsyaAllah nak jadi lebih baik dari dulu demi Allah taala..aminnnn..

Semoga kehidupan akan datang mendapat keberkatan dari-Nya & semoga menjadi hamba Allah yang lebih baik..InsyaAllah ;) 

Xoxo 
FiraHamzah







Sunday, December 1, 2013

Warehousesales aje

Biasa la asal hujung tahun aje penuh dengan warehousesales. Semua nak clearance stock. Sakit jiwa tengok!!
Aku dgn lokman sempat terjah Levi's warehouse kat ttdi jumaat lps. Giler tgk jeans harga rm49-rm99. Berbaloi sangat beli jeans kat sana. Tshirt pun jadi rm29 aje..cuma barangan for kids xde langsung. 

Then harini pergi DKSH warehouse, Lokman aim kasut kerja Scholl & dapat gk beli thermo pot Morgan. Thermo pot rumah ni dah berbulan2 rosak, dok masak air cara lama, guna cerek masak atas dapur..hehehe. Lama2 letih nak tunggu air dijerang & simpan air panas dlm flusk. 
Lepastu terus g Pureen warehouse. Kalini aku aim botol susu budak2 ni & skit je stock up toiletrries. Baju bajan still banyak, dapat baju untuk the boys sepasang rm12 aje. Sorang 2-3 pasang. Alhamdulillah. Bergilir2 dengan lokman jaga budak2 dalam kereta.hujan renyai2 pagi ni.settle la weekend dengan meranapkan duit..huhu. 
Apapun ai dah merdeka dari berpantang. Hoooo yeahhhh!!!









Marathon jumpa doktor

Hi bloggers!
Sejak hari rabu lepas aku dah keluar rumah. Pantang tak complete 44 hari lagi masa tu. Hari rabu ada appointment dgn ppum untuk injection Harraz ke sebulan. Yang lawaknyer si bapak nyer ingat appointment kat klinik kesihatan. Confident bawak aku, tia & harraz ke KK. Sampai simpang nak masuk KK kelana jaya ni aku jadi pelik apsal g KK?then aku bgtaula appointment utk Harraz ni aku ingat nak buat kat ppum, rasa lagi selesa kot follow up dia kat ppum. Tapi bapaknya malas pulak nak ke sana, so slumber ajela walk in ke KK.nasib baik nurse bagi jer amik nombor giliran. Suruh amik 3 no. lagi utk check aku sekali & utk consultation perancangan keluarga & untuk check Harraz. Since ni first time aku g klinik lepas bersalin so ibunya pun kena check. Ok, cite pasal check up ni aku cite entry lain. Tajuk entry ni pasal marathon aktiviti kiteorg dari rabu sampai ahad (hari ini).
Susulan check up kat KK, entry lepas aku ada cite aku g ppum kan utk check pusat & bebird harraz tu on thursday. Since xdpt jumpa doktor kat ppum, malam tu bebird dia dah sampai darah melecet, so kiteorg terus pergi KJMC esok pagi (jumaat). Jumpa Dr. Syed, doktor yg penah rawat Tia & si kembar. Aku call buat appointment pagi tu jgk. Doc cakap melecet sebab bebird dia bergesel dgn diaper.kulit dia agak sensitif dgn diaper. Perkara biasa bg sesetgh baby. Dia bg krim sapu, antibiotik untuk seminggu. Pusat dia xde masalah apa. Lain2 pun ok, doktor check gak part2 badan Harraz yang lain. Total rawatan & consultation RM92. Settle. Lagi seminggu follow up dgn Dr. Syed balik. 
Tiga hari berturut2 pergi mendapatkan rawatan untuk anak. Harraz ooo Harraz, sayang sungguh ibu bapa kamu kat kamu tau! Get well soon my dear ;)



Thursday, November 28, 2013

No appointment, no doctor!

Morning!
Sekarang aku kat PPUM. Datang sini sebab nak check kesihatan Harraz. semalam dia kena inject sebulan kat klinik kesihatan KJ.then doc sana tgk pusat & bebird dia ada bengkak merah, terus doc tulis surat rujukan refer pakar kanak2 ppum. Dia kata mungkin infection. Berderau darah bila dengar infection..huhu..takut effect kat lain if x cure cepat2.
Sampai2 hosp, tunjuk nurse surat, then dia bawak surat tu ke doc paed..jawapan aku dapat, sila datang minggu depan, kite set appointment dulu yek. 
Cehhh!
Penat2 datang hosp. tapi tak dapat jumpa doc. Alasannyer xde appointment. Then aku ckp la ingat ada surat rujukan boleh direct jumpa doc, coz it consider serious case. But nurse tu bagitau as doc refer to the letter that bengkak tak serius. Ok fine. Harap2 memang tak serius, coz aku tengok pun bengkak kat pusat dah surut sikit, yg kat bebird dia her still merah2, macam melecet..mungkin nappy rash..wallahuallam. Harraz x meragam, kencing berak macam biasa, susu pun mcm biasa, tido ok. Hope dalam 2 3 hari ni dah ok. 
Set gak appointment next week. Then terus balik. Buang karan sungguh pagi nih! 
Tolong doakan kesihatan Harraz yek korang. Thanks! 


Monday, November 18, 2013

Happy 1-month old!

Semalam genap Harraz umur sebulan. 
Alhamdulillah..
Harraz makin berisi, sampai dah mula rasa lenguh2 tangan dan sakit belakang bila menyusukan dia..hukhukhuk..tapi suka aku tengok dia membesar dgn jayanya. Rasa2 akula byk2 anak la kan, dia yg paling besar saiznyer dalam usia baru sebulan..kekeke. Next week nak pergi bawa ppum utk injection & check up. Tak sabar nak timbang budak bulat nih..hehe
Rutin hariannya masih sama, minumsusu-tidur-minumsusu. Main2 pun kejap aje..bila lama skit bgn dah mengelisah..
Still dalam proses adjust timing tidur dia.ada masa malam2 dia berjaga. Ada masa elok aje tidur, setiap 2 jam bangun menyusu. 
Aku pun still adjust diri sendiri. Takder displin lagi nak pump susu buat stok. Sehari sebotol aje sempat buat. Lain2 masa sibuk aje nak buat2 kerja rumah. Macam orang sihat jek.hukhuk. Tapi start esok kena tanam azam nak buat stok at least 3 botol sehari. So lg sebulan nk masuk kerja dah standby semua susu utk dia..insyaAllah. Kena rajin fira. Caiyokkk!! 
Ok gud nite..

 
Blog Template by Delicious Design Studio