Sabtu lepas menjoinkan diri ke event Coway B-Day dengan Liz. First time berjumpa dengan blogger..hehe. Ini pun last minute plan, Liz ajak aku teman dia since dia dapat 2 seats for this event Since aku free that day & aku rasa macam menarik aje nak turut serta dalam program ni, lagipun tak pernah yek join event2 sosial, all this while just join event2 company aje. hehe..nampak sangat aku nih memang tak reti bersosial..hahaha. Coway B day kali ini adalah closing event dorang anjuran Real Women Real Voices (ada kat fb).
Liz bagitau event ni khas untuk wanita sahaja. Selama 2 jam. Kira ok arr, first event aku nak pergi nih, kira wanita2 shj, takla segan sangat..hahaha..Bertempat di AcmeBar and Coffee di The Troika, KLCC. First time jugak pergi tempat nih..hahaha. Aku naik LRT dari kelana jaya dan turun ke Ampang Park. Start pukul 3 sampai 5 petang. Aku dengan Liz pasangan berdua, semua aktiviti-aktiviti kena berpasangan. Ada point diberi dan at the end of the event pasangan yang collect point paling tinggi dapat product Coway - Coway Bidet. Menarik sesangat! Namun, bukan rezeki kiteorang..haha. Soalan2 agak mencabar..kekeke, antara soalannya, barang2 apa yang ada dalam toilet? , senaraikan panggilan lain bagi toilet? huishhhh..ada peserta lain tulis macam tak cukup kertas! sangat semangat dorang nih..yang syok sebab semua macam happening..takder nak segan2. hentam saja laaaa..yang emcee nya Rina, sangat best!sempoiii..
Aku melepas jugak voucher2 H&M, Chilis, Sephora etc...nih untuk soalan siapa cepat dia dapat. Aku & Liz tak cukup cepat & tangan tak cukup panjang..haha..takder rezeki. Kira dapat goodie bag barangan Be Good pun dah ok. Senyum sampai meleret2 dapat free gift. tapi nak guna rasa sayang pulak..haha..
Sambil jawap soalan2 kuiz, dapat jugak makan2 & coffee. Kira hi-tea arr..nice desserts. Makan tanpa rasa segan silu. hehe..
Last skali, sessi bergambar dengan semua orang yang datang. Overall, sangant best! My ladies day out was so great!! dapat melepaskan stress sekejap dari tugan sebagai Ummi & isteri. haha. Lokman tolong jaga si kembar. Si Tia ikut nenek nya berjalan2. Alhamdulillah semua ok. Sebelum balik rumah singgah KFC, tapau kan makanan untuk Lokman, upah dia jaga anak-anak.hahaha..
Thanks Liz invite aku. Next time kita jumpa lagi yek! Nice meeting u :D
Thanks Coway & teams..nice event I ever joined :) thanks for the welcome gift set..I do like it! hehe..
batang aiskrim kaler2 untuk points
Antara peserta & wakil Coway & Real Women staffs
& luvly emcee, Rina (sebelah aku)
gambar dari blog Liz
me & Liz :)
antara peserta2..tengah gigih mewarna..sementara tunggu result dikira
emcee Rina
First plate of dessert. Yummy!
hahaha, Liz, aku ambil gambar ko dari belakang..
oohh, watak2 yang kiteorang kena pilih, so dalam masa 2 jam tuh kiteorang
bawak watak tersebut.
So my name is Faith..kekeke
padahal aku takperna layan cerita Buffy The Vampire Slayer nih..
so b4 event start aku sempat google pasal siri ini, so that aku tak lost arr masa introducing about Faith' character..hahaha..terasa loser kejap ;p
all participants :D
yang dua bawah tuh winners bagi Coway Bidet. syoknyerrrr!!
Congrats to them both :)
4 idea?!:
thanks babe sebab sudi temankan aku walaupun aku invite last minute. lps ni boleh ajak you selalu. insya Allah ada event lain di masa akan datang. aku pun tak la rajin sgt. hehe. eh, dah aku-aku pulak. hahahaha.
bab upah kfc tu mmg tips terbaik. lps ni mesti hubby rajin tulang jagakan anak lagi.
Wokeh..sama2 thanks :)
nanti pape ko ajak aku tau, InsyaAllah aku free leh arr together2. eh aku-kau lg mesra arrr..aku suka jek! hehe..rasa mcm dah lama kenal ko..kan?
bestnya join event, sejak bergelar blogger akak x pernah join lagi mana2 event...
memang sayang nak guna produk be good tu sebab packaging dia sangat awesome...tambah bau pulak mengancam...sampai hari ni still dok dalam kotak lagi...hehe...
Post a Comment