Entry lepas aku kata tahun ni takder sambutan besday Lokman dari aku & anak-anak, tapi sambutan bersama mama & adik beradik Lokman yang lain tetap ada..hehe..acara tradisi setiap tahun, sejak kiteorang kahwin sampai sekarang memang tak pernah tak buat.
Birthday Lokman dengan adik perempuan dia dekat2, dalam bulan February..jadinya memang dah jadi kebiasaan menyambut serentak. Macam birthday aku dengan kakak aku gak la..sama dalam bulan Ogos, dari kiteorang kecik sampai la sekarang dah beranak pinak memang tetiap tahun akan potong kek sama2. Then bila si kembar pun dilahirkan pada bulan Ogos, bertambah la lagi ahli majlis potong kek sesama. tahun lepas kakak aku bersalin lagi, jatuh bulan 8 gak..haaaaaa. hamikkkk ko! mau kena tempah kek 5kg terus..tak gaduh masa nak potong kek...kekeke..InsyaAllah, tunggu bulan 8 nanti yek, macam mana gayanya sambutan harijadi kiteorang ;)
Berbalik cerita birthday lokman & adiknya nih, aku tempah rainbow kek untuk mereka. Tempah dengan kawan baik aku, lyana harun (if korang ada berminat nak tempah gak, leh cari dia kat fb - lyana harun). memang sangatlaa sedap!seriyes tak tipu...bertahun2 aku tempah kat dia, memang tak pernahnya tak sedap. Alhamdulillah..
Tahun ni celebrate kat rumah adik ipar. Mula-mula plan asal nak makan malam diluar, tapi mama pikir since kiteorang ramai anak-anak kecik dari umur setahun lebih ke 8 tahun..agak susah nak handle bila nak makan, lagi dengan perangai kembar yang tak terkawal selalunya, jadinya terpaksa cancel plan asal. Better buat masak2 kat rumah sahaja, so leh lepak sampai lebam!
Acara makan2 start pukul 3 petang sampai la malam..ada ikan bakar cecah cili padi kicap, udang masak lemak dengan nenas, ulam2 dengan belacan, sup ayam, pencuci mulut berbagai2..huishhhh..layannn...hasil air tangan emak kan..harus la yang terbaik!! heheeh..nak harapkan aku yang masak memang tak arr..datang pun time orang dah makan..huhu.. ;p
Alhamdulillah..semua berjalan lancar. Budak2 paling seronok dapat jumpa cousin2..main2 sampai takmo tidur siang..tunggu maknya naik angin baru la masuk tidur. haha..
"happy bithday to Lokman & Lona. Semoga tahun ini lebih bermakna & diberkati Allah swt. InsyaAllah.."
"happy bithday to Lokman & Lona. Semoga tahun ini lebih bermakna & diberkati Allah swt. InsyaAllah.."
acara memotong kek nak start |
abah nak potong kek dengan Tia.
gambar goyang sebab aku tengah dukung Hafiy
yummylicious!! :)
2 idea?!:
cantik sungguh Kek tu..colourful
salam :)....canteknye!! kek pelangi ke tu...
Post a Comment