Wednesday, March 20, 2013

March entry...

Lama ek aku tak berblog. Bz dekat opis. Permintaan aku nak tukar department telah diluluskan pihak pengurusan. yeayy, Alhamdulillah. Tapi part tak bestnya bos aku hold aku transfer 3 bulan, kononnya nak cari replacement aku dulu dan untuk handover task. tapi sekarang ni nak penghujung march dah, replacement tak nampak bayang, keje pun takder  nak suruh handover lagi kat staff lain, lagi ditambah2 keje aku adala..kesabaran sungguh! Aku layankan aje la kerenah dorang nih, nanti bila masanya aku nak pindah department, aku cabut aje..pepandai korang la nak bahagikan kerja2 aku sekarang nih kat orang lain. tak sabar tunggu bulan 5..haihh..

Bulan nih memacam perkara terjadi. kawan baik aku selamat melahirkan baby twins girl. yeayyy..kembar aku nanti ada geng kembar gak..hehe. excited bila dapat tau dia dah selamat bersalin & ibu & twin sihat.

Tapi lepas beberapa hari dapat berita gembira, ada kawan baik kiteorang pulak maknya meninggal dunia kat JB. Aku kenal rapat gak dengan arwah maknya, sebab dulu masa zaman belajar uitm, maknya rajin datang tidur rumah sewa dia dan masak untuk kiteorang. Lepak2 borak2 dengan maknya dan masa aku kawen pun maknya pun datang sekali. sedih gak bila tau arwah dah takder & aku tak sempat jumpa arwah. last jumpa pun masa aku kawen tu la. Arwah pun ada jahitkan baju kurung untuk aku beberapa helai. Al fatihah untuk arwah mak. Semoga Allah lindunginya di alam sana. Aminn..

Nak jadikan cerita, arwah meninggal dunia pada hari jadi Tia ke 3.

Sayu kan? selalu kiteorang wassap tetiap hari share cerita macam2..tapi harituh aku tak dapat nak share kegembiraan aku celebrate besday Tia sebab hormatkan perasaan sedih kawan aku tuh. Allahuakbar! Allah Maha Berkuasa..

Cite pasal birthday Tia, nanti aku share lain entry ek. :)

Aku tengah struggle nak siapkan SOP project baru company nih & next week kena organize lunch talk program. Keserabutan! Wish me luck k! Cya!!

Aku share gambar2 latest anak2 aku...kot2 korang rindu nak tengok aksi si kembar & kakak yaya..ahaks! :)


peace in the lift :)


lepak kat tangga. Apa kes la korang nih? haha


main sticker2




kat rumah kakak aku.. menakal aje la tuh..kakak aku wassap gmbar nih last week :P

Monday, March 11, 2013

Trivia Anak: Tia Zahraa 3 tahun!

14 Mac 2013 nanti anak sulung aku genap berusia 3 tahun. Ikut kalendar islam dia lahir pada 28 Rabiulawal 1431 jam 12.05 tengahari. Sempena birthday dia yang ke 3 tahun ini. minggu nih aku nak cerita pasal dia aje.hehehe..dah lama tak update cerita anak2..lagi si Tia. Asyik cite pasal kembar aje. So aku panggil minggu ini entry Trivia Tia. hehe..

1) Masa nak lahirkan Tia nasib baik haritu jatuh hari Ahad, pagi2 dah rasa contraction. terus ajak lokman g hospital..lepas 2 jam setengah selamat lahirkan dia secara normal. Bersalin pukul 12 tengahari, pukul 2 petang waktu melawat penuh dengan family aku & family lokman datang tengok Tia. esoknya terus leh keluar wad. Demam kuning seminggu, Alhamdulillah takder sampai kena tahan wad.
2) Nama Tia abah dia yang bagi. Zahraa tuh aku yang bagi.
3) Dari kecik Tia dijaga oleh family kiteorang. Awal 3 bulan mak mertua tolong jaga. Sanggup kiteorang ulang alik dari KJ ke Seri Kembangan setiap hari demi hantar ambil Tia. Lepas 3 bulan adik perempuan Lokman baru abis belajar tolong jaga pulak. Dia duduk dengan kiteorang. Tia umur 9 bulan rasanya kakak aku pulak tolong jaga sampai la sekarang. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan membesarkan dia. Tia dikelilingi dengan orang-orang yang rapat dan menyayangi dia sepenuhnya.
4) Tia mula merangkak seawal 6 bulan dan mula bertatih masa cecah 11 bulan.
5) Masalah Tia cuma berat badan tak naik2. haih. sampai sekarang berat badan dia tak lebih 10kg.
6) Dari kecik Tia cerewet bab susu. Aku putus susu badan masa umur dia 3 bulan lebih. Sebab dia refused minum susu yang dalam freezer. Semua stok susu kena buang. Dia cerewet gak dengan susu formula. Memacam brand kiteorang tukar. Akhirnya dia memilih susu enfaA+. Bila masuk umur 2 tahun baru la tukar susu lain yang lebih murah sebab Tia dah dapat adik2.
7) Tia mula dapat gelaran kakak Tia bila umur dia cecah setahun 5 bulan. Aku mengandungkan kembar bila Tia berusia 8 bulan. hehe.
8) Tia bahasakan diri dia "yaya".
9) Sekarang nih Tia petah bercakap, walaupun pelat tapi aku still leh paham bahasa dia.
10) Feveret kaler Tia ialah pink. Makanan kegemaran adalah ayam, udang & ikan.
Tia baru beberapa jam dilahirkan

face painting..tak ingat berapa umur nih

celebrate birthday pertama dia kat rumah

dah jadi kakak yang penyayang ;)

masa ini tengah ajar dia minum guna botol. lagi seminggu nak masuk keje balik. aduhaii..
tugas mencabar masa nih..

sarat pregnantkan kembar boleh lagi bawak si Tia g Genting

Tia with her Abah


Friday, March 8, 2013

Kawan baik aku selamat diijabkabul :)

Hi korang!
Lama aku tak berblog..keadaan tak stabil..hehe..aku kurang sihat lately.. :)

Last weekend kawan baik aku selamat nikah dengan jejaka pilihan sendiri. Kawan aku since sekolah rendah u olls. Kawan satu sekolah rendah & menengah, kawan satu taman perumahan, kawan susah senang..Alhamdulillah.

Masa aku nak kawen dulu dia teman aku sampai ke Jakarta/Bandung beli barang2 kawen. Tapi masa dia nak kawen nih aku tak dapat nak tolong pape..Sorry yek hud. Komitment aku dengan family sangat tak cukup masa nak tolong ko buat preparation. Cuma 2 hari sebelum dia nikah aku & kawan ada la pergi rumah dia tolong packing kan doorgift kawen. hehehe..tinggalkan anak2 dengan lokman sekejap then lari ke umah dia. Nasib baik la rumah kiteorang still dekat, tak sampai 10 minit dah sampai.

Malam nikah, jumaat lepas isyak, aku berjaya lagi pergi tengok diaorang bernikah tanpa bawak suami & anak2..hehhehe..mak kamu mengular jap yekk, malas nak bawak dorang, kang buat bising kat masjid aje. Sekali lafaz selamat dah kawan aku bergelar isteri. Alhamdulillah kawan..welcome to the club! heeheh..

Wedding esoknya kat Dewan Felda, Kelana Jaya. Kat sana jumpa dengan parents aku & kakak aku sefamily. haha, dah kata kawan setaman, so parents aku memang dijemput. Dulu2 kiteorang each other tumpang naik kereta ke sekolah. So abah aku kenal dengan huda, parents dia pun aku kenal. Dulu2 suka lepak rumah huda tengok dvd korea..kekeke. Kawan2 aku pun kebanyakkan kawan dengan kakak aku jugak. ;) Part best bila jumpa kawan2 sekolah kiteorang. Ada yang dari sekolah rendah, ada yang dari sekolah menengah. Even cikgu2 pun ada yang datang. tak sempat gosip lama sebab anak2 aku buat perangai. huhu. time tu la si kembar nak tidur. stroller pulak tak bawak. aiseyy..sempat bergambar dengan pengantin kat meja beradap aje...tak leh nak menunggu sampai pengantin potong kek & bergambar di pelamin. Aku terpaksa balik dulu. Tak sanggup dukung si kembar lama2.

Congrats huda!! Happy for you. Semoga menjadi isteri yang solehah yek..heheh. luv u! xoxo



berdebar tunggu saat lelaki di akad ;)


dah selesai..seisi sarung menyarung cincin. luv this moment..hehe


                   haaa, macam artis ko..kerumun orang nak amik gambar..hehe

                                                               aku dengan emanuall wakil kawan2 lain

parents aku. si kembar memang susah nak dengan abah aku..hahah


sempat ambil gambar pengantin kat pelamin.
sumthing different here, pengantin perempuan menunggu pengantin lelaki datang
cos nanti pengantin lelaki kena bg tol kat family perempuan untuk sampai ke pelamin. so cute!!


anak dara aku dengan marshmallownya
keje ulang alik candy booth aje..sendiri tarik abahnya ke sana..hhuhu

 
Blog Template by Delicious Design Studio