Wednesday, September 4, 2013

Cameron Highland Trip - Day 1

14 Ogos 2013 (Rabu)

Family trip seminggu selepas Raya. Dah kira macam acara tahunan family aku arrange holiday luar dari KL. Lazimnya memang akan dibuat masa cuti Hari Raya, sebab masa tuh aje adik beradik senang dapat cuti. Kali nih pilih time bercuti hari biasa..orang lain dah masuk keje, kiteorang baru nak bercuti..nak avoid traffic jam & kesesakan di tempat yang dituju.

Memula plan nak ke Penang, tapi bila bincang2 sepakat tukar ke CH. Last year aku ada pegi gak, tapi satu malam aje..banyak tempat tak dapat singgah. So ok la if repeat lagi. Setuju aja dong!
Bertolak Rabu pagi, sampai kat CH dah tengahari. Ikut jalan Simpang Pulai. takmo ikut Tapah..jalan kat sana berpusing2.Terus singgah kat Cameron Valley tak silap aku. Ada macam cafe untuk makan minum, pastu kat tepi cafe tu ada ladang teh seluas2 nya..budak2 terus excited terjah ladang cafe..anak2 aku pun sampai takmo duduk makan..nak main lari2 kat laluan pokok teh tu..haha..sempat alas perut dengan air teh o & roti/puff.
Terus check in kat Apartment Villa Dahlia. Kiteorang sewa Penthouse untuk 2 malam. RM1100 untuk 2 mlm, ada 5 buah bilik. Cukup besar untuk kami 9 dewasa & 7 kanak-kanak. Lepas check in, berehat kejap..then kiteorang ke Rose Centre, di area Kea Farm. Penat ooo mak buyung mendaki sampai separuh bukit RC nih..agak gigih la jugak. Abah aku, Lokman, adik laki & wifey makyong macam aku tak naik..Lokman jaga kembar tengah tidur dalam kereta..abah aku biasa la orang tua, mana la minat nak tengok bunga2..hahaha...Tia & anak2 buah aku yang semangat daki bukit sampai puncak. Panorama memang menarik..rasa tenang jiwa tengok bukit bukau penuh bunga2 dengan udara yang sejuk. Spend dalam setengah jam, then terus ke Pasar Brinchang. Beli makan malam siap2 kat sana, semua beli nasi ayam, nasi ayam orang sana takder sup & kicap. cuma bagi sos cili aje..huhu..balik apartment masa maghrib. then rest..aktiviti malam adalah main scrabble beramai2..sampai 3 round dorang nih main. aku nih tak dapat la nak main sebab nanti askar2 semua kacau..
Malam tidur sejuk giler! apartment tu takder kipas langsung, tapi sejuk macam pasang air cond. Anak2 aku meragam la jugak tengah2 malam sebab kesejukkan. tidur berhimpit2..katil queen tetiba boleh muat kami berlima. padahal kalau kat rumah sendiri, katil king tuh langsung bapaknya tak muat nak selit..hahahah..

OK settle aktiviti hari pertama. Esok2 aku sambung aktiviti hari kedua ye..

budak nih excited nak holiday..gigih tarik beg baju dia..kekeke

dah sampai CH!!
destinasi pertama...excited nak daki bukit ladang teh

suka pic nih!!
mak buyung pun excited sebenarnyaaaa..haha

at Rose Centre. besar2 bunga nya..

half way aje
sementara tunggu kakak2 aku & tia & anak2 buah turun aku duduk kat tangga
menikmati pemandangan..hehe

Tia & abg Iman

kat pasar..
tia sibuk nak paw toys
pastu nampak strawberi nak makan kat situ gak

kanak2 riang


Tia & Kakak Marsya

kat atas RC

main scrabble
macam biasa abah aku always nak menang..haha
tensen semua orang..
Master of Scrabble katanya..

1 idea?!:

khairiah said...

Wahhh!!bestnyee thn ni x g lg...tgk n3 ni x sbr plk nk g lg :)

 
Blog Template by Delicious Design Studio