Alhamdulillah
Baby sihat. Dapat detect ada jaundice, so hari ke 9 bawak ke klinik kesihatan kj, amik darah kata tumit kaki dia, bacaan kuning tak tinggi kata doktor, tapi suruh datang lg esok harinya. Tapi sebabkan malam tu aku diserang demam menggigil, bentan plus breast bengkak..huhu..minggu kedua berpantang memang penuh dugaan. Nanti aku cerita bab pantang ye. Sekarang nak kenalkan korang anak ke 4 aku..hehe..
Aku dengan lokman sepakat namakan dia.......
Harraz Mishari Zayyan bin Lokman
Harraz bermaksud Yang Amat Warak
Mishari adalah nama ulama terkenal serta tahfiz Al Quran dari Kuwait, Sheikh Misari Rashid. Lokman suka dengar ulama ni mengaji, sedap suaranya. Bapaknya bercita-cita nak jadikan anaknya tahfiz Al quran..InsyaAllah..dapat jadi Imam muda pun dh besar rahmat..doakan yg terbaik untuk anak2 yer..
Zayyan bermaksud Hiasanku
Anak ke 4 ni namanya terpanjang. Dah abahnya nak jugak boh nama Mishari, aku relakan aje la. Dah ayahanda aku pun suruh letak nama anak sempena nama nabi/ulama sipaya katanya menjadi idola dan inspirasi anak tu bila kite letak nama yang elok2 & terbaik maksudnya. Terusla aku setuju..kekeke..memula agak kental gak aku bangkang letak 3 nama..haha..kesian kat anak nanti pergi sekolah kena tulis nama pjg2 kat buku & form/ kertas exam bagai..huhu..tapi takperla..harap2 anak ku paham nanti hajat abahnya..haha
Alhamdulillah dah register petang semalam. Aku panggil dia Harraz.
Hari ke 7 tali pusat dia tanggal. Hari ke 10 si botakkan oleh abah nyer sendiri. Tak dapat buat hari ke 7 sebab condition aku x sihat dengan nak handle askar2 lain. Tak pernah, janji sunnah Rasullah tu dpt dibuat sedikit demi sedikit. Usaha satu satu mana yang mampu, InsyaAllah.