Friday, August 22, 2014

Raya2014

Syawal nak sampai ke penghujung dah. Raya tahun ni disambut dgn kehadiran ahli baru, sape la kalau bukan si kecik Harraz Mishari Zayyan. Skrg dia dah 10 bulan. Alhamdulillah. 
Disebabkan bilangan ahli bertambah makanya persiapan raya tahun ni aku start awal, membeli sikit-sikit..seawal 3-4 bulan seblm Raya..hehe..tapi tempah baju kurung aku & tia paling akhir..lg 2 minggu nk raya kot baru hantar..haha..mentang2 hantar temoah dgn bff..buat rilex aje eh. Thanks Anem sbb terima last minute orderku..ngehngeh..
Tahun ni mcm biasa mlm raya bergerak ke rumah abah aku..start berkumpul adik beradik kat sana. Adik laki aku je xde sbb balik belah wifey di utara. Lokman suka ikut abah aku bertakbir rumah ke rumah, tu yg suka blk sana mlm seblm Raya. Amik mood raya gitu..
Raya pertama just pergi rumah warisan datuk nenek kiteorg di kg pandan, then terus pergi rumah mak long arwah ibu aku kat Balakong. Aktiviti sama tetiap tahun. Malam tu seluruh ahli keluarga belah abah akan dtg kerumah abah. Sampai 15 bijik kereta rombongan giteww.meriah sgt! Tahun ni rendang ketupat jadi basi so lokman & abah tong2 beli kfc..hahaha..beraya bersama kfc. Kakja pulak sempat masak mushroom sup satu periuk besar..tetiba raya berkendurikan ayam kfc & sup. sold out! Utk 40-50 org. Syukrann. Part paling best bertukar2 sampul duit raya..yahuuu..dah anak ku ramai mmg syiokkla ummi nyer menadah tangan..ngehngehngeh..rezeki anak2..tp until now x sempat lg aku nk g bank in dlm akaun dorang. Isnin nnti kot..aku apply cuti..hehe
Next day gerak balik ke kg lokman, kebarah selatan. Stay sana 2 mlm. Then terus ke Melaka. 
Simple raya celebration..pastu isnin tu lokman dah kena outstation. Selama 3 minggu ni mmg bykla openhouse xdpt nak terjah. Just our Raya with families. Apapun tetap bersyukur dapat meraikan bersama famili. 
Rasa syukur sgt2 bila tgk kat internet & tv     pasal MH17. Hari ni hari berkabung.sedih & nangis gk la bila tgk anak2 kecik kehilangan mak/ayah dorang.teringat masa aku kehilangan ibu pada usia 10 tahun..hanya Allah Maha Mengetahui perasaan sebuah kehilangan..semoga anak2 ini kuat.. ;( ;( 








Saturday, August 16, 2014

Bayou Theme Park, Melaka

Harini tetiba ada mood nak update blog. Kes sebab duduk rumah sahaja, Lokman kerja luar berminggu-minggu jadinya xdapatla nak beraya open house rumah kawan2..sob sob..jeles tgk kat fb kekawan beraya sini sana, aku duduk rumah dengan anak2 aje. 
Takpela, anak2 tetap pandai enjoykan diri walau duduk rumah 24jam pun. Aku jela kan yg penat melayan..haha
Eh nak cite ringkas pasal trip ke Melaka cuti Raya lepas. Destinasi ke Bayou Theme Park, 3 hari 2 malam. Kiteorang duduk kat Apartment Service Amari, ada dua bilik, hall yang luas, meja mkn, pantry, 2 bathrooms, balcony. Cukup selesa & bersih. 
Dapat 4tiket dewasa ke theme park dgn breakfast free. So selama 2 harila budak2 ni nk ke waterpark tu. 
Waterpark kira okla jgk..bukan budak2 je seronok, bapak budak pun seronok naik slides air pusing2 tu..cuma waterpark dia xdela macam Sunway Lagoon ada ombak2 dgn permainan air yg pelbagai..bolehla utk sejam-2 jam main bg anak2 aku yg kecik2 tu. Dorang dh menggigil kesejukkan barula nak naik bilik. 
Petang2 round bandar melaka. Singgah 2-3 tempat aje..malam pertama pergi makan seafood kat Umbai. Malam kedua tapau aje mkn kt apartment. 
Okla short trip Raya, nak spend time dgn famili & bg anak2 seronok berjalan jauh. 
Alhamdulillah..












Happy 3 years my twin!

16-17 Ogos 2014
Genap Aariz Zaydan & Hafiy Zafran 3 tahun. Ikut kalendar islam setiap kali Nuzul Quran la birthday dorang..aku akan buat official annoucement masa tu..lagi best ikut kalendar islam..bg dorang punye besday la..kalu utk Tia & Harraz aku mmg x ingat dh..hahaha..anak dah ramai mula la kelaut nk mengingat birthday semua dlm bulan islam kan..parah!
Apapun utk si kembar, ummi sentiasa berdoa korang berdua sihat & cergas sentiasa mcm sekarang, always happy and active. Semoga Allah lindungi korang, memberikan rezeki berpanjangan dan menjadikan korang anak2 yg soleh utk ummi dan abah. InsyaAllah..aminnn..
Milestones dorang...lama kan aku x tulis perkembangan budak2 nih..
-masih lagi x lancar bertutur. Baru 1 ke dua ayat. Aku plan nak bawak dorang jumpa speech theraphy. Belum ada kesempatan sbb abahnya bz outstation. 
- even x lancar bercakap tapi dorang faham setiap apa org cakap & bertindak ikut arahan dan yg bestnyer Tia paham apa dorang interaksi..dan selalu jadi translator x berbayar aku & lokman..hahah..such a good sister and kepochi boleh tahan gk tu. 
- belum lagi diaper free as aku blum ada kekuatan nak menghadapi kerenah terkuncil bersepah2 sbbkan dorang x berckp dgn lancarkan..tp aku dh start bg hint kt dorang supaya pee & poo kt toilet je mcm Tia. Dengan lajunya dua2 menggelengkan kepala..haaa kauuu..xnk berckp pun bg signal laju tau!tanda dorang xmau..bertuah punyer anak!maybe next year aku train. Or tunggu haraz boleh berjalan..insyaAllah.
- berat badan dorang baru 13kg plus plus. Dah lama aku x bawak dorang g bt check up..huhu..kesian dorang.sorryyyyy guys, ummi mmg serabut sgt lagi2 sejak abahmu kerja luar aje berminggu2. 
-makn munu champion tp ikut mood tekak. Ada masa mkn byk sampai lenguh tgn nak menyuap & menunggu, ada masa mkn sesuap dua aje pastu sambung main. Yg pasti minum air manis mmg dorang suka. Air masak tu mmg jenuh kena paksa. 
- dorang syg harraz. Minta tlg jaga ok la..bila harraz buat benda dorang rasa salah cepat2 dorang panggil aku. Tapi dlm pada sayang tu kuat gk membuli. Part nih aku pening. Dorang suka amik puting harraz, suka sakat2 dia..tp harraz cool gk..siap sengih2 lg bila kena kacau. Aku yg serabut..hahaaha
- dorang dua minat dgn kereta & ultraman, still...kali ni tambah lak dgn Superman & Batman sbb abahnye beli kan baju tido costume tu..huhu..then if tgk youtube mintak nk tgk 3 benda ni jer la..yg pelik kartun lain xde lak extrem sgt mcm ben10 ke, dinasour ke, etc..mungkin sbb kat rumah nii xde channel Disney tu..kekeke..balik2 tgk ceria..sampai dorang tiga lebih suka layan cerita2 drama melayu kanak2 tu..strawberi karipap la, puasa oh puasa la, geng bas sekolah..hahaha..jiwa kemelayuan sungguh!
- ok kena stop, harraz dh bgn. 

Happy 3rd birthday my little heroes! Ummi, Abah, kakak Tia & adik Harraz love loveeee both of u dunia & akhirat..be a good boy ok. Xoxo





Monday, June 2, 2014

Cerita terkini...

Hi, Assalammualaikum..
Lamanyer tak buka blog..bukan blog aku jek, blog korang yg lain pun xdapat nk baca. Seriyess rindu nk baca blog bloggers yg aku follow..rasa dh mcm dlm dunia sendiri jek..part seronok baca blog org sbb dpt tgk life harian org lain & bila baca benda2 baru nih rasa bertambah ilmu yg baru..
Tapi xper..InsyaAllah ada masa aku g blog korang eh...ngehngeh
Cerita terkini aku dan famili...
Si baby harraz dah 7 bulan setengah. Dia still belum merangkak..komando je dh laju..dari hall sampai pintu utama dia dh boleh pergi. Manja sesangat..dah susah nak tinggal main sendiri. Nak berteman aje plus dah xmau org yg x familiar. Aku dah stop breastfeed dia dah..kuat sgt minum susu tp susu badan x banyak. Susu badan depleted since lokman kena outstation 2minggu. Aku penat & stress uruskan anak2 dgn keje opis yg byk sampai xde masa nak pergi pump. Stok susu badan mmg dah lama habis. Aku bergantung pd daily pumping. So bila stok daily x byk, Harraz byk minum FM dan lama2 dia refused direct bfeeding. Dia main2 je bila aku bg direct bf. Last2 masuk je harraz 7 bulan aku bg fully FM. Aku bg Karihome. Setin tu tahan 4-5 hari jek. Sekali minum 4oz, dan dia demand for every 2 hours. Haaaa, banyak kan?mengucap jugakla time bancuh susu dia tu..huhuhu..tak ape la janji dia sihat. 
Last month bwk Harraz pergi Klinik, ambik injection utk 5 bln. Now injection utk 5 bulan dah combine skali dgn 6 bulan. Kira dah jadi 4 serangkai la. Since Harraz dah 7 bln aku ok la. Alhamdulillah dia x demam. 
Si kembar nak masuk 3 thn dah bln 8 nnti. Baru stage nak belajar bercakap. Huhu..dorang mmg xreti bercakap, cuma paham la apa kite ckp. Dorang makin melasak..hari2 asyik main lawan2 ultraman aje. Aku yg pening. 
Si kakak Tia dah makin anak dara. Dah boleh tinggalkan dia kat mil.mulut becok & dah pandai jaga adik2. Such a luvly big sister. Proud of them! Xoxo



Tuesday, March 18, 2014

Eldest princess 4yrs & Little soldier 5 mo

Assalammualaikum..
Lama sesangat tak bersiaran nih.ini pun gigih update guna iphone. Huhu
Sejak beranak 4 ni memang tak berkesempatan nk buka blog. Nak blogwalking apa ntah lagi..mmg takdooo..rindu nk baca blog korang2 semua..huhu..terasa aku dlm dunia sendiri aje bersama famili..hehe
Update latest pasal anak2..haaa yg si kecik tu dah 5 bulan dah..semlm genap 5 bulan. Last 2 week dia admitted Kjmc sebab Acute Bronchitis. First time anak aku masuk hospital..dia demam mlm 2 hari pastu selsema batuk tahap teruk sampai dgr wheezing nyer.bawak pergi pakar, kena buat neb. After sekali neb result tak baik, terus doc tahan 2 hari. Alhamdulillah now he's getting better. Berat dah 6.5kg, masih lagi menyusu badan tapi aku dah campur dgn karihome..hahaha..pengeluaran susu badan tak berapa lancar sbb stress & penat dgn keje2 harian, tak dapat nak mencapai permintaan si kecik ni, sekali minum boleh cecah 4oz. Huiiiii..badan pun bulatsss..tp harap aku leh breastfeed dia sampai setahun ke..insyaAllah

Si kakak pulak 14 March lepas genap 4 tahun. Kakak belum sekolah tadika lagi. Aku tak ready nk hantar dia skol plus nak handle kids yg lain. So aku decided hantar dia ke playgroup under Alimkids. Tengok instagram kawan aku update anak dia kt playgroup buat aku terbuka hati nak exposekan dia dgn suasana sekolah. But not as a full time, just for 2-hour session..mingle around with other kids & teacher. Buat art activities, ada nyanyi2, kenal huruf abc alif ba-ta, story telling etc. seronol tia dapat masuk skol. Minggu pertama je malu2, masuk minggu kedua dah berani duduk depan2 teacher. InsyaAllah harap next year dh boleh ke sekolah tadika tanpa masalah. 

Si kembar masuk 3 tahun this year. Masih lagi tak pandai bercakap.huhu..aku dlm process mengajar dorang bercakap..risau gk..if next year takleh bercakap kena hantar speech theraphy la. Hope dorang ok. Yang lain makin aktif & bijak..hehehe..chaos satu rumah dgn dorang. 





Wednesday, January 1, 2014

Happy New Year!! Hello 2014!

Hi...
Lagi sejam nak masuk 2hb Januari 2014. Gigih ni nak update blog sebab nak ada entry untuk hari pertama tahun 2014.hahaha poyo x? 

Apapun Selamat Tahun Baru!!

Aku dah takde masa nak update blog sebab askar2 kecik aku perlukan perhatian lebih dan aku dah mula kerja dengan job scope yang baru..banyak nak kena belajar..ehhh masih lagi dengqn company lama, cuma sejak aku tukar department pertengahan tahun lepas aku still belajar benda2 baru, on going learning process giteww..so nak update blog kat opis memang dah susah..huhu. Apapun aku try update cerita anak2 bila aku rasa nak catit dalam blog sebagai kenangan sepanjang hajat..seronok bila baca balik cerita2 lama yang pastinya banyak dah aku tak ingat. Lagi2 lepas bersalin kali ke 3..banyak wayar2 dalam dah short circuit..kekeke..

Tahun 2013 banyakkan kenangan manis berlaku..lagi2 dapat sorang lagi hero kecik, akhirnya dapat tukar department yang tetiap tahun aku impikan tapi tak berani nak apply, hehe. Dua benda ni sudah cukup memberi impact yg sangat besar dalam kehidupan seharian aku..Alhamdulillah, syukur atas nikmat dunia yang Allah berikan..

Azam untuk tahun ini...hurmmm...takut nak berazam lebih2, cuma lebih untuk kepuasan diri sendiri..menjadi Ummi yang lebih elok & penyabar, hahaha yerla, asyik meroyan sawan aje dgn askar2 kecik aku..penat jugak weyy!! Kesian kat dorang dapat Ummi macam aku nih..haha. InsyaAllah nak jadi lebih baik dari dulu demi Allah taala..aminnnn..

Semoga kehidupan akan datang mendapat keberkatan dari-Nya & semoga menjadi hamba Allah yang lebih baik..InsyaAllah ;) 

Xoxo 
FiraHamzah







 
Blog Template by Delicious Design Studio