Saturday, August 16, 2014

Bayou Theme Park, Melaka

Harini tetiba ada mood nak update blog. Kes sebab duduk rumah sahaja, Lokman kerja luar berminggu-minggu jadinya xdapatla nak beraya open house rumah kawan2..sob sob..jeles tgk kat fb kekawan beraya sini sana, aku duduk rumah dengan anak2 aje. 
Takpela, anak2 tetap pandai enjoykan diri walau duduk rumah 24jam pun. Aku jela kan yg penat melayan..haha
Eh nak cite ringkas pasal trip ke Melaka cuti Raya lepas. Destinasi ke Bayou Theme Park, 3 hari 2 malam. Kiteorang duduk kat Apartment Service Amari, ada dua bilik, hall yang luas, meja mkn, pantry, 2 bathrooms, balcony. Cukup selesa & bersih. 
Dapat 4tiket dewasa ke theme park dgn breakfast free. So selama 2 harila budak2 ni nk ke waterpark tu. 
Waterpark kira okla jgk..bukan budak2 je seronok, bapak budak pun seronok naik slides air pusing2 tu..cuma waterpark dia xdela macam Sunway Lagoon ada ombak2 dgn permainan air yg pelbagai..bolehla utk sejam-2 jam main bg anak2 aku yg kecik2 tu. Dorang dh menggigil kesejukkan barula nak naik bilik. 
Petang2 round bandar melaka. Singgah 2-3 tempat aje..malam pertama pergi makan seafood kat Umbai. Malam kedua tapau aje mkn kt apartment. 
Okla short trip Raya, nak spend time dgn famili & bg anak2 seronok berjalan jauh. 
Alhamdulillah..












1 idea?!:

Munirah Mohd Ali said...

tulis selalu2 plsssss..... rindu nk baca tauu. kekekeke :p

 
Blog Template by Delicious Design Studio