Selsema & batuk Tia makin teruk. Dah masuk 3 minggu kot..or lebih. Aku dah tak keruan biler tengok hingus dia meleleh lagi lepas 3 hari kering. Ingatkan dah sihat si kecik nih lepas dah tak dgr batuk semua. tapi weekend lepas aku lepak umah Abah aku. Siang tu panas giler, so aku tidokan Tia aku pasang la air con. Esoknyer terus selsema balik..Aduhhh...campur pulak dgn batuk2 yang kedengaran kahak tersekat.
Isnin malam aku terjaga pukul 4pg, rasa badan dia panas2..pastu merengek sebab tak selesa. Aku tak lena tido lepas tuh. Terus hari Selasa aku amik EL, bawak Tia g KJMC. Dah takleh dah g klinik biasa, sampai ubat abis sebotol pun selsema batuk tak kebah lagi.
Kawan aku, Erin yang teman. Lokman kena attend training kat KL. Aku pun tak tau doc pakar kanak2 tuh, terus ajak kawan aku teman sebab dia dah biasa dgn doc tu. Aku jumpa Dr Syed Nazir. Oh sebelum masuk tuh g timbang berat Tia.
Berat dia masih lagi 6.4kg. Dah umur setahun dah si Tia nih, tapi berat tak cecah2 angka 7kg. huhu, pelik gak aku nih. Tapi kalu tengok baju yang dia pakai tuh dalam kategori 3-6 bulan, aku dah bajet, berat dia memang la tak naik banyakkk..mentenn halusss.
Doc tanyer background kesihatan family, dia tanyer husband aku smoking ker, ada asma ker, kat umah ada carpet tebal ker, husband kurus ke gemuk ker (aku cecepat jawap husband bulat & buncittttt dokterr!!) hahaha..memacam lagi la..
Sebabnya dia cakap anak aku kategori Lung Sensitive ( simptom asma ada gak, tp blum lagi stage tu..). Tak boleh terlalu sejuk, takleh kena habuk. itu pasal dia selalu batuk time malam/tengah malam. Iyela ,si kecik tuh takder lemak langsung! cmner la tak tahan sejuk, patut la setiap kali on air con aje terus dia flu. huhuh..al kisah anakkkk sulung ku ini..jimat la kiteorg nih tak nyah pasangkan air con dlm bilik dia nanti, tak nyah hantar belajar oversea..heheheh..dok la bawah ketiak aku nih haaa..
Then doc komen gak pasal berat badan dia. Dia ckp tia kurus/ringan sangat. by her age, tak patut la still 6kg. huhuhu..tengok la mak dia doktor oii. So dia suggest tukar susu. Dia sarankan Pediasure. Mak aihhh, mahal tu..ingatkan dah masuk setahun nih leh jimat duit susu, tapi silap rupanyaaa..so aku ckp la doktor tu susu mahal tuh..hehe, terus la dia kasik aku dlm 20 paket sample susu pediasure. hahahahaha..terbaikkk!! lepas balik hosp aku kasik Tia minum, memula tak mau, lama2 abis jugakk. Malam tuh usha harga kat Speedmart, takder dlm kotak, just dlm tin 900g RM60++. tak sure exact price. huhu, itu terpulang la pada Lokman cmne..try sample2 tuh dulu, if rasa ada perubahan pada berat badan tia, then leh laa belikan susu nih. Untuk kesihatan dia jugak kan..takperla..jgn berkira pasal kesihatan anak kan..tak elokk, tanggungjawab kite tu untuk bagi terbaik kat dia. InsyaAllah.. :D
Dah settle jumpa doctor, turun bawah buat nebulizer (click if nak tau ape itu nebulizer). First time buat Tia macam behave aje. tak nangis, tak buat ape..layan stimmm aje sedut gas sejuk tuh..hehe..2nd time buat malam, dtg hospital blk g ke emergency area tunjuk doctor punyer surat, then buat lagi dlm 10 minit. 2nd time nih Tia dah mula nak mengulat. Dia rimas kot..jenuh aku kena pegang tgn dia kuat2, sebab dia nak tolak benda alah tuh. Malam nih & lusa kena pegi lagi. Semoga ada kesan yang mujarab la. Ubat pulak berbotol2 doc kasik. Adala dalam 4 botol ubat (cair kahak, paracetamol, etc) dah illiadin -ubat titik masuk kat hidung & salt spray. nasib baik Tia jenis leh makan ubat. Aku tunjuk picagari tu aje kat mulut dia, terus dia standby nak sedut/telan ubat2 tu. Total bil kena RM284. haiyakkkkkk!!! bengkok terus kepala lutut Ummi..hahaha..tapi puas hati la sebab doktor check elok2, kasik ubat yang baik & good consultation.
Next week kena pegi jumpa doc lagi, nak tengok perkembangan dia cmne..huhu, semoga Tia cepat sembuh!!! jangan lagi sakit2, nanti Ummi tak leh tido lena malam2.. dan lepas nih aku kena make sure dia tido pakai baju lengan panjang & stokin (alasan nak shopping baju anak lagi la nih..hehe). Kipas pun buat slow aje. Max 3 speeding. kalu abah dia rasa panas, sila tido luar..hahaha..
get well soon dear! :)
tido kesakitan - tangan pun kat dagu..sakit btul la tuu..