Jumaat lepas aku amik EL. Tetiba aje jadi pulak program aku ke Kedah untuk menghadirkan diri ke Majlis Persandingan kawan baik aku, Nana di Alor Setar. Aku dah rasa badan makin sihat & mabuk2 dah kurang, so rasa2 nya gagah la nak g Kedah tu. Aku suruh Lokman amik cuti terus. Nasib baik approved cuti dia even last minute apply. hehe~
Aku nak g hari Jumaat tuh sebab Jumaat malam si Nana ni buat Majlis Berinai, di mana dia akan duduk atas pelamin dengan baju songket. Hari Sabtu tu pulak just makan2 aje, takder berarak. Ye la, setiap orang ada plan masing2 kan untuk majlis kawen sendiri. So macam lebih baik aku g dua2, dah aku tak dapat g Majlis Nikah dia bulan 1 harituh kes mabuk2 teruk.
Cuaca kat Kedah tuh tengaharinya panas terikkk, berpeluh sakan si kecik. Tapi asal petang aje hujan lebat bukan main lagi. takleh nak g mane2. Kiteorang check in kat Holiday Villa, tengah2 bandar Alor Setar, lagipun bercantum dengan shopping mall diaorg, so senang nak berjalan2. Aku pulak dapat rate panel hotel company, even cuti sekolah still dapat harga panel. hehee..jimat la skittt..
elo semua, Tia nak jejalan nih..
kawan aku ,Erni & Miqael tumpang sama time pergi.
Si kecik excited bukan main dapat masuk hotel. Satu bilik dia pusing2, sampai toilet pun dia nak masuk. Lawak btul! lama giler anak aku tak berjalan2, gara2 Ummi dia tak sihat. Last pergi holiday masa Raya tahun lepas, pergi Fraser Hill, itupun Tia kecik lagi, tak tau ape. Sekarang dah pandai jalan sendiri, bukan main lagi syiokk dia. Tapi yang lagi lawak bila tengah malam dia merengek2 sebab kesejukkan. Anak aku nih tak tahan sejuk air con. lagi2 dia selsema lagi kan. So aku suruh Lokman letak paling minimum la air con tu, aku siap kasik dia pakai stokin & selimut, tak jalan jugakk..cian si kecik, takder lemak...kesejukkan..hehee..finally pagi tuh aku terus off air con. Baru la dia ok.
Breakfast di Holiday Villa
Si kecik bersantai atas katil sambil makan kopok
Hari sabtu, before pergi kenduri, kiteorang singgah Pekan Rabu dulu. Then, lepas aje g kenduri kawan aku tuh terus gerak balik. Memula plan nak extend lagi check in kat Alor Setar, tp Lokman terpengaruh dengan kawan2 dia (thru BBM), jgn stay Kedah lagi, cos takder tempat menarik nak pegi, so kiteorang gerak ke Penang. Aku penah g Penang nih sekali aje, masa zaman belajar. Bagi pendapat aku, Penang nih complicated bab jalan dia. Dah la kebanyakkan jalan ada sehala, pastu takder sign board jalan..dengan pemanduan orang2 Penang amat membahayakan, sesuka ati diaorg aje nak redah, boleh sakit jantung duduk lama2 kat sana.. dengan kiteorang yang tak familiar dengan tempat nih, terus singgah Shopping Mall diaorg - 1st Avenue, sebelah Prangin Mall aje. Parkson tengah sales, so sempat lagi nak shopping. Plan asal nak stay 1 nite kat sana, so beli la baju/seluar bagai. sebab aku tak bawak baju si kecik & abah dia lebih. Bawak ngam2 nak tido semlm aje. tetiba abah dia nih tukar plan.
Kepanasan di Pekan Rabu
Si kecik kepanasan, aku bukak baju dia. Terus lena |
Lepak minum dulu. Si kecik main air sampai basah baju
Tak larat nak dukung si kecik, terus belikan kasut baru untuk dia. Excited pulak dapat kasut
Dah make over..hehehe..serba serbi baru
Dah nak malam tuh, baru la kiteorang terhegeh2 nak cari hotel. Nak cari hotel murah2 aje..sebab aku tak tau hotel mane kat Penang nih under panel company. Lokman plan nak g Tune Hotel aje. Tanyer receptionist tuh, semalam RM90 aje, tapi takder air con dan takder TV (receptionist tu kata lagi, if nak tengok tv, kena bawak sendiri la tv. bodo punyer receptionist, ada ke kata mcm tuh kat customer?!)..tu yg paling Lokman takleh terima akal! hahaha..sebab mlm tuh dia nak tengok bola. Terus dia emo, dia kata balik KL terus aje laa..PULAKKKKKK laki aku nih! Aku ikutkan aje la, aku pun dah penat nak pikir/cari hotel lain dah. dengan jalan tak tau, berpusing2 satu georgetown tu cari hotel bagai, benda tak plan awal kan..so mmg takder mood la. terus la keluar dari Penang pukul 7.30malam.Singgah makan kat R&R aje, itupun makan KFC. Hujan sepanjang jalan..scary gakk, dah la jalan gelap. Tia kepenatan, tido aje dalam keta. Lega aku, leh arr aku pun rest. Sampai rumah pukul 1.30 pagi. Hari Ahad menepek aje kat rumah, berehatttt...
Apepun, seronok sangat dapat berjalan bersama2 family. First time jugak aku berholiday bertiga aje, selalunye dengan family besar. Satu pengalaman yang menarik. Dan rasa seronok dapat pergi kenduri kawen kawan aku tuh, makanan best & doorgift dapat banyak!
Dan happy dapat singgah lagi ke Kedah, negeri yang aku penah duduk selama 2 tahun (menjadi orang utara dan belajar slang/bahasa utara selama 2 thn)..hehe, rindu dengan kenangan lama.. :)
Dan happy dapat singgah lagi ke Kedah, negeri yang aku penah duduk selama 2 tahun (menjadi orang utara dan belajar slang/bahasa utara selama 2 thn)..hehe, rindu dengan kenangan lama.. :)
Meninggalkan Penang..next time la pegi sini lagi. with proper plan.
nota kaki: pix dengan pengantin nnti aku masukkan kemudian. dekat bb si Lokman pulak..hehe..
0 idea?!:
Post a Comment