Tuesday, May 31, 2011

Birthday Girl Photos

wooHooo!..aku dah berjaya collate photos..hope tak kecik sgt untuk di lihat..hehe..
byk sgt gmbar di amik, tapi tak daya nak masukkan semua..korang pun sure boring ajee..hehe. So nak simpan dlm blog buat kenangan..next mth ingat nak g cuci kat eoe online. nak tgk mane yang elok dan tak elok. nak buat 1 album khas just for her birthday party celebration. Aku sangat excited sebab aku takder gambar celebrate besday masa kecik2..gambar kenangan dgn arwah ibu aku mmg tak banyak. sangat tak best! huhu. So for my daughter aku nak kasik mane yang aku termampu la kan :)









For my luvly daughter, Tia Zahraa,

I hope u like it! Ni aje Umi & Abah termampu buat..hehe, tak dapat buat kat hotel/restoran, takder clown, takder indoor games, hurmm, memula dulu Ummi plan nak buat sand art area untuk tia dan kawan2 main, tapi dah last minute & bajet pun tak cukup..so ada makan2 aje la yerr..
My pray for you, semoga menjadi anak yang solehah, tak degil2 dan dengar nasihat Umi & Abah selalu..we love u always..muah muah

Love
Umi Fira & Abah Lokman

Postponed check up

Supposely today I have the appointment for registration & check up at PPUM, but becos of my GL tak siap lagi sbb budak HR tuh tak inform yang dia cuti selama 3 hari, aku pulak busy sgt terlupa nak follow up dgn HR semlm, gara2 pergi pre site visit ke SIRIM sampai petang..bila nak balik dah baru teringat GL aku tak siap. Plus harini ada meeting lagi...adehhh, kepala serabut, badan penat, perut berat..huhuhu..

Aku call PPUM mintak delay. ingat esok leh pegi, tapi jadual diaorg dah penuh sgt. New date will be on 14 June 2011..wahhhh, lama la aku tak check up si kembar nih, semoga mereka kekal sihat kat dalam perut yg makin berat nih. InsyaAllah...

Baru aku perasan, 14 June tuh pun appointment yg sama dgn 4D scan..aiyakkkk, aku kena call balik Vision College tuh nak tanyer pasal harga. Sebab hari tuh dia cakap RM90, tapi aku lupa nak ckp aku expecting twins, so sure harga lain kot..huhuhu. Kalau mahal sangat, idakk lerr aku buat. Baik la duit tuh aku beli barang2 keperluan si kembar nih haaa..

OKla, nak sambung buat keje, jap lagi aku buat entry lain pulak ek..bubyeee :P

Monday, May 30, 2011

1st Party Bash Tia Zahraa!

28 May 2011 (Saturday) was Tia first birthday party. Kiteorang buat kat rumah sendiri aje. Just invite kawan-kawan rapat and family.

Hari Jumaat aku amik EL, sebab macam banyak aje nak kena prepare. Kiteorang pergi Tesco extra utk beli barang2 kering. Hari khamis Lokman dah pegi Pasar Borong beli bahan basah. MIL & adik2 ipar akan jadi chef besar pada hari tuh. Menu utama buat Mee Kari dan roti jala. Makanan sampingan benda2 goreng aje like koktail sosej & karipap. Pastu candy buffet aku buat sendiri & order cake dan cupcakes kat kawan baik aku, Lya. Dapat lolichocs free dengan dia. hehe..tu yg best ada kawan buat bisness bakery nih. Thanks to Lya. Dia takder blog, tapi leh cari liyana harun dalam FB. Harga dia letak amat la murah berbanding orang lain. Aku yakin, sebab aku dah survey2 tempat lain before order.

Pepagi sabtu tuh kiteorang dah bangun siap2kan bahan utk memasak. Lokman pulak g umah abah aku amik meja makan panjang. Dah lama tertangguh nak amik, ni sebabkan party nih baru la rasa nak amik. So dari pagi sampai la pukul 3pm baru la keje semua siap. Seriyess aku dah penat giler dah masa tuh. Nasib baik orang start datang pukul 4.30 ptg. last tetamu balik pukul 11.30 malam okkkkk..kawan2 baik aku (UiTM S.A) yang paling lambat balik, sebab ada yang dari JB lagi, sekali dengan family aku. Birthday girl pun ikut sama main ajee, taknak tido langsung even mata dah sepet2. Dia paling seronok kottt, dapat perhatian ramai. Tu yang mengediks lebih! haha..

oh konsep party konon Minnie Mouse..hehehe :P


Tetamu terawal sampai. Cik Adie & tunang dia. Kawan baik Lokman masa sekolah menengah. Thx Adie!

Main table food. Mee Kari, Roti Jala ,Karipap goreng (home made by MIL),
Sosej rebus, Dadih (SIL), Tembikai, cake

Candy Buffet, deco buat sendiri. hentam aje laaaa..
Ada Jelly stick, cokelats, mini cupcakes in 3-tier plate, loli-chocs, nata d coco jelly, candy
Additional dessert: Dadih & Ais krim Malaysia perisa Milo & Sirap Bandung

Minnie mouse cake & cupcakes. Cepat melt sebab topping dia cream biasa aje, tapi dalam dia choc miost yang lembut..sedapppp..tinggal suku aje tuk aku simpan dlm freeze. :P

My birthday girl! hepi 1yr and 2 mths! Luv u girl!

Birthday song plsssss..Aqish pulak yang excitedd..tia buat muka blurr..haha

si kecik nak potong kek sendiri

haaaa, habisss di tikamnyerr kek dia tu..adehhh!
Separuh dari kawan2 yang datang Thx all!
Kawan2 UitM aku..pukul 11.30mlm baru balikk

Haaa, lya tuh yang sebelah aku (pakai tudung purple tu)

yang ni kawan baik paling lama, since sekolah menengah - form 1
thanks korang! muah muah!! :P

Dah malam, tetamu dah kurang..banner "happy" pun dah tercabut..hahaha

hadiah utk Tia. I likeeeee!!
Terima kasih semua..rezeki Tia lagi kali nih..

Thanks to kawan2 Ummi & Abah yerrr..tahun depan Tia nak lagii..hek hek hek

ni aje la gambar kiteorang bertiga yang sempat di amik.. :D

nota kaki: gambar lain akan di masukkan di lain hari. nak buat collate pictures, tp website piknic tu office dah block pulakkk..tak dpt nak edit pulakk..huhu :P

Fakta Sambutan Harijadi Tia:

  • First time celebrate besday anak, so aku mcm byk cari info dalam internet, rata2 dari bloggers la. Thanks to bloggers yg kasik info in celebrating birthday anak korang. secara tak langsung sgt membantu aku.
  • Paling excited aku nk buat yelah candy buffet, even takdela dpt buat mcm event planner tuh kan, tapi kira ok la..hehe. Kalu aku ada printer kaler, mmg la leh buat banner2, labelling & tag tu semuakan..tapi aku nih bukan budak art,takdo la semua itu. Beli gula2 & coklat kat warehouse ada, kat tesco extra ada..dua tiga bulan aku dah beli skit2. hehe. Nak tanye benda lain mane aku beli, bleh, sila tanyer :P
  • Segala deco semua buat tengahari tu jugak. Meja makan pun pasang terus.
  • MIL & SILs semua dah ke dapur seawal pagi, bergilir2 tolong-menolong, sampai MIL aku lenguh2 la satu badan..hehe. Sayangggg mama! :P Plus kena jaga cucu2 yang nakal2 termasuk la aku kena jaga Tia yang kejap2 nak berdukung la, nak susu la dll.
  • Paling leceh, bila ddk kondo nih, kena ada access card utk masuk ke lif, so nak kena jemput tetamu dari bawah la dan hantar balik pun kena tag utk buka pintu di lobby bawah. Penat turun naik la, jadi mangsa si Lokman.haha. ada gak aku turun amik/hantar kawan2 aku 2-3 kali je. Yang lain ada gak aku mintak tlg kawan aku g sambut.hahaha..
  • Lagi satu umah aku nih kocikkk aje..memang tak cukup space. So orang lelaki kena la bergossip di luar sambil2 tuh leh arr diaorg hisap rokok. Di dalam penuh dgn kawan2 perempuan aje yerrr. Sampai aku tak terlayan dah..sorry la pada kengkawan yang tak sempat nak bergossip lama2 tuh. Mak buyung nih kepenatan bergossip! haha..
  • Tia byk dapat cash dari kawan2, so kat situ gak suruh dia masukkan dalam Tabung Unta dia..hehe. Malam nih aku nak kira2 la, bila free leh g tabung haji, buka akaun utk dia. Dah penuh dah pun tabung tuh. Hasil menabung beberapa bulan.
  • Aku & Lokman semangat nak beli baju Minnie & Mickey MOuse, tapi cari merata tempat tak jumpa2, termasuk g Uptown kat Kota Damansara tuh sampai pukul 1 pg, last minute sgt, so mmg takder la kan, frust jugakkk..finally just pakai baju ikut tema ajela, nasib baik aku ada blouse pink polkadot & lokman pakai shirt hitam aje la. huhu..nasib baik sampat beli baju & skirt utk Tia. Tu yang penting! :)
  • Lastly, sampai sekarang aku masih lagi rasa penat & kaki rasa lenguh2..sampai jalan pun dah tak btul. Aku risau gk keadaan twins nih, sbb kurang aktif dalam perut nih..mungkin aku penat sgt kot. esok nak g check up kt PPUM. Hopefully semuanye ok.
  • Setiap majlis sure ada yg spoil kan, majlis kiteorang nih pulak by malam aje Kari Ayam dah basi..huhu, kes lokman tertutup penutup bekas kari masa masih panas. So bykla lebih roti jala & mee kuning tuh. Aku kasik tapau aku utk family aku without the curry, pepandai diaorg la nak beli kari kat kedai mamak nanti.haha..nasib baik malam tuh tinggal kawan2 dua tiga kerat aje & family, so takla rasa kalut. Just diaorg tak dpt la nak makan for the 2nd round.huhu, balik rumah sure lapar tu. Sorry bebanyak geng!
  • ok semua, thx sebab memeriahkan majlis harijadi Tia thaun ni. Panjang umur kita jumpa lagi tahun depan :P Lokman dah tanyer dah next time nak buat makanan ape pulakk..aikkkk, over pulak mamat nih. haha

Thursday, May 26, 2011

Health Talk with Blackmores - Cara Menjaga Jantung Anda

Hari ni aku kena arrange satu lagi Lunch Talk program. This around time, we invited speaker from Blackmores. ala, yang supplementary pils kat farmasi/hypermarket tuh, hehe. Dah jemput orang kesihatan, so talk pun pasal kesihatan la. Topik kali nih adalah "Managing Heart Health Naturally" by Ms Monitar Tan - Naturopath & Health Trainer.

Komen aku, bagus gak talk kali nih. tapi sebabkan aku bz uruskan meja VIP for Lunch so aku tak berapa focus dgn talk dia..huhu. aku kasik tips2 yang speaker nih bagitau tadi ek. Yang mana aku ingat la..hehe. Dia takder la cite cmne nak jaga Jantung kite, more pada blood sugar control which is related jugak kan dengan kesihatan jantung & overall.

Info yang aku dapat:
  • 30% of the total number of medically certified deaths in government hospitals in Malaysia are attributed to cardiovascular diseases
  • Ada 2 jenis kolestrol dalam badan kite, ada kolestrol baik dinamakan HDL - dia baik sebab carries cholesterol back to the liver, and kolestrol yang tak baik di panggil LDL sebab kolestrol nih effect tisu badan kite (carries cholesterol to the tissues).
  • Makanan yang tidak elok utk jantung seperti salty food, junk foods, packaged food, fast food, saturated food seperti pastries and pies, full-fat dairy, processed meat etc.
  • Cara nak tau jumlah pemakanan yang elok utk badan kite, or yg sesuai di amik sekali makan adalah dgn menggunakan tapak tangan kite. hehe. So portion utk nasi mesti sebesar tapak tangan kite aje, begitu jugak dengan portion utk lauk2, setiap satu. Paham tak? hehe. Bajet2 la makan tu..jgn banyak2..hehe. Kalau nak makan kacang pun, tak lebih dari 2 genggam sekali makan. Kira dia cakap, takper sekali sekala makan benda junk food/fast food nih tapi ada limit dia. Sebab badan kite pun perlukan salt & sugar gak. :P
  • Pasal exercise pulak, sehari spend about 30 minutes brisk walk. Jalan dalam keadaan yang sederhana laju pun ok, as long bukan berjalan biasa tu (ala2 model tuh), hehe dan dengan kasut yang rata & selesa. Bukan pakai high heel yeee kawan2. Terpeleott ko nanti!
  • Setiap orang memerlukan supplement food/or pils, lagi2 yang dah berumur 30 tahun ke atas. Sebab makanan yang kite amik tak guarantee 100% seimbang, so supplement nih utk support pemakanan kite & meningkatan metabolisma badan jugakk.
  • Kalau yang vegetarian tuh, dia suggest makan pil Oil fish.
  • Kalau sesape suka minum teh o ke, cara elok utk mengurangkan kafein dalam badan yelah dengan menggunakan tea bag tuh berulang kali. So once dah guna sekali, simpan tea bag tuh balik, jgn la ko pergi simpan dalam bekas tea bag yang sama, letak la dalam tupperware kecik ke, then biler nk refill lagi teh tu, guna la balik tea bag tuh..hehe. jimat & baik utk kesihatan! :)
  • If minum nescafe ker, lepas tuh kena minum air masak dengan banyak utk remove caffein dalam badan tuh haaa.
haaa, tu aje aku ingat. sorry tak banyakk info leh kongsi, tapi hope skit sebanyak leh membantu. Ni just basic aje kott.. :P

If korang nak tanyer pasal supplement mana yang sesuai utk korang or family ker, leh email kat Ms Monitar nih monitar.tan@blackmores.com.my. Bagus dia nih kasik talk, fasih jugak berbahasa melayu, then talk dia kasik is free! initiative company sendiri la nak kasik berapa. hehe..sebab tak syiokk la tak kasik ape2 kan, nak2 pulak Blackmores nih siap kasik goodie bag untuk participants. Sengihh aje staff2 sini dapat goodie bag tuh.

Ok, aku dah penat. Aku kena uruskan set meja VIP for lunch sampai bekas lauk pauk pun aku kena hangkut dari rumah. Pagi tadi lambat kuar umah, tertinggal bekas2 tuh. Nasib baik Lokman tak keje harinih, mintak tlg dia hantar kat opis aku.heeee~

Next month ada lagi satu talk. Nak invite DEMC kasik talk and blood donation activity for staff. Semputtt aku!!

Talk kali nih ramai pulak yang interested. Dalam 70 orang

Lunch pack for participant. Aku order Nasi Tomato

Our goodie bags!

Dalam goodie bag ada sample of Vitamin E and pamplets. Yang best sebab bag dia jenis kain, leh bawak jalan/as grocery bag la lepas nih :)
Big thanks to Blackmores Sdn Bhd!!

nota kaki: Lepas aje talk nih abis, perut aku terus menegang!! sebab berjalan/berdiri lama2. Cian si kembar..makan pun tak abis sebab penat sangat.huhu~

Birthday Celebration again?!

Okkkk, aku baru perasan dah 2-3 entry aku cite pasal birthday celebration aje..hehehe. Nak buat cmnoo, memang musim birthday orang ke, or aku je yang takder keje lain. Asyikk nak celebrate besday orang aje..sebab leh makan free! weeeee..

Kali nih aku nak cite pasal birthday adik lelaki aku. Birthday dia jatuh pada 16 May, sama dengan Hari Guru, nasib baik la dia bukan cikgu..kalu tidak, berganda la hadiah dia dapat dari anak2 murid..haha. 

Adik aku nih bawah aku 4 tahun. Sekarang umur dia dah 25 tahun. Still single mingle, takder gf, asal bercinta aje..putus. Siap bawak ke rumah kenalkan kat kiteorang GF2 lama dia. Siap ada tuh ikut kiteorang g bercuti la. Abah aku nak berkenan bagai. Aleh2 putusss jua..Mungkin sebab adik aku nih jiwang karat sgt kot. hahahaha. Takpela, bapak aku tak kisah pun if dia kawen lambat, enjoy time bujang nih dia kata. Kiteorang pun takder la nak paksa2 dia cari gf ke, kawen ker. Aku sendiri pun kawen lambat..hehe. Kakak sulung aku pun tak kawen lagi. Ok, fineee..

Haa, cite pasal celebration, Selasa lepaskan cuti Wesak Day..kebetulan adik aku pun balik KL (dia keje kat Kemaman), so abah aku mintak birthday boy belanja makan satu famili. Kira kena paw dalam tak sedar laaa..haha, pelik gak aku..birhtday boy kena blanje orang, last time birthday kakak aku, kiteorang tong2 duit but 50% abah aku bayar la :)

Adik aku ajak g Empire Subang, plan asal nak makan kat Restoran Serai. Ramai orang suggest makan kat situ, katanya sedap. Tapi takder la nak buat reservation ke ape, sebab budget macam tak ramai orang. Sekali pegi sana, giler full house! Siap ada orang beratur lagi nak makan kat situ. Heran gak aku, sedap sangat ke makan situ? Makanan melayu kite kan?? hurmmm..nanti satu hari aku nak try la makan sana.

Dah takder yang kosong, sebelah restoran Serai tuh ada Restoran Tarbush. Middle East Restaurant. Kosong la pulakk..so abah aku belek2 menu kat depan tuh, terus masuk. Malas nak pikir panjang. nak nak si lokman promote baik tempat nih. Kiteorang pun tak penah makan kat Tarbush nih kecuali Lokman. Lokman cakap sedapppp Nasi beriyani kambing dia.

Ok..mari masukkk...


ini dia Birthday Boy

3 Little Angels posing depan restaurant


aku tak ingat nih nama ape..Kebab chicken tawook kot,

Ini dia, Nasi beriyani Kambing. nasi seciputtt aje

Lamb Tawook

Si kecik makan kentang aje...tak stop2!

Bill pleaseeee..bapak aku jadi tukang subsidi lagi..hehe :P

Lepas makan, bergaya depan restoran..hehe

oh gambar aku & si kecik kena letakk :) haha

Overall, Restoran Tarbush nih kira okla, leh makan lagi kalau teringin makan makanan orang Arab. Harga pun not bad. Standard price. Sepinggan Nasi Beriyani tu dalam RM20++. Range harga makanan dalam RM15- RM25.
Birthday boy this time takder kek. Tetiap bulan makan kek pun boring gak.
Next month pulak (June) birthday adik lelaki bongsu aku pulak. heheh, wajib celebrate lagi. tapi tempat tak decide lagi.. Kasik lepas birthday party Tia dulu :D
 
nota kaki: Blog aku dah kembali normal, dah leh upload photos..yippieee!! so ni salah satu entry basi aku sebenarnyerr.. :D

till then. bubyeee!

Wednesday, May 25, 2011

No photos, no Blogging ...no Mood

oh tidakkk!!

aku takleh nak upload photos dah dlm blog aku nih. Tak tau la nape, sebab office aku dah block ke or mmg ada technical error. huhu. tapi if office dah block, sure la aku takleh langsung buka blogger website nih kan??

hurmm, sedikit musykillll nih..dah 2 hari aku tak berjaya upload gambar. Dah banyak entri basi dalam stor blog aku nih.tak best btul! Aku suka tulis entry then selitkan gambar2..baru rasa meriah & boleh la buat kenangan bila nak baca balik nanti. Tak syiookk la macam nih..

If nak buat kat rumah, broadband maxis akan jadi slow if aku upload gmbr byk2, lembap nak mampus sampai takder mood nak online. Maxis nih bile nak upgrade speed, semua benda dia charge. benci btul! (even bukan aku yang bayarla kan monthly fee nyerr..heheh)

Lepas nih mintak Lokman tukar wireless ke, streamyx pun okkkk..heheh..leh Yang??

ok la, nak sambung keje, takde mood nak update blog. Biarkan jadi pekasam entry2 aku tuh..huhuhu :(
tengah dalam mood nak celebrate besday Tia..memacam kena prepare/beli.siap kena amik cuti la lusa. Lokman lagi la excited, esok dah start cuti..hahahah :P anak bapak la katakan si kecik Tia tu...

Till then, bubyee!

Tuesday, May 24, 2011

Apsal ko MANIS sangat cik Macaroon??

Si Lokman terpengaruh dengan gambar macaroon yang di upload oleh kawan dia kat FB. Terus dia ajak aku pegi beli. Dalam fikiran aku memang dah agak laki aku nih buang tebiat agaknyaa..haha.
Nak nak aku tau si macaroon nih amat la manis makanannya. Aku tak pun penah makan, keh keh keh...tapi selalu aje baca bloggers tulis pasal Macaroon nih..maklumla manisan yang tengah hangat di pasaran! Harus la semua orang nak rasa kan? Actually aku pun memang teringin nak rasa, tapi bila nak beli aje, tengok harga nya secoett tu aje dah RM3.90 terus tak jadi beli. Dalam hati baik la aku beli roti gardenia sebuku tuh, lagi murah! haha..

So since Lokman yang nak belikan, aku apa lagiii...i will followwww uuuu laaaaa :P

Aku cakap kat Empire Subang ada. Then ahad malam harituh pegi la ke sana lepas Maghrib. Tak sabar2 si Lokman nih, tak sempat nk survey harga2 macaroon terus dia nak beli kat Chocolate World, RM3.90 sebijik. Mahal giler! Sebab aku penah baca ada blogger tuh tulis dia dapat RM2 sebijik makan kat Empire nih la. Aku pulak tak ingat nama kedai dia apa. Lokman cakap beli aje..then terus dia order sekali 4 bijik, lain2 filling. Aku cakap la banyak sangat tuh..sebab memang dah terdetik dia makan sure sebijik aje..hehe.cos Lokman tak suka benda manis2. Tapi mamat nih confident aje macam nak makan byk belinyer. aku diam kan aje la. haaa, bayooorrr la ko RM16 just for tiny miny little Macaroons tu.. :)

Then baru la kiteorang cari tempat untuk dinner. Makan kat Nyonya Colors aje la. Sementara makanan yang di order sampai, terus la mamat nih nak makan Macaroon. Sekali dia gigittt, haaaaaa....terkulat2 muka dia nak menelan!! hahaha, seriyesss aku tergelakkk. Tapi abis gak la seketul. Lupa filling ape dia amik. Aku try makan caramel. Seriyess sedap tapi memang la MANISSSS sangat..bagi aku still ok la, sebab aku memang suka manis2, tapi idakla sampai berketul2 aku leh abiskan. Komen aku personally..SEDAP la jugakkk..but takleh amalkan..hehe. aku prefer lagi cupcakes. Aku try kasik kat Tia, terus dia geleng..hahaha, budak kecik pun tak nak makan, sebab dia tengok muka bapak dia terkulat2 kot..hahaha.

Sudahnya, kiteorang makan sorang satu aje la, lagi 2 tu kasik MIL & SIL aku makan la kat rumah karang. MIL aku makan  satu pun terus demam orang tua tu..haha, lagi la lawakkk! Dia kata macam tersekat kat tekak aje macaroon tuh, tak daya nak menelan. haha, yang lawak, MIL aku dengan confident masukkan semua dalam mulut terus, nasib tak tercekik!! Lokman pulak gelakkan mak dia..haha, kurang asam btul! SIL aku makan segigit aje, pastu dia letak balik dalam peti ais. cessss..

So moral of story, jangan la mudah terpengaruh dengan orang..hehe. tak la, moral of story, jangan la membazirrrrrr, patut beli aje 2 ketul dulu. try rasa je dulu, if leh makan, baru la beli lagi kalu teringin. kan? kan? hehehehehe..

oh masa nak balik tuh, baru perasan ada satu kedai minum kecik nama Whisk. haaa, yang kat situ la jual macaroon murah. RM2 aje sebijik. Lokman dah kerugian RM8 malam itu..keh keh keh..sure tobat dia tak nak beli dah lepas nih. :)

nota kaki: Lokman berkata, " oh cmni rupanya rasa macaroon, i ingatkan macam rasa kek doraemon tuh (dorayaki kot)..hahahaha, terbalik bijik mata makan benda nih!" ~ statement takleh blah! :P

+ pic takleh upload la pulakkk..apsal ntah. next time la aku upload gmbar macaroon tuh.hehe

Monday, May 23, 2011

First time terjun swimming pool! yeayyyy!!

Pepagi ahad tetiba cousin2 Tia datang rumah. Si kakak isya, adam & balqis datang rumah Tia utntuk swimming kat pool bawah rumah. Before that breakfast roti canai reramai. 

Dah alang2 cousin2 Tia semua nak terjun kolam, aku pun suggest la Lokman bawak Tia skali. Tak penah si kecik nih masuk kolam renang. Masuk "kolam mandi" kecik tuh dah tak larat dah (baby bath tub). Skrg pun aku dah malas nak tadah air setiap kali dia mandi, aku kasik mandi direct guna shower aje. Senang! 
Kiteorang dah beli swims suit utk Tia nih dah lama dah. Dok elok tergantung aje dalam almari dia tuh. Pelampung pun dah siap beli. Sebabkan si kecik asyik selsema & demam, tu yang tertangguh aje niat. Umur dah setahun 2 bulan baru dapat masuk kolam renang..hek hek hek :P
Semalam aku tgk selsema dia dah kering, just bila pagi2 pukul 3am tuh dia ada batuk2 skit. Kena sapu vicks kat dada dia. So boleh kot dia masuk kolam, sekejap pun jadi la. Adik2 ipar aku pun leh tlg jaga dia dalam kolam. Mak buyung nih takkan la nak masuk kolam. takut aku!

Si kecik sangat sangat excited okk masuk kolam. taknak keluar langsung, even dah mengigil kesejukkan! tak padan dgn badan takder lemak, asal bawak kuar aje dia lari2 nak masuk kolam, nak main terjun aje. Berani sungguh. terkejut aku & Lokman tengok dia. Siap leh jalan2 lagi dalam kolam tuh. hehehe.. ok, layan piccas aje laaa..
 
Si kecik yang excited! :P

Aqish kiss Tia..menyempat lagi tuuu

Cousins together2

Mama Ana & Auntie Biha jadi tukang monitor anak2
Aku & Lokman monitor dari luar aje la

Sudah mengigil..tapi nak masuk kolam lagi tu

Happy scenery :)

Tia kena paksa naik, sepanjang dalam lift dia meronta2 & menangis nak mandi lagi..haihhh. Aku terus masukkan dia dlm toilet, mandi air panas. Baru dia ok dapat sambung main air dalam toilet pulakkk..heeeee..ape kess la si kecikk nih :)
Petang tuh bantai dia pengsan selama 3 jam! hahahaha..tau penattt. Lepas nih leh arr bawak dia g swimming tetiap minggu, leh aku rest selama 3 jam..haha

Thursday, May 19, 2011

"Nur Kasih The Movie"

Sape layan drama siri dia, angkat tangann!!?? :P


haha..hari nih movie dia plak kuar panggung. Mak mertua aku semalam dah cakap awal2, ajak pergi..hehe. tapi ntah bila la aku dapat pegi ek. Lokman kekonon volunteer nak jaga Tia, dia kasik aku & MIL pergi. haha, macam tak caya aje kan?? Siap nak tolong booking ticket & blanje skali la tuh konon.. :P

Sebab dia tau kiteorang semua freak dgn drama siri nih dulu. Tapi walau aku suka pun pada drama nih, last2 episod tuh aku tak follow okk..tak tau kenapa tetiba macam lost, tetiba aje cite tu dah abis..huhu. Aku lost jugak la ending cite tu camne..nak tgk kat youtube, internet rumah slow nak mampus! plus aku yang tiada masa memanjang nih..

Tapi bila aku baca comment2 orang yang dah tengok preview cite nih buatkan aku nak tengok kat wayang gak movie dia..aisehhhh..dah 2 tahun lebih aku tak masuk Cinema.hehe..seriyess tak tipu! Last time kekonon Lokman nak ajak tgk wayang, aleh2 beli DVD aje..huhu. Tinggal harapan aje la......

So korang, if jadi laaa aku tgk movie nih kat GSC/TGV ke, aku tulis entry pasal cite nih (semangat!). hehe..if aku senyap aje, sah la tuh aku takder masa nak pegi berlibur. kena jaga anak! :P tunggu DVD keluar aje la nanti..huhu

Sesape dah pegi tengok, leh arr kasik komen pasal movie nih. Best tak remy ishak & TZ tu?? romantik tak diaorang? wuargggghh, tak sabar gak nak tau nih!

* jeles pada sapa yang dapat tengok first day hari nih..lalala~

Wednesday, May 18, 2011

twins pregnancy : 23 weeks

MInggu ni dah 23 minggu.
Progress: -

a) Si kembar makin aktif, tak kiral a pukul berapa aje, tetiba aje rasa pergerakkan diaorang. Silih berganti, sampai kekadang tuh aku takleh nak buat ape. Macam sekarang, tengah rasa diaorang gerak dari sejam tadi, sekejap rasa belah kanan, sekejap belah kiri. Dioarang nih main lawan tendang ape.. :P

b) Makin sakit pinggang. Dah tak lena malam.huhu, semalam pukul 12 aku baru nak tido, itupun lepas sapu minyak gamat kat belakang, terasa sengal2...huhu

c) Dah berjalan macam "peguin" dah aku nih. If jalan laju, rasa sakit2 kat bahagian bawah. If duduk lama2 (esp kat opis), then nak bangun jalan pun rasa sakit. Tu pasal jalan macam peguin.

d) Nak mencangkung pun dah tak boleh. Sakit perut aku! (hehe, paham2 aje la bila aku cakap nak mencangkung tuh buat ape kan?)..hihi. So sekarang nih kena la duduk aje, dah sembelit2 dah aku nih. Nasib ada pengalaman masa berpantangkan Tia dulu, so dah tak rasa susah sangat macam dulu. Menangis2 duduk dalam toilet sebab tak dapat membuang! hahaha :P

e) Dah leh makan Obimin & neurogain skit2. Makan sebelum tido. Aku kena paksa diri gak makan ubat, risau HB aku rendah lagi. Then aku nak kasik si kembar nih membesar skit.

f) Cramp kaki dah takder, tapi still lagi sapu2 kaki nih dengan gamat/vicks. Fobiaa!

g) Masih lagi muntah2 (kekadang aje la) bila aku tersalah makan or termakan banyak. huiiii, sakit2 perut nih bila aku muntah..terus selera makan mati. Kesian kat twins :(

h) Baju2 banyak dah tak muat..aku tak byk baju/suar pregnant. Tetiap hari nak g keje dok tak tau nak pakai baju ape..huhuhu. Asyik ulang baju yang sama aje tetiap minggu. Nak beli, tapi rasa macam membazir, sebab lepas nih aku nak berehat panjang, kang baju2 nih sape nak pakai? huhu..dilemma sebenarnyaa, nak shopping baju ke idak, sebab ada Padini Sales sekarang nih..haha :P poyo pulak tetiba..

i) Condition pasal kembar hanya akan aku update lepas appointment dgn PPUM end of this month, so buat masa skrg aku hanya berdoa agar si kembar ok, kekal aktif & sihat di dalam perut nih. InsyaAllah..

ok la itu aje...cousin aku tengah menanti saat nak bersalin aje, lagi seminggu dua. Aku doakan semoga ibu & anak selamat :D Orang nak bersalin, aku yang nervesss. :)

Saya, ibu mengandung kembar -5 bulan..besar ke kecik perut aku tuh?? :P

Face Deco for Kids!

Kakak sulung aku memang rajin melayan anak-anak buah. Dah anak sendiri takder, so dia bantai la melayan anak2 buah seramai 4 orang. Bebudak tuh pun suka dengan dia, kecuali si Tia nih la, masih tak berapa nak mesra dgn Cikja dia. Dia kan takut dengan orang. Tak mesra rakyat punyer budak! haha

Minggu lepas, time aku nak g amik Tia..tengok budak2 tuh tengah main kat luar rumah. Aku tengok muka Tia dah penuh dengan lukisan warna-warni..tergelak aku tengok. sah nih keje kakak sulung aku, sebab dia aje buat keje merepek2 nih. Dia balik aje dari keje terus dia conteng muka anak aku. Then terus lari masuk bilik, takut aku marah. Kurang asam btul! Saje jer nak buli Tia. Kebetulan adik laki aku pun ada kat sana. Dia pun join conteng muka anak aku.

Ini la jadinya...
Cikja & Ayahwan buli Tiaaaa, Ummi!!



Masa aku sampai, dah jadi cmni

Dia buat tak reti aje muka dah kena conteng

Pakai napkin kat kepala, kuat berpeluh!

Ape2 aje la Tia...janji ko bahagia.. :P
haaaa, ini 3 orang anak2 buah aku, malam tu jugak diaorang bantai main conteng2 muka masing2..aku amik dari FB kakak aku..heheh..nakal sungguh! :)

Dia kata pen warna tuh memang khas utk conteng2 kat muka -untuk kanak2/orang dewasa. Senang nak bersihkan. Pulak tuh si Tia senang berpeluh, lukisan tuh terpadam dek peluh dia la..haha. Aku tak tau kakak aku beli kat mane & harga brape. Tak sempat nak menanya dia, sekarang dia outstation. Nanti dah balik, aku tanyer dia. Kot2 la korang nak buat aktiviti dengan anak2 korang ker. hehe..Bagi anak kreatif.. :P

nota kaki: nasib baik Tia takder alergik ape2, so takder la muka dia naik bintik2 ker, takut jugak aku memula..so lepas nih leh lagi main conteng2 yerrr..
 
Blog Template by Delicious Design Studio