Wednesday, June 22, 2011

Blood Donation Drive - derma your darah cikkk! :P

Rasa macam dah lamanyee tak update blogg..busy sangattt! plus dgn kepenatan yang berkali ganda sebab dah sarat dah aku rasa. Minggu nih dah 28 minggu. Semalam aku amik cuti sakit gara-gara pinggang rasa sakit sangat, dah beberapa hari tido tak lena, asyik tukar position aje, then perut adakala jadi mengeras. Sakit gak! Lepas abis aje program Blood Donation, terus sakit2 perut aku. Harus la aku amik MC, rasa macam dah lama tak ber-MC. haha..

Isnin lepas aku buat program Blood Donation Drive. Invite Pusat Darah Negara  (PDN) datang opis. Syarat yang diaorang letak, kena at least minimum 40 Donors, since aku dapat respon yang kira ok la 50++ dari staff2 opis, so proceed aje la. Senang sangat deal dgn org PDN nih. Aku just send email kepada customer service, then dalam masa sehari aje diaorang dah respon. Perbincangan semua thru email, ada sekali dua aje aku call. Lagi senang. kempen nih nak buat sehari aje. tak kuasa la nak buat berhari2..penattt!

Ni aku kasik korang info, kriteria penderma darah yang di terima:-

1.   Anda sihat pada hari menderma.
2.   Anda berumur 18-60 tahun
3.   Berat badan melebihi 45kg (kalau below 45kg memang la diaorang tak nak terima. very strict la officer tu..hehe)
4.   Tidur melebihi 5 jam
5.   Tiada masalah perubatan
6.   Tidak mengambil sebarang ubat
 (Antibiotik=7 hari , panadol= 1 hari,
Ubatan lain sila rujuk pada doktor) - (kawan aku amik ubat alergik pun takleh menderma, kena reject awal2)
7.   Anda telah mengambil sedikit makanan sebelum  menderma darah
8.   Anda tidak terlibat dalam sebarang kegiatan seperti berikut:
a.    Hubungan jenis (homoseksual)
b.     Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (bisexual)
c.     Hubungan jenis rambang atau pekerja seks komersial
d.     Penyalahgunaan dadah secara suntikan
e.     Menjadi pasangan kepada golongan di atas
9.   Pendermaan terakhir lebih 3 bulan
10.Penderma wanita :
* Tidak mengandung - so aku nih awal2 la kena reject kan..hehe
* Tidak datang haid - even dah hari ke 5 pun diaorg tak nak terima.
* Tidak menyusukan anak
11. Jangan menderma darah jika anda ;
*  Pernah tinggal di United Kingdom (England,  Northern, Ireland, Scotland, Wales, Isle of Man atau Channel Island) atau Republik Ireland dari tahun 1980 hingga 1996 untuk tempoh 6 bulan atau lebih
*  Pernah tinggal di Europe dari tahun 1980 hingga sekarang untuk tempoh 6 bulan atau lebih.
              yang ini aku tak tau sebab ape, tapi baru fwd email kat diaorg tanyer apekah sebab takleh menderma..ramai btul tak puas hati part nih haaa..hehe. Dapat respon dari dioarg nanti aku akan inform korang yerr.

Overall, aku terima lebih 60 nama yang nak menderma, tapi yang lepas cuma 51 orang aje..yang lain kena reject sebab2 tak lepas kriteria kat atas la. Bagi yang lelaki, kebanyakkan sebab high blood pressure (yang bapak2 yang terlalu buncit tuh confirm tak lepas..hahah! diaorang macam tau2 aje, baru nak isi borang dah cakap takkan lepas), takpun tengah amik ubat2. Yang perempuan kes period la, breastfeeding la & amik ubat2. Macam aku kes mengandung la. Kalu tak mmg aku menderma la jugak. Last aku menderma adalah masa zaman Diploma duu2..hehehe. Buku merah tu pun dah ilang mane ntah..hehe.

Lepas menderma byk btul makanan PDN kasik. roti krim, biskut2, air milo, air 100plus tin. Kira leh kenyang la jugak lepas menderma tu..then yang best bebudak nih dapat Sijil. Haaaa, leh arr frame kat rumah ek buat kenangan..hihihi.

Nasib baik la mencecah gak kuota bilangan penderma, must at least more than 40 Donors, syarat wajib PDN letak before nak datang kat opis2. Maybe nak cover cost diaorg gak la, dtg dgn 2 van besar, bawak 6 buah katil, 10 kakitangan ( termasuk sorang doktor muda) & refreshment untuk Donors kan. Kalau tak cukup 40 penderma, maluuuuuu aku. Dah aku yang organized. Alhamdulillah, semua berjalan lancarrr.. :) 

Aku siap beli coklat hersey untuk 40 penderma terawal. dapat cokelat brand pun diaorang dah hepi2..comel btul! :P

Dha abis program aku lepas nih, boleh la aku focus pada keje2 lain yang dah KPI merah..huhu. Lepas confinement leave baru sambung program event lain..Legaaaa dah aku. I need a breakkk!! yeayyy

notakaki: gambar2 tak dapat lagi..huhu. Yang ada kat aku dlm phone nih besar pulak sizenyaa..aku dah resize pun still takleh..salah kot cara aku resize..hahaha.. :P nanti2 la upload gambar yerr..



0 idea?!:

 
Blog Template by Delicious Design Studio