Thursday, June 16, 2011

Result: 3D/4D scan -TWINS {boys} @ 27 weeks

3 minggu awal aku buat appointment nak buat 3D/4D scan nih, siap orang vision college tuh called aku 2 kali nak confirmkan attendance aku. Sure ramai giler nak buat scan yang sama kat sana, if aku cancel leh la slotkan orang lain kan..haaa, jgn harap! mak yong nih tengah semangat ek nak tengok anak2 dia..hehe..dah sebulan lebih aku tak scan twins, gara-gara aku dah tak pegi KJMC utk check up. huhu..

Appointment pukul 2.15 petang, aku pegi dengan Lokman. Ada amoi tuh yang akan scan aku. Baikla layanan diaorang nih. Sementara menunggu giliran tu aku & Lokman gi makan KFC dulu (tapi share2 aje), takut lambat pulak, sebab adik tuh kata tak sampai setengah jam kena tunggu.

Masa scan tuh, aku rasa si kembar tengah tido. Mungkin dah kepenatan pagi tuh masa check up kat PPUM, diaorang aktif btul. Sebabkan aku pun dah penat, muntah2 gara minum air gula, so effect la kat kembar sama.huhu..so agak susah jugak la awal2 tuh nak tgk muka diaorang. Bantai diaorang tunduk2 malu or cover dengan tangan. Comel giler!

Bila dapat tengok muka diaorang, excited bukan main!! Dok la compare ikut muka sapa..lawak btul! tang idung macam lokman, tang dahi jendul macam kiteorang..hahaha, dah mak pak diaorang nih dua2 dahi luas! takleh nak gaduh la tang dahi tuh kan..hihihi..tang bibir macam Tia, bulat2 macam abah dia..hahaha..

Korang tengok aje la hasil scan nih haa..

haaaa...ini la "Twin A" - berat 1062g

yang ini "Twin B" - berat 1042g
Dia nih malu2 skit, dari awal scan sampai abis la taknak tunjukkan muka dia sgt..lena sgt tido kot, kena kaco pun buat tak reti..hehehe

Twin A says Hi world!! heheh..dia tengah lambai2..

haaaa, this is my tiny miny leg..sexy huh?! :P

again..twin A. Dia paling slumber..siap terkangkang la, nak tunjuk bebird dia tuh haa..
see..hidung btul ikut Lokman..haha, bibir macam Tia..ada lekuk2..dahi jendullll! hihihi

Sejam gak la buat scan nih..dia buat slow2 bagi kite puas hati..ye la sebab bayar pun boleh tahankan, RM100 for twins. Kalau single baby RM90. If lebih seratus ringgit memang la aku tak buat.hehe..nasib dalam bajet lagi. Dapat sekali dgn VCD. Tapi takde la byk sangat gmbar2 dia kasik mcm album kawen kan? hehe..asal nampak semua ok, jadilaaa..Dia siap kasik tau berat semasa baby, amik ukuran badan, kaki, lilitan kepala semua la..sampai tali pusat & placenta pun aku tanyer..hahahah..

Sangat puas hati dengan service kat sana. Korang boleh la pergi sana if nak buat 3D/4D scan nih..Aku letak gmbar2 kembar nih kat fb, ramai jugak yang bertanyer & nak buat jugak..hehehe..
Apepun make sure booking awal. Dah masuk 20 minggu dah leh call & booking. No opis Vision College nih 03-78038300.

ok, till then..bubyeee..

0 idea?!:

 
Blog Template by Delicious Design Studio