Wednesday, December 15, 2010

Hari Asyura 10 Muharram= 16 Dec 2010

KELEBIHAN BERPUASA HARI ASYURA (10 MUHARRAM)-16 Dec 2010
KELEBIHAN
Baginda bersabda: "Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya". Riwayat Muslim.
Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : " Sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."
Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : " Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W : " Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura !".
BEZAKAN PUASA DENGAN ORANG YAHUDI
Oleh kerana orang Yahudi juga berpuasa pada 10 Muharram maka disunatkan umat Islam berpuasa sejak 9 Muharram lagi bagi membezakan dengan puasa orang Yahudi. Hadith ini dikhabarkan oleh Ibnu Abbas dalam sebuah hadith riwayat Muslim dan Abu Daud.
Atau kalau tidak dapat dikerjakan pada 9 Muharram maka boleh juga digandingkan 10 Muharram dengan 11 Muharram
Justeru, marilah kita merebut peluang pada kesempatan bulan yang mulia ini untuk menambahkan amalan kita dengan berpuasa sunat. Renungilah saranan yang diberikan oleh Rasulullah SAW seperti mana yang diriwayatkan oleh Jundub bin Sufian bahawa;
 Rasulullah SAW bersabda (maksudnya):
"Sesungguhnya solat yang paling utama selepas solat fardhu ialah solat pada waktu tengah malam dan puasa yang paling utama selepas puasa Ramadhan ialah puasa di bulan Allah yang kamu panggilnya Muharram".
(Hadis riwayat Imam al-Nasa’ie dengan sanad yang sahih).

Tuesday, December 14, 2010

Belajar Masak dengan Kawan Baik

Semalam balik dari keje aku ada visitors. Kawan baik aku dari Form 2 datang rumah. Actually tujuannyer nak amik seat walker yang tertinggal kat rumah aku. aku kasik anak dia walker, then seat walker tuh terjatuh dari bungkusan. Tak dapek la nak pasang lagi.

Sudahnyer, kawan aku Erin & Sheikh datang la rumah. sekali nak jenguk Tia. Lepak dari pukul 6.30 petang sampai 10 malam. Balik keje aku tak sempat mandi, dengan baju keje aku pakai layan tetamu..hahaa :P

Aku nak masak untuk dinner, tapi tak tau nak masak ape. Si Erin tengok ada ikan siakap, dia cadang buat Ikan 3 Rasa. aduhhh, mane la aku reti. Dia cakap nak ajar aku..hehehe, dah alang2 ada orang nak ajar masak2 nih, aku ok aje la. aku sediakan la bahan2.

Bahan2 untuk sos Ikan Siakap 3 Rasa:
cili boh/cili kering 3 sudu besar
sos cili 3 suda besar
sos tomato 3-4 sudu besar (ikut selera korang)
sos tiram 2 sudu besar
cili padi (dihiris kecik2)
kacang buncis/kacang panjang (dihiris kecik2)
nenas (if takder pun takpe, aku takde lerr, dah last minute menu)
garam, gula & ajinomoto (sesedap rasa)
bawang merah 1 biji besar & 3 ulas bawang putih (aku blend kasar)


paling penting IKAN SIAKAP laaaaa.. :) (goreng sampai garing, xnyah lumur dgn serbuk kunyit yer) 


CARA-CARA
1. tumis bawang
2. dah wangi, masuk kan terus cili boh, sos cili, sos tomato & sos tiram
3. kacaukan sampai la cili masak btul, tambah la air skit
4. dah masak baru la letak garam, gula & aji
5. adjust ikut sesedap rasa anda, dah ok last masukkan la cili padi, kacang buncis & nenas
6. dah ok, tutup api then tuang la sos atas ikan goreng siakap ituuu.
7. sila makan dengan Bismillah.... :)


senang kan?? main campak2 aje bahan2 tuh..aku dok la pikir susah btul buat menu nih...dah ada org tunjukkan baru la rasa senang. InsyaAllah, lepas nih leh buat sendiri plak.. 

Para Isteri memasak, para bapak jaga anak sambil bergossip! :P


Ini la dia tetamu aku. Arissa tumpang bouncer Tia utk minum susu

Master chef aku :) 

TADAAAAA!!Special Ikan Siakap 3 Rasa oleh para Isteri

nota kaki: sorry gambar tak berapa clear. Maklumla dah malam, umah aku lampu malap2 aje..jimat lektrikk...hehe

apepun, sronok jugak dapat main masak2 dengan kawan di rumah sendiri di hari kerja :D 

Tia Zahraa - 9mo

Tia Zahraa sudah 9 bulan! :)

Budak kecik nih dah makin lasak & nakal. Geram aku kekadang dengan dia..dah pandai nak merajuk, memberontak & membebel.

Tia dah ada 2 batang gigi. Belum lagi la tumbuh sepenuhnye, tapi if dia bukak mulut aje terus nampak gigi kecik dia kat tengah2 (bhgn bawah gusi). Aku tak belikan lagi berus gigi silikon untuk dia. Kekadang pun aku lupa nak lap2 gigi dia dengan kain basah..huhuhu, aku selalu lupa, start harini aku nak kena masukkan rutin harian Tia dengan memberus gigi dia..belajar benda baru & hobi baru - memberus gigi anak! hehe :P

Nampak tak 2 batang gigi sayaa?!! :P

Tia pun dah nak belajar berdiri. ada time dia berani lepaskan tangan. tapi masih tak terrer..still takut2..takper la, slow2 nanti aku ajar la dia berdiri pulak.

keje nak berdiri tepi sofa aje
Dia makin nakal. Dia plak nak menyakat kita, kalau cakap NO, lagi la dia buat, siap sengeh2 lagi. kalau aku marah2 dia, dia bukan takut, lagi dia buat muka comel2..terus tak jadi aku nak marah dia. Alahaii tia..si manja Ummi! :)
Lagi aku cakap jangan touch laptop tu, lagi la dia ketuk2 keyboard tu haaa..huhuhu

Bila dalam kereta, Tia takleh dok diam. Nak memanjat la, tak nak duduk dlm carrier dia dah. Jenuh aku nak control dia. Bila aku duduk belakang, dia nak ke depan, nak g duduk dengan Abah dia kat tempat driver tu. Dia pukul2 bahu Lokman, nak suruh abah dia amik dia. Dia nak pegang2 steering tu. Budak zaman sekarang kan..terlebih berani :P Bila tak dapat, bantai dia nangis hentak2 kaki.

Tia nak bawak keta jugakk!

Badan Tia tak kembang2, badan aku yang mengembang adalah. Berat Tia masih tak cecah 7kg pun..hehe, nurse cakap minum susu enfapro tapi badan tak berat2..heheh, ikut baka saya la nurse, kecik coett aje. Janji sihat la kan? Tia kuat makan, 3 kali sehari makan bubur nasi, tapi dalam masa sama dia kuat berak..hahahah..ape dia makan cepat2 dia buang..bagus btul penghadaman dia..hehe. Itu pasal badan tak mengembang. Lagi satu sebab dia aktif kot. Sebabkan badan dia tak mengembang, Tia masih lagi boleh pakai baju untuk 3 bulan - 6 bulan. Baru2 nihyang kawan aku kasih hadiah baju tuh, untuk umur 3-6bulan la..hehehe..anak aku slimmmmm kooo! :D kawan aku cakap dia underweight. ya kah???

hehehheeh..ada shape tak??haha :P
Aku panggil pakai baju, dia buat derkk aje, sibuk main bantal bucukk

Satu2 nyer word yang Tia boleh sebut dengan penuh & jelas adalah "AaaBAH" ..giler comel biler dia sebut ulang2. ntah tau ke idak ape dia sebut tu. tapi celik mata aje, terus sebut ABAH. tapi dok mengedik dengan Ummim bertepekk aje dengan aku or mommie dia.. heiii, geram btul! sebut Ummi langsung takmau. takpe la, aku pun agak2 la, dia baru aje 8 bulan..hehehe..ajaib tu kalau dia leh sebut semua benda..kan?..then ada setengah benda dia dah kenal, biler aku tanyer mane BALL, dia pegi kat ball tuh. Bila tanyer mane FAN, dia pandang atas. comel kan?? :P

Shhhhh, Tia tengah studyy nih..hehe, study menu nak makan ape.. :p

Kena buli dengan Abah, duduk dalam trolley pasar..ciannn..



Sunday, December 12, 2010

si kecik buat drama pagi

Semalam dah bermula Tia Zahraa tidur dalam baby cot dia..hehehe..dah masuk 9 bulan baru la merasa tidur katil sendiri..


nak jadi cerita, asal aku bangunkan dia untuk menyusu, mata dia terbuka then tengok keliling..rasa pelik kot pemandangan dari dalam crib..hhehe..then dia mcm tak selesa sebab sempit, sampai hujung2 cot dia tido..kena la aku pujuk2 dia suruh tido balik cecepat. takut kang dia takmau tido dlm tu pulak.


......sampai la pukul 5.30 pagi, aku terjaga, utk kasik Tia susu. Mata dia still tgk keliling. Then biler dia dah tido, aku pun tido la, lepas tu si lokman baru la terhegeh2 nak masuk tido, malam minggu adalah hari lokman bantai tengok games bola sampai pagi subuh. Tia dengar abah dia masuk, terus dia bangun. Dia boleh plak main2 dalam cot tu sambil bising2. 


Tetiba..


"AaaaaBehhhhhh!!!".....


mak aiihhhh, aku buka mata, tengok dia dah berdiri (sambil pegang tepi cot tu), sambil lambai2 kat abah dia..muka sendih2..


aduhhhh, perangai pulak budak kecik nih pepagi subuh..huhuhu..


memula kiteorang buat tak dengar aje, tapi dia dok bebel2 dalam tuh, then ulang2 sebut abah abah..aku & lokman dah tak tahan gelak...terus segar mata aku. 


dah macam tuh gaya nyer, kena la aku amik dia tido dengan aku atas katil. itupun dia tak mau tido, nak main. Lokman geram, terus tutup lampu, kasik gelap! baru la si kecik sambung tido...


heheh..kelakar plak pengalaman pertama tia tido dalam baby cot dia. 


malam nih, dia tido gk dlm cot. dah mula leh biasakan diri..


legaaa Ummi... :D jgn la buat perangai lagi bangun tengah2 mlm..esok dah la keje..


Gambar aku snap tadi..2nd day in crib :P
picca senget! sorry
ni muka tia sehari lepas jatuh katil kali ke 3..huhuhu..


si kecik jatuh jatuh jatuh!

bukkkkk!!

baru kejap tadi anak aku jatuh katil lagii...lagi yerrr..

kali nih dah masuk kali ke 3 dia jatuh..aduhhhh, susah hati btul la bila dia jatuh. aku dah letak bantal keliling dah, tapi tetap dia lasak sini sana..bantal besar tuh pun dia leh lepas, tidur ke ape budak kecik nih! geram btul aku..

Lokman dah serik, terus tarik baby cot dia masuk bilik. selama nih baby cot tuh jadi perhiasan aje..huhuhu..buat tempat main Tia masa dia 5-6 bulan dulu, then dah tak usik. Tia tak mau duduk dalam tuh, tp kali nih no mercy, tak mau amik risk dah bagi dia tidur atas katil dgn kiteorang. Kena jugak tidur dlm crib dia. 

Lepas dia melalak tadi, aku terus kasik susu, then tidurkan dia balik. cian Tia..sorry sayang, Ummi tak jaga awak tadi, Ummi dok luar tengok drama tv3..huhu..tetiba aje dgr bunyi jatuh & terus awak melalak..huhuhu..naik meremang Ummi tengok awak jatuh tadi. huhuhu..

Jadinyer, start malam nih awak tidur dalam baby cot yerrr..hope awak tidur lenaaa..jgn la lasak2 lagi. 

Gud nite sayang..

Ummi hearts you :) 

Camni la gaya dia tidur..bergolek2, mane la tak jatuh kan..haruuu~

Ummi, Tia fobia tau jatuh katil nih..huhu, tp Tia memang selalu mimpi guling2 kat tasik perdana la..hehe :P

 
Blog Template by Delicious Design Studio