Monday, January 10, 2011

Aku 6 cucuk, Lokman 16 cucuk!

Adalah sangat best bila ada orang tiba-tiba mau belanja makan sate kajang. Makan tak ingat! bercucuk2..

Sampai ke Kajang pun kiteorang sanggup jugak redah.


Ada kedai jual barangan kanak2, testing Tia pakai topi..comells!tapi tak la beli..hehe

Lokman' frens

Auntie Babe berjaya tidur kan Tia. Hoorayy, leh Ummi bergossip jap

Terima Kasih kepada encik Alien. Semoga anda sekeluarga dimurahkan rezeki & semoga kamu menjadi bapak yang mithali & congrats to you & wifey (Pn. Zeera) cos dah pregnant 7 minggu. yeayyy! Tia bakal dapat kawan lagi la nampaknyerr :D

Pernah tengok Cookies Hitam?

Korang pernah tengok cookies hitam legam tak? Macam nih?

Hahaha....!

Haa, nih la cookies pertama aku. Parah kan?? Kihkihkih..

Tapiiii, ini kira boleh diampunkanla sebab ini pertama kali tau aku buat cookies. Dan pertama kali gak aku pakai oven yang kawan aku kasik time kahwin. Dah setahun lebih dok peram aje dalam cabinet. Penah guna skali masa kawan2 Lokman buat berbuka puasa di rumah aku, utk panaskan makanan aje.

Aku memang suka btul choc chip cookies. Tu yang tetiab buang tebiat nak buat sendiri. Google recipe cookies nih tengok macam “ eh, sonang ajo buek cookies nih, leh try ni!” (nada dengan confident ek). Aku pun pergi la tesco beli bahan2 nak buat cookies nih.

Jumaat malam, lepas Tia dah tidur (dalam pukul 11 lebih), aku pun start la keluarkan bahan2 & oven. Yang lagi confident nyer tu, aku nak pakai manual mixer aje..aku takder yerr mixer bowl electric tu..dok la pinjam kakak aku pengacau ala2 rupa mikrofon tuh..sekali masa nak kacau gula & mentega, MasyaAllah.. sangat la tak terlarat. Naik lenguh2 tangan aku nih, sudahnyer aku pakai tangan aje la. Dok buat cincai2..ikut btul2 resepi yang ada. Siap aku amik 3 jenis resepi dari blogger, tapi tgk2 semuanyer sama. Just sukatan gula, tepung diaorg aje yang berlainan. So aku ikut mane yang komen paling best laa..hahaha..

Yang lagi lawak, coco powder aku letak extra skit, konon bila letak coco powder lebih, rasa la cokelat lebih..tapi salah teori aku nih sebenarnyer..haha, terlebih hitam ada la cookies aku jadinyer.

Haa, masalah nak bakar pun satu hal, ada resepi tulis 10 min, ada tulis 20 minit. Ada pulak kata 16 minit. Makcikk confuse nokkk! Tu yang first baked tuh jadi hitam legam, aku dok buat 16 minit. Amik tengah2..hahahaha. Dok takut2 jadi hangus, kejap2 aku buka oven..hehe ,cuak beb, first time nih..last2 sah hangus! Tak sanggup aku nak makan. Terus aku buang! Hahahaha..malu nak tunjuk kat Lokman cookies ku yang hitam legam!

2nd time baked, baru ok, aku letak 10 min aje. Sebabkan aku ada satu jer tray, jadi la lambat. Sampai pukul 1 pagi la aku dok tunggu cookies masak utk 1 bowl nih. Sampai la jadi 2 balang. 1 balang aku kasik kakak aku. Dah aku pinjam mixer dia.
Nampak cantekk kan??, tapi rasa nyer tak secantek rupa..keh keh keh

Komen mereka: apsal cookies ko keras????

Hahahaha, antu btul!

Keras sebab mixer ko tuh tak best! Sebab tangan aku lenguh, tak dapakk nak pukul mentega & telur sampai kembang btul..hahahaha..aku buat cookies express.. so makan aje la, jangan komen lebih2! :P

Tapi overall ok la, ada la rasa choc cookies. Idak la rasa tempeyek pulak kan? Cuma memang la keras..takde la aku kasih Tia makan, mau tercabut anak gigi dia tuh.

Lepas nih aku nak buat lagi. Aku tak give up ok. Aku nak kena upgrade kan lagi, baiki mane kekurangan aku. Dah survey2 harga mixer bowl kat Sen Heng & Giant. Dapat bonus leh beli..hehehe..pastu leh beli cokelat chip Hersey ker. Ni aku pakai choc chip brand Tesco aje, tak rasa btul choc nyerr..huhu. Then, leh tambah walnut/almond skit. Aku taruk nestum aje ari tuh. First time buat mesti kena save, takut tak jadi, aku rugi ooo.

Ok, nanti 2nd time aku buat, aku demo kat korang tau! ada perkembangan ke idak...hehehe..
"Ummi, nanti buat cookies lembut2, empuk2 skit ek, leh Tia makan..
ini cookies macam batu, takut Tia nak makan tau!" hhehe..

Resepi Choc Chip (copy paste)

Ingredients

  • 1 cup butter, softened
  • 1 cup white sugar
  • 1 cup packed brown sugar
  • 2 eggs
  • 2 teaspoons vanilla extract
  • 3 cups all-purpose flour
  • 1 teaspoon baking soda
  • 2 teaspoons hot water
  • 1/2 teaspoon salt
  • 2 cups semisweet chocolate chips
  • 1 cup chopped walnuts

Directions

1. Preheat oven to 350 degrees F (175 degrees C).
2.Cream together the butter, white sugar, and brown sugar until smooth. Beat in the eggs one at a time, then stir in the vanilla. Dissolve baking soda in hot water. Add to batter along with salt. Stir in flour, chocolate chips, and nuts. Drop by large spoonfuls onto ungreased pans.
3. Bake for about 10 minutes in the preheated oven, or until edges are nicely browned.

Nota kaki/laki: Lokman cakap lepas nih leh buat bisness..Buat masa nak raya nanti.
hahaha, perli aku la tuh. Aku buat utk tekak & perut ku sendiri aje..takut org lain makan kena cirit birit..haruu..

Friday, January 7, 2011

Dinner with Mr. Tony Roma's

Dah lama kiteorang teringin makan kat sini. Orang cakap RIB dia paling best! Bila gaji masyukk aje, mesti tak jadi pergi..cos bagi aku macam membazir aje..hehe, baik la makan steak/ lamb chop kat uptown damansara aje..murah & sedap!! Hehehe..

Tapi sebabkan mood Lokman baik malam tadi, tetiba dia ajak makan kat Tony Roma’s Restaurant, at The Curve. Kalau dah dapat makan free nih aku laju aje la..hehe. Rezeki jgn sesekali di tolakkk dek non!

Appetizer – Boneless Bite : Tender chicken breast lightly breaded & tossed in Buffalo Sauce. Serious sedapp la..ber bite2 aku makan..tapi still tak dapat nak abiskan.

Aku makan Rib Combo – rib & chicken with 2 side dishes (boleh pilih) – baked potato & broccoli. Lokman amik sama just combo dia rib & quarter chicken. Harga RM47.90. My SIL dia makan Shrimp Pasta. Tak tau harga dia. Tapi makk aii, besar yaaa amat, tak terlarat dia nak abiskan sorang. Actually tu portion untuk 2 orang. Even rib combo tuh pun byk..tak terhabis kiteorang. Patut share2 aje..tak la membazir..tapi dah kata first time pegi, idak la tau..hehehe. Gagah order sorang satu. Finally, ada balance kiteorang tapau la bawak balik. Tapi lawaknyer, sebabkan dah tersangat kekenyangan, makanan yg di tapau tertinggal dalam keta Lokman. Pagi nih dia bising2, hehe, sebab satu kereta berbau ayam & pasta..keh keh keh..sayang btul tak leh makan dah..aku ingat leh arr buat breakfast pagi nih..huhuhu..takdo rezeki la tuh..cuai sgt!
haaa mommie, Tia nak nih! :P

Mommie with Big Plate Pasta & Milk Shake

Tia mengaji menu :P

Pendapat peribadi aku la, makanan dia memang menarik, lain dari yang lain la..just the concept same like Chili’s, TGI Friday etc, just kelebihan dia si RIB ni lah. The rib is good, rasa mani2s daging. Aku suka dengan baked potato dia, satu biji kentang, topping dia cream & cheesy. Layann..aku kasik Tia skit.
Rib Combo - Rib + Chicken

Si kecik makan kentang goreng!

Lokman punyer pendapat pulak, dia cakap lepas nih tak nyah dah makan kat sana..cukup la dah merasa sekali. hohohoho..mungkin sebab foodnya tak mampu nak dihabiskan & semua jenis kering2, takder gravy/sauce like Kenny rogers ke, dave deli ker. Cuma ada varieties of sauces macam cili/tomato, honey, smokey sauce etc. so bile kering2, kite makan skit, dah rasa haus sgt. Nak ilangkan rasa kering tuh kenala minum, bila dah makan berselang dengan air, maula kembung perut cepat..terus kenyang!..itu pasal makanan tak abis..hukhukhuk..rugi rugi..then selera nak makan lagi dah terbantut..aku tengok muka Lokman, lokman tengok muka aku..hahaha. dalam hati dok la tanyer, camne la nak abiskan makanan nih semua?!hahaa..

Total makan, skit lagi nak cecah RM200. bagi aku dua ratus tu leh beli makanan dapur & rumah kat Tesco separuh trolley! buat makan separuh bulan. Kan?? Hehehee..tekak teringin sangat nak makan RIB, tu la gamaknyer..our first & last..hehe..
Dah lama tak pergi Curve di waktu malam..aku teruja!! cantekkkk!!

Muka Abah dah kenyang & bankrap! hahah


nota kaki: ada satu restoran baru kat Curve, nama The Garden rasanya..konsep dalam taman english style..sangat menarikkkk! teringin makan kat situ. Sape penah makan kat sana? best tak?? :P
Restoran tuh kat belakang Mommie Shikin. nampak tak??

Candid: Si Tia takleh dok diam!

Oh ye, kat dalam Curve ada metrojaya member card sales (just kat tengah2 curve tuh), all items dapat 20%. Aku takde member card, so tak dapat la 20% tuh..cessss..beli baju utk Tia & baju tido RM10 for me & mommie. Murah2! geram!

Thursday, January 6, 2011

Denai Alam Recreation & Riding Horse Club ~ Birthday Celebration

~Entry ni sudah lama aku karang, tapi tak dapek nak postkan sebab takdo gambar..hehehe..tak syiokk cite takder gambar kan? dah adooo piccass, sila layannn...zassss!

*****
25 December 2010 - my dad is 61 years old! Happy Birthday Abahhh!!

Kiteorang adik beradik celebrate besday abah di DARC - Denai Alam Recreation & Riding Club kat Shah Alam pada 25/12/2010 malam. Tempat nih actually tempat orang belajar naik kuda. Since kakak aku daftar as ahli & tengah belajar main kuda, so dia suggest la ke sini. Ada Restoran Masakan Padang kat sana jugak.

Buffet area..kat belakang tuh stall2 bakso, mee dll

Tempat nih masih baru lagi, so food choices tak banyak la. ada buffet lauk padang, which bagi aku Sari Ratu & Restoran Padang kat Kg Baru lagi terbaikk la. Tapi bagusnyer buffet nih free of charge - ia disediakan khas untuk amal jariah - sedekah. ikut customer la nak bayar berapa2, sebab duit tuh buat untuk sedekah. di beri kepada sape, aku tak sure la pulak. Ala-carte aje diaorang charged. Ala- carte menu just ada Bakso, Mee Bandung, Nasi Goreng & Nasi Lemak. Boleh tahan la semua (kecuali mee bandung aje kiteorang tak order). Overall untuk 10 orang makan just RM90 aje (termasuk air yang bergelas2).

Sambil makan bleh dengar music band yang nyanyi lagu2 Indonesia & English. Ada jugak lagu poco2, then audient leh menari poco2 sekali. Aku & kakak join jugak, tapi harammmm teraburr steps aku!!! giler maluuuuu..hahaha, first time tuh menari poco2, seriyessss susah! nampak macam senang, tapi lenguh gak la kaki aku dibuatnyer. tak abis lagu lagi aku dah keluar sebab malu tahap gaban! :P oh, diaorang nih siapkan nyanyikan lagu hepi besday untuk Abah. version english & version Indo. sangat sporting  & ramah2 staff2 kat Indo which is purely Indonesian. Siap pergi kat Abah, salam2 & wish2 bagai..hehehe..
Si Marsya naik kudaaa

Pemain muzik datang to my Abah & wish him personally :) niceee

Then sambil tuh leh tengok orang main belajar naik kuda. sangat best!! rasa macam aku nak naik aje. rasa nak belajar naik kuda gak..tapi macam nak tunggu Tia umur 4-5 tahun kot, belajar sama2 dengan dia..heheh..InsyaAllah. Tapiii..abah Lokman cakap tak sesuai Tia nak main kuda, cos sukan yang berkuda nih bahayaa katanyerr..huhuh, aku cakap sunat la belajar naik kuda nih, Rasullah menyarankan umatnya belajar menunggang kuda tauuuu. hehehe (ayat penyokong nih sebenarnyaa, nak pancing lokman kasik Tia naik kuda..keh keh keh).

Last picture together2 before balik

me & Lokman, of corss!:)

oh si kecik pun sibuk nak bergambar sama..hhehe

Dah settled, balik rumah baru la seisi potong kek.
3 cakes for Abah!

oh, hadiah harijadi Abah, kiteorang beramai2 share duit belikan abah Electronic Cigaratte plus Jubah. Special request from Abah. Memula plan nak belikan dia kayu golf, tapi last minute dia tukar plak, dia cakap nak kurangkan hisap rokok, so better beli rokok bateri nih. Kebaikkan rokok nih: tiada nikotin yang membahayakan paru-paru, tiada bau asap rokok (asap keluar tapi tiada bau), boleh dicharged bila bateri abis (mcm hp, hehe) dan ada perisa kat putung rokok tuh (vanila, strawberry, dll). Abah nak hisap 12jam sehari pun takper, takder masalah..hahaha..bagus utk mereka2 yang nak berhenti isap rokok. Aku terpikir nak belikan hadiah besday Lokman..hehe, kasik dia stop smoking!! tapi cecepat dia tolak, kata tak feel isap rokok takder nikotin nih..huhuhu, kritikal dah mamat nih! Kakak aku beli kat Giant (kiosk tepi2 tuh) or kat Carrefour Subang ada gak, RM250 aje.
my brother tengah tunjukkan cara2 menggunakan rokok batery

okehhh, itu aje laporan entry basi ini. lambat update kes tunggu gambar2 upload. huhuhu~ next year kena la beli camera sendiri la, nak tunggu gambar dari orang nih lambat plak dapat update blog..huhuhu..
Ada santa clause malam tuh..minah nih memjg dukung anak buah aku

Dinner time

The Indonesian Band

oh, picca Ummi & Tia mesti la adaaaa :) i likeee!

Wednesday, January 5, 2011

Pakcik, apsal kuih nih mahal sangat??!

Sejak harga barang semua dah naik, harga makanan yang orang jual2 pun jadi mahal la..kos deme jadi tinggi. so tak terkejut la kot kalu korang makan kat restoran2 ke, tetiap bil naik RM2 dari harga biasa korang makan kan??

Cite pasal nih, tadi aku nak beli kuih..buat kunyah2 lepas lunch kan..aku tengok pisang goreng macam menarikk, aku tanyer brape kira? dia leh cakap 3 keping = RM1.. wahhhhh, mahal bebenorr aku rasa..sebab pisangnyer kurus2 aje, satu bijik pisang yang di belah dua. Kalau pisang besar macam jual kat 7 eleven RM1.50 satu tuh aku tak kisah la lagi..iniiii, alahaaiii omakk, halus ajeeee (macam Tia, haha)! then, aku nampak kopok lekor, aku tanyer lagi harganyer..pakcik cakap 5 keping = RM1. halus jugakkk, sekepengg aje kopok tu...huhuhuhu..

rasa macam tak nak beli, tapi dah tertanyer dua soklan, harus la aku beli jugak RM2! ngap2 tak sampai 5 minit dah abis..huhuhuh :P duit RM2 dah macam air telan seteguk!

Kesimpulan, harga kuih pun naik melambunggg, tak nak la beli kuih lagi..huhuh, aku makan roti cream 60 sen aje la, cicah milo panas..kenyang jugak! ahakss.. :)

rasa kempunan goreng pisang, sila la masak sendiri!huhuhu :(

nota kaki: Nasib baiklaaa harga minyak tak naik, kalau harga minyak masak naik mau la kuih pakcik tuh jadi 2 keping RM1..huwaaaaarrghhhhhh..haru haru..kesian rakyat kite kan??? huhu~
peace no war :P
 
Blog Template by Delicious Design Studio