Semalam , lepas keje terus g amik Tia. sesampai umah Along terus check suhu badan dia. hurmm 36.9C.. aku dah lega skit tgk dia ok, then layan2 dia cakap tgk dia dah ceria tapi masih kurang minum susu..takpe la, slow2 kot, lepas maghrib kiteorg pun balik umah. Aku still monitor badan dia, check balik suhu 37.2C.. haiyaaa, apsal naik balik?!huhu..then continue lap2 badan dia n kasik paracetamol. tetiba dia meragam..menangis sampai merah2 muka..cuak giler dah nih..si bapak dah terbongkang kat sofa. makin stress aku melayan ragam si kecik ni sorang2..memacam cara dah buat, dukung & dodoi keliling umah, baringkan atas katil, meniarap semua tak jalan..aduhhh..adala setengah jam dia melalak, sampai la akhirnya tertido. dah tgk dia tido (pukul 11 mlm), aku pun cecepat la tido gak..
kul 2.30 pagi, aku terjaga sebab si kecik merengek nak susu.aku terus kasik breast feed. aku rasa badan dia panas balik, makin panas ada la..huhu..terus amik thermometer, tengok2 37.9C!!!wahh, sangat2 takut aku masa tu.. terpikir nak bawak dia g emergency KJMC aje. aku terus kejutkan lokman (yang tido kat sofa hall, sebab aku suruh dia masuk bilik, haram tak bangun2)..so biarkan aje dia tido luar..haha.., tapi dia just buka mata skit, then tido balik..huh!!!geramnyerrrr..anak dah la sakit, dia leh bantai pengsan! jadinyer, aku terus lap2 tia lagi, setiap 5 minit aku lap dia..dia nangis2 skit, tp sebabkan ngantuk dia terus tido. kul 4.00 pagi baru la aku tertido lepas aku check badan dia dah turun ke 37.6 C. Ingat if esok pagi tak kurang gak, nak amik EL, bawak tia ke KJMC.
pukul 5.30 pagi , tia merengek lagi nak susu..aku breastfeed then lap balik dahi dia, terus tido..ngantukkk!!
ini la tia masa dia sakit..aku sempat snap kul 3.30pagi tadi even tengah mamai & cuak..
satu bekas gayung utk tuam/lap badan dia, satu bekas air suam utk bersihkan tahi mata dia, thermometer plak sentiasa sebelah dia..setiap setengah jam aku check suhu badan dia
pukul 6.30 pagi terjaga lagi, dia nak susu lagi, maybe susu badan dia tak kenyang sgt, aku bancuh la FM, 2oz..settle!rasa badan dia dah kurang panas, check 36.4C..wahh, sangat sangat lega! Alhamdulillah..dah tak demam. muka dia pun dah ceria. tengok mata dia pun dah kurang tahi mata..minum pun banyak..terus kejutkan lokman, cos dah lambat nak hantar tia ke kota damansara (nasib baik mak mertua kat umah Along lagi)..
kul 7.15pg gerak, kul 8 pagi baru sampai rumah..arrgghh, dah lambat nk ke opis, kelam kabut nak gosok baju aku and lokman..giler-giler!!
lokman dengan slumbernya memulakan seisi memasak kat dapur. mentang2 dia takder meeting pagi, so leh masuk keje lambat..cett!!aku tak sempat breakfast sama, so lokman kasik tapau makanan aku..heheeh...bagus2 mr suami, dia bungkus cantek2 sandwich aku dgn tisu (macam takder tupperware aje kat dalam almari tu kan?), siap letak sos peket & black pepper (rembat extra dari McD)..haaha.. (nak amik ati aku la tu, semalam bantai dia pengsan sorang2 kat depan tv, aku jaga tia bagai nak rak!)
pagi ni sampai opis kul 8.32pagi..selamattt....warning merah kat opis nih kul 8.36 pagi..hehe..
Packaging sandwich oleh Lokman (siap selotape tu, tak leh tahan..hahah) - Big Breast McD aka Homemade breakfast (sosej, telur hancusss & cheeseeee)
YUMMMMY!
"Thank GOD for your kindness, for giving Tia a good health & and giving me a superb chef aka husband in this life "
Syukran.. :)
oh ya, pengajaran yang aku dapat semasa anak sakit:
sentiasa tenang, jangan cepat emosi semasa melayan ragam anak
kena cepat cari alternatif lain semasa hendak menenangkan bayi yang meragam, contoh tukar kedudukan dia setiap kali dia merasa tidak selesa atau bosan (baby pun pandai bosan tau!)
jangan teragak2 untuk menghantar anak ke klinik/hospital jika sakit berlanjutan
jangan teragak2 untuk amik EL atau MC untuk menjaga anak anda. kerja boleh di cari dimana2, tapi anak bukan senang untuk mendapatkannya.kan?
untuk mengelakkan stress diri sendiri, minta bantuan orang lain utk menjaga anak anda dalam masa yang sama (so encik lokman ,sila bantu saya menjaga Tia..hehe)
berpikir positif sentiasa dengan berkata, " Tia kuatkan, Tia kena lawan sakit tu, nanti cepat baikkk" .. kita positif, baby pun akan positif :)
1 idea?!:
oi comel gila selotep bekal! haha
Post a Comment