Friday, June 18, 2010

petua baby selsema..

Baby Tia selsema & batuk, plus sakit mata  (kali nih berjangkit kat belah kiri plak)..huhu.
MIL bagitau tadi dia meragam, takleh kena tinggal langsung. Aku rasa macam nak balik aje (dari opis), tapi keje banyak dengan ada seminar pendek lepas solat Jumaat nanti..sorry sayang, lepas keje nanti Ummi terus amik awak yerr..bukan aku tak risau sakit dia tuh, tapi dah bawak jumpa doctor last week, doctor cakap semua normal aje bagi baby..then diaorg tak kasik makan ubat except paracetamol. ubat selsema/batuk tak sesuai untuk bayi cos ada drug. Ummi pun takut nak bagi awak minum ubat, awak baru 3 bulan..huhu..

Jadinyer Ummi google la Internet, cari other solutions untuk meredakan selsema bayi. Cara menggunakan alam semula jadi..
  • Guna kapur sirih tu campur kan sekali dengan kunyit hidup (gessekkan bagi hancur), then sapukan kat batang hidung baby. buat sampai selsema dia reda.  (ramai komen cakap berkesan, so aku nak try la, tadi MIL cakap kat umah adik tu takder kunyit, nanti nak singgah beli la, harap2 la berkesan kat Tia)
  • Campurkan madu dengan susu baby. Madu boleh mengeringkan kahak. tapi aku tengah confuse gak, cos ada plak komen cakap madu tak sesuai untuk bayi..huhu..tapi aku percaya madu adalah penawar paling mujarab yg mana Rasullah s.w.t sendiri mengamalkan makan madu. Even masa aku pregnant dulu pun ada gak makan madu & kurma, tu pasal aku rasa senang nak bersalin. Wallahualam..
  • Daun sirih dihancurkan, amik pati sirih tuh sapukan kat hidung bayi. (hurmmm, yang ini aku tak sure la leh try ke idak, susah la cari sirih kat area umah..try yg dua atas ni dulu, kalu tak berkesan gak, baru cari sirih..hehe..kang taruk semua2 kang, panas plak hidung Tia tu..huhu).
Walaupun sakit, Tia tetap minum dengan banyaknyer..sekarang dia dah leh minum 3oz sekali minum!yeayyy..so as long dia nak minum, aku tak risau sangat..InsyaAllah, Tia kuattt!!

p/s ;- Abah Tia, balik ni u tolong sedut hidung Tia lagi yer, ari tuh sedutan tak menyeluruh!hahaha..ada lagi hingus kat idung dia..huhu, cian Tia tau!btw, sedap tak rasa hingus Tia??hahaha.. good job sayang, itula Abah mithali..hehe..
Iklan: Tia mulut luas..hehe, macam Abah dia.. :O

1 idea?!:

mamatz said...

terima kasih atas info... saya skang tengahs elseam gak nih..

saya pakai kunyit idop je..

http://mari.tengok.tv

 
Blog Template by Delicious Design Studio