Thursday - 30 June 2011
Entry dah basi, aku terlupa nak update.
Last time Tia ada keluar dengan cousin2 dia pergi OU and without me. First time aku kasik Tia keluar dengan sedara mara dia pergi jejalan..hehe, ecehhh, mcm Tia tuh budak remaja la pulak cara aku cakap kan?! ahaks
Khamis tuh aku amik cuti semata-mata nak g warehouse sales FJ Benjamin kat KL. Plan asal nak pegi dengan kakak aku, tapi tetiba Lokman cakap dia pun cuti arituh, nak ikut g warehouse sales nih, so kakak aku kasik la aku dating berdua aje dgn Lokman. Aku hantar la Tia kat dia macam biasa. Pegi pagi bajet lunch time leh blk, tapi lewat keluar plus stuck dlm warehouse tuh lama la pulak, gara2 ada happy hour handbag Guess..aku dengan perut boyot nih dok berlaga2 dgn perempuan2 lain rebut2 handbag..hahahha..kiri kanan tangan aku dgn bags. Dah la handbags Guess nih jenis berat2..lenguh2 gak la. Aku beli skali utk kakak aku, dah dia takleh pegi, dia pesan la aku belikan utk dia. Sekali 6 bijik aku saukk! giler!! Aku & lokman separate cos senang, dia cari barang dia, aku beli brg aku. Siap sempat masuk La Senza beli 3 helai Rm45 aje. Merasa mak buyung pakai La Senza bra koooo..hahahah..and beli shirt GAP for rm60 only. Shirt lgn pjg Guess utk anak buah aku (Iman) rm30 aje - hadiah dia dpt no 10 dlm kelas..hahaha. Dan dapat rompers GAP untuk twins! RM20 aje selai. Utk Tia xde, sebab kan aku ckp no more clothes for Tia until 2-3 bulan onwards..hehehe..Sampai dia abis pakai baju2 dia semua yang elok tergantung dlm almari tu.
situasi dlm hall Park Royal, KL..rambang mata makk!!
Ok, berbalik pada cite Tia.
Sebabkan aku amik Tia lambat, so Kakak aku kuar la g Tesco bawak Tia skali then terus g OU. Babysitter bukan setakat jaga kat umah, bawak anak jejalan pun boleh..hehehe. Salute la kakak aku leh handle anak2 kecik kat luar sorang2 dia. Aku nak keluar berdua dgn Tia g shopping mall pun aku tak berani lagi skrg..hehe, takut tak dpt handle..maybe sebab aku tgh pregnant ko. cepat semput.
Tetiba kakak sedara kiteorang called, nak join skali, bawak anak2 dia 3 org. Kakak aku pulak bawak anak2 dia 2 orang plus Tia. So terjadila hari outing bersama sedara mara secara tak sengaja..hehe.
Tia sronok giler, even aku takder. Syiook dia berkawan dgn cousin2 dia. Jeles pulak aku sbb takleh join diaorg. huhuhu..
hepinyerrr anak Ummi kuar tanpa Ummi ek?? :)
"Ummi...tia dapat friessssss!!"
Kecoh OU bila budak2 nih ada..
hujung tu kakak sedara aku..kak Emi, beza dgn aku 2thn jek.
Ini la cousin2 Tia (belah famili aku)
Otw balik, kakak aku siapkan Tia dgn susu, fries, bantal & puting supaya si kecik nih dok senyap2.
Dia pakai keta aku, keta aku takder car seat..huhuhu
Tu dah kepenatan dah tuh..tapi nak makan jugak
Si kecik dah kepenatan, tapi tetap nak makan fries dia..
hehe, makan sambil tutup mata
Dah tak larat sangat nak tampung mata tuh, kakak aku kasik dia minum susu..
terus la lena sampai rumah..
Kakak aku selamat hantar Tia pukul 6.30 petang. huhuh..best btul si kecik dapat kuar jejalan yekk. Lepas nih leh la dia selalu join cousin2 dia keluar. Bersosial skit dgn sedara mara, macam zaman aku adik beradik kecik2 dulu. Kecik2 dulu rapat sgt dgn cousin2 tp bila dah besar2 nih, dah kawen bagai rasa jauh sgt dgn sedara mara. dapat jumpa time kenduri kendara aje..hurmmmmmm..kesian kat anak2 generasi nanti, tak kenal mesra dengan sedara mara diaorang. kan?
Jadi lepas nih rerajin la saling berhubung dgn sedara mara, agar anak2 kenal keluarga diaorang..nasib baik la skrg teknologi dah canggih. Leh berhubung hari2 thru FB, BB, Whatsapp, Email etc.. :) Hubungan mesra di hujung jariiii..tak gitu?? hehehe :P
0 idea?!:
Post a Comment