Thursday, July 14, 2011

Tia Zahraa @ 1year 4 months

14 Julai 2011

Si kecik aku dah genap setahun 4 bulan harini. Alhamdullilah..sihat sejahtera & makin galak!! :P

Tapi tak bestnye, masih tak dapat cucuk untuk umur setahun lagi..adehh, teruk kan mak pak dia?? huhuhu..aku rasa next week nak bawak dia la g cucuk, sebab dah tgk batuk & selsema dia dah kurang. InsyaAllah, once aku rasa dah btul2 sihat, aku buat appintment dgn KJMC. Dah takleh nak tangguh2 dah..risau pulak aku.

Perkembangan Tia sekarang nih:

1) Dah banyak bercakap..tapi still laaaa kan dengan bahasa Alien dia, tapi skrg dah tambah dengan bahasa German pulakkk..hihi..ada words yang dia sebut (sambil tangan dok tunjuk2 tu) berbunyi ala2 bahasa german aku rasa..hahaha. Perkataan seperti "khor", "meme", "aniii" ..ntah ape2 lagi laa..of cors la aku tak pahammm..tapi iyekan ajee..
Perkataan yang simple leh aku paham "abah", "mama", "elooo", "ni", "acehhh" = terima kasih etc. Mana perkataan dia takleh sebut dia buat gaya aje la..hehe..
2) Dia dah paham instruction. Aku suruh amik sesuatu benda, dia pegi la amik (itupun ikut mood la jugak), kalau ajak mandi cecepat dia g toilet, suruh bukak baju terus angkat tangan suruh kite bukak baju & seluar dia, bye-bye, flying kiss, shake hand, buat mulut tengah makan, bila aku ajak dia makan skali etc. 
3) Si kecik tak padan dengan kecik. Dah pandai bergaduh. Kakak aku ckp dia la leader kat umah sana antara geng2 sebaya dia laa. Bebudak semua ikut dia. Kalau dia dh bgn tido, dia akan kaco semua orang supaya bangun, main dgn dia skali. hehe..kalau dia tak suka org kacau dia, dia leh jerit2 sambil tangan tolak2 budak tuh. haha. Angin jugak macam aku..hehe, aku nampak la perangai dia memang ada perangai aku. Nasib la ko Tiaaaa..Umi ko ni ada angin pasang surut..hahaha
4) Dah pandai mengamuk2..if ada benda tak kena aje, mula la menangis2 sampai jerit2. Aku buat tak layan aje la bila start perangai mengada dia tuh. Sampai la dia penat sendiri. Kalau aku rasa melampau sgt, aku marahkan aje balik..hehe, dah Ummi ko nih beranginkan Tia, so memang nahas la..hehe. Bila aku dah marah2 tuh tau pulak dia slow down..terkedek2 datang kat kite, mintak peluk..
5) Makan minum macam biasa, still selera adaaa..tapi bykkan main la kot. Nak suap sendiri, nak minum air sendiri. so bykkan jatuh2 la dari masuk mulut dia. Kite nak suap, cecepat dia geleng2 kepala, tak kasik! Sudahnya 40% aje la masuk dalam perut. Tapi kat umah babysitter, makan byk..sebab ada geng mencekik sama, siap berebut2 lagi. Semua benda dia makan..aku tak kisah bab makan2 nih, janji tak memudaratkan diri dia dah la. Hidup kena enjoy foods, baru bestttt!
6) Makin suka tengok tv, since aku ajar tgk babytv tuh, balik2 bukak channel dia aje laa. sampai aku & lokman mengalah la tak tgk channel lain dah..huhuhu. Celik aje mata terus nak kuar bilik pergi ke hall, suruh bukak tv, siap bawak puting & bantal peluk dia tuh, sambung baring2 kat depan tv. Parahhhh! Tapi kekadang senang kat aku, leh buat keje2 umah time dia leka tuh.
7) Habit Tia sebelum tido adalah melayan video clips kat hp aku/lokman. Berulang2 la layan sampai mata dah berat. Kekadang nak tgk video twinkle2 star, kekdg nak tgk video clip diri dia sendiri (syok sendiri budak kecik nih!). Janji dia dpt layan something before tido (selain nyo'nyot puting dia) hehe.

ok la, tu aje kot, yang lain still sama macam dulu2. Gigi ada 12 batang lagi, takder tumbuh yang baru, masih jarang2 gigi dia..hehe..Rambut dah panjang skit, tapi still nipis. Tinggi & berat badan dia aku tak tau, dah lama tak ukur/timbang. tunggu masa nak cucuk nanti la.

Tido makin lasak..aku sampai tak lena la dgn kelasakkan dia tuh. Org tido menegak, dia bantai nak melintang..sudahnya aku la yang kena mengalah ikut fesyen dia tido. sakit2 pinggang aku, dgn condition aku yang ala2 Kungfu Panda Lokman cakap..cesssssssss..mak buyungggg la katakan..hihi
Aku ingat kalau lasak mcm nih sampai aku dah bersalin nanti, kena plan nak beli katil kecik utk dia la..ajar dia tido katil sendiri la gamaknya..katil ikea pun comel2 kan..leh survey2 laaa katil si kecik nih. tak tahan aku.huhuh. Si kembar nanti awal2 aku ajar tido dalam baby cot..jgn jadi macam kakak diaorg nih, takmo tido dlm baby cot..huhu

gambar semalam, maggi goreng aku pun dia nak kebas..penuh kiri kanan! adehhh

kecik2 dah ajar menabung..skrg dah expert masukkan syiling dlm tabung dia. :)

gediks mode @ sunway pyramid. sendiri pegi kat duck Sunway lagoon nih, nak main sama..

Kat dalam tesco tuh gak dia nak makan anggur. Buah feveret dia la..hambikkk ko, setangkai dia amik! :P


0 idea?!:

 
Blog Template by Delicious Design Studio