Dah dua hari si Tia mengigau tengah-tengah malam. Antara pukul 4 pagi ke 6 pagi. Tapi tadi pukul 7 pagi pun dia still mengigau..huhuhu..
Memula aku ingat dia memang nangis2 nak susu..bila aku tanyer nak susu ke dia tak jawap, tapi dok merengek2 then tunjuk2 sambil cakap pelat2 nak nak..
Aku jadi tensen sebab tak tau apa dia nak, plus aku masa tu tengah sedap2 tidur. Sejak kembar tak berputing nih, aku jadi nyenyak tidur sebab dorang dah tak merengek2 nak puting di tengah2 malam.
So bila dah rasa syok tidur tanpa gangguan selama seminggu, tetiba si Tia pulak buat perangai.
Aku sampai marah2 dia sebab aku geram dia merengek2 then bila aku pujuk2 suruh tidur balik dia terus menangis kuat2. aku takut si kembar terbangun..nanti bila semua bangun lagi la aku stressssss! Korang bayangkan pukul 4 pagi aku kena layan kerenah anak2..huhuhu.
Pertama kali dia megigau tuh aku ingat perkara biasa..mungkin dia nak susu...aku pun bangun buatkan susu. Then bila aku bagi susu tuh, dia tak mau pulak..terus tidur tetiba. Tapi sebelum tidur tuh jenuh gak aku pujuk.
Semalam jadi lagi. Bila aku tengok muka dia, mata tertutup tapi tangan dok mengawang2 sambil cakap nak ni, nak ni...
adehhhh, sah mengigau nih!!
Bila aku pujuk2 dia makin kuat menangis..cakap nak keluar bilik pulak. aku tensen terus aku buka pintu suruh dia keluar. Terus dia berlari keluar pegi ke Lokman. Oh for infor, lokman suka tidur luar sambil TV tengok dia..hehe, orang giler sukan nih sanggup tidur bertemankan tv. kekeke..So berbalik pada cite tadi, Tia g la kat abah dia. Abah dia pujuk2 pun dia terjerit2..lepas 5 minit baru dia diam..dan terlena balik kat dukungan Lokman. Pastu Lokman bawak masuk bilik. Lepas 10 minit tetiba dia datang tidur sebelah aku sambil panggil Ummi...mintak dimanjakan..
Alaaaa kesian anak akuu...
Aku pun pujuk2 la dia balik..sampai dia tertidur..rasa bersalah sebab marahkan dia tadi..huhu
tapi...pukul 7 pagi dia merengek2 balik..aduhaiiiii..
sampai opis aku gugel laaaa. mencari solution kes budak dia..
-anak mengigau kerana terlampau letih bermain
-Luahan perasaan yang anak2 tak dapat nak nyatakan terbawa ke dalam tidur
-keperluan atau kemahuaan dia tidak dapat dipenuhi
Sebab pertama; Siang hari memang Tia aktif bermain dengan kembar. Panjat sini sana, lompat2 atas sofa & katil, menari2, menyanyi dll. Sampai sanggup tak tidur petang. Bila malam pun dok tahan mata takmo tidur selagi aku tak marah dan paksa dia tidur.
-Luahan perasaan yang anak2 tak dapat nak nyatakan terbawa ke dalam tidur
-keperluan atau kemahuaan dia tidak dapat dipenuhi
Sebab pertama; Siang hari memang Tia aktif bermain dengan kembar. Panjat sini sana, lompat2 atas sofa & katil, menari2, menyanyi dll. Sampai sanggup tak tidur petang. Bila malam pun dok tahan mata takmo tidur selagi aku tak marah dan paksa dia tidur.
Sebab kedua: Tia memang suka mintak2, sejak petah bercakap nih semua benda pun dia NAK. paling pantang kalau aku g dapur. Semua benda dia nak makan kononnyer..padahal nak main atau sengaja nak cari perhatian kita. Buka peti ais, buka cabinet, buka tupperware biskut la, bukakan keropok la, nak makan ais la, nak air soya la..memacam sangatttt! sampai ada satu tahap kepala aku terhantuk dengan pintu peti ais sebab dia sibuk buka tutup pastu si kembar pun sibuk nak menyelongkar sama..Benjol gak la dahi aku beberapa hari..huhu..kes kes..So ada masa memang aku tak layan permintaan dia..aku buat tak tau aje sampai ada masa dia mengamuk2 bila tak dapat apa dia nak. So bila mengigau tu yang dia sebut nak nak..siap tunjuk2 lagi..huhu..ini termasuk la sebab yang ketiga.
Jadinyer bila dah baca2 nih punca2 anak mengigau..kena la tau langkah2 mengatasi pulak..
1) Kawal aktiviti siang hari dia. Main tidak terlalu hyper dan kawal rancangan tv yang dia tonton. Lately nih dia suka tgk ultraman. huhuhu..aku kena make sure dia tak tengok cite lawan2 ganas macam tuh..Tia suka tgk Upin Ipin & Pada Zaman Dahulu. Hari2 dia mintak tengok kat youtube thru Iphone aku. Smapai takmo tidur. Aku terpaksa rampas then sorok hp, tu yg dia mengamuk2 sampai la kena pujuk then tidur. Salah satu sebab la tuh, hasrat nak tengok kartun terbantut..huhu..So lepas nih aku takleh tunjuk langsung hp depan dia. Sebab nanti confirm dia nak main gak. huhuh..
2) Jaga waktu tidur dia.
Tia jenis tidur tengahri dan petang. So since si kembar dah pandai bergeng dengan dia main sama2..dia jadi syok laaa..main aje sampai takmo tidur. Sekarang pulak MIL dok jaga..dia manja dgn MIL..so suka la dia takder orang nak marah bila tak tidur. Kat rumah babysitter memang kena paksa tidur dorang nih semua. TV pun kena kontrol..takder la memanjang kat depan tv aje. Kena mintak tolong MIL tegas dalam hal ini lepas nih..
3) Amalkan zikir Ya Latif bila dia tengah mengigau. Kena peluk dan bacakan zikir2 masa dia tengah mengigau tuh..aku baca tips kat SINI. Bacaan Ayat Kursi pun membantu. My bad lately aku tidurkan dorang takder baca2 surah2..setakat baca doa tidur aje. Dulu2 aku rajin baca 3 Qul, Kursi, selawat2, zikir & wirid masa tidurkan budak2. Sekarang nih sebab penat sangat, baca doa Bismillah dengan doa tidur aje..huhuhu..InshaAllah..kena start balik amalan2 dulu..
Esok dah cuti, dan cuti 3 hari nih aku nak monitor Tia. Harap2 dia tak mengigau lagi..kesian budak tuh...perlukan perhatian lebih agaknyer...huhu..Nanti if berkesan aku story ek, doakan yang terbaik untuk Tia yer..
Wassalamm..