Saturday, September 29, 2012

Toy R us & Stride Rite warehousesales

Since rabu lepas warehouse ni dah start. Aku ajak lokman g since dah lama x belikan budak2 toys. Last pergi warehouse ni pun time pregnantkan kembar..masa tu belikan untuk Tia aje la. Sekarang si kembar dah besar, nak gak bagi dorang mainan. All this while dorang main toys Tia aje..kekeke..
If korang esok free, g la singgah Summit Subang. Esok last day & selalunya last day ada additional discount lagi..
Bukan setakat toys aje ada, baju2 disney pun ada utk baby & T2, bantal set, tilam set, baby cot set, playpen, carseat, stroller, toileteries pun ada...
Harga semurah RM10..
Tapi dari previous wrhs aku g, better lagi yang dulu..this time brg lama2 plus harga xdela kebanyakkan murah. Yang macam toys elok & brand terkenal setakat 20-30% aje discount. Yang dah lama, kotak buruk2, dptla 40-50%. Aku minat kitchen besar tp x nmpk hrga, 40% disc. Nasibla Tia bukan jenis minta sampai guling2 if x dapat. Dia cuma nak playdoh aje. Dah dapat ala2 playdoh dia dah x pandang benda lain dah..hehe..dok kepit aje benda tu takut aku amik. Si kembar of corz la x pandai lagi nak demand2, lokman belikan truck 2 bijik RM10. Then keta control 20%. itu je.. Beratur panjang, then cashier siap salah tagging ek..bantai dia punch harga asal x tolak discount..agak sengal gakla.ada amoi sebelum kiteorg pun kena jugak..dahla org beratur pjg, bole lak brother ni buat salah..aiseyy..si aariz dah meragam2..

Friday, September 28, 2012

Received Gift vouchers again..

Kali kedua aku redeem cash voucher Giant dari AIP survey. Dulu aku redeem bila point dah cecah 2000, dapat la Rm20 gift voucher. This time aku tunggu point beranak sampai 4000, then aku dpt RM40 voucher Giant. Adala 8 bulan aku dok jawap survey2 tu..boring2 & stress2 kat office tu aku jawapla survey yg ada..dptla point..sikit2 lama-lama jadi banyak. Ada tu sekali jawap dpt 350 pts..walaupun soklan agak byk dan agak pening nak menjawap tapi jawap gak la dgn ikhlas hati..hehe..Ikut rajin korang la, rajin korang menjawap, cepat la point korang beranak. Aku nih kekadang tak perasan ada notification send kat email, so banyak la terlepas menjawap..tu yg sampai 8 bulan baru redeem balik. huhu..
Bagi aku berbaloi sangat sebab just klik2 aje dapat gak masuk duit berbentuk voucher. Sape nak bagi free ek? Rm40 lepas arr beli barang dapur untuk seminggu kan? Hehe..
Sapa berminat dengan survey2 ni boleh la register. Tak susah..bg details korang, then tunggu aje email notification untuk korang jawap survey. Survey pun soalan senang, xmacam soalan exam Statistic ke, Account ke..kira tutup mata pun ko leh jawap la, sebab jawap pakai jari..hehe..klik2 aje suka ati ko.. ;) all the best!

setiap voucher valid untuk setahun. so nak kumpul2 sampai banyak2 pun takper..hehe..
aku nih esok lusa kang selamat arr aku guna..

Monday, September 24, 2012

Serangan eczema ker???

Cite dah lama, minggu lepas rasanyer. Masa si kembar menghadapi masalah cirit-birit. Selera makan dorang memang drop habis, semua benda aku kasik makan tapi banyakkan dorang campak aje..langsung xnak.
Hati mak manala x risau tengok anak taknak makan kan? So aku try la bagi telur separuh masak kat budak2. Tia memang makan je. Then aku nak cuba la bagi kembar, padahal aku tau macam Aariz dia ada eczema yang nyata. Ada satu part belakang kaki dia, dekat pelipat belah lutut tu memang hari2 wajib sapu ubat eczema, if x sapu akan jadi merah2 dan gatal2..dia akan mengaru2 then boleh jadi luka. Tempat lain takde la sangat tapi still kena berjaga2 part makan dan kebersihan. Hafiy pulak so far xde macam Aariz.
Masa aku nak bagi telur tu aku risau gak la..tapi aku nak gak dorang makan something. Aku suap 1 sudu terus dorang x mau dah. Aku try nk suap lagi terus dorang tutup mulut menolak. Aku pun xbagi dah. Bagi biskut aje.
Lepas setengah jam muka Aariz naik merah2, plus dia mengaru2..
Terusss makkkk cuakkk!!!!
Mati aku!!
Habisss anakk aku!!

Haaa..mengelabah gak laaa. Terus aku basuh muka dia..basuh2 tangan & kepala dia. Dah cuak, xtau nak buat apa..huhuh
Aku monitor lagi muka tangan dia if naik lagi teruk.
Lepas setengah jam merah2 beransur hilang...
Fuhhhh..lega hati aku..dia kembali aktif..
Nasib baik xde pape..so aku xtau merah2 tu sebab alahan makan telur separuh masak tadi or sebab alahan habuk ker..yang pasti aku serik dah nak bagi dia makan telur. Tobattt makkk nak!
Nasib Hafiy ok jer. Huhu
Lepasni kena berjaga-jaga bagi Aariz makan. No wonderla dia pun jenis memilih bila tang makanan...sendiri tau ada alergik kot..hehehe..
huhu, kena cari more info pasal pemakanan untuk budak eczema nih.. :)

walaupun muka merah macam pakai mask zorro, tetap nak semyum manja bila Ummi nak amik gambar dia..hehe
hehe, gambar cekciii...baru lepas yak..
cian tergaru2 mata dia..

Wednesday, September 19, 2012

Layan bubur Kg. Baru dengan kerenah anak-anak

Ahad malam yang lepas Lokman teringin nak makan bubur kat Kg Baru. Since ada kembar memang dah tak jejak ke Kg Baru..dulu masa zaman bercinta & zaman anak sorang 3 bulan sekali tu adala g makan Nasi Padang ke, nasi Lemak "stinggarden" - yg restoran sebelah sekolah tu, atau layan western food kat HR Steak. Kg baru mmg banyak makanan feveret aku & lokman. Tetiba dah rasa teringin tu aku pun gigih la jugak siapkan budak2..ikutkan rasa xmau g sebab si kembar dah mengantuk sbb ptg x tidur..tapi dah 2 hari aku ddk rumah rasa sangap lak.
Lepas maghrib kiteorang gerak. Sampai sana susah narr nak dapat parking. Kembar dah start meragam..aiseyyy..masuk aje restoran Johan Tomyam, terus order bubur 2 mangkuk & lokman g pilih2 lauknye. Aku first time nak try mkn situ. Masa lokman g pilih lauk kat luar restoran stall lauk tu, si aariz nak memanjat meja, si Hafiy dari elok ddk dlm baby chair tgk aje aariz memanjat, dia pun nk join..aduhhhmakkk, serabut dah aku nk control kembar. Si Tia lak baik aje aku kuar ipon terus nk tgk upinipin..aku nk amik gambarla dgn ipon tu..tapi minah kecik ni dah start merengek2 nak phone..naik geram aku. Dia pun mengantuk sama tu yang buat perangai lak. Aku nk bg dia diam bagi ajela ipon ni. Duduk la diam2 lyn youtube.
Si kembar melasak pulak. Bila makan terhidang, memula behave la mkn bubur gak, lama2 meragam..kelam kabut aku dgn lokman makan..kiri kanan org tengok kiteorg layan kembar & tia. Huhuhu
Tak sampai sejam kot, makan cam kartun, then terus cabut. Tak sanggup dah nk melayan budak2..kekeke
Perjalanan ke kl mkn masa setgh jam, mkn tak sampai sejam. Kul 10 dah sampai rumah. Hahaha..buang karan sungguh! Dalam kereta Aariz dah lena. Tia still layan upinipin dia sampai la umah.
Sudahnyer si lokman x kenyang, otw balik singgah beli Otai Burger..kekeke..aku tak termakan burger tu terus terlena dgn budak2..penat aku layan dorang seharian. Nasib baik Isnin cuti umum, cuti 1Malaysia. Hoyeayy!!
Lepas ni agak insaf nak bawak dorang kuar mkn..baik mkn kat rumah ajela..hold dulu selama beberapa bulan. Huhu..

Lauk lauk dia pun sedap. Telur masin, ikan masin, kerabu seafood & daging lada hitam. Terbaikkk! Total RM25 termasuk 3 gelas jus tembikai.
Sempat snap 3 gambar aje before minah kecik merengek nak phone ku..huhu
Aariz dah duduk atas meja..sekali si Tia pun follow skali..keserabutan melandaaaaa...huwaaaaaa!!

Tuesday, September 18, 2012

Tips mengatasi cirit birit anak

Si kembar baru baik dari cirit birit. Tapi sekarang kena serangan selsema lak..huhu..aku hampir2 putus asa bila anak2 sakit tak habis2. Si Tia pun dah berjangkit selsema & batuk. Bila sorang selsema batuk, yang dua lagi confirm berjangkit. huhuhu..
OK tu cite lain.
Si kembar kena cirit birit dalam 8 hari.
Aku tak bawak dorang pegi klinik pun sebab if pegi klinik pun doktor bagi ubat ORS tu aje. ORS = Oral Rehydration Salts, atau dalam bahasa melayu ialah Air Garam, dalam bentuk sachet.
Tu aje ubat yang terbaik untuk kanak2 yang mengalami cirit birit. Kalau kite yang dewasa nih, bila cirit telan pil ciketeon..alaaa, ubat cina yang bulat2 kecik tuh, bau pun kuat ya Rabbi!..takder la ko nak minum air garam bagai..tekak lagi rela telan pil cina dari telan air garam, kan? hehe..
tapi untuk kanak2 memang takleh arr nak bagi pil cina tuh. memang rata2 aku baca takder ubat khas utk cirit nih. Ini cirit yang biasa yek, kalau yang demam tinggi berhari2 dengan cirit yang teruk, itu categori Rotavirus. Yang ini konfem2 kena bawak pegi hospital. Jangan tangguh2!Dah tahap serius dah if kena Rotavirus tuh. Si kembar aku kena cirit biasa, yang xde demam tinggi dan masih aktif bermain & minum susu. Consider aku leh monitor kat rumah aje.
Selama 8 hari si kembar kurang makan. Si hafiy ok lagi, ada la telan makanan 5-6 sudu. Si Aariz langsung takmau. Mulut tutup rapat takmau makan..siap keluarkan balik lagi if kite paksa sumbat dalam mulut dia..huhu. Dia jadi fobia nak makan kot sebab perut rasa tak selesa.
Tips terbaik aku buat adalah dengan:
1) Tukar susu ke susu tanpa laktosa. Aku beli brand Isomil. Memula memang kembar taknak, tapi sebab kan dorang takder choice & lapar, dorang telan la jugak susu tuh. Setin kecik abis dalam masa 3 hari aje. Tu pun aku buat cair2, lebihkan air sedikit. sebab apa? idealogi aku sendiri..bila aku rasa susu tuh aku rasa macam manis & pekat sgt bila ikut sukatan..so since perut dorang tak berapa sihat, aku suka bagi cair2 susu tuh..kurang manis & pekat. hehe..ada orang bagitau aku susu tu bersifat panas, so elok time2 sakit diberi dalam cair2..Walahualam..aku kurang arif bab nih, cuma aku buat ikut mana yang terbaik utk anak2 aku. Alhamdulillah, lepas tukar susu cirit dorang makin mengurang. Itupun aku kurang bagi susu, lebihkan air masak.
2) Berselang bagi air masak & air garam. Kanak2 yang cirit nih memang akan kekurangan air. Si kembar hampir kering bibir dorang. Nampak tak bermaya, dan tak aktif. So aku memang paksa dorang minum air2 tuh. Jangan bagi susu aje..
3) Ada jugak aku bagi air 100 plus yang dibuang gas. Cara nak buang gas, biarkan air 100 plus tuh dalam cawan dengan suhu bilik selama beberapa jam. bila gas dah hilang baru leh bagi dorang. Aku baca kat blog lain, dia cakap air isotonik nih elok untuk mengembalikan hydrasi badan dan tenaga.
4) Bila dah kurang cirit, aku bagi pulak jus epal. If dorang taknak makan, gantikan dengan jus-jus buahan. Aku beli yang instant aje..hehe..tak rajin nak merebus/blend sendiri.
5) Bagi makan buah-buahan. Aku beli pisang aje. hehe, betik takde kat Giant. Tempat lain aku takder masa nak menyinggah. buah yang keras2 lagi la aku xbagi..bagi yang lembut2 aje. At least pisang mengenyangkan. dorang kan takmo makan sangat. aku buat bubur pun xlalu. Bagi biskut makan ikut mood. Nasib baik pisang dorang makan. Aku campur dengan nestum skit. Potong kecik2 pisang tuh then campur nestum dua sudu besar, gaul dengan air panas skit. Alhamdulillah..makan pun dorang. Oh ye, anak cirit nih kena bagi makanan yang lembut2 k. Senang nak hadam.
6) Selain tuh, kakak opis suggest bagi yogurt. Yogurt asli, bukan yang ada campuran buah2 tuh. Haaaa, bagi yogurt memang abis. Seronok pulak tengok dorang makan sampai abis.Akhirnya adala jugak benda dorang makan.
7) Mak mertuaku buatkan air barli. Ada jugak sebab cirit nih terjadi cos panas dalam. So mak try bagi air barli.sekali dengan barli tuh dorang makan. tapi paling banyak makan si Tia..hehe..
8) Kentang lenyek. Mak buat kentang yang direbus sampai lembut then gaul dengan mentega skit. Dapat makan 3-4 sudu pun jadila, as long ada benda dorang telan.


Selama 8 hari dorang cirit, memang aku tak tenteram hati. Aku risau dorang dehydrate. Last sekali si Aariz tetiba demam tengah pagi (kul 4 pagi), sampai esok nyer rasa suam2, tapi jadi cranky sampai mak takleh handle. Aku siap mintak time off nak bawak g klinik. If teruk aku memang nak bawak g PPUM. Siap call HR tanyer pasal GL bagai. Cuak sangat! Bila sampai rumah, tengok dia elok main, demam ala2 suam2 aje..bg ubat demam, cirit pun dah kurang masa tuh..3 jam sekali baru berak. Awal2 dulu (4hari pertama) setiap sejam ok tukar diapers dorang. Nasib baik Aariz ok lepas makan ubat. Tak jadi bawak g klinik. Abah dia tolong jaga, aku g keje balik. huhu..


Alhamdulillah, kembar dah tak cirit. Najis dorang dah slowly likat dan keras. Bontot pun xde melecet terus. Lega hati aku bab ni, tapi still takleh berehat sebab dorang tengah selsema pulak. huhu..
Ya Allah, Engkau berikan kesihatan yang terbaik untuk anak2 ku..dan Engkau berikanlah aku kekuatan dalam menjaga amanah-Mu ini ya Allah...aminnn..
dah sihat skit, mula lah aktiviti memunggah barang kat kabinet dapur
dua2 pun sama nakal
takleh lagi pakai baju suar...Ummi kamu nih malas nak membasuh..kekeke
pisang campur nestum. makanan budak cirit birit

Monday, September 10, 2012

Bila si kembar sakit...

Minggu lepas start hari Khamis MIL inform si Aariz muntah. Malam sebelum tuh si Hafiy tengah tidur tetiba batuk then muntah pukul 4 pagi. Aku ingat dia tersedak susu, so takder la pikir lain. Plus badan tak panas. Lepas muntah sikit dia sambung tidur.

Esoknya MIL bagitau si Aariz lak muntah. Habis keluar semua susu dia minum. Pelik pulak aku. Apahal dorang nih?
Balik keje aje..aku tengok dorang memang macam tak berapa aktif. Pastu jadi cenggeng. Nak bertenggek aje kat MIL & aku. Sekali aku tengok si Hafiy pulak muntah.

Aiseyyy...

Malam tuh la start dua2 muntah bergilir sekali dengan cirit birit. Sampai tengah tidur pun dorang leh cirit. Makan langsung tak nak. Lepas minum aje susu, terus keluar balik.

Aku memang cuak..tapi perkara ni pernah terjadi masa dorang 5-6 bulan dulu. Ubat peket2 doktor pakar bagi pun ada lagi. Nasib baik aku tak buang..expired date tahun 2014. So kira leh makan lagi. Doc tuh bagi 2 jenis sachet. Satu air garam, satu la aku tak sure. hehe..perasa oren. Memula memang kembar takmau minum, tapi dah aku stopkan susu dorang, dah haus sgt dorang minum gak la...
Aku siap amik MC lagi Jumaat tuh, anak sakit aku yang MC..hhehehe..dah cuti tinggal 2 hari. terpaksa la bohong sunat..huhu..
Korang bayangkan 3 hari berturut2 aku kuar masuk toilet cebok si kembar bergilir2..seriyessss memang double penat!!! tu belum masuk si kakak Tia berak 2 -3 kali sehari..huhu, terkehel pinggang!
Bontot dorang melecet sikit..agak merengek gak la bila kena cuci..huhu..kesian kembarrr..
Aku takut dorang dehydrate aje..memang kena paksa minum air masak & ORS banyak2.
Hari sabtu pulak banyak giler dapat invitation openhouse. Larat pegi satu umah aje..yang lain tak dapat la nak pegi. Si kembar dah bocor2 kat rumah kawan lokman. Sorang cirit kat sofa, yang sorang cirit kat lantai..wuargghhhhh! malu aku nokkkk!! nasib baik la rumah kawan baik Lokman..takder la aku sampai nak sorok muka bawah sofa..dorang pun paham sebab anak dorang sebaya kembar..siap lahir sama tarikh yekk..hehe. Dan nasib baik si kembar cirit masa semua tetamu dah balik..hehe..takder la serabut sgt. Lepas aje dah bocor, siap tumpang mandikan kembar lagi..tukar baju terus balik. Tak jadi nak g beraya lagi..huhuhu..sorry ye kawanku Anem..tak dapat beraya ke rumah ko..huhu..Pergi satu rumah pun aku dah penat giler seharian..pukul 8 aku dah masuk tidur dengan budak2, malam tuh adik ipar nak belanja makan kat Klang pun kiteorang tak larat nak pegi. Aku dah pening & flat habis. *pengsan*. Sebelum tidur tu si Aariz sempat lagi muntah. Abis katil. Aku tukar lagi cadar buat kali kedua dalam dua hari. Tukar pulak cadar baru. Setiap 3 jam bangun bagi susu/air masak dan tukar diapers dorang.
Masuk hari ke keempat (Ahad), kembar dah tak muntah2, cuma cirit ada lagi. Walaupun sakit, adakala dorang melasak gak. Bila time cmni aku suka pulak tengok dorang melasak, sebab tu tandanyer dorang nih kuat. takder la nak menepek dan menangis aje kat aku. If menepek aje memang teruk la sakit dorang nih. Tak berkesan ubat2 yang ada. Kena bawak pegi hospital kot, drip air. Aku banyak la baca2 pasal anak muntah & cirit nih kat internet. Tu yang aku agak konfiden nak jaga dorang kat rumah dulu. huhu..sebab if bawak ke hospital camne aku nak jaga dua2? lagi aku serabut kot..jaga kat rumah senang aku monitor. +pendapat peribadi aku la+
Cara terbaik nak cure cirit birit adalah dengan menukar susu dorang yang takder laktosa tuh. Aku suruh aje Lokman beli susu apa2 yang xde Laktosa. Si kembar tak memilih sangat bab susu. Lokman beli Isomil. Lepas aje tukar susu baru la cirit dorang berkurangan. Dan baru la nak makan. Sebab dah tak loya nak muntah la tu. Aku bagi roti & biskut je dengan chicken soup. As long nak makan aku dah kira lega jugak. Kesian 2 hari dorang tak makan. Makin susut aku tengok si Aariz. Baru nak naik badan, dah susut balik. Aduhaiii..
Pagi nih aku tengok ada lagi cirit. Harap2 esok dah ok. Dorang dah kembali ceria..InshaAllah, moga Allah berikan kesihatan yang baik2 pada anak2 aku..aminnn..

Notakaki: Orang tua2 kata, sakit nak beralih bulan. Mungkin. Si kembar nak belajar berjalan kot. Or nak tumbuh gigi lagi. :)

Notakakilagi: jiwa kacau bila anak2 sakit. Kena banyak istighfar sebab aku cepat melenting & emo. tak suka! Dugaan dari-Nya menandakan Allah sayang kat kite :)

Sakit2 pun boleh lagi buat keje rutin, memanjat sofa
gambar pagi tadi. dah mula ok. but still kena minum air masak banyak2. recovery process
dah ceria dah muka dorang
hari jumaat. menepek sakit. Dah takder baju suar dah. Asyik bocor aje..tak terbasuh dah pakaian dorang kena muntah berak..huhu
kat openhouse umah kawan
boleh lagi main2, sebab ada geng & toys

Thursday, September 6, 2012

Drama & Novel Adam & Hawa

Kecoh ek sekarang cite pasal drama Adam & Hawa kat Channel Mustika HD. Nak tengok drama tuh pulak kena la subscribe channel khas nih..RM20 pulak tu sebulan..huhuh, memang tak la kot Lokman nak subscribe..takut nanti aku conquer tv...kekeke..
So aku idak la dapat tengok..cuma layan novel dia. Kakak aku dah beli lama katanyer, so kasik pinjam la kat aku..hehe..seharian aku baca sampai pukul 2 pagi baru habis. gigih ek baca sampai pepagi buta..ye la, lepas aje bebudak dah tidur baru la aku ada masa nak menelaah novel tanpa gangguan. Tu pun dah la sebenarnya tak baca novel, sebabkan drama nih punyer pasal aku tetiba ada mood nak baca novel balik. hehe..aku nih kuat gak terpengaruh dengan drama melayu nih, lagi2 ada pelakon kegemaran ek..kekeke..
Lepas aje baca novel, komen aku...
hurmmm..jalan cerita menarikkkk..tapi ...ada gak tapi ek..
aku rasa macam dasat aje dendam Ain tuh kat Am. even dah 8 tahun pun still ada lagi perasaan dendam & benci yang kuat. Bagi aku lama tuh and dia pun aku rasa dah bahagia dengan life dia..siap belajar kat oversea lagi dan dapat kejar cita-cita jadi Pensyarah. So bila semua benda dah capai sikit demi sikit mestila perasaan benci tuh hilang.
So bila ulang2 kali dia terserempak dengan Adam tuh, setiap kali tu la jugak dia cakap dia benci kat mamat tuh, tapi dalam masa yang sama dia ingat2 jugak kat husband dia tuh.Penat aku baca bila dia benci kat Adam tu..ego nak mampus!
Ending memang best la..
so bila dah baca novel nak pulak layan drama kan..kekek, kot2 lagi best ker..huhu..
Tengok2 kat youtube ada astro letak 4 episod. Part of their promotion la tuuuu..nak org subscribe Mustika HD la tuuuu...tengok kat SINI A&H
so layan punyer layan,,best pulakkk...adehhhh!! nak nengokkkk lagiiiiii!!! bencikkk arrr...harap2 la ada insan yang baik downloadkan semua episod kat youtube...huhu..

lagu utama drama nih pun bhessstttt!! Hafiz AF dengan Siti Nurhaliza koooo!! kelazzzzz! Both suara mantap!
Ulang2 arr aku pasang lagu nih kat opis. kekeke..
parah!

nak gambar2 tengok SINI

ok korang, enjoyyy pada yang suka tengok drama melayu..hehe..kena tanyer encik Lokman dulu samada boleh tak subscribe channel Mustika tuh..sampai drama 80 episod nih habis..hehehe..

Tuesday, September 4, 2012

Main air

Dah seminggu si Tia sibuk nak mandi pool. Sebab keje dia memanjat sofa then tengok kat tingkap nampak pool kondo sebelah..haha. hari2 bila dia tengok pool tu dia cakap, "Ummi, nak g pool!!"..kalau aku tak layan selagi tu la dia ulang2 sambil tunjuk2 kat tingkap..kekeke..letih nak jawappp..
Sudahnyer abah dia janji dah bawak g mandi pool weekend nanti. Hari ahad lepas dalam pukul 10 pagi bawak la budak2 semua g pool. Ini first time nak bawak kembar sekali. Selama nih aku tak confident sebab kembar lambat merangkak plus dorang asyik selsema dan batuk. Tak nak la amik risk..
Umur dah setahun baru la boleh g mandi pool..kekeke..anak orang lain umur 3 bulan pun dah bawak terjun pool ek..
Even first time si kembar tak takut langsung. Dah la tak pandai berjalan lagi, but still dorang sendiri berani nak turun pool. Si Tia lak penakut. Sejukkk dia kata..dok la kat tepi2 aje mengedik2..si Lokman paksa2 baru lama2 ok..itupun last bawak main slide, terus ajak naik rumah..hahahah..air masuk hidung katanya..haha..sampai ke hari ni bila aku sesaja ajak dia mandi kat pool, terus dia jawap "Tak Nak..akit idung" hahaha, insaf sudah anak dara aku..
si kembar pulak berendam sampai mengigil2 la..Lepas main air tiga2 terus tidur kepenatan. Petang lak bawak g jalan2 kat The Curve (patut g openhouse tapi abahnyer tak jumpa jalan..haha)
Alhamdulillahh dorang semua tak selsema batuk lepas tu..So weekend next next boleh pergi lagi. Agak seronok tgk dorang enjoy sesama.. :)

Aariz kena dera dengan abah dia..kena rendam tapi sepatah pun tak nangis. Budak berani ooo..
keluar masuk kolam aje keje
Abah dia pun macam budak kecik. Guna anak sebab nak naik slide..haha
Happy Sunday morninggg!!
Beach boy, hek hek..boley?
:D

Monday, September 3, 2012

Ahli keluarga baru (2012)

Kakak aku baru lepas bersalin pada 25 Ogos 2012, Sabtu lepas bersamaan 7 Syawal 1433.
Alhamdulillah. Jazakallah khaiyr
Overdue sehari..patut EDD on my birthday, tapi baby kasik peluang kat mama dia mkn kek..hehe..a day before kiteorg buat birthday celebration semua org yg lahir bulan Ogos. So memang makan macam2.
Esok paginye air ketuban my sis pecah. Terus g hospital & kena tahan.
Malam pukul 9.30 mlm baby gegirl pun keluar secara normal.


More princess in our family. Yeeeaayy!!


Congrats to my sister & bro in law ;)
Anak ke empat mereka


Nama belum diberikan lagi. Masih tgh short list lagi katanya..hehe
Baby keluar 3.44kg
:) seronok pulak dapat dukung baby kecik nih..best bau babyy..


oh after 7 days, parents dia dah announced nama baby, tu pun after kiteorang adik beradik kasik memacam bunyik nama2..haha, lawak betul kali nih nak kasik nama kat baby..
idea pelik2..
apapun  finally baby dah ada namaa..
yeayyyy..

NUR MAIRA INTISHAR binti QAIRUL NAIM

will call her MAIRA (Moon)

nur (cahaya), maira (bulan), intishar (kemenangan)

Awesome!!

Assalamualaikum Maira..this is ur Acik or u can also call me UMMI. both will do :D
Nice to meet u baby!!~

 
Blog Template by Delicious Design Studio