Thursday, September 6, 2012

Drama & Novel Adam & Hawa

Kecoh ek sekarang cite pasal drama Adam & Hawa kat Channel Mustika HD. Nak tengok drama tuh pulak kena la subscribe channel khas nih..RM20 pulak tu sebulan..huhuh, memang tak la kot Lokman nak subscribe..takut nanti aku conquer tv...kekeke..
So aku idak la dapat tengok..cuma layan novel dia. Kakak aku dah beli lama katanyer, so kasik pinjam la kat aku..hehe..seharian aku baca sampai pukul 2 pagi baru habis. gigih ek baca sampai pepagi buta..ye la, lepas aje bebudak dah tidur baru la aku ada masa nak menelaah novel tanpa gangguan. Tu pun dah la sebenarnya tak baca novel, sebabkan drama nih punyer pasal aku tetiba ada mood nak baca novel balik. hehe..aku nih kuat gak terpengaruh dengan drama melayu nih, lagi2 ada pelakon kegemaran ek..kekeke..
Lepas aje baca novel, komen aku...
hurmmm..jalan cerita menarikkkk..tapi ...ada gak tapi ek..
aku rasa macam dasat aje dendam Ain tuh kat Am. even dah 8 tahun pun still ada lagi perasaan dendam & benci yang kuat. Bagi aku lama tuh and dia pun aku rasa dah bahagia dengan life dia..siap belajar kat oversea lagi dan dapat kejar cita-cita jadi Pensyarah. So bila semua benda dah capai sikit demi sikit mestila perasaan benci tuh hilang.
So bila ulang2 kali dia terserempak dengan Adam tuh, setiap kali tu la jugak dia cakap dia benci kat mamat tuh, tapi dalam masa yang sama dia ingat2 jugak kat husband dia tuh.Penat aku baca bila dia benci kat Adam tu..ego nak mampus!
Ending memang best la..
so bila dah baca novel nak pulak layan drama kan..kekek, kot2 lagi best ker..huhu..
Tengok2 kat youtube ada astro letak 4 episod. Part of their promotion la tuuuu..nak org subscribe Mustika HD la tuuuu...tengok kat SINI A&H
so layan punyer layan,,best pulakkk...adehhhh!! nak nengokkkk lagiiiiii!!! bencikkk arrr...harap2 la ada insan yang baik downloadkan semua episod kat youtube...huhu..

lagu utama drama nih pun bhessstttt!! Hafiz AF dengan Siti Nurhaliza koooo!! kelazzzzz! Both suara mantap!
Ulang2 arr aku pasang lagu nih kat opis. kekeke..
parah!

nak gambar2 tengok SINI

ok korang, enjoyyy pada yang suka tengok drama melayu..hehe..kena tanyer encik Lokman dulu samada boleh tak subscribe channel Mustika tuh..sampai drama 80 episod nih habis..hehehe..

2 idea?!:

NanAFarhanA said...

Aku dpt tgk sbb astro call utk promotion PVR.. so dpt free channel HD

FiraHamzah said...

ceyyyy, ni bikin jeles nih! huhu..
nasib baik ada online babe, ada org upload kat blog dorang..hikhikhik..dah tak payah nak subscribe dah..cuma lambat sehari la dpt tgk..takper, janji leh tgk.. :P

 
Blog Template by Delicious Design Studio