Tuesday, September 18, 2012

Tips mengatasi cirit birit anak

Si kembar baru baik dari cirit birit. Tapi sekarang kena serangan selsema lak..huhu..aku hampir2 putus asa bila anak2 sakit tak habis2. Si Tia pun dah berjangkit selsema & batuk. Bila sorang selsema batuk, yang dua lagi confirm berjangkit. huhuhu..
OK tu cite lain.
Si kembar kena cirit birit dalam 8 hari.
Aku tak bawak dorang pegi klinik pun sebab if pegi klinik pun doktor bagi ubat ORS tu aje. ORS = Oral Rehydration Salts, atau dalam bahasa melayu ialah Air Garam, dalam bentuk sachet.
Tu aje ubat yang terbaik untuk kanak2 yang mengalami cirit birit. Kalau kite yang dewasa nih, bila cirit telan pil ciketeon..alaaa, ubat cina yang bulat2 kecik tuh, bau pun kuat ya Rabbi!..takder la ko nak minum air garam bagai..tekak lagi rela telan pil cina dari telan air garam, kan? hehe..
tapi untuk kanak2 memang takleh arr nak bagi pil cina tuh. memang rata2 aku baca takder ubat khas utk cirit nih. Ini cirit yang biasa yek, kalau yang demam tinggi berhari2 dengan cirit yang teruk, itu categori Rotavirus. Yang ini konfem2 kena bawak pegi hospital. Jangan tangguh2!Dah tahap serius dah if kena Rotavirus tuh. Si kembar aku kena cirit biasa, yang xde demam tinggi dan masih aktif bermain & minum susu. Consider aku leh monitor kat rumah aje.
Selama 8 hari si kembar kurang makan. Si hafiy ok lagi, ada la telan makanan 5-6 sudu. Si Aariz langsung takmau. Mulut tutup rapat takmau makan..siap keluarkan balik lagi if kite paksa sumbat dalam mulut dia..huhu. Dia jadi fobia nak makan kot sebab perut rasa tak selesa.
Tips terbaik aku buat adalah dengan:
1) Tukar susu ke susu tanpa laktosa. Aku beli brand Isomil. Memula memang kembar taknak, tapi sebab kan dorang takder choice & lapar, dorang telan la jugak susu tuh. Setin kecik abis dalam masa 3 hari aje. Tu pun aku buat cair2, lebihkan air sedikit. sebab apa? idealogi aku sendiri..bila aku rasa susu tuh aku rasa macam manis & pekat sgt bila ikut sukatan..so since perut dorang tak berapa sihat, aku suka bagi cair2 susu tuh..kurang manis & pekat. hehe..ada orang bagitau aku susu tu bersifat panas, so elok time2 sakit diberi dalam cair2..Walahualam..aku kurang arif bab nih, cuma aku buat ikut mana yang terbaik utk anak2 aku. Alhamdulillah, lepas tukar susu cirit dorang makin mengurang. Itupun aku kurang bagi susu, lebihkan air masak.
2) Berselang bagi air masak & air garam. Kanak2 yang cirit nih memang akan kekurangan air. Si kembar hampir kering bibir dorang. Nampak tak bermaya, dan tak aktif. So aku memang paksa dorang minum air2 tuh. Jangan bagi susu aje..
3) Ada jugak aku bagi air 100 plus yang dibuang gas. Cara nak buang gas, biarkan air 100 plus tuh dalam cawan dengan suhu bilik selama beberapa jam. bila gas dah hilang baru leh bagi dorang. Aku baca kat blog lain, dia cakap air isotonik nih elok untuk mengembalikan hydrasi badan dan tenaga.
4) Bila dah kurang cirit, aku bagi pulak jus epal. If dorang taknak makan, gantikan dengan jus-jus buahan. Aku beli yang instant aje..hehe..tak rajin nak merebus/blend sendiri.
5) Bagi makan buah-buahan. Aku beli pisang aje. hehe, betik takde kat Giant. Tempat lain aku takder masa nak menyinggah. buah yang keras2 lagi la aku xbagi..bagi yang lembut2 aje. At least pisang mengenyangkan. dorang kan takmo makan sangat. aku buat bubur pun xlalu. Bagi biskut makan ikut mood. Nasib baik pisang dorang makan. Aku campur dengan nestum skit. Potong kecik2 pisang tuh then campur nestum dua sudu besar, gaul dengan air panas skit. Alhamdulillah..makan pun dorang. Oh ye, anak cirit nih kena bagi makanan yang lembut2 k. Senang nak hadam.
6) Selain tuh, kakak opis suggest bagi yogurt. Yogurt asli, bukan yang ada campuran buah2 tuh. Haaaa, bagi yogurt memang abis. Seronok pulak tengok dorang makan sampai abis.Akhirnya adala jugak benda dorang makan.
7) Mak mertuaku buatkan air barli. Ada jugak sebab cirit nih terjadi cos panas dalam. So mak try bagi air barli.sekali dengan barli tuh dorang makan. tapi paling banyak makan si Tia..hehe..
8) Kentang lenyek. Mak buat kentang yang direbus sampai lembut then gaul dengan mentega skit. Dapat makan 3-4 sudu pun jadila, as long ada benda dorang telan.


Selama 8 hari dorang cirit, memang aku tak tenteram hati. Aku risau dorang dehydrate. Last sekali si Aariz tetiba demam tengah pagi (kul 4 pagi), sampai esok nyer rasa suam2, tapi jadi cranky sampai mak takleh handle. Aku siap mintak time off nak bawak g klinik. If teruk aku memang nak bawak g PPUM. Siap call HR tanyer pasal GL bagai. Cuak sangat! Bila sampai rumah, tengok dia elok main, demam ala2 suam2 aje..bg ubat demam, cirit pun dah kurang masa tuh..3 jam sekali baru berak. Awal2 dulu (4hari pertama) setiap sejam ok tukar diapers dorang. Nasib baik Aariz ok lepas makan ubat. Tak jadi bawak g klinik. Abah dia tolong jaga, aku g keje balik. huhu..


Alhamdulillah, kembar dah tak cirit. Najis dorang dah slowly likat dan keras. Bontot pun xde melecet terus. Lega hati aku bab ni, tapi still takleh berehat sebab dorang tengah selsema pulak. huhu..
Ya Allah, Engkau berikan kesihatan yang terbaik untuk anak2 ku..dan Engkau berikanlah aku kekuatan dalam menjaga amanah-Mu ini ya Allah...aminnn..
dah sihat skit, mula lah aktiviti memunggah barang kat kabinet dapur
dua2 pun sama nakal
takleh lagi pakai baju suar...Ummi kamu nih malas nak membasuh..kekeke
pisang campur nestum. makanan budak cirit birit

1 idea?!:

Cerita bonda said...

Thanks for the tips..abahney ko tuakr diaper si kembar..kalo aku sure siap berlinang air mata..huhuhu

alhamdulillah kembar dah sihat..amboi kemain main barang kat dapur. nih klao kumpul dgn aryan mmgboleh tunggang langgang dapur ni. aryan pun suka memunggah lemari tupperware plastik

 
Blog Template by Delicious Design Studio