Showing posts with label 10 months. Show all posts
Showing posts with label 10 months. Show all posts

Monday, January 24, 2011

Budak kecik makin Besar

Anak aku makin manisssss..dah jadi anak dara comels!

Makin hari makin terserlah perangai dia. Manja menjadi2. Nak berkepit aje, then pandai dah nak kiss2 kite. Tapi kalau mengamuk, mengamuk sungguh2..menjerit2 sampai nak terkeluar anak tekak. Pelik gak aku...sebelum nih kalau nangis pun malu2 gitu..kecik aje suara dia. Sekarang tidakk lagi...kesabaran tahap tinggi aku kena buat biler dia mengamuk nak sesuatu. Mungkin sebab dia dah besar, dah tau nak mintak2 dengan cara dia. Kalau mengamuk kuat2 sure Ummi/Abah kasik punyerr..heheh..budak zaman sekarang..really knows how to demand.

Lagi satu dah kuat jalan. Pantang nampak aku & Lokman bersiap2, mula la nak merengek2 suruh dukung. Takut sangat kena tinggal. Then bila dah masuk kereta..eh bukan kat kereta, kat dalam lift kondo lagi dah tersengih2 happy sebab dapat berjalan. ternga'nga mulut dia tengok dunia sekeliling.

orang nak makan, dia pun nak jugak.

Dia ni anak manja Abah


Tapi tetap kesayangan aku :P



Layan bapak dia mengurut
Cousin rapat Tia, Balqis

Friday, January 14, 2011

Snip snap Baby boo

Si kecik aku yang dah macam-macam ragam..

yang ini aktiviti harian dia, menyelongkar DVD/VCD abah dia

blekk! :P

dah pandai nak makan sendiri..tapi bukan masuk mulut, bersepah2 dibuatnyer..

Si kecik tengah syiok makan cookies hitam legam aku

Berusaha dengan keras untuk gigit cookies keras! haha

Tengah kusyukk baca buku secara terbalik. Paham ke dekk non??! :p

Elooo, saya dah 10 bulan! Dah big girl kan?? :)

Dear Tia,

Ummi doakan semoga awak jadi anak yang dengar kata. Ummi tak suka la awak mengamuk2 & jerit2 bila tak dapat benda yang awak nak..Tia kan good girl..mane boleh naik angin macam tuh, Ummi aje boleh tau! hehehe :P

haaa, lagi satu, makan tuh control sket, semua benda nak makan. Dah macam orang tua! Awak tuh ada pantang larang lagi tau, no sugar & no salt..ada paham?? (hehe, its my fault, Ummi suap aje kat mulut Tia kan, tia nga'nga aje la..)

Luv u baby..

Little TZ 10 months

Si Tia Zahraa dah 10 bulan hari ini! Alhamdulillah..

Perkembangan semasa Tia :

1)     Dah ada 3 batang gigi. 2 di bawah, 1 di atas. Lagi satu (atas), coming soon! Bila dah byk gigi nih, dia dah kuat mengigit laa..aku dah kena gigit sekali kat bahu, masa nak cebuk budak buchukk nih. Menjerit satu rumah aku dibuatnye..sakitttt gilerr ok! Dia leh buat muka slumber aje lepas tuh. Sabar aje la..
2)     Berat Tia tak tau dah brape. Dah tak payah pergi klinik buat check up sampai umur dia setahun, so tak dapat la nak timbang berat dia. Kiteorang pakai penimbang kat rumah tuh, macam tak confident aje..hehe..Tapi aku dah rasa lenguh2 tangan bile dukung dia lama2. Bagi aku yang kecik berat kooo si kecik tuh. Kuat makan yaaa amat! Ape orang makan semua dia nak. Aku dah kasik dia makan eskrem, yogurt, nasi ayam, cokelat kek, termasuk la cookies hitam legam aku tuh..hahaha. Tia cakap sedapppp! :P
3)     Dah pandai main agah2 dengan orang. Sangat excited kalau orang main peek a boo dengan dia. Melompat2 & terkekek2 ketawa.
4)     Dah pandai joget2 bila dengar lagu, sambil tangan & badan goyang2. Mood baik dia akan tepuk2 tangan. Alahaiiii, comel aje..
5)     Benda yang aku terkejut skali, dia dah pandai mengamuk. Tetiba aje leh mengamuk, jerit kuat2 & hentak2 kaki. Kekadang aku malas nak layan, biarkan aje dia mengamuk sampai penat. Bila kite dukung, pujuk2 baru la diam. Ntah ape kes ntah..saje nak protes agaknyer kot.
6)     Badan Tia masih kecik comel..baju yang 3 – 6 bulan masih leh pakai. Haha, how slim she is no? Ada lagi baju2 yang aku & Lokman beli/ orang kasik dia tak boleh pakai. Bergantung elok dalam almari. Rasa sayang pulak. Nak aje aku kasik orang. Ntah leh pakai ke idak budak kecik nih?
7)    Masih lagi isap puting. Tapi dah limit dah. Hisap masa nak tidur aje. Dah lena cepat2 cabut. Tapi ada masa, time malam2 dia nak jugak puting, tak dapat dia akan guling2 satu katil sambil merengek2. Gaya memberontak la tuh..sabar aje la!
8)  Dah pandai menyelongkar handbag, kotak mainan, bakul baju & bukak kabinet perhiasan, kabinet tv. Dia akan keluarkan barang2 satu-satu sampai sepah2, then dah boring dia tinggal kan. Pergi tempat lain untuk buat sepah lagi. Naik penat aku nak kemas! Aku biarkan cos maybe buat cmtuh buatkan dia berpikir kreatif kot..hahaha..kreatif la sangat, menyepahkan rumah!
9)  Dah kenal orang, sangat tak suka org yang dia tak kenal dukung dia. Dia akan menangis & lembik2 kan badan. tapi kalau pandai tackle hati dia sampai buat dia ketawa then dia nak la.
10)  Masih lagi minum susu 3oz sekali minum. kalau lapar sangat baru leh cecah 4-5oz. sebabkan itu aku masih lagi guna botol susu bersaiz kecik..botol susu besar utk minum air masak. Dan Tia dah leh minum guna botol susu brand lain selain Avent. kekadang aku pakai botol susu Tupperware.

ok, itu aje..Happy Birthday my Little Princess. Ummi & Abah luv u so much! :D



Abah tolong buat susu yerr..

Anak manja..
 
Blog Template by Delicious Design Studio